BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! TABIAT SEKS PUNCA CHANDRA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM !!!

Posted: 27 Apr 2013 12:00 PM PDT


Bekas Timbalan Parti Keadilan Rakyat (PKR),Dr. Chandra Muzaffar mendedahkan salah satu sebab utama beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari 2001 adalah kerana tabiat seks Ketua Pembangkang itu.Chandra berkata,walaupun pernah mempertahankan Ketua Pembangkang sewaktu pertuduhan liwat pada 1997,kepercayaannya lebur selepas dua pegawai kanan diplomatik mendedahkan Singapura sudah lama menyimpan bukti aktiviti homoseksual Anwar. 

 "Bekas Perdana Menteri Singapura,Lee Kuan Yew dalam satu mesyuarat dengan pegawai kanan diplomatik Malaysia pada 1993 memberitahu beliau pelik kenapa Tun Dr. Mahathir Mohamed tidak memecat Anwar kerana perisikan Singapura mempunyai bukti Anwar homoseksual," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai ahli panel pada Forum Nasional : Pakatan Tak Sepakat - Apa Kata Mereka anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia di sini hari ini.Pada 2010,sebuah akhbar Australia yang memperoleh maklumat sulit WikiLeaks mendedahkan,Kuan Yew pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) bahawa beliau mempercayai Anwar melakukan aktiviti liwat bersama seorang pembantu lelakinya,Mohd Saiful Bukhari Azlan.Maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008 turut mendedahkan agensi perisikan Singapura mempercayai Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berasaskan bukti risikan teknikal, yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah pintasan komunikasi. 

Dalam perkembangan yang sama, bekas Naib Presiden PKR,Datin Saidatil Badru Tun Said Keruak berkata,beliau secara peribadi percaya dan yakin Anwar seorang yang 'berpenyakit'.Sehubungan itu beliau meminta Presiden PKR dan juga isteri Anwar,Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak lagi bersubahat dengan individu seperti itu.Sepatutnya beliau berkata,Anwar diberikan nasihat dan dalam masa sama Penasihat PKR itu perlu meminta maaf kepada semua pihak."Saya ketika dahulu tidak yakin dengan tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar tetapi kini saya yakin bahawa Anwar sangat berbahaya.Saya minta Anwar meminta maaf kerana beliau mempunyai 'penyakit'.Tidak guna kita bersubahat dengan individu sebegini.Saya juga kasihan terhadap apa yang menimpa sahabat saya. Kita jangan beri peluang kepada Anwar dan bagaimana kita boleh seorang ketua yang 'berpenyakit' sebegini?," ujarnya. 

Sementara itu, Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengulangi kenyataannya sebelum ini yang bertindak meninggalkan Anwar selepas menyiasat dan menemu bual 28 individu yang mempunyai kaitan dengan pemimpin pembangkang tersebut. Bermula dengan bekas Mufti Wilayah Persekutuan sehingga kepada Datuk Zulkifli Noordin dan Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor yang turut 'membuang' Anwar,semuanya memiliki alasan tersendiri mengapa mereka berbuat tindakan sedemikian."Selepas siasatan itu, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Anwar. Selama 30 tahun saya berkawan dengan beliau dan saya tinggalkan beliau kerana masalah integriti moral serta hubungannya dengan pelobi asing.Pakar rujuk saya adalah Dr. Chandra. "Masih terakam dalam hansard Parlimen pada 1997, Karpal Singh kata Anwar seorang peliwat.Tetapi kini Pengerusi DAP itu pula kata Anwar layak menjadi Perdana Menteri. Itu belum lagi soal kalimah Allah yang menyaksikan Anwar bersekongkol dengan pakatan pembangkang dan inilah sebabnya saya harus menolak Anwar," tegasnya. - Utusan 

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! #P099 !!! SAH !!! DR. ROZAIDAH AKAN BENAM ZURAIDAH MAK LAMPIR DI AMPANG !!!

Posted: 27 Apr 2013 09:41 AM PDT


Parlimen Ampang,bakal menyaksikan pertembungan dua wanita,iaitu Dr. Rozaidah Talib (BN) dengan Zuraida Kamaruddin (PKR).Sekali pandang,dari segi mata kasar,Dr. Rozaidah dengan Zuraidah umpama langit dengan bumi jika dinilai dari segi gaya dan karisma.Dr. Rozaidah sebelum ini pernah memenangi kerusi Ampang dalam PRU 2004,namun telah digugurkan dalam PRU 2008 akibat krisis yang melanda rumahtangganya yang kemudiannya bertukar menjadi fitnah.Fitnah tersebut terjadi apabila suaminya yang berang telah menjejakinya ke hotel,di mana beliau melarikan diri untuk bertenang seorang diri sementara menunggu suaminya turut bertenang akibat perselisihan faham.Oleh kerana beliau enggan membuka pintu kerana takut dengan amukan suaminya, maka suaminya telah bertindak membuat laporan polis sambil membayangkan 'kemungkinan' beliau berduaan dengan lelaki lain. Namun, ternyata beliau tidak pernah berkelakuan sumbang sepertimana segelintir isteri orang PAS yang gemar berduaan dengan pemimpin yang juga merupakan rakan suami mereka.Oleh itu, setelah fitnah tersebut terjawab dan namanya dibersihkan,BN tidak ragu-ragu untuk mencalonkan beliau kembali di kerusi Ampang kerana khidmat dan dedikasi beliau terhadap rakyat kawasannya sudah terbukti. 

Bagi meyakinkan masyarakat akan kebenaran di pihaknya,Dr. Rozaidah telah pun bersumpah tanpa dipaksa atau didesak,tetapi dengan yakin,tegas dan rela bahawa beliau tidak pernah melakukan apa yang dituduh ke atasnya itu.Ketegasan dan keberanian Dr. Rozaidah bersemuka dengan masalah silamnya menyebabkan lawannya,Zuraidah mati kutu.Zuraidah diketahui sebagai bukanlah seorang ahli parlimen yang berkesan.Satu-satunya perkara yang menyebabkan Zuraidah dikenali ramai ialah kerana kelantangannya membela Azmin Ali.Sejak awal memegang jawatan lagi,Zuraidah telah pun memasang kaki di MPAJ.Re-zoning kontrak pembersihan dilakukan bagi mengaburi mata ramai kononnya ia memberi peluang kepada lebih ramai kontraktor tetapi hakikatnya,semuanya adalah proksi Zuraidah dan Azmin. Jika rakyat terhutang budi kepada Dr. Rozaida sebagai seorang doktor yang berjaya dan sebagai wakil mereka suatu ketika dahulu,Zuraida pula sebaliknya terhutang budi kepada rakyat yang memilihnya. 

Ini berdasarkan latarbelakang Zuraida yang merupakan seorang penjual buah dan ubat-ubatan tradisional yang hanya mampu memakai kenderaan Myvi sebelum menjadi Ahli Parlimen,tetapi sejurus menang PRU 2008,iaitu pada 1 July 2008 beliau telah berjaya memiliki sebuah Volvo XC90 WRL575.Tidak cukup dengan itu,pada 31 Mei 2010 pula,zuraidah membeli Toyota Hilux Double Cab WTY1547,pada 3 November 2011,sebuah lagi Totoya Hilux Double Cab WNA276 dan pada 24 Mei 2012,sebuah Mercedez Benz E240 BLR9680.Tidak tahu untuk apa dan kenapa Zuraida memerlukan begitu banyak kenderaan,mungkin untuk kegunaan anak-anak atau keluarganya.Namun,itu bukanlah masalah rakyat.Masalah rakyat ialah,berapa banyakkah pendapatan seorang wakil rakyat untuk membolehkan beliau membeli beberapa buah kenderaan mewah dalam jangka masa 4 tahun sahaja sedangkan beliau hanyalah seorang peniaga kecil-kecilan sahaja sebelumnya ??? Beliau juga bukannya datang dari keluarga yang kaya raya.Oleh itu,salahkah jika rakyat mengesyaki Zuraida sebagai korup ??? Tidak boleh tidak,perkara ini tetap difikirkan oleh rakyat Ampang dalam membuat pilihan mengenai wakil mereka.Dengan semua kemewahan ini,kita tidak dapat menafikan bahawa Zuraida adalah wanita yang 'berjaya' walaupun beliau bukan seorang wakil rakyat yang baik dan berkesan di kawasannya.Justeru,'kejayaannya' itu dilihat sebagai faktor utama yang akan menggagalkan beliau dalam pertembungan dengan Doktor Rozaidah,iaitu seorang wanita yang telah berjaya dalam ertikata sebenar-benarnya.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! PAS SEMAKIN TERTEKAN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 27 Apr 2013 09:41 AM PDT


Pendirian PR dalam isu kalimah Allah S.W.T sudah jelas di mana gabungan longgar tiga parti pembangkang yang turut melibatkan PAS itu telah sebulat suara bersepakat menerima gesaan DAP supaya kalimah Allah S.W.T dibenarkan penggunaannya dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.Menteri Besar Kelantan,Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dalam kenyataan susulannya turut menyokong penuh pendirian tersebut dengan mengumpamakannya sebagai peluang untuk orang Islam menyebarluaskan dakwah di kalangan orang Kristian.Meskipun begitu,Majlis Syura Ulama PAS dalam mesyuaratnya telah mengambil pendirian bertentangan dengan PR,selari dengan sentimen semasa di kalangan umat Islam yang berterusan membantah cubaan DAP untuk menodai kesucian kalimah Allah S.W.T. Sehingga kini Majlis Syura kekal dengan keputusan mereka menolak pendirian Majlis Pimpinan Tertinggi PR dan ia diperkukuhkan lagi dengan kenyataan terbaru Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din yang menegaskan kesucian kalimah Allah S.W.T tetap akan dipertahankan. 

"Main pillar (tunggak utama) itu kita tak boleh ansur.Contoh tidak bertolak ansur kalimah Allah.Saya bertegas dan akan pertahankan ia tidak boleh dibenarkan untuk diguna pakai untuk diterjemahkan dalam bahasa lain," demikian penegasan oleh Dr Haron Din.Dr Haron Din mungkin benar-benar bersungguh dalam hal ini,tapi realitinya sehingga sekarang PAS gagal mempengaruhi PR untuk mengubah pendiriannya dalam isu kalimah Allah S.W.T. Selagi PR kekal dengan keputusannya,sama seperti PAS meredhakan kesucian kalimah Allah S.W.T dinodai dan disamakan dengan Jesus atau Lord, Tuhan orang Kristian.Ini juga bermaksud,PAS kekal berada dalam keadaan tersepit selagi PR kekal dengan pendiriannya. Keadaan ini menyebabkan penyokong PAS berada dalam dilema,mengundi PAS bermakna bersetuju dengan pendirian PR yang membenarkan kalimah Allah S.W.T disamatarafkan dengan konsep ketuhanan trinity Kristian. 

Menolak pendirian PR pula bermaksud menentang kerjasama PAS dalam PR.Suka atau tidak,andainya penyokong PAS masih mengundi mana-mana calon PR sama ada dari DAP,PKR mahu pun PAS,ia seperti satu pengiktirafan terhadap PR yang memperakui kesucian Allah S.W.T boleh dinodai demi kepentingan politik.Dalam dilema yang serba rumit ini,penyelesaian yang tinggal untuk PAS ialah dengan segera membuat kenyataan rasmi menolak pendirian PR dalam isu kalimah Allah S.W.T, jika itu dapat dilakukan tidaklah lagi pening kepala penyokong bawahan.Tapi sanggupkah PAS menahan asakan dan serangan bertali arus dari DAP kelak seandainya PAS menarik balik persetujuan bersamanya dengan PR ??? Mungkin dalam keadaan terdesak PAS akan melakukannya untuk menarik balik sokongan yang hilang,tapi ia sudah terlambat kerana tak mungkin orang Melayu Islam sanggup mempertaruhkan lagi kepercayaan kepada PAS yang sudah terbukti gagal mempertahankan kesucian kalimah Allah S.W.T.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! PAS TIDAK AKAN MELAKSANAKAN HUDUD ???

Posted: 27 Apr 2013 01:30 AM PDT


Pas tidak mungkin dapat melaksanakan hukum hudud di negara ini kerana bakal ditentang hebat DAP selain gagal memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan dalam konteks pentadbiran negara ini.Sehubungan itu,bekas Mufti Perlis,Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menggesa Pas berhenti menjadikan pelaksanaan hukum hudud tersebut sebagai isu politik.Malah,beliau turut membidas Pas supaya lebih menumpukan kepada perkara yang boleh dilakukan mereka untuk negara berbanding berdebat berkenaan isu berkenaan. 

 "Kalau Pas menang semua kerusi pun dalam pilihan raya kali ini,Pas tidak boleh laksana hukum hudud Pas kerana mereka akhirnya akan berbalah sesama sendiri.Itu sebabnya isu hudud Pas tidak ada makna kalau dibahas sekalipun, hanya jadi mainan dalam pilihan raya," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menerima kunjungan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Permatang Pauh,Dr. Mazlan Ismail di rumahnya di Kampung Mengkuang di sini hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP,Karpal Singh semalam yang tetap dengan pendirian menentang pelaksanaan hukum hudud Pas di negara ini sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya.Kenyataan Karpal itu sebagai membantah Timbalan Mursyidul Am Pas,Datuk Dr. Harun Din kelmarin yang bertegas mahu melaksanakan hudud Pas kerana menyifatkannya sebagai asas dalam perundangan Islam.Walau bagaimanapun,tidak sampai 24 jam selepas Karpal membuat penegasan itu,Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan mempertahan Harun dengan menegaskan,Pas tetap akan melaksanakan undang-undang hududnya kerana yakin Perdana Menteri pembangkang kelak seorang Islam.

Ditanya mengenai janji dalam pilihan raya,Mohd. Asri berkata,dari sudut Islam pihak yang tidak menunaikannya termasuk janji dalam pilihan raya umum disifatkan sebagai munafik.Dalam masa sama,beliau menasihatkan pengundi melihat calon berkualiti dan bukan melihat kepada parti semata-mata termasuk dalam persaingan di kerusi Parlimen Permatang Pauh. "Kalau calon tidak berkualiti,letak lambang apa pun tak jadi kerana dia tak boleh cakap di Parlimen dan tidak boleh bagi pandangan bernas.Oleh itu,bila calon ada kualiti latar belakang yang bagus, kita bagi keutamaan. Sebab itu penting untuk pengundi benar-benar mengenali calon yang boleh bekerja untuk rakyat," katanya.Dalam perkembangan lain,Mohd. Asri berkata,beliau akan menganjurkan forum bertajuk Permatang Pauh dengan Dr. Mazlan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli panel manakala beliau sendiri bertindak sebagai moderator. "Saya mahu rakyat mendengar pandangan kedua-dua pihak mengenai Permatang Pauh."

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! #PRU13 !!! @ZULKIFLINOORDIN MENGHINA AGAMA HINDU ??? ANWAR IBRAHIM PULA APA CERITA ??? MEH BR JAWAB !!!

Posted: 26 Apr 2013 10:00 PM PDT


Di sebalik keghairahan jentera propaganda PR memfokuskan isu Zulkifli Noordin mengenai agama Hindu,diam tak diam sebenarnya ia sengaja disensasikan kerana PR menyedari amat perlu untuk meraih semula sokongan majoriti masyarakat India,sebab itu Anwar Ibrahim sendiri selaku Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang juga turut memfokuskan isu tersebut dalam setiap ceramahnya.Ia nyata satu strategik yang bijak disamping dapat menutup isu penghinaan yang pernah diucapkannya terhadap orang India dan agama Hindu sebelum ini.Semasa Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri,pernah diperlekehkan agama Hindu apabila mengeluarkan ungkapan akan memansuhkan loceng kuil Hindu,demikian jaminannya kepada sekumpulan penduduk Melayu Islam Kampung Jawa sewaktu krisis dan pergaduhan kaum di Pulau Pinang tika itu.Anwar juga meyakinkan penduduk bahawa sekiranya berkuasa kelak dia akan memastikan tidak ada lagi loceng kuil yang berbunyi di seluruh Pulau Pinang.Sampai sekarang Anwar berdiam diri dari mengulas isu ini sedangkan sebagai seorang pemimpin politik sepatutnya wujud perasaan rendah diri dan redha mengakui kesilapan lama.Jika Zul Noordin yang pernah tersasul sewaktu beliau bersama PAS dan PKR dulu pun sanggup memohon maaf atas kesilapannya,kenapa tidak Anwar melakukan tindakan sama ??? 


Demikian juga sewaktu berucap di salah satu ceramah PR yang disertainya,Anwar juga pernah melabelkan penganut agama Hindu sebagai tak guna.Katanya, "ini pun ada Hindu pi sokong dia,apa tarak guna punya Hindu ini budak." Anwar Ibrahim juga menuduh kononnya Kerajaan UMNO dan BN merobohkan kuil.apa cerita kuil di selangor ??? kerajaan negeri siapa tu ??? Manakala Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali pernah melabelkan orang India di Malaysia sebagai "pariah" namun sampai sekarang sepatah perkataan mohon maaf atas keterlanjurannya pun tak pernah keluar dari mulut Azmin.Naib Presiden PAS,Salahhudin Ayub pula pernah menganggap perayaan Thaipusam sebagai demonstrasi jalanan,sedangkan ia adalah ritual keagamaan penganut Hindu.Pernahkah pemimpin PAS yang telah dihalau dari Kelantan ini mengakui kesilapannya ??? Tiada.Begitu juga bila mana pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan rasis "Undi Keling Siapa Mahu ???" yang jelas merendahkan martabat orang India,apakah terdetik di hati pemimpin DAP itu untuk memohon maaf ??? Patutkah perkara ini didiamkan sahaja ???



Banyak sebenarnya kenyataan rasis oleh pemimpin PR tetapi sengaja dipejamkan mata seolah-olah tidak nampak oleh penyokongnya, sedangkan umum tahu selepas PRU 12 2008 selesai, sejak itu kaum India bagaikan terpinggir dari perhatian Kerajaan Negeri yang dikuasai PR terutama sekali di Pulau Pinang.Lihat sajalah apa yang berlaku kepada penduduk keturunan India di Kampung Buah Pala,Pulau Pinang apabila Anwar hanya mendiamkan diri tanpa tindakan, sedangkan sebelum PRU-12 2008 Ketua Umum PKR itu berjanji untuk membantu penduduk Kampung Buah Pala.Adakah Kampung Buah Pala masih wujud sekarang ini ??? Lupakah masyarakat India dengan kekejaman PR waktu itu ??? Tentunya semua ini masih diingati oleh masyarakat India,justeru itu berhati-hatilah dengan mainan emosi dan propaganda PR yang terdesak untuk meraih semula undi orang India. Andainya PR serius menolak politik perkauman,tentunya sejak dulu lagi mereka mendesak Zul Noordin meminta maaf, tapi sayangnya bila Zul Noordin kini menyedari keterlanjurannya dulu,PR pula sibuk mensensasikan isu untuk kepentingan politik.Buruk benar sikap PR.Apa pun,saya ucapkan syabas kepada Zul Noordin kerana sedar kesilapan lamanya meski pun ucapannya itu berlaku sewaktu beliau yakin dengan perjuangan PAS yang mana tika itu juga Zul Noordin adalah Peguambela kepada Anwar Ibrahim.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! LETUPAN BOM !!! BUTKI PR CETUS 'MALAYSIA SPRING' TELAH BERLAKU !!! MEH BR JAWAB !!!

Posted: 26 Apr 2013 07:00 PM PDT


Letupan bom yang berlaku di Nibong Tebal seharusnya membuka mata semua,bahawa ancaman pembangkang untuk mewujudkan 'Malaysia Spring' iaitu pemberontakan ala negara-negara Arab adalah benar.Penyokong-penyokong pembangkang yang sering menafikan bahawa pemimpin mereka sanggup mencetuskan pemberontakan ganas dan pertumpahan darah,kini wajar memikirkan semula perkara ini.Bukan sekali pembangkang cuba menyemarakkan semangat 'Arab Spring',malah seruan ke arah 'Dataran Tahrir' juga telah berkali-kali kita dengar terutamanya dari Anwar Ibrahim sendiri. Antara yang terakam ialah : 

1. Pada 13 Januari 2013 Financial Times melaporkan kenyataan Anwar seperti berikut,"Malaysian Spring sedang berjalan dan PR akan memenangi mana-mana pilihanraya yang adil".Nampak benar yang Anwar secara sengaja memperlihatkan bahawa pilihanraya Malaysia tidak adil dan beliau bakal kalah bagi menjustifikasi pemberontakan ala Arab Spring. 

2. Pada 24 Februari 2013 dalam wawancara di Bangkok yang disiarkan oleh laman Inter Press Service (IPS), Anwar berkata,"Kita agak terlewat dalam memahami bahawa negara kita harus lebih matang dengan menghormati institusi demokrasi,hak untuk membangkang dan hak kebebasan.Dalam hal ini,'Arab Spring',khasnya,adalah berguna bagi kita di dalam dunia Islam.Ia mempunyai impak bagi maksud demokrasi." 

3. Pada 15 April 2013,dalam satu wawancara dengan US Business Channel,CNBC,Anwar sekali lagi menyebut mengenai 'Arab Spring' namun dalam nada yang agak 'ringan', katanya, "Apa yang kita perlukan ialah pentadbiran yang baik bagi mengukuhkan institusi demokrasi.Peralihan dalam demokrasi adalah melalui pilihanraya maka kita tidak boleh membandingkan dengan Timur Tengah atau 'Arab Spring'

Jelas,Anwar agak 'cuak' dan lebih berhati-hati akhir-akhir ini dalam memperkatakan semangat 'Arab Spring' yang sebelum ini begitu giat disemarakkannya di kalangan pengikut-pengikutnya.Namun,menyaksikan keganasan yang berlaku di sana sini,pergaduhan sehingga ada yang membawa maut,penemuan berbagai jenis senjata di kalangan pekerja pilihanraya pembangkang di Pulau Pinang oleh polis,termasuk kejadian letupan bom membuktikan bahawa Anwar bukan berjenaka atau berkias.Bukti juga boleh dilihat melalui siri demonstrasi-demonstrasi yang didalangi PR selama ini.Apa yang mengecewakan Anwar ialah 'Malaysia Spring' masih lagi gagal dilaksanakan kerana peserta tidak seramai yang dijangka dan mereka-mereka yang sanggup mengganas pula tidaklah seramai mana.Berdasarkan kenyataan Anwar sendiri serta rentetan demonstrasi yang didalanginya,maka tiada sebab bagi penyokong pembangkang untuk terus menafikan niat sebenar pemimpin mereka iaitu untuk melihat Malaysia bermandi darah dan hancur lebur. 

Tidak perlu menidakkan hakikat ini kerana seruan 'Dataran Tahrir' dan 'Arab Spring' itu sendiri sudah cukup menjelaskan senario yang diinginkan mereka.Justeru,sebelum penyokong pembangkang membiarkan diri terbakar dek emosi bencikan kerajaan,wajarlah terlebih dahulu merenung nasib yang menimpa rakyat Mesir sesudah 'Dataran Tahrir'.Dataran Tahrir bukan sahaja menyaksikan ramai yang terkorban, tercedera,hilang tempat tinggal,tempat kerja tetapi juga ekonomi negara terus merudum,pengangguran meningkat berkali ganda dan perniagaan lingkup.Rakyat Mesir kini secara terbuka menyatakan kekesalan apabila kerajaan baru ternyata lebih 'tertutup' dari yang sebelumnya malah sehingga ke hari ini masih belum mampu memulihkan keadaan.Hakikatnya,tiada satu pun negara-negara Arab yang melalui 'Arab Spring' yang memperlihatkan keadaan yang lebih baik dari sebelumnya.Maka,Malaysia tidak perlulah melalui nasib yang sama semata-mata untuk membantu Anwar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! KES ALTANTUYA DAN SCORPENE !!! SUARAM MENYESAL KERANA BALA MENINGGAL LEBIH AWAL ???

Posted: 26 Apr 2013 04:00 PM PDT



Setelah menyembunyikan diri beberapa lama akibat kantoi menipu,SUARAM sekali lagi muncul menyerlahkan muka tidak malu mereka di saat pilihanraya untuk meneruskan misi yang belum selesai iaitu menggunakan isu scorpene dan Altantuya untuk menjatuhkan kerajaan.Untuk itu,secara tiba-tiba sahaja si Cynthia Gabriel,Pengarah SUARAM,mengadakan sidang akhbar pada 23 April lalu semata-mata untuk meghidupkan semula isu ini.Secara umumnya,rakyat keseluruhan sedia maklum bahawa isu scorpene telah pun dibuktikan sebagai tiada isu apabila mahkamah Perancis sendiri membuat kenyataan bahawa aduan SUARAM telah ditolak sejak awal lagi kerana tidak berasas.Namun,walaupun tiada kes,SUARAM telah terus berbohong dengan mereka-reka cerita mengenai sapina dan dokumen bukti.Apabila isu scorpene dibuktikan sebagai satu rekaan untuk memburukkan kerajaan, maka secara automatik kes pembunuhan Altantuya juga turut menjadi tandatanya.Jika SUARAM mereka-reka cerita tentang rasuah kapal selam untuk memburukkan kerajaan,maka tentulah tidak mustahil mereka jugalah terlibat dalam pembunuhan Altantuya untuk menguatkan lagi kisah rekaan mereka. 


Apapun,kita tidak perlulah merendahkan diri kita ke tahap SUARAM dengan menuduh tanpa bukti.Biarlah mahkamah dan polis saja yang mengendalikan hal itu.Yang penting kini ialah membaca strategi SUARAM seterusnya.Dari sidang media yang diadakan SUARAM,jelas terpapar di wajah Cynthia bahawa beliau amat kesal dengan kematian penyiasat persendirian,Balasubramaniam,sebelum sempat berjuang.Sebelum ini,Bala yang dikatakan sebagai terlibat secara langsung sebagai 'perantara' dalam kes rasuah scorpene dan pembunuhan Altantuya telah melarikan diri keluar negara'Kehilangan' Bala dituduh SUARAM/pembangkang sebagai dibayar oleh pihak kerajaan,khususnya,isteri Perdana Menteri,sebagai menutup penglibatannya dalam kes tersebut.Walaubagaimanapun,tuduhan tersebut langsung tidak menepati 'jalan cerita' kerana Bala bertindak memburukkan kerajaan,terutama Perdana Menteri dan isteri.Tidak mungkin mendiang akan memburukkan kerajaan jika pihak kerajaan yang membayarnya.Kembalinya Bala ke Malaysia beberapa ketika sebelum kematiannya membuktikan siapa yang 'menajanya' selama ini di luar negara,iaitu pembangkang.Ini kerana beliau pulang dengan persediaan untuk menjelajah negara memburukkan Perdana Menteri dan kerajaan menggunakan isu yang sama, setelah SUARAM gagal melakukannya.Namun,Tuhan lebih 'sayangkan' Bala,kerana 'mengambilnya' sebelum sempat beliau melakukan kerja-kerja jahat arahan SUARAM/pembangkang. 

Kerana itu,SUARAM amat kesal dengan pemergiannya.Dalam keadaan yang amat terdesak dan genting ini,sukar bagi SUARAM untuk menukar skrip.Skrip yang sama perlu digunakan untuk meneruskan misi menjatuhkan kerajaan.Sudah terlalu banyak yang terkantoi dan tidak konsisten dalam cerita SUARAM, jadi 'Bala' merupakan harapan terakhir untuk memuktamadkan skrip mereka.Oleh kerana Bala telah tiada,maka pengganti yang paling mudah tentulah isterinya.Kini,isteri Bala sedang dipersiapkan untuk membawa watak seorang mangsa sampingan.Beliau akan ditampilkan secara agresif menjelang hari-hari terakhir sebelum pilihanraya.saya tidak tahu sejauh mana isteri Bala akan mampu memainkan peranan yang diarahkan,tetapi nampaknya tentu sukar juga kerana sehingga ke hari ini,beliau nampaknya masih belum bersedia.Jangan terkejut dengan apa yang telah,mampu dan akan dilakukan oleh SUARAM untuk 'menghidupkan' kembali Altantuya setelah tidak mampu menghidupkan kembali Bala.Apapun,saya yakin yang rakyat Malaysia tidak akan terpedaya lagi dengan SUARAM.Justeru,biarlah SUARAM mementaskan apa saja drama yang mereka suka.Biarlah mereka menghabiskan wang tuan mereka.Kita tunggu dan lihat saja,sampai bila tuan mereka akan sedar bahawa mereka ini adalah agen-agen yang tidak berguna.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...