CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[ARTIS BELUM LAYAK JADI MP] Hanya akan Perjuangkan DUNIA ARTIS Jika di PILIH RAKYAT...KELAKAR

Posted: 25 Apr 2013 02:33 AM PDT

Penulis (kiri) bersama teman wartawan dalam satu temubual dengan Aishah di Jempol pada 10 April lalu.

BAHANG Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) semakin hangat dan membara.Para artis di kalangan yang menyokong pembangkang dan kerajaan juga pun dua kali lima sibuknya untuk turut membantu berkempen.

Saya tidak banyak peluang menyaksikan kempen-kempen politik tetapi ada juga berborak dengan beberapa rakan artis yang mendapat jemputan untuk menyertai kempen.

Seperti biasalah... masa inilah ahli-ahli politik kita akan menggunakan sepenuh tenaga para artis untuk "mengumpan" orang ramai agar datang ke kempen mereka.

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) juga sibuk dengan penganjuran konsertnya di beberapa lokasi tertentu untuk mengajak orang ramai agar menyokong Barisan Nasional (BN).

Begitu juga dengan artis-artis veteran kita juga sibuk dengan projek di beberapa lokasi panas di Kedah, bersama BN.

Ada seorang artis berkata kepada saya, syukurlah ada PRU-13 ni. Lepaslah juga sesak hujung bulan.
Maknanya sepanjang PRU-13 ini kalau tak ada undangan "show" pun tak jadi masalah kerana artis-artis kita tak akan "mati" kebuluran. Mereka masih ada wang yang dibayar sebagai upah mereka bekerja menyertai kempen.

Dayangku Intan

Baguslah... itu semua rezeki. Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Pada pendapat saya, tak kiralah parti politik mana sekali pun, kalau ada yang sanggup membayar, pergilah demi sesuap nasi janji halal.

Tetapi dengan satu syarat, aris-artis yang ikut berkempen itu haruslah ada pendirian masing-masing dan faham matlamat yang hendak mereka perjuangkan.

Saya dapati, kebanyakan artis kita "buta" isu terutamanya hal-hal politik. Kalau ada yang bijak pun, hanya boleh dikira dengan jari sahaja.

Daripada sudut ini sahaja kita boleh lihat bagaimana mentaliti dan corak pemikiran mereka. Artis kita tidak bijak sebenarnya dalam membawa dan menangani isu.

Mereka hanya pandai menyanyi dan berlakon. Itu pun tak semua juga.

Selebihnya mereka tak tahu apa-apa. Kalau kita minta mereka beri komen mengenai isu semasa pun, ramai yang akan ternganga selain tidak mampu memberi pendapat yang bijak.

Saya berpeluang mengikuti kempen penyanyi Aishah, calon PAS bagi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada 10 April lalu.

Saya bertanya kepada Aishah, sekiranya dia terpilih sebagai Ahli Parlimen, apakah perkara yang hendak dia perjuangkan?

Herman Tino menggunakan simbol bunga raya
Kata Aishah, dia mahu memperjuangkan isu artis, hak-hak artis serta royalti artis. Ia merupakan isu utama yang hendak dibangkitkan atas kapasitinya sebagai seorang artis yang berhijrah (berubah imej).

Aishah akan menentang calon BN iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Saya juga bertanyakan soalan yang sama kepada penyanyi 80-an Dayangku Intan yang merupakan calon pilihan PKR bagi Parlimen Pengerang, Johor.

Dayangku Intan atau nama sebenarnya Tengku Intan Tengku Abdul Hamid akan menentang penyandangnya yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Mohd Azaman Johari (Bebas).

Kata Dayangku Intan, pengalamannya dalam dunia artis, melihat bagaimana artis di negara ini hidup susah, antara agenda yang akan dia perjuangkan.

Dayangku Intan sama juga seperti Aishah yang mahu dunia artis diberi perhatian.

Kata Dayangku Intan, semasa dia susah, PKR-lah parti yang datang menolong. Sebab itulah di sokong PKR.

Artis-artis di negara ini hidup daif dan dia perlu mewakili suara mereka untuk memperjuangkan hak-hak itu di parlimen.

Saya nak senyum pun tidak mampu selepas mendengar jawapan itu. Adakah ia jawapan yang cerdik bagi seorang Ahli Parlimen sekiranya mereka bergelar Yang Berhormat (YB)?

Ronald Reagan
Daripada apa yang diperkatakan itu saya melihat mereka adalah antara calon YB yang buta isu serta tidak faham peranan sebagai seorang wakil rakyat.

Isu artis adalah satu isu yang terpencil dan hanya untuk kepentingan satu kelompok sahaja iaitu golongan karyawan seni.

Kepada saya, tak perlu nak jadi Ahli Parlimen jika sekadar isu itu yang hendak diperjuangkan. Cukuplah menjadi Presiden Seniman atau pun Presiden Karyawan.

Malah isu berkenaan juga sudah dibawa oleh persatuan seni kepada kerajaan untuk dipertimbangkan dan sebahagiannya sudah dilaksanakan.

Kedua-dua calon Ahli Parlimen itu seharunya melihat kepentingan yang lebih luas. Suara mereka itu mewakili seluruh rakyat Malaysia yang bukan sahaja di kalangan artis tetapi petani, tukang sapu sampah, pekerja kilang sehinggalah kepada profesional yang lain.

Sebagai contoh, angkatlah isu bagaimana hendak memperjuangkan hak-hak wanita, menghapuskan kes-kes sosial dengan pendekatan Islam seperti penderaan kanak-kanak dan isteri, kes-kes kelahiran anak luar nikah yang semakin meningkat serta menyalurkan bantuan kepada rumah-rumah perlindungan yang daif.

Contoh itu dilihat lebih luas, kuat serta berkepentingan untuk semua berbanding isu royalti dan kebajikan artis yang hanya untuk sekelompok kecil itu.

Dalam hal ini saya memuji calon Bebas bagi Parlimen Tanjong Karang iaitu penyanyi Herman Tino yang akan menentang penyandangnya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (BN) dan Mohamad Rashdi Deraman (PAS).

Walaupun Herman Tino tidak malu untuk menyatakan dia hanya berpendidikan sehingga di peringkat menengah tetapi tiga manifestonya iaitu jambatan kasih sayang, perdamaian politik dan jaga harta benda adalah lebih luas fokusnya.

Dengan jujurnya kata Herman Tino dia mungkin tidak dapat menjanjikan pembangunan pesat di Tanjong Karang tetapi dia mahu membentuk masyarakat yang mampu hidup harmoni menerusi manifesto itu.

Berdasarkan kepada apa yang saya perjelaskan, dapatlah kita bayangkan artis kita sebenarnya belum bersedia untuk bergelar ahli politik.

Mereka hanya digunakan oleh pihak-pihak berkepentingan untuk meraih publisiti atau populariti berdasarkan kedudukan mereka sebagai individu yang dikenali.

Kata teman saya dalam pojoknya, artis kita mungkin hendak menjadi seperti bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada dan bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu Ronald Reagan yang merupakan seorang pelakon sebelum diangkat memegang kuasa negara.

Sayangnya semasa Reagan menjadi pelakon, apakah filem-filemnya yang hebat? Begitu juga Joseph Estrada yang hanya diminati oleh mereka berkasta rendah.

Mereka bernasib baik kerana populariti tetapi gagal dalam dunia seni.

Akhirnya apakah yang terjadi? Kedua-dua contoh pemimpin ini terpaksa menerima hakikat ditolak oleh rakyat.

sumber: NIEZAM- Pilih pemimpin yang bijak dan tinggi agamanya.

[SIBUK BERKEMPEN] Bung Moktar & Zizie berpisah?

Posted: 25 Apr 2013 12:25 AM PDT


KUALA LUMPUR, 25 April - Hampir 15 jam sehari, itu masa yang diperuntukkan oleh pelakon Zizie Ezette untuk membantu jentera kempen pilihan raya di kawasan suaminya, Datuk Bung Moktar Radin yang juga calon Barisan Nasional Parlimen Kinabatangan.

"Memang sibuk, semua kawasan dijelajahi, kami memang berkempen berhabis-habisan dan saya lebih fokus kepada merayu undi dari rumah ke rumah," kata Zizie kepada kepada Utusan Online.

Malah untuk menyampaikan kempen secara lebih berkesan, Zizie tidak akan sepanjang masa mengekori suaminya ke setiap lokasi.

"Kami berpecah kepada dua team (kumpulan). Datuk (Bung Moktar) dengan teamnya akan ke lokasi lain melalui ceramah, berjumpa kumpulan pengundi yang lebih besar.

"Sementara saya lebih kepada merayu undi dari rumah ke rumah. Saya banyak bertemu dengan kumpulan wanita dari rumah ke rumah," beritahu Zizie lagi.

Pelakon putih melepak ini bernikah dengan Bung Moktar pada penghujung 2009 dan ini merupakan kali pertama beliau membantu suaminya berkempen bagi mengekalkan kerusi Parlimen Kinabatangan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Bung Mokhtar ditentang Abdullah Abdul Sani (PKR), Yambuya Perantis @ Cyril Pongod (Star) dan Ali Latip Taha (Bebas).

[5.30 AM TADI] Polis Patahkan Cubaan BAKAR Bilik Gerakan DUN Jelapang

Posted: 24 Apr 2013 11:41 PM PDT

Parang & molotov cocktail di rampas

Berlaku cubaan bakar Bilik Gerakan BN DUN Jelapang Parlimen Batu Gajah pada subuh tadi.

Kebetulan Polis sedang membuat rondaan ternampak suspek dalam keadaan mencurigakan sedang menyalakan api.

Suspek melarikan diri dengan sebuah kereta Nissan berwarna merah. Berlaku aksi kejar mengejar. 


Kereta suspek dipercayai terbabas dan ditahan anggota Polis.

Sementara itu kebakaran di Bilik Gerakan BN dapat dipadamkan oleh petugas-petugas dan orang ramai. 


Dalam kereta Nissan merah itu terdapat bom petrol dan 5 bilah parang panjang.

Kejadian berlaku jam 5.30 pagi tadi. Nasib baik tidak ada kemalangan jiwa atau kecederaan pada petugas-petugas Bilik Gerakan BN akibat dari kebakaran tersebut.


Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kejadian itu dipercayai dilakukan oleh tiga lelaki sebelum mereka bertindak melarikan diri menaiki kereta Nissan Sentra

[TERKINI 25 April 2013] Kementerian Pertahanan sahkan 35 pengganas Kiram ditembak mati

Posted: 24 Apr 2013 10:31 PM PDT


PULAU PINANG 25 April - Kementerian Pertahanan hari ini mengesahkan sebanyak 35 lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas Kiram telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan Filipina.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kumpulan lelaki tersebut ditembak mati Tentera Laut Filipina ketika cuba memasuki perairan negara.

Utusan Malaysia dalam laporan eksklusif hari ini melaporkan pasukan keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas Kiram dalam satu pertempuran sengit di Pulau Sibutu di negara jiran itu Sabtu lalu.

Menurut sumber, kumpulan tersebut merancang strategi untuk menceroboh dan menyerang pantai timur Sabah bagi mengganggu kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sumber tersebut memberitahu, dalam pertempuran lewat malam itu, dua daripada kira-kira 200 anggota pasukan keselamatan Filipina yang terlibat dalam serangan tersebut turut terbunuh.

"Dengan kejayaan itu, satu lagi usaha pencerobohan pengganas Kiram yang diketuai pemimpin kanannya, Kalling Amirul untuk masuk ke negara ini berjaya digagalkan dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia dan Filipina.

"Dalam serangan berkenaan, Kalling dilaporkan terbunuh. Pasukan keselamatan turut merampas lebih 20 laras senjata api M16 dan rifel Garand," kata sumber itu ketika dihubungi Utusan Malaysia

[KONTROVERSI] Zain Saidin BUAT HAL Dalam MASTERCHEF

Posted: 24 Apr 2013 09:23 PM PDT


Salah satu kontroversi yang hangat diperkatakan ialah tindakan Zain Saidin yang meninggalkan dapur MCSM2. Membaca penjelasan Chef Jo di dalam Metro Ahad baru-baru ini, katanya:-
"Satu sikapnya yang saya perhatikan, apa saja orang cakap, semuanya tidak betul. Saya dikhabarkan, orang produksi turut dimarahinya apabila meminta dia menyalin resepi yang dimasak. Sepanjang terbabit dalam rancangan ini, saya nampak setiap kali apabila ke dapur MCSM2, dia akan ambil epal walaupun ia tidak digunakan dalam resipi. Dia akan makan sedikit dan tinggalkan epal itu. Kadangkala dia sengaja ambil susu di dapur dan minum dan bukan digunakan untuk memasak."

Malah menurut Chef Jo, ada juga kelakuan Zain seperti sengaja mencabar tahap kesabaran barisan juri. Contohnya, apabila Chef Zubir bercakap memberi arahan atau penerangan, dia akan memotong dan memberi alasan. Tambah Chef Jo lagi:-
"Pada saya, Zain cuba menunjukkan satu karakter. Benar seperti apa moto digunakan musim ini, bila dapur panas, watal lain jadi jelas. Sikap ditunjukkan Zain dalam MCSM2 dibimbangi akan beri impak buruk kepada dirinya kerana remaja di luar memandang tinggi keperibadiannya sebagai guru di dalam Oh My English. Pastinya apa yang dibuat Zain tidak bagus pada pandangan penonton yang menyaksikan rancangan realiti masakan ini."
Diawal program Masterchef berlangsung, pasangan selebriti Zain Saidin dan Rozita Che Wan menyatakan mereka tidak menganggap tawaran yang diberikan oleh pihak Astro Ria menyertai program pertandingan realiti MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua sebagai mahu mengeksploitasikan kisah percintaan mereka pada umum.

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, dia percaya pemilihan kedua-dua mereka disebabkan oleh kepakaran masak yang tersendiri dalam pertandingan program tersebut.

"Saya tak rasa mereka mahu mengeksploitasikan percintaan kami dalam MasterChef Selebriti 2. Lagipun kami bukannya masak bersama-sama sebaliknya bersaing untuk menang dengan 17 artis lain.

"Malah kami juga tidak memaparkan kemesraan kami pada umum. Jadi tiada apa-apa yang perlu di risaukan.

Rupa-rupanya, bukan kisah percintaan mereka menjadi tarikan, tetapi perangai kebudak-budakkan  Zain Saidin yang penuh dengan keegoan itu yang akhirnya memakan diri beliau sendiri.

[HUDUD PAS] Rakyat Akan Terus Diperbodohkan, Lakonan Pas & DAP Ditayang Kembali

Posted: 24 Apr 2013 08:24 PM PDT




KENINGAU 24 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan tindakan Pas membangkitkan semula isu pelaksanaan hukum hudud sebagai gimik pilihan raya semata-mata.

Beliau berkata, dalam manifesto pembangkang jelas sekali soal hukum hudud tidak disentuh, malah DAP tidak pernah sama sekali menyatakan persetujuan mereka dalam perkara itu.

 "Jadi kalau ini (pelaksanaan hukum hudud) dijadikan soal prinsip bererti Pas tidak seharusnya bergabung dalam Pakatan Rakyat kerana ini soal pokok yang diperjuangkan mereka.

"Sekarang ini DAP kena respons apa pendirian mereka dalam perkara ini dan saya jangkakan DAP terpaksa membuat kenyataan sebab kalau tidak yang bukan Islam akan meletakkan banyak persoalan tentang pendirian parti itu," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kompleks Sukan Keningau di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Presiden Parti Bersatu Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan kepemimpinan BN negeri.

Tambah Najib, UMNO tidak pernah menolak hukum Islam itu tetapi beberapa persoalan termasuk kesesuaian masa dan sebagainya perlu diambil kira dalam melaksanakan perkara tersebut.

Dalam pada itu, mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa tempoh masa lima tahun belum cukup untuk melaksanakan pelbagai perancangan adalah tidak benar sama sekali kerana tempoh berkenaan sudah cukup panjang.

Katanya, agenda transformasi nasional yang dilaksanakan kerajaan BN terbukti dapat dilihat keberhasilannya hanya dalam tempoh empat tahun sahaja.

"Kalau kita hendak merancang, tahun pertama kita boleh lakukan tahun kedua kita boleh laksanakan dan tahun ketiga dan keempat kita boleh tengok hasilnya.

"Saya tidak takut untuk membentangkan kad laporan kepada rakyat bagi rakyat mengadili prestasi kerajaan BN. Jadi sepatutnya bila tempoh lima tahun Tan Sri Khalid boleh membuat kad laporan kepada rakyat dan pengundi kerana itu lebih baik daripada dia minta lima tahun lagi," katanya.


Sementara itu, beliau melahirkan rasa kesal dengan kekecohan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab ketika musim pilihan raya kali ini.

"Sepatutnya tidak berlaku. Biarlah bersaing dengan sihat, tunjuk amalan demokrasi yang boleh menjadi teladan kepada orang lain," kata Perdana Menteri.

Ditanya dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beberapa negeri termasuk Sabah dan Johor akan jatuh ke tangan mereka, Najib berkata, itu adalah 'permainan' pembangkang semasa musim pilihan raya umum.


Karpal tersembam Jatuh atas pentas Ceramah

Posted: 24 Apr 2013 09:58 AM PDT

GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh jatuh tersungkur dari kerusi rodanya ketika ingin menyampaikan ceramah di hadapan penyokongnya di Taman Jajar, Jalan York di sini malam tadi.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 10 malam itu terjadi ketika beliau diangkat oleh beberapa pembantunya ke atas pentas sebelum terjatuh ke lantai pentas.

Bagaimanapun, salah seorang pembantunya segera mengangkatnya semula dan Karpal meneruskan ceramahnya di hadapan kira-kira 1,000 orang yang hadir.

Anaknya, Jagdeep Singh Deo yang turut hadir pada ceramah berkenaan berkata, Karpal tidak mengalami sebarang kecederaan dan boleh meneruskan ceramahnya dengan baik.

"Tidak ada sebarang kecederaan dan bapa saya boleh duduk semula di kerusi rodanya dan terus berceramah kira-kira sejam.

"Tidak ada isu dalam kejadian yang berlaku dan kini beliau berada dalam keadaan stabil tanpa perlu ke klinik mahupun hospital," katanya.

Karpal yang ditemui pada sidang medianya di sini hari ini menganggap kejadian itu perkara kecil.

"Saya OK sahaja, cuma ada benjol sedikit di dahi akibat kejadian itu.

"Itu hanya jatuh (kejadian) kecil sahaja tetapi yang akan jatuh besar adalah Barisan Nasional pada 5 Mei nanti," katanya.

Najib Kesal Berlaku Letupan Bom di Ceramah BN di Pulau Pinang

Posted: 24 Apr 2013 09:36 AM PDT



KENINGAU: Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan kejadian letupan bom yang berlaku di Pulau Pinang malam Selasa dan menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis bersama rakyat di Kompleks Sukan Keningau di sini, Perdana Menteri berkata semua parti telah dinasihat agar sentiasa menjaga tata tertib dan mematuhi undang-undang sepanjang tempoh berkempen.

"Sepatutnya semua bersaing secara sihat dan menunjukkan amalan demokrasi," katanya.

Semalam, ceramah anjuran Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal dicemari insiden letupan yang berlaku di belakang pentas bilik gerakan parti itu semasa Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan menyampaikan ceramah.

Kejadian itu menyebabkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan.

Sambil memandang serius perkara itu, Najib berharap semua pihak khususnya parti-parti politik yang bertanding memainkan peranan supaya kejadian seumpama itu tidak berulang.

Mat Taib tak layak sertai Pas, kata Karpal

Posted: 24 Apr 2013 09:27 AM PDT


GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berpendapat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak layak menyertai Pas apatah lagi bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pemimpin yang mempunyai rekod lampau yang buruk tidak layak diterima sebagai ahli komponen parti PR.

"Itu pandangan peribadi saya kerana rekod dia (Mat Taib) tidak baik sepanjang bersama Barisan Nasional (BN).

"Hanya orang yang ada rekod baik sahaja harus diterima dalam mana-mana parti termasuk BN mahupun PR," katanya ketika diminta mengulas mengenai penyertaan tokoh itu dalam Pas Isnin lalu.

Karpal turut mencurigai tindakan Mat Taib untuk bersama Pas dan mengganggap penyertaannya itu tidak ikhlas.

"Motif dia menyertai Pas adalah kerana dia tidak dapat apa dia mahu. Bukan ikhlas... saya rasa dia menyertai Pas," katanya.

6 lelaki bersenjata DIUPAH PR ditahan turunkan bendera 1Malaysia

Posted: 24 Apr 2013 09:23 AM PDT

Roslee Chik menunjukkan gambar parang yang dirampas polis daripada enam lelaki bersenjata di Persiaran Bayan Indah, Queensbay, Bayan Baru, semalam.
PULAU PINANG 22 April - Polis menahan enam lelaki bersenjata kerana menurunkan bendera yang mempunyai logo 1Malaysia di Persiaran Bayan Indah, Queensbay, Bayan Baru di sini awal pagi ini.


Mereka yang berusia di antara 18 dan 37 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis selepas menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 4.30 pagi.

Jurucakap Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, ketika disoal siasat, mereka mengaku diupah pihak tertentu untuk menurunkan bendera 1Malaysia.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki mereka turut menemui sebilah kapak, tiga bilah parang pelbagai saiz dan lebih 20 bendera sebuah parti pembangkang.

"Mereka yang ditahan berasal dari Georgetown serta Nibong Tebal dan polis telah mengambil keterangan mereka.

"Kita juga masih menyiasat siapa yang mengupah mereka dan motif kumpulan berkenaan membawa senjata," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Roslee memberitahu, polis turut menahan lima lelaki kerana memiliki pelbagai senjata merbahaya ketika memasang bendera sebuah parti politik di Jalan Kampung Benggali, Butterworth awal pagi ini.

Jelasnya, mereka yang ditahan berusia 18 hingga 24 tahun dan mendakwa diupah sebanyak RM80 sehari.

"Polis berjaya merampas enam bilah parang panjang yang disorokkan dalam but kereta dinaiki mereka," ujarnya.

Kata beliau, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...