CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


PRU-13: Beri peluang Anwar laksana impian jadi pensyarah

Posted: 27 Apr 2013 12:37 AM PDT


BUKIT MERTAJAM 27 April - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail mahu pengundi di kawasan itu memberi peluang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai cita-citanya menjadi pensyarah di salah sebuah universiti di United Kingdom selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.

Mazlan berkata, cita-cita itu pernah disuarakan penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh itu sekiranya beliau gagal mempertahankan kerusi itu pada PRU-13 nanti.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan pernah menyuarakan hasrat meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya pakatan pembangkang gagal menguasai Putrajaya tetapi tidak menyatakan sama ada di universiti dalam atau luar negara.

Sebelum ini, Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

"Jadi untuk merealisasikan cita-citanya (Anwar) maka pengundi-pengundi di Permatang Pauh perlu memilih BN pada pilihan raya kali ini.

"Saya berjanji akan mengetuai kepimpinan bersama tiga calon BN yang lain untuk memberi harapan kepada penduduk Permatang Pauh tanpa mengira parti, bangsa dan agama," katanya dalam ucapan ringkas pada ceramah perdana bekas sahabat-sahabat karib Anwar di Padang Awam Taman Pauh di sini malam tadi.

Ceramah perdana anjuran bersama Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang dan Jalur Tiga (Jati) dihadiri kira-kira 1,000 orang. Tiga penceramah yang hadir ialah Presiden Jati, Datuk Dr. Hasan Ali; Timbalan Presidennya, Datuk Aidit Ghazali; dan Naib Presidennya, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba.

Sementara itu, Mazlan berkata, tindakan Anwar yang tidak turun berkempen dan bertemu dengan pengundi di Parlimen Permatang Pauh dianggap sebagai tidak menghargai jasa dan sokongan pengundi yang telah memilih dan memberi mandat sebagai wakil rakyat kepada beliau.

"Tidak boleh ke dalam tempoh 15 hari berkempen ini beliau beri perhatian kepada pengundi di Permatang Pauh kerana selama lima tahun menjadi wakil rakyat, beliau juga mengabaikan penduduk di sini.

"Saudara saudari tanyalah sendiri kepadanya apakah nilai kami ini terlalu kecil berbanding orang Miri, adakah nilai kami ini terlalu kecil berbanding orang Perak dan Selangor," katanya.

Hamil 3 Bulan, Tidak Halang Anne Ngasri Sertai Kempen Suami

Posted: 26 Apr 2013 05:21 PM PDT

Anne berkongsi gambar bersama suaminya, Sumali ketika menghadiri sebuah majlis di Pontian baru-baru.
PETALING JAYA: Walaupun sedang hamil tiga bulan, pelakon Anne Ngasri tetap menemani suaminya, Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan untuk berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 29, berkata, setiap Jumaat hingga Ahad dia dan suaminya akan ke Pontian, Johor untuk membantu calon di kawasan tersebut memperkukuhkan kempen bagi kemenangan Barisan Nasional (BN).

"Keadaan saya yang hamil tidak menghalang untuk saya menemani suami berkempen malah saya cukup bersemangat.

"Bagaimanapun bukan setiap hari saya keluar berkempen tetapi mengikut kesesuaian dalam keadaan berbadan dua. Namun peluang turun berkempen cukup menyeronokkan," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anne berkata, pengalaman pertama turun padang membantu calon PRU-13 bagi Parlimen Pontian iaitu Datuk Ahmad Maslan sangat berharga buatnya.

Jelas Anne, dia tidak berasa kekok menyertai aktiviti itu kerana dia sendiri adalah seorang ahli Umno.
Sementara itu, Anne berkata, selepas ini dia akan mengurangkan aktiviti seni sehingga dijangka bersalin pada September depan.

Kandungannya kali ini tidak mempunyai sebarang masalah dan pengalaman melahirkan tiga cahaya mata sebelum ini banyak membantu Anne mengawal situasi.

"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan peluang ini saya akan gunakan untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga dan Insya-Allah saya akan kembali aktif selepas bersalin kelak," katanya.

 Anne dan Sumali mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 22 Disember 2012.

Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 4, dan Nazharah Afrozah yang kini berusia tiga tahun.

Sumali pula mempunyai seorang anak lelaki, Sufian Hakim, 8, hasil perkahwinan terdahulunya.

Analisis PRU-13: Pas diresapi Syiah?

Posted: 26 Apr 2013 05:06 PM PDT


AGAK kurang sedap didengar apabila Pendang dikaitkan dengan kemunculan fahaman Syiah dengan adanya pemimpin kumpulan itu didakwa oleh pihak berkuasa beberapa tahun dahulu.

Berdasarkan sumber, suatu ketika dahulu dikatakan terdapat sekumpulan hampir 1,000 pengikut fahaman yang terpesong daripada Ahli Sunah Wal Jamaah menjalankan aktiviti secara sembunyi-sembunyi. .

Penduduk bersyukur kerana fahaman tersebut sedikit sebanyak berjaya ditangani pihak berkuasa. Namun baru-baru ini perasaan gusar timbul semula apabila dikatakan terdapat pemimpin Pas yang dikaitkan dengan fahaman tersebut 'muncul' sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bukan sedikit yang mendakwa bahawa parti yang kononnya mendakwa memperjuangkan Islam itu kini diresapi dengan fahaman Syiah. Benarkah begitu?

Kita tidak menuduh mana-mana individu berfahaman tersebut apatah lagi jika tuan punya badan sendiri tidak pernah mengaku demikian. Namun disebabkan isu itu diperkatakan umum maka adalah wajar pihak yang dikaitkan tampil memberi penjelasan. Lebih-lebih lagi Pendang sering dikaitkan sebagai kubu kuat Pas.

Dari segi sudut sejarah, pendakwah bebas, Kamal Saidin yang berasal dari Pendang berkata, Pas sendiri mempunyai unsur-unsur syiah kerana mempunyai beberapa persamaan ketara sejak parti itu ditubuhkan.

Pertama, Syiah wujud akibat perasaan kecewa. Pengasas Syiah iaitu seorang Yahudi dari Yaman bernama Abdullah Saba kecewa kerana tidak diberikan jawatan selepas memintanya daripada Khalifah Uthman Affan lalu bertindak menentang khalifah itu.

"Pas sendiri ditubuhkan selepas pengasasnya kecewa tidak diberikan jawatan oleh Tunku Abdul Rahman," katanya.

Persamaan kedua antara Pas dan Syiah, kata Kamal ialah menabur fitnah memburukkan pemimpin seperti dilakukan Abdullah Saba terhadap khalifah. Modus operandi memburukkan pemimpin itu dilakukan zaman ini oleh Pas terhadap pemimpin negara. 

Beliau memberitahu, persamaan ketiga adalah Pas pernah mengkafirkan ahli UMNO sebagaimana dilakukan oleh Syiah Saba'iyyah yang menganggap golongan tidak bersama mereka adalah kafir bahkan turut mengkafirkan para sahabat. 

Sebenarnya, Syiah melakukan pelbagai perkara bertentangan dengan ajaran Islam hingga sanggup menghina Nabi Muhammad SAW apabila menganggap malaikat Jibril tersilap menghantar wahyu kepada Baginda dan sepatutnya wahyu itu adalah untuk Saidina Ali

Syiah berpura-pura menyokong Saidina Ali dan berlebih-lebihan secara terlampau mengagung-agungkan ahlul bait tetapi pada masa yang sama menolak para sahabat lain serta menyimpang dalam pelbagai sudut sama ada akidah, fikah, ibadat, akhlak dan sebagainya.

"Apa bezanya dengan Pas yang terlalu mengagung-agungkan tok guru mereka hingga pendapat lain atau pandangan ulama yang dilabel sebagai ulama UMNO ditolak, ahli UMNO dituduh taghut, dihina dan difitnah bukan-bukan.

"Pas juga melakukan banyak perkara bercanggah dengan ajaran Islam seperti dalam isu akidah iaitu Kalimah Allah dibenar dalam Bible versi Melayu, tuhan mencarut, sanggup berkawan dengan syaitan berbanding saudara sesama Islam dalam UMNO dan pelbagai fatwa-fatwa salah," jelasnya.

Kamal memberi kesimpulan bahawa para pengundi perlu memikirkan dengan mendalam sebelum tiba hari mengundi 5 Mei ini bagi mengelakkan tersalah memilih pemimpin untuk menjadi wakil rakyat mereka.

 Oleh SHAHBULAH DARWI
(Penulis adalah Ketua Biro Utusan di Kedah)

[HOMOSEKSUAL] Tabiat seks punca saya tinggalkan Anwar - Dr. Chandra

Posted: 26 Apr 2013 09:20 AM PDT


KUALA LUMPUR 26 April - Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar mendedahkan salah satu sebab utama beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2001 adalah kerana kecewa dengan tabiat seks Ketua Pembangkang itu.

Dedahnya, walaupun pernah bangkit mempertahankan Anwar atas dakwaan liwat kali pertama pada 1997 tetapi, kepercayaan beliau lebur selepas dua pegawai kanan diplomatik mendedahkan bahawa pihak Singapura sudah lama menyimpan bukti aktiviti homoseksual Anwar.

"Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam satu mesyuarat dengan pegawai kanan diplomatik Malaysia pada 1993 memberitahu beliau pelik kenapa Tun Dr. Mahathir Mohamed tidak memecat Anwar kerana pihak perisikan Singapura mempunyai bukti Anwar seorang homoseksual," katanya.

[BAKAR] Dua kereta milik anak calon PKR dibakar di Klang

Posted: 26 Apr 2013 06:44 AM PDT

KEADAAN kereta anak calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Seri Andalas, Xavier Jeyakumar di Taman Klang Jaya, hari ini.

KLANG Dua Kereta milik anak perempuan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Seri Andalas, Xavier Jeyakumar rosak akibat dibakar di rumahnya, di Taman Klang Jaya, awal pagi tadi.

Sangheta Jeyakumar, 30, berkata dalam kejadian dipercayai bermotifkan politik itu beliau sedang mengikuti bapanya berkempen.

Saksi berkata, dua lelaki mencurah petrol sebelum membakar kenderaaan terbabit lalu melarikan diri.




[LAPOR POLIS] Dituduh jual pil kuda, bekas calon PKR buat laporan polis

Posted: 26 Apr 2013 05:57 AM PDT

K MANOHARAN
KUALA TERENGGANU 26 April - Polis Terengganu mengesahkan menerima satu laporan yang dibuat oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu berhubung sebuah blog yang didakwa memfitnahnya menjual pil kuda.

Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan yang dihubungi enggan mendedahkan individu yang membuat laporan berkenaan.

Katanya, pihak polis telah merujuk kes berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut.

"Laporan itu telah dibuat di Balai Polis Chukai, Kemaman dan pengadu memaklumkan beliau menyedari tentang fitnah di laman blog berkenaan pada hari yang sama beliau membuat laporan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Isnin lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat di Marang, Terengganu mendakwa beliau mempunyai maklumat ada calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerja haram iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di markas parti mereka.

Abdul Hadi dipetik berkata, parti Pas tidak boleh menerima perkara sebegitu dan tindakan parti tersebut meletakkan tiga calonnya di kawasan ditandingi PKR diambil agar 'syaitan-syaitan' tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang.

[DESAK] Karpal desak Anwar nyata pendirian tentang hudud, negara Islam

Posted: 26 Apr 2013 04:49 AM PDT


GEORGE TOWN - Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendesak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya berhubung isu hukum hudud dan konsep negara Islam yang ingin dilaksanakan Pas, sekutunya dalam pakatan pembangkang.
  
Sebagai calon "perdana menteri" pakatan pembangkang, Anwar perlu menyatakan pendiriannya mengenai isu kontroversi dan kritikal itu, katanya.
   
Katanya hasrat pemimpin Pas untuk melaksanakan hudud dan konsep negara Islam telah menjejaskan persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang dan mengakui dua isu itu akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).
  
"Beliau (Anwar) perlu nyatakan pendiriannya. Saya fikir rakyat mahu mendengarnya. (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan (Setiausaha Agung DAP) (Lim) Guan Eng telah menyatakan pendirian parti, mereka tidak sokong hudud, mereka tidak sokong negara Islam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
  
Karpal berkata beliau menyatakan pendirian DAP berhubung isu itu bukan sahaja sebagai pendirian peribadinya tetapi juga bagi pihak parti.

Baru-baru ini, Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang diberi mandat memerintah negara kelak.
  
Bagaimanapun kenyataan itu disanggah oleh Karpal yang berkata DAP tetap menentang pembentukan negara Islam yang mengamalkan undang-undang hudud.

Celahgelegar: Anwar sebenarnya telah menyatakan pendiriannya di depan Yahudi. Saksikan video di bawah:

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...