BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! #PRU13 !!! SAH !!! KELANTAN AKAN KEMBALI KE TANGAN BN #BETTERNATION !!!

Posted: 28 Apr 2013 01:06 PM PDT


angin perubahan yang sedang melanda Kelantan ketika ini pasti mencetuskan gelombang kesedaran rakyatnya untuk mengembalikan negeri Cik Siti Wan Kembang itu ke pangkuan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.Tidak dinafikan Kelantan dianggap kubu kuat Pas apabila parti tersebut kembali menerajui pentadbiran kerajaan negeri sejak 1990.Namun,rakyat Kelantan mulai sedar mandat yang mereka berikan kepada Pas sejak 23 tahun lalu adalah satu kesilapan.Seperti yang dijelaskan tokoh veteran UMNO,Tan Sri Hussein Ahmad kepada Utusan Malaysia semasa berkunjung di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Kuala Lumpur kelmarin,populariti Pas yang diterajui Mursyidul Amnya,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan kini jatuh merudum.Rakyat semakin resah ekoran kegagalan kerajaan Pas Kelantan membawa perubahan fizikal dari segi ekonomi,sosial,pendidikan dan pembangunan infrastruktur.Keyakinan Hussein itu bukan sekadar spekulasi yang bersandarkan kepada cakap-cakap kosong di warung kopi semata-mata. 

Pengalaman beliau dalam politik khususnya di Kelantan amat luas dan mendalam.Hussein pernah memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang selama 32 tahun dan Ketua Penerangan UMNO selama 15 tahun. "Harapan Kelantan untuk kembali ke pangkuan BN kali ini adalah cerah sebab yang bertanding di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ialah 'Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.' Saya kata begitu sebab kesemua calon yang diletakkan di Kelantan mewakili kepimpinan Najib," katanya penuh bersemangat.Menurut beliau,rakyat Malaysia termasuk di Kelantan dapat melihat sendiri kesungguhan Najib melaksanakan transformasi dalam pentadbirannya sejak dilantik sebagai Perdana Menteri dan 'faktor Najib' itu memberi bonus yang besar dalam membantu calon-calon BN di Kelantan untuk memenangi hati pengundi. "Saya percaya ahli-ahli Pas yang tegar akan kekal dengan parti itu tetapi sebahagian besar pengundi di atas pagar sudah nampak apa yang dilakukan oleh BN di bawah kepimpinan Najib.Golongan ini akan menyokong UMNO dan sokongan mereka sudah cukup untuk memastikan kemenangan BN di Kelantan.Selain itu,rakyat Kelantan yang berhijrah ke negeri-negeri lain untuk mencari rezeki mula menunjukkan perubahan sikap.Jika dulu mereka menentang BN namun sekarang sikap itu bertukar 180 darjah," jelasnya. 

Veteran UMNO berusia 79 tahun itu berkata,kerajaan Pas Kelantan juga menerima tamparan hebat apabila golongan ulama pondok yang pernah menjadi penyokong tegar parti tersebut telah berubah arah dan menyatakan sokongan mereka terhadap UMNO secara terbuka."Kehendak Allah SWT yang membuka pintu hati pemimpin-pemimpin agama di pondok di negeri yang dianggap sebagai serambi Mekah ini.Sekarang,golongan ulama pondok sudah nampak kepalsuan Pas.Sebab itu mereka kembali ke jalan yang benar. "Sudah tentu perkembangan terbaharu membabitkan ulama pondok itu akan membawa perubahan di Kelantan. Ini satu petanda yang baik. Saya pernah menjadi calon pilihan raya dahulu. Hendak dapatkan dua pengundi yang menyokong BN di sebuah pondok pun susah tetapi sekarang ramai yang sokong kita," ujarnya.Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13,Pas semakin rancak mengulangi janji-janji lapuk seperti melaksanakan hudud, membangunkan negeri malah tergamak menjanjikan syurga kepada pengundi yang memilih parti itu.Bagi Hussein,rakyat Kelantan semakin bijak dan tidak akan mudah diperdayakan oleh Pas dengan janji-janji palsunya. "Hudud pun tidak dilaksanakan dalam Pas. Pernahkah pemimpin Pas dihukum hudud? Sekarang heboh isu pemimpin kanan Pas dituduh tetapi apakah tindakan yang diambil oleh Pas?" katanya.

Mengulas tindakan bekas Menteri Besar Selangor,Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyertai Pas dan bekas ahli-ahli UMNO termasuk bekas Ketua Wanita UMNO,Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas,Hussein yang cukup memahami tepuk dan tampar politik tanah air menganggap senario itu sebagai 'irama biasa' setiap pilihan raya umum atau kecil."Golongan ini kalau kita beri langit pun mereka tetap tidak akan berpuas hati.Itulah tandanya orang yang tidak bersyukur.Tetapi kita tidak perlu risau kerana tindakan mereka itu tidak memberi kesan sedikit pun kepada parti malah bilangan pengikut mereka saya percaya setakat boleh dibilang dengan jari.Cuma satu sahaja yang saya hendak nasihatkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO di Kelantan.Berilah sokongan kepada calon-calon kita sama ada yang baru atau lama demi memastikan kemenangan parti.Kita harus ingat semasa kita bertanding dahulu, mereka bekerja keras membantu kita. Kenapa bila mereka bertanding, kita tidak boleh melakukan perkara serupa?" ujarnya.Sebelum mengakhiri pertemuan,Hussein sempat meninggalkan sedikit pesanan kepada orang Melayu di Kelantan : "Jaga kepentingan diri kita dahulu sebelum menjaga kepentingan orang lain. Kita mesti membantu diri sendiri dan kita boleh melakukannya pada Pilihan Raya Umum Ke-13." - Utusan Malaysia 

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! PR TAK JADI MANSUHKAN TOL - HADI AWANG !!!

Posted: 28 Apr 2013 08:30 AM PDT


Akhbar the New Straits Times melaporkan Hadi Awang mengakui sukar untuk menepati janji menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta sekiranya PR memerintah.Malah,beliau juga mendedahkan bahawa PR belum lagi melakukan kajian terperinci mengenainya.Katanya, "pakatan perlu membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum menghapuskan tol bagi mengelakkan bebanan kewangan bagi menampung kos pengurusan lebuhraya".Kenyataan itu dibuat di dalam sebuah ceramah di Taman Padang Midin Kuala Terengganu kelmarin.Dalam ceramah yang sama,Hadi juga mengakui bahawa negara akan mengalami kemerosotan ekonomi jika penghapusan duti eksais kereta import dilakukan secara drastik sepertimana yang termaktub dalam manifesto pembangkang.Selain itu,Hadi juga mengulangi kenyataannya yang tidak ingin berebut kerusi Perdana Menteri dan lebih rela menjadi nelayan.Sebagai ahli politik,Hadi nampaknya sudah cukup berhati-hati dengan menambah perkataan 'secara drastik' di penghujung ayat mengenai menghapuskan tol dan duti eksais.Namun,drastik atau tidak bukanlah soal pokok. 

Soal pokonya ialah,PR telah membuat janji tanpa terlebih dahulu membuat kajian terperinci.Jika tanpa kajian,bagaimana untuk menjustifikasikan makna 'drastik' atau 'tidak drastik' ??? Jika tidak drastik atau beransur-ansur,maka berapa lamakah jangka masa yang mampu atau perlu diambil untuk melaksanakan janji tersebut ??? Tentu saja PR tidak boleh memberi jawapan tepat kerana kajian belum pun dibuat.Ini membuktikan bahawa apa yang dibentangkan dalam janji manifesto mereka hanyalah 'cadangan' atau 'tawaran' iaitu bukan sesuatu yang pasti akan atau mampu dilakukan.Sebagai contoh,katakan PR menang dalam PRU ini,maka barulah mereka akan membuat kajian mengenai apa yang mereka janjikan. Dan katakan kajian tersebut menunjukkan yang ianya tidak mampu dan tidak dapat dilaksanakan, maka tentulah ia tidak akan dilaksanakan.Pada ketika itu,akan duduk terngangalah penyokong-penyokong mereka menelan segala alasan PR tentang kenapa duti eksais dan tol tidak dapat dihapuskan. 

Sikap PR yang berjanji tanpa mengkaji dengan sendirinya membuktikan yang parti itu tidak punya bertanggungjawab,sekali gus tidak boleh dipercayai.PR jelas bercakap tanpa asas atau sesuka hati.Bayangkan jika negara mempunyai kerajaan yang suka bercakap sesuka hati sekadar untuk menyedapkan hati rakyat.Bayangkan apa yang akan terjadi jika asyik berjanji dan kemudian berkata 'tak boleh jadi'.Menjadi kerajaan bukanlah semudah bermain masak-masak berpura-pura membeli belah dengan menggunakan cebisan kertas.Dalam mengurus rumah tangga juga kita tidak boleh sentiasa berjanji kepada anak isteri untuk membawa mereka melancong ke sana sini tetapi tidak pernah menunaikannya. Lama kelamaan,anak isteri akan hilang hormat dan tidak percaya lagi kepada kita. Inikan pula menjadi kerajaan.Setiap kenyataan yang dibuat oleh kerajaan akan memberi impak kepada pasaran saham dan operasi perniagaan.Malah,kenyataan kerajaan juga mampu memberi kesan kepada hubungan luar negara terutama dari segi perdagangan.Sebuah kerajaan tidak boleh berkata sesuatu sesuka hati tanpa mengkaji semua kesan ini.Kenyataan dari pihak kerajaan akan dilaporkan dalam ruangan politik dan ekonomi,bukan dalam ruangan gossip yang boleh ditukar dan dinafi sekiranya tidak memberi keuntungan atau memburukkan imej sendiri.Justeru,apa yang diakui oleh Hadi iaitu PR belum pun mengkaji janji-janji mereka,wajar diambil serius.Menukar kerajaan bukanlah soal suka-suka.Ini soal masa depan negara dan soal nasib kita semua.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM DAN KARPAL SINGH TUDUH MAT TAIB BANYAK SKANDAL ??? HABIS LAH PAS !!! KAW-KAW KENA BANTAI !!!

Posted: 28 Apr 2013 06:00 AM PDT


Nampaknya perjalanan Mat Taib untuk 'bertaubat' dengan masuk PAS tidak semudah yang disangka.Walaupun PAS menerimanya dengan tangan terbuka dan tepuk sorai gembira tetapi kemasukannya telah dipandang sinis oleh Ketua Pembangkang sendiri serta dipersoal pula oleh Karpal Singh,sebagai mewakili DAP.Menurut Karpal bekas Menteri Besar Selangor itu tidak layak menyertai Pas apatah lagi bersama dengan PR kerana mempunyai rekod yang buruk.Beliau juga menempelak Mat Taib sebagai tidak ikhlas menyertai PAS iaitu kerana tidak mendapat apa yang diidam.Anwar pula dalam satu ceramahnya di Felda Lepar Hilir 1 berkata beliau antara yang meminta Mat Taib meletakkan jawatan di dalam UMNO dulu kerana tidak bersih.Namun,pantas berhenti setakat itu apabila hadirin mengingatkan beliau yang Mat Taib sudah masuk PAS.Walau apapun,Mat Taib bertuah kerana PAS menerimanya dan kini terpaksa membelanya.saya pasti PAS lebih tahu bahawa orang seperti Mat Taib sebenarnya berada di tempat yang sewajarnya iaitu di dalam PAS dan PR.Ini kerana,jika PR perlu menolak Mat Taib,maka PR perlu terlebih dahulu menolak Kadir Sheikh Fadzir,malah Anwar Ibrahim juga iaitu dua personaliti yang telah diketahui umum sebagai antara yang paling korup dalam sejarah politik Malaysia. Malah, Anwar sendiri mempunyai gelaran khas iaitu 'Bapa Politik Wang' di dalam UMNO. Anwar dipecat dari UMNO juga kerana skandal liwat dan rasuah. Mungkin Karpal Singh lupa yang beliau sendiri pernah menyuruh Anwar bertaubat. Dan sehingga kini Anwar belum bertaubat kerana belum masuk PAS. 

Tetapi,kenapa Karpal tetap sedia menjulang atau lebih tepat 'memijak' Anwar sebagai bakal Perdana Menterinya ??? Kerana itulah PAS tidak kisah menerima Mat Taib kerana Mat Taib hanyalah setaraf amatur sahaja dari segi skandal jika dibandingkan dengan bakal Perdana Menteri PR itu.Lagipun,PAS mampu menyucikan sesiapa sahaja yang masuk ke parti itu sehingga cuci dan bersih seputih spender Mustafa Ali.Setelah berada di dalam PAS pula,mereka boleh melakukan apa saja dan tetap akan dianggap bersih dan suci.selagi tidak menyinggung DAP.Jika ini berlaku,maka mereka automatik menjadi hitam dan kotor lalu terpaksa disepak keluar seperti Hasan Ali.Dari satu sudut,kita melihat tindakan Karpal dan Anwar memperlekeh Mat Taib sebenarnya samalah dengan memperlekeh PAS. Di masa yang sama, tindakan PAS menerima Mat Taib pula samalah seperti menyindir Anwar.Sesungguhnya,PAS,PKR,DAP,Anwar,Karpal dan Mat Taib tidak wajar mempersoalkan sesama sendiri dan wajib menerima hakikat bahawa mereka adalah satu entiti. Bagaikan anggota badan yang jika dicubit sebelah kanan,kiri tetap terasa atau jika tangan kirinya penuh kurap,maka seluruh anggota juga terpaksa menanggung kegatalannya.Jika kaki kiri buruk,maka seluruh anggota akan berjalan senget juga.Apatah lagi jika kepalanya yang buruk,reput dan berulat,maka seluruh anggota juga tentulah tidak boleh dipakai lagi dan wajar dibuang saja ke dalam tong sampa dan bukankah itu gunanya PR ??? Iaitu sebagai tong sampah UMNO ???

RENUNG-RENUNGKAN 

BREAKING NEWS !!! FACEBOOK AZHAR SULAIMAN DI SAMBAR PETIR ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 28 Apr 2013 05:01 AM PDT


apa cerita ni ??? pembangkang dah kecut ker sampai FB azhar sulaiman kena hack.fb beliau kena hack kerana komen azhar sulaiman memberi kepedasan kepada puak pembangkang.nampaknya puak pakatan ni dah terdesak sampai nak hack FB azhar sulaiman.


apa cerita ni ??? kata perjuangan,takkan terasa kot.kami pun tak pernah kacau artis yang menyokong PR.semuanya bermula dari video di bawah


ANDA TAK PERCAYA GAMBAR DI ATAS YANG AZHAR SULAIMAN KENA HACK ???

GAMBAR EDIT ???

TAK CAYA ??? 

KLIK DI SINI 

UNTUK SELANJUTNYA


apa yang dikatakan oleh azhar sulaiman adalah benar.kan senang kalau mengaku dan bersumpah sama ada buat atau tak.rakyat nak tahu semua tu.sah,puak pakatan takut kebenaran,betul tak pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! PAS PATUT ISLAMKAN RAJA RATNAM !!! ADA BERANI ???

Posted: 28 Apr 2013 01:30 AM PDT


Membiarkan bukan Islam memetik ayat-ayat AlQuran dan Hadith di pentas-pentas ceramah nampaknya terus menjadi budaya PAS dan setiap kali penceramah bukan Islam itu berbuat demikian,maka penyokong-penyokong PAS akan bertakbir dan bertepuk tangan gembira seolah-olah beliau sudah masuk Islam.Apa yang menggusarkan kita ialah,para penceramah bukan Islam tersebut selalunya tidak mampu menyebut ayat dengan betul dan tersalah pula menterjemah maksudnya.Sebagai seorang Islam,bergetarlah hati kita apabila ayat AlQuran disalah sebut dan salah-terjemah sedemikian dan kemudian disambut sebagai benar pula oleh yang mendengar.Melalui pengalaman sendiri,dalam beberapa insiden,mereka yang bertakbir dan bertepuk tangan mendengar ayat yang disalah-sebut dan salah terjemah itu,adalah golongan yang penulis cukup kenal sebagai 'geng surau' di kawasan perumahan penulis.Justeru,saya hairan,apakah 'geng surau' ini tidak tahu bahawa apa yang diperkatakan oleh penceramah bukan Islam itu salah ??? Tidakkah hati mereka juga bergetar ?? Namun,itulah hakikatnya politik PAS yang menjual agama demi kuasa.Baru-baru ini perkara yang sama berlaku lagi di mana seorang penceramah beragama Hindu iaitu Raja Ratnam yang didatangkan khas dari Kelantan untuk 'memperbetulkan akidah Islam orang-orang UMNO' di Putrajaya.

Raja Ratnam dengan megah mengakui yang beliau lebih memahami Islam dari UMNO lalu menyebut dengan fasih : "Auzubillah himinaz syaitan nirrojim,Bismillahhirrohmanirrohim" dan disambut dengan pekik takbir dan tepukan oleh hadirin penyokong PAS.Seterusnya,Ratnam pun mempersoalkan UMNO yang tidak menerima hudud dan juga solat orang-orang UMNO sebagai sia-sia.Dengan kata-kata itu,maka penyokong-penyokong PAS yang hadir pun melihat Ratnam sebagai lebih Islam dari UMNO.Walhal,Ratnam kekal beragama Hindu.Bukankah ini sesuatu yang sangat pelik,tidak masuk akal dan ganjil ??? Sebagai Umat Islam yang beriman bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar, maka tentulah kita tidak boleh menerima bahawa Ratnam lebih memahami Islam dari UMNO.Ini kerana jika benar Ratnam memahami Islam,beliau pasti sudah mengucap dua kalimah syahadah dan bukannya berceramah di sana-sini demi politik sesat PAS.Mungkin kita perlu bertanya kepada Mursyidul Am Nik Aziz,jika PAS begitu pandai berdakwah dan Ratnam begitu memahami Islam,kenapakah beliau belum masuk Islam lagi ??? Belum sampai seru ??? 

 Jika belum,apakah hak beliau untuk 'menyeru' UMNO ??? Dalam konteks perbincangan mengenai agama ini,sayaa tidak mempersoalkan Ratnam kerana sudah sahlah beliau jahil dan sesat,tetapi kita wajib mempersoalkan PAS dan penyokong PAS,kenapakah sampai begini sekali jadinya ??? Kenapa sanggup menerima yang jahil dan sesat dan kemudiannya menyuruh atau mempergunakan mereka untuk menyesatkan dan memecahbelahkan sesama kita ??? Jika soalan ini terlalu sukar untuk dicernakan oleh akal PAS,maka satu soalan yang lebih mudah ialah : Jika Tok Guru Nik Aziz begitu hebat,Tuan Guru Hadi Awang begitu alim dan semua Ulama dalam Majlis Syura PAS yang kononnya jauh lebih Islam,lebih bijak dan lebih benar dari Ulama-ulama di luar PAS,kenapakah tidak seorang pun dari mereka yang dapat mengIslamkan Ratnam ??? Sebelum bercakap tentang membuat perubahan ke arah Islam di peringkat negara,kenapa tidak mulakannya di peringkat parti PR sendiri ??? 

Yang manakah yang lebih penting,antara mengIslamkan negara dengan mengIslamkan orang-orang kafir di sekeliling kita ??? Bukankah itu sebenarnya tugas utama para Ulama ??? Iaitu untuk menyebarkan dakwah Islamiah,meramaikan umat Islam,mempertingkatkan syiar Islam,bukannya memerintah.Bukankah lebih penting untuk berdakwah kepada bukan Islam agar mengenali Allah SWT,berbanding berdakwah kepada yang telah pun mengenal Islam ??? Memandangkan PAS begitu obses dengan kiraan dosa pahala,maka cuba bayangkan betapa banyak pahala yang didapati jika dapat mengIslamkan seorang kafir berbanding duduk di atas takhta tanpa dapat mengIslamkan walau seorang pun, sebaliknya hanya menambah bilangan umat Islam yang murtad di samping menghukum mereka-mereka yang sedia Muslim,sebagai kafir.Lebih teruk,jika hukuman kafir yang dilemparkan kepada Muslim tadi berbalik kepada diri sendiri seperti yang dijelaskan dalam AlQuran.Bukankah ini bermakna diri sendiri juga sudah tidak Islam lagi ???

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! STRATEGI 'UBAH' DAN KOTOR ANWAR IBRAHIM,KARPAL SINGH DAN LIM KIT SIANG DIDEDAHKAN !!!

Posted: 27 Apr 2013 10:00 PM PDT


Dalam tempoh setahun dua lepas sehinggalah masuknya waktu berkempen sempena PRU-13,perkataan 'ubah' sering kali meniti dari bibir ke bibir para pemimpin dan penyokong PR dalam usaha mereka untuk mempengaruhi khalayak supaya berpaling tadah dari BN kepada PR.Cara mereka menyampaikan hujah dalam ceramah dan penulisan,seakan memperlihatkan parti pembangkang sudah mengalami pelbagai perubahan bersesuaian dengan zaman,sementara BN yang menerajui negara ini pula digambarkan sebagai kaku dan jumud tanpa sebarang transformasi.

Walhal tanpa mereka sedari,slogan ubah yang mereka tonjolkan sebenarnya lebih cocok untuk dikaitkan dengan keperluan mengubah pucuk kepimpinan dalam PR memandangkan sejak berbelas tahun atau puluhan tahun lepas orang yang sama jugalah yang masih menerajui parti-parti pembangkang.Anwar Ibrahim misalnya,semenjak sedekad lalu kekal sebagai Ketua Umum PKR tanpa perlu melalui sebarang proses pemilihan parti,manakala isterinya pula masih menerajui PKR sebagai Presiden,di masa yang sama ruang seluasnya dibuka untuk anak sendiri mendaki hierarki kepimpinan parti.Dalam tempoh yang sama, UMNO yang paling dicemburui Anwar sudah bersilih ganti pucuk pimpinannya dari Tun Dr. Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Datuk Seri Najib Tun Razak pula sebagai pemimpin utama parti,menunjukkan wujudnya perubahan dan peralihan selari dengan tuntutan semasa. 

Ketika UMNO terus fokus menabur bakti untuk kepentingan orang Melayu Islam sambil menitik beratkan kerjasama dengan semua kaum dan agama, PKR tetap dengan idea asal untuk menobatkan Anwar sebagai PM.Dulu dan sekarang itu satu yang dikejarnya.Dalam konteks politik DAP pula,sejak berpuluh tahun lalu,muka yang sama juga menerajui parti,Lim Kit Siang kekal selaku pemimpin utama yang menentukan hala tuju DAP dengan dibantu anaknya sendiri,Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung.Sementara,Karpal Singh pula terus menjadi suara rasmi DAP dalam mendepani isu-isu politik yang serba sensitif. 

Pendek kata idea kepimpinannya sama saja, kalau tak rasis,mereka akan bercakap soal kepentingan sekelompok kaum selari dengan konsep kepimpinan mentor mereka di Singapura.Di lihat dari aspek kepimpinan parti,jelas sekali slogan 'ubah' yang digembar-gemburkan oleh PR langsung tak menepati maksudnya,melainkan sekadar mencanangkan idea propaganda untuk memperdaya rakyat supaya memilih mereka bagi menggantikan pucuk pimpinan negara.Sedangkan tanpa wujudnya peralihan kepimpinan dalam parti,bermaksud ideanya kekal tepu ditakuk yang sama.Sebarang perubahan yang diwar-warkan hanya seumpama mencurah air ke daun keladi,tiada maknanya untuk negara dan rakyat kebanyakan.Sebelum PR mahu meneruskan angan-angan mencanangkan perubahan,lebih elok kiranya mereka melakukan dulu perubahan dalaman parti masing-masing supaya idea baru dari kepimpinan yang lebih segar buah fikirannya benar-benar berguna untuk kepentingan khalayak.Untuk itu,manfaatkan PRU-13 ini untuk menyampaikan isyarat jelas dengan menolak pemimpin-pemimpin PR yang sudah terlalu lama mengawal kepimpinan parti.Humban saja Kit Siang,Anwar dan Karpal Singh jauh ke alam persaraan supaya satu anjakan paradigma dapat dilaksanakan.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! MANIFESTO PAS KELANTAN 'NAJISKAN' HUDUD ??? APA CERITA NI ???

Posted: 27 Apr 2013 07:00 PM PDT


Manifesto PR yang dilancarkan akhir Februari lepas secara rasminya merupakan kata putus muktamad mengenai penolakan pakatan pembangkang itu terhadap perlaksanaan hudud dan ia terbukti apabila tiada sepatah ayat pun mengenai hudud diabadikan di dalamnya.Ia menyebabkan ramai penyokong PAS di peringkat akar umbi jadi kebingungan dan tertanya-tanya apakah prioriti perjuangan PAS untuk merealisasikan perlaksanaan hudud sudah terkubur atau sebenarnya PAS telah berubah matlamat kerana tuntutan semasa semenjak menjadi sebahagian dari PR ??? Begitu pun,masih ada penyokong PR yang menaruh harapan isu perlaksanaan hudud akan tetap dinukilkan dalam mana-mana manifesto PAS di peringkat negeri terutama sekali Kelantan,andai itu yang berlaku bermakna PAS masih berpeluang mengangkat muka dan mendabik dada masih istiqamah memperjuangkannya.Sayang seribu kali sayang,apabila harapan menggunung tinggi akhirnya tinggal sekadar angan-angan kerana pelancaran manifesto PAS Kelantan pada 23 April 2013 yang lepas juga walau sekelumit pun tidak memfokuskan isu perlaksanaan hudud di negeri itu.Bila mana Kelantan selaku kubu utama PAS sendiri sudah mengetepikan matlamat menjayakan perlaksanaan hudud, suka atau tidak,terpaksalah penyokong PAS menepuk dahi sendiri untuk entah ke berapa kali dan belajar menerima kebenaran yang isu hudud hakikatnya hanyalah omongan politik sahaja selama ini. 

Langkah PAS Kelantan menolak ke tepi isu hudud sebaliknya menyeru penyokongnya mengutamakan kemenangan ke Putrajaya,jelas sekali menggambarkan fokus PAS sudah beralih arah.Tanpa hudud,bermakna PAS hilang satu lagi kekuatannya sekali gus menambah lagi koleksi kegagalan PAS dalam mempertahankan prinsip juangnya dalam berdepan dengan polisi liberalisme yang menguasai PR.Tanpa isu hudud kesannya menyebabkan penyokong PAS terpaksa membisu dari terus mempertikaikan keislaman saudara seagama dalam UMNO.Tanpa kelibat isu hudud,maknanya PAS semakin jauh di belakang UMNO dalam mengejar sokongan orang Melayu Islam sempena PRU-13.Demi menjayakan cita-cita menuju puncak kuasa,isu perlaksanaan hudud sanggup 'dinajiskan' dan di tong sampahkan hanya semata-mata untuk menjaga kepentingan rakan sepakatan seperti DAP dan PKR.Dari sudut politik PR demi kebaikan DAP dan PKR,ia satu strategik yang betul namun PAS Kelantan sendiri sama ada sedar atau tidak sebenarnya sengaja mengali kubur sendiri bila bertindak demikian. Mungkin menyedari hakikat itulah,sehari dua kebelakangan ini PAS kembali memalu gendang mencanangkan dakwaan bahawa PAS akan tetap melaksanakannya hudud seandainya PR menang PRU-13. Sembang kosong bolehlah buat penyedap halwa telinga.Tapi siapa lagi yang mahu percaya kalau dah komitmen dalam manifesto PR dan PAS sendiri pun gagal dipersembahkan kepada umum, tak gitu pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKNAN

HOT NEWS !!! SAH !!! PR JUARA PROPAGANDA ANGKA DAN NOMBOR !!!

Posted: 27 Apr 2013 04:00 PM PDT


Asal sahaja ada program politik kepartian anjuran pakatan pembangkang,pastinya khalayak ramai akan dihidangkan dengan pelbagai angka bombastik mengenai jangkaan kehadiran di majlis tersebut.Soal logik atau tidak anggaran kehadiran dibandingkan dengan keluasan lokasi program biasanya diabaikan,yang penting angka dan nombor wajib gah di mata umum,sementara gambar dan video yang dirakamkan pula fokus pada tempat yang padat sebagai bukti sokongan.Dulu dan sekarang,itulah modus operandi parti pembangkang,mereka gemar bermain propaganda dengan angka dan nombor,meskipun jumlah kehadiran cuma 50 orang tetap boleh diperbesarkan angkanya menjadi lima ribu hadirin seperti mana yang berlaku di Melaka baru-baru ini.Manakala majlis ceramah sulung yang dihadiri bekas MB Selangor,Mat Taib di dataran Kemerdekaan Shah Alam pula PR terutamanya PAS mendakwa ianya mendapat sambutan kehadiran lebih 10,000 orang.Seperti biasa,foto dan video fokus pada tempat padat dicanangkan sebagai propagandanya.

Realitinya,hanya sekitar 1,500 sahaja yang hadir kebanyakannya merupakan ahli PAS Kawasan Shah Alam,Klang dan kota Raja yang dikerah hadir untuk memeriahkan majlis.Demikian halnya satu lagi contoh klasik sewaktu PR menganjurkan Himpunan kebangkitan rakyat (HKR) di Stadium Merdeka,tanpa segan silu mereka mengwar-warkan jumlah kehadiran melebihi seratus ribu orang,malah ada yang terlebih hebat lagi gah mengumumkan 700,000 orang membanjiri lokasi himpunan.Hakikatnya yang hadir sekitar 45,000 orang sahaja termasuklah yang berada di luar stadium yang kecil itu,tapi para pemimpin dan penyokong PR tetap juga mendesak umum mempercayai angka dan nombor yang mereka nyatakan.Dalam politik bombastik sebegini ia seumpama memalu pukulan pada gendang,kuat dan bingit bunyinya namun realiti di dalamnya kosong sebab itu sedari dulu juga acap kali parti pembangkang tewas di medan juang sebenar kerana angka yang dipropagandakan tidak realistik dengan keadaan sebenar. 

Itu belum diambil kira segala macam jentera kerahan tenaga yang diarahkan meramaikan sesuatu majlis dengan tujuan untuk menimbulkan kegeruhan,dari aspek perang psikologi mungkin betul ia bermanfaat tapi apa gunanya bila yang datang tetap juga orang yang sama.Lihat saja contoh semasa PRK DUN Tenang dan Kerdau,hampir setiap program PR kelihatan ramai dari dalam gambar dan video,tapi bila tiba hari keputusan pengundian ternyata undi untuk calon pembangkang makin berkurangan.Mana tak kurangnya bila jumlah hadirin yang sebenar-benarnya ialah 3,000 orang di sesuatu majlis PR namun tak sampai 200 orang pun yang merupakan penduduk tempatan atau pun pengundi.Tapi dalam siaran media gah diumumkan seramai 20,000 atau 30,000 yang hadir.Itu dinamakan propaganda bak memukul gendang kosong hasilnya yileks,zero.Hari-hari terakhir menjelang PRU-13 ini pastinya propaganda angka dan nombor akan terus dimainkan oleh PR,soal ia realistik atau sebaliknya, dipercayai atau diragui itu suku kira.Yang penting bagi mereka,juara dalam propaganda bombastik ini perlu terus dipertahankan,kerana itu sajalah satu-satunya cara yang dirasakan bukti kukuh akan kewujudan pengaruh mereka dalam dunia politik tanah air.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...