BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! #PRU13 !!! TOLAKPR !!! LIM KIT SIANG CABUT LARI SELEPAS JUMPA PENDUDUK GELANG PATAH !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 29 Apr 2013 03:33 PM PDT


tu diaaa.amik ubat.konon nak ambil hati penduduk di gelang patah,johor.akhirnya lim kit siang cabut lari.tak perlu saya ulas panjang,sila lihat video di bawah


RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! #TOLAKPR !!! LIM KIT SIANG MAIN TAKTIK KOTOR DAN KENCING RAKYAT MALAYSIA ??? APA CERITA NI ???

Posted: 29 Apr 2013 08:30 AM PDT


Baru-baru ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang melancarkan kempen propaganda politiknya dengan mendakwa konon PR berupaya menawan 7 buah negeri termasuklah mengekalkan kedudukan PR sebagai pemerintah di Selangor,Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.Tiga negeri tambahan yang termasuk dalam senarai itu ialah menawan kembali Perak serta menguasai Negeri Sembilan dan Perlis.Malangnya,kempen propaganda murahan Kit Siang bagaikan angin lalu sahaja,tak mendapat sambutan dan gagal untuk meningkatkan moral penyokong PR dan tak berupaya menandingi kebangkitan semula BN yang berterusan memperkukuhkan kedudukannya.Ia mengecewakan tidak hanya Kit Siang,tetapi juga menyebabkan ramai penyokong PR dilanda kebimbangan kerana jika BN mengekalkan prestasinya seperti sekarang dan rakyat pula makin hari makin selesa bersama BN,bermakna PR pasti tumbang di Selangor,Kedah dan Kelantan.Lebih merunsingkan Kit Siang,bila mana kubu DAP di Pulau Pinang sudah merekah,jika kena gayanya dengan Pulau Pinang sekali harung diambil balik oleh BN. 

Dalam temu ramahnya dengan akhbar China Press 27 April 2013,sekali lagi ditekankan propagandanya itu yang hakikatnya tersirat menunjukkan betapa terdesaknya DAP dan PR untuk menarik perhatian ramai supaya menyokong agenda mereka untuk mengejar kuasa ke Putrajaya.Kit Siang sebenarnya faham,senario PRU-13 jauh berbeza dengan tsunami politik yang berlaku semasa PRU-12 2008,ditambah dengan mood rakyat yang kian kukuh di belakang BN,mahu tidak mahu terpaksalah beliau mengulangi kembali propaganda sedemikian.Tambahan pula,Kit Siang amat mengharapkan dengan menyegarkan semula kempen propaganda ini akan mampu menjadi satu perasa tambahan untuk menarik lebih ramai penyokong PR untuk hadir meramaikan program politik PR sekali gus menjadi buah mulut khalayak.Andai propaganda murahan dan taktik kelentong sebegini berjaya,ia satu bonus untuk DAP dan PR, kalau pun gagal ia setidak-tidaknya dapat juga meningkatkan semula semangat anak buahnya.Itu matlamatnya,pendek kata amat diharap-harap sangat yang orang ramai akan teruja untuk menyertai kempen PR disebabkan perasaan ingin tahu apa perkembangan selanjutnya, itu sahaja.Mungkin betul kempen propaganda Kit Siang dan DAP ini dapat memulihkan kembali semangat penyokong PR,tapi realiti semasa menunjukkan propaganda kelentong sedemikian bila sampai waktunya hanya dicampak ke longkang sahaja.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PRU13 !!! #TOLAKPR !!! SURAT TEBUKA ANAK DR MAZLAN KEPADA ANWAR IBRAHIM DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 29 Apr 2013 04:51 AM PDT


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi. 

Setelah lama menyepi maka aku akan ceritakan sebab-sebab Dr Mazlan menentang DSAI.Ramai rakan-rakan yang baik hati,private message aku dan tanya kenapa lawan DSAI.Alhamdulillah cara yang baik dan Islami.Tapi aku terkilan dengan mereka yang secara terbuka menyerang dan mengkritik aku,tag di sana sini.Kot2 nak PM dulu ka tanya ka,dak pun.Tanpa menyelidik pun sebab kenapa lawan DSAI.

Maka hari ini saya secara terbuka akan menceritakan kenapa kita perlu menentang DSAI.Dr Mazlan telah menggadaikan pekerjaan besar Naib Presiden Telekom Malaysia hanyalah demi menyelamatkan akidah ummat! Anwar Ibrahim membawa bersamanya ideologi yang pelik,bercanggah dengan syarak. Maka kerana tiada siapa yang sudi untuk menentang beliau, maka Dr Mazlan lah yang menjadi ayam tambatan kepada ummat.Itu pun masih lagi yang menyerang beliau.Malah rakan-rakan aku dari PAS ada jugak yang taksub tu,kutuk Dr Mazlan, "kata dia ni memang tak suka Anwar lepastu UMNO guna la".. Beradap la sikit.. tak boleh nak husnul zhon langsung.Orang seperti Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat,berilah kepimpinan kepada orang baru pulak,pimpinan PAS lagi ramai yang tak menjual agama demi undi.Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM sekiranya PR menang.Dasar PKR sebagai parti paling banyak bertanding kerusi melebihi PAS,bukan bawa agenda Islam,bukan ada Majlis Syura,bukan dasar Islam pun.Serahkan yang hak kepada mereka yang berhak.Kepada yang kata kita menentang Anwar sebab kita anti-anwar,itu salah sama sekali! Kita menentang ideologi,dasar mencabar akidah yang dibawanya.Ideologi ini sepanjang masa akan menjadi ancaman buat islam, dan hari ini ideologi ini bertopengkan manusia bernama Anwar Ibrahim. 

Persoalannya,siapakah yang sudi menentang beliau dan menjadi katalis dalam tindakan ini?? Dan siapakah yang akan berada di sebelah sana membela tindakan Anwar Ibrahim? Sesiapa yang ada fikrah Islam yang jelas pasti akan memilih menentang Anwar Ibrahim,bukannya setakat sembang lebat nak buat Islam tapi berdiam diri soal siapa Anwar Ibrahim;  seterusnya membiarkan Dr Mazlan dicaci dihina walaupun perbuatan ini untuk kebaikan Ummat.Kepada yang kata kita bergabung dengan pihak yang zalim,aku nak habaq orang yang zalim ialah orang yang membiarkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin,membiarkan ummat dirosakkan akidah mereka oleh manusia ini.Ini bukan soal gabung dengan sesiapa, tapi soal nak halang orang yang tidak layak menjadi pemimpin, ketua di negara kita.Berlambak lagi yang layak,nak pilih orang macam ni buat apa? Jika ada individu yang berakidah sebegini dalam PKR,PAS,bahkan UMNO sekalipun maka semua orang wajib menolak orang ini tanpa kira parti.Weight bertanding menentang Anwar Ibrahim tidak sama dengan weight menentang ahli biasa PKR.Kerana Anwar Ibrahim pemimpin PR,dan fikrah beliau akan dijadikan dasar negara sekiranya menang negara.

Takpayah cakap banyak.Kami bukan lawan PAS PKR tapi lawan figure yang bernama Anwar Ibrahim.Jangan dok ambik personal.Kawan2 aku yang PAS hampa dok kalut apa,kami bukan lawan PAS.PAS jugak untung kalau Anwar takdak,boleh PAS jadi kuat dalam PR.KALUT SUNGGUH.Ni aku nak habaq mai,hampa khatam blog yang aku sertakan itu,lepas tu mai lah balun aku dan habaq benda kami buat ni betul atau salah! Tak percaya lagi blog tu,pi jumpa ustaz-ustaz,bagi link blog tu suruh depa baca,dan tanya betui dak tindakan Dr Mazlan lawan Anwar? Satu lagi,yang dok bubuh kesalahan konon ada ahli UMNO hina Nik Aziz kata kafir la,buat video seks konon Mustafa Ali la,apa kaitan dengan Dr Mazlan? Boleh dak aku kata ahli PAS yang kata ahli UMNO kafir,tu Ustaz Hadi yang salah? Boleh ka? Aku nak bagi cayaq sikit otak jumud tu.Akhlak ahli UMNO atau ahli PAS yang berjuta-juta orang mana boleh nak sama dengan Dr Mazlan atau Tuan Guru Haji Hadi.Ini tanggungjawab semua untuk dakwah,bukan bubuh kesalahan atas mana-mana pihak.Buang la sifat taksub tu...Yang dok share sana sini konon Anwar dihina dimaki la dipenjara ditelanjangkan la apa,ya kita kesian kalau benda itu benar ; tapi itu masih tidak menghilangkan kebenaran yang dengan akidah dia ni.Kalau Anwar jadi pemimpin negara dan dibawa bersamanya ideologi yang pelik dan bercanggah dengan syarak untuk dijadikan polisi negara, siapa nak tanggung? Maka haram untuk kita memilih beliau. 

Awat kalau kesian kat dia,dia jadi layak memimpin? Takkan la kriteria layak nak jadi pemimpin itu kena buat orang kesian kat kita.Ni orang yang fikrah Islam yang jelas,dia tak akan biaq orang macam Anwar ni jadi pemimpin. So something to ponder- pihak mana yang angkat Anwar jadi pemimpin? Parti UMNO ka? Dr Mazlan kena caci maki berkandaq,yang konon 'fikrah jelas' tu diammm ja,biaq kami kena maki.Hampa sedaq dak kalau Dr Mazlan tak ambik tanggungjawab lawan Anwar dan Anwar menang dalam pilihanraya,dia jadi PM dan jadikan ideologi yang bercanggah islam tu dasar negara, hampa yang undi dia, hampa yang 'fikrah jelas' tu tanggung la dosa sebab mendiamkan kebenaran, seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42 "Dan janganlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu sedang kamu mengetahuinya".Yang kata Dr Mazlan gila duit la apa,dia tu dah VP TM kot,tak payah susah2 dah cari kerja lain,gaji dah berlambak pun,nak pi turun menghadap caci maki hampa ni buat apa.Yang pembangkang yang kata Dr Mazlan lapaq kontrak kerajaan lepas pilihanraya,bukankah hampa yang kata Kerajaan BN akan jatuh,oleh itu memang tak cerdik la sapa yang pi bertanding time ni,baik duduk diam2 kat Telekom,takdak caci maki.Orang dah berkorban jiwa raga hampa dok kutuk Dr Mazlan.Takpala... kami buat demi Islam.Allah jugak yang nak judge kami di akhirat.Bukannya manusia mana2 yang hina Dr Mazlan tu.. Semoga Allah beri kefahaman Islam kepada semua,kemaafan kepada yang menghina, dan rahmat ke atas rakyat Malaysia. Aaameen inshaAllah.

Wallahua'lam. 
Ahmad Uzair Mazlan 
Anak Dr Mazlan

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! #TOLAKPR !!! PENGURUS HONG LEONG BANK PAKSA KAKITANGAN UNDI DAP ??? APA CERITA NI ???

Posted: 29 Apr 2013 01:30 AM PDT


DAP dan Pakatan Rakyat kelihatan amat terdesak untuk menang dalam PRU kali ini.Walaupun tuduhan-tuduhan liar dilemparkan terhadap UMNO dan Barisan Nasional,khususnya yang membabitkan PDRM dan ROS,ternyata punca dan masalahnya adalah daripada DAP sendiri.Namun seperti biasa,berbanding menyalahkan diri sendiri mahupun mengakui kesalahan mereka,DAP sebaliknya menjadikan pihak lain sebagai kambing hitam.DAP dan Pakatan Rakyat sekarang ini sedang menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional kononnya memaksa para guru mengundi Barisan Nasional.Namun sedar tidak sedar,sebenarnya tuduhan-tuduhan tersebut sengaja dilemparkan bagi melindungi perbuatan penyokong DAP sendiri,terutama yang mempunyai kuasa,bermata sepet dan berfahaman Chauvinisme yang amat menebal.


Satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang pengurus Bank Hong Leong cawangan Gelang Patah yang bernama Sylvia.Pengurus bank berkenaan ketika dalam satu mesyuarat telah memberi kata dua kepada kakitangan bank terbabit.Sesiapa yang tidak memangkah DAP yang calonnya adalah Lim Kit Siang,dia sendiri akan memastikan mereka DIPECAT.Berikut adalah perincian latar belakang Pengurus Bank terbabit:

Nama: Sylvia
Bangsa: Cina
Jawatan: Pengurus Cawangan Hong Leong Bank Nusa Bistari
Alamat: No. 2A, Jalan Jati 1 Taman Nusa Bistari, Jaya
No. Tel: 013-7707588
No. Tel Pejabat: 07-5112826


Ugutan yang dibuat oleh Sylvia terhadap kakitangan bank terbabit dibuat secara terang-terangan.Kakitangan akhirnya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis berhubung salahlaku yang ditunjukkan oleh penyokong tegar DAP berjawatan Pengurus Bank Cawangan itu.Tindakan dan ugutan yang dilakukan oleh Sylvia adalah menyalahi peraturan Pilihanraya di negara ini. Setiap orang bebas memilih wakil atau calon mereka sendiri. - Sel13.Com

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! #TOLAKPR !!! KISAH SEBENAR LIM KIT SIANG DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 28 Apr 2013 10:00 PM PDT


kantoi sudah siapa lim kit siang dan perangai beliau akhir-akhir ini.saya akan ceritakan dulu berkenaan dengan kempen lepas tu saya ceritakan kisah lim kit siang.Dalam kempen pembangkang akhir-akhir ini,menyaksikan pemimpin mereka semakin tidak dapat mengawal diri.Rata-rata ceramah mereka menyerlahkan kemarahan,dendam kesumat dan dengki khianat yang parah terhadap Barisan Nasional.Keinginan yang menggila untuk berkuasa menyebabkan mereka tidak mampu lagi berlakon sebagai seorang pemimpin yang rasional dan matang.Sebaliknya,mereka menghamun dan mengutuk pemimpin BN semahu-mahunya dalam ceramah mereka bagi mencapai kepuasan.Apa yang menarik ialah sasaran yang paling mereka gemari ialah Tun Mahathir Mohammad,bekas Perdana Menteri yang amat kita kasihi.Tun Mahathir begitu giat membantu Perdana Menteri dan Barisan Nasional berkempen dalam PRU kali ini.Rata-rata program yang menampilkan Tun Mahathir pasti menyaksikan sambutan yang hebat sedangkan beliau sudah lama bersara.Kata-kata Tun Mahathir diambil sebagai amanat dan pedoman oleh segenap rakyat berbilang kaum.Dalam setiap program,beliau tidak putus-putus mengingatkan rakyat agar membuat pilihan tepat.Tun Mahathir tidak perlu bercakap berdegar-degar memaki hamun pembangkang sepertimana Anwar menyuruhnya pergi mati. 

Tetapi,Tun Mahathir hanya perlu berkata benar dalam setiap ceramahnya,itu saja dan itu pun sudah cukup untuk membuat pembangkang separuh gila.Selain Anwar,antara yang separuh gila dengan usaha Tun Mahathir ini ialah Lim Kit Siang.Susah hati sungguh si Kit Siang bila Tun Mahathir membantu BN.Justeru,jenuhlah dikerah tentera kacang merahnya (Red Bean Army) menghentam Tun Mahathir kononnya sebagai manusia paling berkuasa,kukubesi dan ditakuti di segenap peringkat.Namun,dalam pada itu juga,berduyun-duyun anggota dan pemimpin DAP keluar parti dan alasan mereka pula adalah konsisten iaitu Lim Kit Siang anak beranak bersifat kukubesi,terlalu berkuasa dan amat ditakuti di dalam DAP.Kata mereka,dalam meletakkan calon pilihanraya,Lim Kit Siang langsung tidak mengambil-kira suara pemimpin bawahan.Mereka yang telah lama berjuang di dalam parti diketepikan dan rungutan mereka disambut dengan tempelak serta ugutan.Sudahlah pemilihan CEC juga tidak telus yang mana penipuan dilakukan secara terang-terangan,Lim Kit Siang sedikit pun tidak menunjukkan kekesalan atas 'kebobrokan' anaknya dalam kes itu,hatta merestuinya pula.Sehingga hari ini,tiada siapa di dalam DAP yang boleh mempersoalkan perihal kes CEC atau akan diberi tekanan oleh kepimpinan atasan. 

Sumber juga menyatakan Kit Siang begitu terdesak kini dan meningkatkan lagi kempen dengan cara mengugut.Ini sebenarnya,tidaklah mengejutkan kerana sejak dahulu lagi,DAP amat sinonim dengan kes 'menerima peluru dalam sampul'.DAP juga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan kongsi gelap bawah tanah.Sesiapa yang melanggar perintah Lim Kit Siang akan menghadapi ancaman ugut dan keluarga mereka juga berada dalam bahaya.Kerana itu di dalam DAP sendiri mereka merujuk kepada pemerintahan DAP sebagai sistem 'kilas tangan'.Malah gelaran Tokong terhadap Lim Guan Eng juga dimulakan oleh orang DAP sendiri.Oleh itu tidak hairanlah Teoh Beng Hock mengambil keputusan membunuh diri apabila menjadi 'liabiliti' kepada DAP.Berdasarkan semua ini,kita tidak perlu menjadi seorang 'genius' untuk meneka bahawa kejadian bom dan letupan mempunyai kaitan dengan DAP.Selain Kit Siang,pemimpin DAP yang rapat dengannya juga tidak segan silu menunjukkan sikap samseng mereka kepada rakyat, mungkin untuk membangkitkan rasa gerun terhadap parti itu.Antaranya,Tony Pua ketika menjawab soalan Malaysiakini mengenai Red Bean Army,beliau berkata tugas kumpulan itu adalah untuk 'membunuh orang'

Benar,ia adalah satu perumpamaan,namun perlukah menggunakan perumpamaan yang begitu 'ganas' dalam politik ??? Jenice Lee,Shen Yee Aun,Tunku Aziz adalah antara segelintir nama-nama yang sanggup tampil ke hadapan dan menelan segala ugutan demi untuk mendedahkan sikap DAP yang kukubesi,kejam,korup dan kotor.Selebihnya,hanya menentang Kit Siang secara senyap-senyap kerana bimbang tindakan parti terhadap diri dan keluarga mereka.Kit Siang sebenarnya amat sedar akan persepsi ramai terhadapnya,kerana itulah beliau bersungguh-sungguh cuba membalikkan persepsi itu kepada Tun Mahathir,iaitu sasaran paling 'besar' dan paling mudah.Namun,taktik Kit Siang tidak laku kerana rakyat tahu siapa Tun Mahathir iaitu pemimpin yang berhati mulia yang tidak jemu-jemu berusaha merealisasikan sebuah dunia yang lebih baik untuk manusia sejagat.Tun Mahathir terkenal dengan sifat penyayang dan ia boleh dilihat jelas dalam hubungan beliau dengan Tun Siti Hasmah.Tun Mahathir tidak pernah hilang kawalan atau menggila dan menghamun sesiapa sepanjang hidupnya. Biarpun beliau paling marah kepada George Soros suatu ketika dahulu kerana hampir memusnahkan negara ini, beliau telah meluahkan kemarahan itu dengan cara yang amat tenang,dalam ayat yang cukup tajam tanpa perlu terjerit-jerit mencerca seperti Lim Kit Siang mahupun Anwar Ibrahim yang ingin melepaskan geram. 

justeru,Kit Siang tidak mungkin mampu mencipta gambaran 'raksaksa' terhadap Tun Mahathir kerana semua orang tahu,terutama orang-orang DAP sendiri,bahawa Kit Sianglah raksaksa yang sebenarnya.Raksaksa yang bernama Kit Siang ini tidak sanggup bersara seperti Tun Mahathir,tetapi beliau perlu berada di dalam hierarki kepimpinan bagi memastikan kepentingan beliau dan anak-beranaknya sentiasa diutamakan.Apapun saya ucapkan 'Selamat Berjaya' kepada tentera kacang merah di Komtar dan Concorde untuk memulihkan imej Kit Siang dalam masa 7 hari ini.Apa yang pasti,beribu-ribu tentera ini tidak mungkin mampu mencipta persepsi bahawa Kit Siang adalah seorang pemimpin yang penyayang dan prihatin dalam masa 7 hari mahupun 70 tahun lagi.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! PENGUNDI WANITA TOLAK PR PADA PRU INI ???

Posted: 28 Apr 2013 07:00 PM PDT


Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan para penggundi wanita dalam pilihan raya kali ini.Ini terbukti melalui kajian sekumpulan penyelidik di universiti tersebut terhadap 4,500 responden wanita di seluruh negara dengan 59.1 peratus memilih BN dan 33.9 peratus memilih pakatan pembangkang.Pensyarah Geopolitik,Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM,Prof Madya Dr. Mohd Fuad Jali berkata,kecenderungan pilihan tersebut adalah bedasarkan kejayaan transformasi yang dibuat oleh kerajaan terhadap golongan wanita.Kerajaan telah berjaya melaksanakan pelbagai transformasi dan keudahan kepada golongan itu termasuklah Kedai Kain 1Malaysia,Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Klinik 1Malaysia dan pelbagai lagi produk yang memberi manfaat kepada mereka. 

"Kerajaan seperti itulah yang diperlukan oleh wanita dan sebagai tanda sokongan dan berterima kasih, mereka akan menzahirkannya dengan mengundi BN pada pilihan raya umum kali ini," katanya.Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri Forum Wanita,Belia dan Golongan Minoriti Dalam PRU 13 yang dianjurkan oleh Pusat Kepimpinan Wanita UKM disini hari ini.Kajian tersebut dibuat bagi tempoh Disember 2012 dan Mac lalu.Mohd Fuad menjelaskan,golongan wanita berstatus ibu tunggal di Selangor mencecah 50,000 orang dan kemungkinan mengundi BN adalah tinggi. "Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selangor menjanjikan pelbagai bantuan kepada mereka namun gagal untuk melaksanakannya berbeza dengan Kerajaan Pusat yang memberi pelbagai kemudahan kepada mereka. Ini secara tidak lansung memberi impak pola pengundian pada pilihanraya kali ini terutamanya di negeri Selangor," katanya.Mohd Fuad berkata,kajian juga mendapati golongan wanita diseluruh negara memilih sesebuah parti politik berdasarkan tiga faktor yang tertinggi iaitu memperjuangkan isu kemanusiaan dan peratusan 75.8 peratus, isu pembangunan dan kemiskinan 73.4 peratus dan isu perjuangan bangsa dan agama sebanyak 71.8 peratus.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! PAS MENGALAH KEPADA PARTI KOMUNIS ??? APA CERITA NI ???

Posted: 28 Apr 2013 04:00 PM PDT


"Ada calon yang menjulang gambar Stalin,macam mana orang PAS nak sokong.Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP,tak kerjasama dengan parti Stalin,parti Lenin,Karl Marx.Gambar Karl Marx duduk dalam markas,nak suruh orang PAS kerja,macam mana nak suruh orang PAS kerja? "Komunis di haram di Malaysia.Itu yang jadi bertindih itu.PAS nak selamatkan PR tak nak jadi macam Perak.PAS tetap bersama PR," demikian penjelasan oleh Presiden PAS,Abdul Hadi Awang ketika mengulas isu pertindihan kerusi sesama PR dalam PRU-13.Kenyataan Presiden PAS itu secara langsung merujuk kepada pertindihan kerusi di kawasan DUN Kota Damansara di mana PAS telah menghantar calonnya menyebabkan pertembungan dengan calon PR iaitu Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM),Dr Nasir Hashim yang bertanding atas tiket PKR. 

Walau dibaca berkali-kali kenyataan Hadi itu,maksudnya tetap sama di mana PAS sama sekali tidak akan redha dengan pencalonan tokoh politik yang berfahaman sosialis dan komunis.Itu pendirian PAS seminggu yang lalu yang sewajarnya dipertahankan kebenarannya.Kini selepas menerima tekanan demi tekanan yang diterima dari PKR dan DAP,lain pula yang berlaku apabila PAS akhirnya mengalah memberi laluan kepada calon PSM yang seminggu lalu dipandang keji dek kerana Dr Nasir berfahaman sosialis,bab kata Nik Aziz ideologi itu ibarat adik kepada komunis.Mengikut kata Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali,keputusan PAS menarik diri di DUN Kota Damansara adalah untuk mengekalkan status quo kerana kerusi itu sememangnya kuota PKR. 

Baru sekarang mahu sedar,maksudnya memang parah benar masalah kesepakatan dalam PR.Perubahan mendadak pendirian PAS ini secara umumnya dialu-alukan oleh penyokong PR khususnya dari DAP dan PKR,tapi di hati kecil penyokong PAS wujud perasaan menggelodak amarah dan malu kerana terpaksa menyokong calon yang berideologi sosialis.Patutlah dulu beria-ia benar Mat Sabu memuja kezaliman yang dilakukan oleh Mat Indera Komunis di Bukit Kepong,agaknya tahu suatu hari nanti PAS akan bekerjasama untuk menjayakan golongan yang sealiran dengan Mat Indera rupanya. Apa pun, dengan perkembangan terbaru ini, sahihlah betapa rapuhnya PAS dalam mempertahankan pendirian dan prinsipnya,itulah puncanya kenapa dalam banyak isu misalnya kalimah Allah S.W.T,hudud,negara Islam dan kemurtadan,mudah benar PAS tewas dan tunduk kepada DAP dan PKR.Jati diri PAS zaman sekarang jauh sangat bezanya berbanding dulu, prinsipnya rapuh sampaikan sanggup digadaikan segalanya demi menuju puncak kuasa yang tak ketahuan.Jenis parti sebegini memang tak layak untuk menjadi pengganti kepada UMNO. Bahaya kepada masa depan agama,bangsa dan negara.Justeru itu,eloklah pada PRU-13 5 Mei 2013 ini nanti,para penyokong PAS yang menyedari hakikat ini bergabung tenaga dengan rakyat Malaysia yang lain untuk sama-sama talkinkan saja PAS.Demi masa depan,itulah yang sepatutnya.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...