BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! #PRU13 !!! UNDI POS !!! SAH !!! CYBERTROOPERS PR TIMBULKAN KEKELIRUAN !!!

Posted: 26 Apr 2013 02:03 PM PDT


Bekas Naib Presiden DAP,Tunku Aziz awal-awal lagi sudah berpesan dan mendedahkan rancangan sulit PKR untuk menimbulkan huru-hara dalam PRU13 akan datang.Rancangan sulit ini cukup teratur dan terancang oleh PKR dan disokong beberapa NGO di belakang mereka yang terlibat dalam menguruskan proses pengundian.Mereka telah diberi latihan kepada Agen Mengundi,Agen Pengiraan Undi dan Agen Booth/Barong oleh NGO yang dipanggil Tindak Malaysia.Mereka diajar bagaimana untuk mewujudkan suasana tegang di beberapa kawasan yang telah dipilih kononnya untuk mengawal kesulitan undi.Mereka ini diajar supaya menjadi vokal dan mencabar Ketua Tempat Mengundi dalam usaha mewujudkan rasa tidak puas hati pengundi kepada SPR.Mereka ini diajar bukan sahaja di tempat-tempat tertentu milik kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan,malah sebahagian besar latihan telah diadakan di gereja-gereja.Ini semua hanya mempunyai satu matlamat iaitu menerbitkan persepsi negatif terhadap SPR yang kononnya tidak adil.Jangkaan serangan adalah sewaktu pilihan raya tetapi rupa-rupanya mereka telah mula menyerang sebaiknya sahaja penamaan calon selesai.

segelintir pengguna media sosial pro-pembangkang menyebarkan tweet kononnya anggota polis telah mendapat kertas undi sebelum 30 April.Mereka mendedahkan kononnya anggota polis itu telah menunjukkan bukti kertas undi yang tertera nama dan lambang parti calon yang bertanding di kawasannya.Ini adalah strategi cybertroopers pembangkang untuk mencalit kredibiliti SPR seperti yang biasa mereka gunakan.Tetapi anehnya,sehingga ke saat ini,mereka tidak membuat sebarang laporan polis dan atau merujuk kes ini kepada pihak SPR.Peguam-peguam handalan PKR seperti N.Surendren, Latheefa Koya,Sivarasa dan pengarah Strategi,Rafizi Ramli tidak mengambil sebarang inisiatif dan hanya berdiam diri.Ini menunjukkan mereka juga tidak dapat untuk mensahihkan berita yang diputar belitkan ini walaupun mereka kaki belit.PDRM telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi untuk mematahkan fitnah-fitnah PR ini.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan,polis akan menyiasat termasuk memanggil mereka yang terbabit dalam menyebarkan maklumat palsu itu.Polis mempunyai kuasa memanggil dan mengambil keterangan mereka yang didapati menyebarkan maklumat tidak benar dan boleh mendakwa mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Cukup-cukuplah puak-puak pakatan haram ini menyebarkan fitnah. Salam 1Malaysia Tolak Fitnah.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! TOLAK HUDUD !!! PAS ANGGAP KHALID GAGAP KAFIR ???

Posted: 26 Apr 2013 02:00 AM PDT



"Kita mesti menerima hakikat bahawa dalam Islam, hudud itu dianggap sebagai salah satu cara pemerintahan Islam. Tetapi saya rasa ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan sekarang," demikian tegas Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu perlaksanaan hudud.Menurut Khalid lagi, sebarang usaha merealisasikan perlaksanaan hudud menuntut sokongan majoriti rakyat termasuklah mengambil kira peruntukan perlembagaan dan suasana semasa sebelum ianya dapat diimplementasikan dalam perundangan negara.Kenyataan Khalid itu mencerminkan pendirian PKR dan ia adalah respons kepada ura-ura yang ditimbulkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS,Dr Haron Din yang menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya PRU-13 dimenangi oleh PR dan yakin ia tiada halangan dari rakan sepakatan.Andainya bait kata penolakan terhadap hudud seperti diucapkan oleh Khalid Ibrahim itu dilafazkan keluar dari mulut pemimpin UMNO,nescaya tujuh hari dan tujuh malam PAS akan keliling kampung menghambur kata-kata kejian sambil mengkafirkan pemimpin UMNO. Apa yang diperkatakan oleh Khalid adalah senada dengan pendirian UMNO yang sedari dulu sentiasa mempertimbangkan suasana semasa,komposisi kaum dan agama serta ruang lingkup peruntukan perlembagaan negara. 

Tapi kenapa sampai sekarang satu kejian hatta kenyataan mempersoalkan keIslaman pemimpin PKR Selangor itu sekelumit pun tak kedengaran, meskipun pendirian Khalid amat jelas hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah di peringkat pusat. Alang-alang UMNO dikatakan anti Islam serta menolak hukum Allah S.W.T berikutan kegagalan PAS merealisasikan hudud,bukankah sepatutnya kenyataan yang sama terpakai juga ke atas KhalidJ.ika UMNO dianggap kafir,maka patutnya PAS perlu juga berani mengkafirkan Khalid,bukan begitu pembaca Badut Rakyat ??? Agaknya ada double standard dalam menghukum barangkali bila melibatkan rakan sendiri, jika benar begitu maknanya tiada keadilanlah jawabnya.Hakikatnya soal perlaksanaan hudud yang sering diwar-warkan oleh PAS hanyalah isu di musim pilihan raya semata-mata untuk meraih undi dari orang Melayu Islam.Itu sahaja nawaitunya sedari dulu. PAS cuma bertanding di 73 kerusi Parlimen sahaja sedangkan untuk menggubal Perlembagaan bagi memberi laluan perlaksanaan hudud memerlukan minima 148 kerusi dalam Dewan Rakyat,maka tampak jelas PAS sebenarnya tidak serius pun untuk melaksanakannya.Hujung-hujungnya kelak,selepas PRU-13 isu hudud akan kembali di sapu ke bawah karpet kemudian hilang dari peta isu semasa dan hanya timbul semula seandainya ada pilihan raya kecil atau pun menjelang PRU ke-14 pula. Itulah realitinya.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! LETUPAN DI NIBONG TEBAL BUKTIKAN PEMBANGKANG GUNA KEGANASAN !!!

Posted: 25 Apr 2013 11:00 PM PDT


Mangsa letupan bom tersebut adalah seorang petugas kempen BN dan beliau cedera di kaki.Sehingga kini,tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.kelmarin,seorang jurukamera RTM dipukul oleh penyokong PAS di Gua Musang.Beliau kemudian telah meninggal dunia dan anak Allahyarham inginkan keadilan bagi perkara ini.Walaupun Anwar Ibrahim menafikan beliau menghasut rakyat untuk "Malaysian Spring",bibit-bibit keganasan mula dibawa oleh penyokong-penyokong PR kerana terpedaya dengan retorik dan hasutan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar,Tian Chua & Mat Sabu.Rakyat Malaysia harus menolak ekstremisme yang dibawa oleh PR agar keharmonian negara dapat terus dikekalkan.Perkara ini sudah dijangkakan awal lagi,di mana pembangkang akan menggunakan taktik kotor dan ganas untuk mewujudkan kekecohan pada PRU ini.Penganalisis politik tersohor masa kini iaitu mantan perdana menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad telah menjangkakannya seawal tahun lepas.Pada 25 Mei 2012,beliau ada menulis di blognya mengenai politik ganas dan kotor amalan pembangkang.Menurut Tun,pemimpin parti lawan mungkin akan menggunakan cara demonstrasi ganas dan berpanjangan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 berikutan cara demokrasi tidak memberi kemenangan kepada mereka berdasarkan kepada sejarah dan keputusan pilihan raya terdahulu. 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semua rakyat Malaysia dan pemerhati asing sehingga kini mengakui proses pilihan raya tidak dapat menjatuhkan Barisan Nasional (BN)."Majoriti rakyat Malaysia tetap memberi kemenangan kepada BN, kenapa tidak, semua terpaksa terima hakikat bahawa kerajaan BN telah membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat."BN berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada negara.Tiap seorang dari rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang lebih mewah dan lebih bahagia di bawah pemerintahan BN," katanya dalam catatan blog beliau di chedet.cc pada tahun lalu.Dr Mahathir berkata segala percubaan oleh parti-parti lawan untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap BN dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya.Justeru,katanya, maka Bersih dicipta dan tunjuk perasaan yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan pilihan raya jika parti lawan gagal memenanginya. 

"Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan.Kemudian,mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihan raya sekali lagi yang boleh di manipulasi mereka," katanya.Dr Mahathir berkata sudah tentu sebelum kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara akan diserang bertubi-tubi dengan demonstrasi ganas dan huru-hara selain segala perancangan dan perusahaan akan diganggu mungkin dengan mogok di sana sini anjuran parti lawan. 

"Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan. Kuasa-kuasa asing akan mengecam kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemonstrasi. Malaysia akan dicap sebagai Police State," katanya.Beliau berkata Malaysia yang bangun dengan pesatnya akan bertukar menjadi negara yang tidak lagi stabil dan maju, dan tidak lagi memberi kebahagiaan dan rahmat kepada rakyatnya."Mereka tidak percaya dengan demokrasi maka akan hilanglah hak rakyat untuk memilih kerajaan.Negara ini akan menjadi miskin dan Wawasan 2020 tidak menjadi kenyataan," katanya.Dr Mahathir berkata inilah yang akan berlaku kerana parti bukan BN kecewa tidak dapat ke Putrajaya dan jika dengan cara ganas mereka ini membuatkan mereka berjaya merebut kuasa,maka demokrasi akan dihapuskan dan nasib yang buruk akan menimpa negara ini. Jika ini yang ingin dibawa pembangkang,maka untuk mengecap sebuah negara maju dan aman adalah satu perkara yang amat mustahil.Jangan biarkan nafsu ghairah reformasi menguasai diri, sebaliknya biarlah fikiran yang waras menilai situasi yang terbaik untuk masa depan Malaysia.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !! #PRU13 !!! SEMUA KEGANASAN ADALAH SALAH UMNO DAN BN ??? BUKAN PR KER ??? APA CERITA NI ???

Posted: 25 Apr 2013 07:00 PM PDT


Belum pun seminggu kempen PRU-13 berlangsung,sudah berlaku beberapa siri provokasi yang menjurus kepada keganasan yang dilakukan oleh pihak tertentu,mungkin bermaksud untuk menimbulkan kekacauan dan menggugat ketenteraman awam.Di Nibong Tebal,Pulau Pinang umpamanya satu majlis anjuran BN yang dihadiri 3,000 orang terganggu seketika apabila berlaku satu letupan yang mengakibatkan seorang petugas BN tercedera dan suasana menjadi kelam-kabut.Manakala di Bakri,Johor pula dua orang penyokong DAP bertindak memecahkan cermin van milik parti itu,mungkin bertujuan untuk suasana kebencian terhadap BN.Bagaimana pun tindakan segera para petugas BN melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa membolehkan penjenayah itu ditangkap.Seandainya kedua-dua pelaku berusia 18 dan 19 tahun itu gagal ditahan,nescaya keesokan harinya bertebaran cerita provokasi menyalahkan BN atas kejadian tersebut.

Sementara itu di Gua Musang,Kelantan pula seorang petugas sambilan RTM meninggal dunia,beberapa jam sebelum itu mangsa telah dipukul oleh seorang penyokong PAS. Di Kuantan, Pahang pula sebuah Bilik Gerakan BN telah di bakar manakala sebuah lagi Bilik gerakan BN di Sekinchan, Selangor dibaling dengan bom petrol.Beberapa kejadian di atas memberi satu gambaran betapa tindak-tanduk ganas dan di luar norma kehidupan itu sedang diguna pakai oleh pihak tertentu dalam pakatan pembangkang, seperti sengaja untuk mencetuskan ketegangan menjelang PRU-13.Seandainya keadaan ini gagal dikawal tak mustahil ia akan menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat yang akhirnya memberi kesan langsung yang boleh menjejaskan perjalanan kempen PRU-13.Jika ia berterusan dan perasaan takut serta bimbang semakin menguasai rakyat, berkemungkinan peratusan keluar mengundi akan menurun dan senario begini akan memberi kelebihan besar kepada PR, sementara BN pula akan merasa bahang kekalahan.Itu yang dikehendaki oleh segelintir perancang politik dalam PR, yang mana modus operandinya sama seperti mereka menjemput pengganas Sulu untuk menceroboh Lahad Datu, Sabah bertujuan untuk menggugat keyakinan khalayak terhadap kerajaan seterusnya meraih laba keuntungan dari ketakutan yang menguasai hati rakyat. 

Tindak-tanduk ganas dan mencetuskan huru-hara sebegini sememangnya sudah sinonim dengan PR,apatah lagi ia tidak sukar dilakukan apabila mendapat dukungan kuat daripada para penyokong tegar yang rata-ratanya agak emosional dan mudah terangsang dengan kata-kata hasutan pemimpinnya.Lihat sajalah apa yang berlaku ketika demonstrasi ganas Bersih 3.0 pada April 2012 di mana kereta peronda polis telah di serang dan diterbalikkan mengakibatkan seorang anggota polis mengalami kecederaan.Dalam demonstrasi yang sama juga,para penyokong PR sengaja merempuh halangan polis tanpa menghiraukan arahan Mahkamah.Selang beberapa bulan kemudiannya,mereka melakukan pula aksi tunjuk punggung di Dataran Merdeka semasa sambutan Ambang Malam Merdeka sementara kelompok yang lain pula mengibarkan bendera rekaan sang saka rakyat bagi menggantikan Jalur Gemilang.Ini semua jelas menunjukkan betapa kroniknya penyokong PR yang seakan telah sinonim dengan tindak-tanduk ganas dan sudah agak sebati dengan tingkah laku di luar norma kehidupan.sikit-sikit salah UMNO dan BN.Golongan luar tabii sebegini sesungguhnya tidak layak dibiarkan untuk mengambil alih pemerintahan negara.Namun di masa yang sama,percayalah pasukan keselamatan tidak akan sesekali berpeluk tubuh membiarkan keamanan yang sudah berdekad lamanya di kecapi ini hancur begitu sahaja.Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia menyedari perkara ini dan memberi dukungan sepenuh jiwa raga kepada Kerajaan BN sambil mengambil langkah susulan dengan menjauhi diri dari PR demi kebaikan bersama.

RENUNG-RENUNGKAN

#PRU13 !!! WAWANCARA SINAR HARIAN !!! LIM KIT SIANG NAK RAHSIA SIAPA JADI PM ??? APA CERITA NI ???

Posted: 25 Apr 2013 04:00 PM PDT


Sinar Harian semalam,pada 25 April 2013,menyiarkan satu wawancara dengan Penasihat DAP,Lim Kit Siang yang bakal bertanding di Gelang Patah Johor dalam PRU-13.Secara dasarnya,Kit Siang agak 'realistik' dalam memperkatakan soal peluangnya di Gelang Patah,soal menunaikan janji dan juga PR menjadi kerajaan yang lebih baik dari BN.Bagaimanapun,kenyataan Kit Siang bahawa PR mempunyai kesedaran politik untuk membanteras korupsi yang mana tidak ada pada BN, menyebabkan kita merasa geli hati.Mungkin Kit Siang lupa bahawa Mendiang Teoh Beng Hock berada di pejabat SPRM bukan kerana membuat lawatan sambil belajar tetapi kerana menjadi saksi kes korupsi yang melibatkan pemimpin DAP.Kit Siang juga mungkin terlupa sekejap bahawa bapa dan sanak saudara serta kaum kerabat termasuk gundik-gundik dan anak-anak ikan Ketua Umum PR,iaitu Anwar Ibrahim,kaya raya dalam sekelip mata sejurus Anwar menjadi Menteri.Kit Siang juga mungkin kurang faham bagaimana berekar-ekar tanah di Kelantan boleh menjadi milik pemimpin DAP dari Perak.Mungkin ini semua bukan korupsi bagi Kit Siang,tetapi hak asasi pemimpin-pemimpin PR yang tidak boleh dipersoalkan sesiapa. Namun, apa yang paling menarik dalam wawancara tersebut,bukanlah soal kenyataan Kit Siang mengenai korupsi, tetapi soal yang jauh lebih asas iaitu tentang 'Siapakah bakal Perdana Menteri PR ???' Reaksi Kit Siang kepada soalan ini mengingatkan kita kepada reaksi Anwar apabila ditanya tentang orientasi seksnya. 

Sama seperti Anwar dalam menangani soalan mudah itu,Kit Siang juga sukar sekali menjawab siapakah bakal PM bagi PR.Dengan susah payah dan panjang lebar,Kit Siang menjawab seperti berikut  : "Perkara ini sudah mendapat persetujuan dan persefahaman antara pucuk pimpinan DAP, PKR dan PAS malah ia tidak perlu diberitahu umum.Masalah utama kita harus fikir adalah mampukah kita menang dengan majoriti selesa pada PRU-13 ini.Mungkin 45 kerusi PKR,40 kerusi PAS dan 40 kerusi DAP.Ia sangat seimbang dan kemudiannya kita lihat siapa jadi Perdana Menteri". 

Kenyataan Kit Siang seolah-olah berbunyi,'soal siapa Perdana Menteri itu urusan kami,bukan rakyat'.Sedangkan,rakyat perlu tahu siapa bakal Perdana Menteri sebelum mengundi sebagai kepastian bahawa nasib mereka dan negara ini berada dalam tangan orang yang layak.Malah,penyokong DAP sendiri tentu gusar jika Hadi Awang menjadi Perdana Menteri dan memaksa hukum hudud digunapakai dalam negara.Penyokong PAS pula sudah mula menolak Anwar sebagai Perdana Menteri atas sebab akhlak yang terlalu buruk serta pegangan pluralismenya.Sementara itu,rakyat Malaysia secara umumnya juga tidak mungkin menerima Kit Siang sebagai Perdana Menteri kerana sifat rasis tegar yang berakar umbi di dalam salur darah keturunannya.Kalau pun Perdana Menteri PR bukan terdiri dari mana-mana personaliti yang disebut di atas, rakyat masih perlu tahu siapakah dan dari parti manakah beliau.Ini kerana ketiga-tiga parti iaitu DAP,PAS dan PKR mempromosi cara pemerintahan yang amat bertentangan.Rakyat juga perlukan kepastian bahawa sekiranya mereka memberi kemenangan kepada PR, maka tidak akan ada perbalahan tentang cara pemerintahan mahupun perebutan jawatan Perdana Menteri yang berpanjangan. Tidak cukup dengan hanya berjanji bahawa PR akan dapat menyelesaikan perbalahan dan perebutan jawatan itu dalam masa yang singkat selepas memenangi PRU kerana ia merupakan satu persoalan subjektif. 

Malah 'masa yang singkat' itu sendiri merupakan satu persoalan lain pula.Rakyat perlukan kepastian yang kehidupan mereka tidak akan terjejas sementara perbalahan dan perebutan jawatan itu berlangsung.Jika Kit Siang gagal melihat soal 'siapa Perdana Menteri' sebagai sesuatu yang penting,maka Kit Siang sebenarnya tidak layak menjadi seorang ahli politik pun.Lebih-lebih lagi apabila Kit Siang juga boleh jadi antara 'calon Perdana Menteri' itu.justeru,bagaimanakah PR boleh meyakinkan rakyat bahawa bakal PM nanti bukanlah seorang yang tidak faham akan kepentingan 'institusi Perdana Menteri' itu sendiri ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...