Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


ANWAR AKUI BAKAL TUKAR WARGANEGARA EROPAH LEPAS PRU13.

Posted: 24 Apr 2013 11:24 PM PDT



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berkemungkinan bekerja di Eropah, termasuk di Perancis sekirannya pakatan pembangkang yang dipimpinnya tewas pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

"Masanya untuk saya berundur jika kalah. Kerjaya saya sebelum ini mengajar (dan) saya ada ditawarkan kerja di Eropah saya juga akan pertimbangkan tawaran di Perancis," kata Anwar pada satu majlis di Johor Bharu.





Kenyataan Anwar itu menguatkan hujah bahawa Ketua Pembangkang itu menganggap PRU 13 sebagai "perang hidup mati" dalam cubaan terakhirnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar menjadikan Johor sebagai sasaran utama kempennya untuk memecahkan kubu kuat Umno dan terus membidas Menteri Besarnya, Datuk Abdul Ghani Othman.

Ghani menghadapi Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam pertembungan dua penjuru untuk kerusi Parlimen Gelang Patah. 

Antara lain, Anwar menuduh pemimpin utama Johor selama 18 tahun itu sebagai gagal memastikan penyertaan rakyat negeri itu dalam projek wilayah pembangunan Iskandar.





Bagaimanapun Anwar berkata Pakatan Rakyat akan meneruskan projek mega itu jika diberikan mandat untuk memerintah.

"Ada pemberita tanya saya semalam kalau PR menang di Johor adakah Iskandar akan dibatal saya kata tidak. Tapi kita kena pastikan ia dilaksanakan dengan telus," kata beliau.

Projek Iskandar disasarkan menyumbang 60 peratus KDNK Johor dengan sektor perkhidmatan menjadi pemacu utama pertumbuhan.


KARPAL SINGH BALUN HINA PAS TERIMA MAT TAIB SEBAGAI AHLI.

Posted: 24 Apr 2013 07:26 AM PDT



Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berpendapat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak layak menyertai Pas apatah lagi bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pemimpin yang mempunyai rekod lampau yang buruk tidak layak diterima sebagai ahli komponen parti PR.

"Itu pandangan peribadi saya kerana rekod dia (Mat Taib) tidak baik sepanjang bersama Barisan Nasional (BN).

"Hanya orang yang ada rekod baik sahaja harus diterima dalam mana-mana parti termasuk BN mahupun PR," katanya ketika diminta mengulas mengenai penyertaan tokoh itu dalam Pas Isnin lalu.

Karpal turut mencurigai tindakan Mat Taib untuk bersama Pas dan mengganggap penyertaannya itu tidak ikhlas.

"Motif dia menyertai Pas adalah kerana dia tidak dapat apa dia mahu. Bukan ikhlas... saya rasa dia menyertai Pas," katanya.

 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...