BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! #PRU13 !!! MANGSA KAMPUNG BUAH PALA MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM ???

Posted: 18 Apr 2013 12:00 PM PDT


Nasib baik BN dah umum yang manifesto mereka sebagai '#akujanji'.Kalau tidak,melopong mata rakyat kalau tidak ditunaikan.Mana taknya,rakyat nanti akan trauma,lihat sahaja contoh paling dekat,rakyat di Selangor.Menteri Besarnya sendiri,Tan Sri Khalid Ibrahim berkata bahawa #ManifestoBukanJanji.Jadi oleh kerana itu,yang terima padahnya tentu-tentu rakyat.Antara yang terpalit dengan janji-janji busuk pembangkang ini ialah rakyat di Pulang Pinang khususnya penduduk Kampung Buah Pala. Aduhhh, pening kepala. Lima tahun berlalu, penduduk-penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang masih tidak dapat lupakan janji-janji manis Anwar Ibrahim yang berjanji untuk menyelesaikan masalah mereka dalam masa 2 minggu.Masalah di mana mereka dijanjikan penyelesaian masalah apabila pemaju ingin membangunkan kawasan tersebut.Penduduk tidak setuju kerana kampung terbabit merupakan aset mereka yang dinilai sebagai tempat tradisi.Malangnya,selepas dua minggu Pakatan berjaya merampas dan mentadbir Pulau Pinang dari kerajaan BN,Anwar Ibrahim terus melupakan kesengsaraan mereka.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila kerajaan DAP yang memerintah Penang bertindak menghalau penduduk di situ keluar dari kampung mereka.Mereka sudah menjadi mangsa sandiwara dan pemanis kata pembangkang.Terutama si Anwar Ibrahim,Ketua Umum yang banyak menabur janji kepada rakyat. Rakyat banyak merasa tertipu dek janji-janji manis mereka ini.Malah Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng bukan sahaja mempunyai keangkuhan luar biasa dalam parti,tetapi juga sebagai Ketua Menteri.Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Buah Pala,M. Sugumaran berkata,dalam isu kampung yang pernah didiaminya,Guan Eng enggan mendengar permintaan penduduk dan begitu angkuh bertindak merobohkannya.Selain itu,jelasnya,Guan Eng juga bertindak sedemikian beberapa hari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan yang sepatutnya diraikan oleh penduduk dengan rasa kemegahan bukannya kesedihan.Sekurang-kurangnya,kerajaan BN mampu untuk melaksanakan janji yang diberikan kepada rakyat.Mereka juga berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat dan bersama-sama mencari solusinya.Jika tidak ada campur tangan kerajaan BN,masalah Kg Buah Pala tidak akan selesai hingga ke hari ini.Inilah BN,berkhidmat untuk masyarakat,bukan seperti Anwar Ibrahim yang meliwat kepercayaan rakyat.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! ULAMA BUKAN LAGI TULANG BELAKANG PAS ??? #GE13 #BETTERNATION !!!

Posted: 18 Apr 2013 08:46 AM PDT


Sejarah penubuhan PAS dimulakan oleh para ulama yang kononnya berjuang menegakkan Islam di negara ini kerana kerajaan sedia ada pada ketika itu tidak menurut ajaran Islam sepenuhnya.Situasi itu kini berubah apabila PAS kini dilihat tidak ubah seperti DAP dan PKR serta berjaya menipu rakyat kononnya parti mereka merupakan parti berkonsepkan Islam berdasarkan kepada nama parti tersebut.Penampilan pemimpin PAS yang kononnya warak dan zuhud melalui jubah dan serban juga menyumbang kepada kejayaan penipuan mereka. Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan menjadi sejarah kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS apabila golongan agamawan dan cerdik pandai agama tidak lagi menjadi tulang belakang PAS,sebaliknya bertukar arah kepada Umno kerana mereka kecewa dengan pendirian PAS yang telah berubah.Sebaliknya mereka melihat Umno sahaja yang kini berpegang kepada ajaran Islam sebenar tanpa menggunakan agama untuk tujuan politik peribadi. Golongan alim ulama dan cerdik pandai sudah celik mata.Mereka sedar bahawa PAS sekadar mempergunakan Islam demi politik kotor.Golongan yang dulunya dikenali sebagai penyokong tegar PAS kini dilihat menyertai majlis Umno dan menjauhi parti berlabel Islam itu menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pangkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS kini kelihatan seperti kubur untuk PAS. 

Trend penyokong pembangkang khususnya golongan ulama dan tokoh agama kebelakangan ini menyertai Umno jelas menunjukkan ada yang tidak kena dengan kepimpinan Pas. Mereka yang pada pilihan raya umum sebelum ini begitu kuat dan setia membantu PAS kini menyesal sebaliknya membantu jentera BN dan Umno demi mahu menegakkan Islam denngan cara yang diredhai Allah. Antara kumpulan berkenaan yang bersepakat bersatu menggembleng tenaga membantu Umno termasuklah Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok),Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK). Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang. Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS.Kesemua mereka kini bersatu Umno yang di label murtad dan amalan tidak diterima Allah kerana meninggalkan Islam oleh Nik Aziz. 

Demi kepentingan agama,bangsa dan negara,kumpulan ulama ini nekad menjauhi PAS sebaliknya merapati Umno dan BN.Selain empat NGO tersebut,terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya.Bukan setakat Kelantan,di kawasan-kawasan lain turut dilihat golongan ulama ini merpati Umno,termasuk di Puchong,apabila 80 penyokong tegar PAS di kawasan itu Umno sekali gus menubuhkan Cawangan Umno Baitul Dhuyuf.Alim ulama dan cerdik pandai tidak lagi menyokong PAS ekoran kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS,selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP dan PKR.Pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.Nik Aziz terpaksa menerima hakikat bahawa Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk persemadian pemimpin-pemimpin PAS.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! ANWAR IBRAHIM MENGHINA MASYARAKAT TAMBUN !!! APA CERITA NI ???

Posted: 18 Apr 2013 05:00 AM PDT


Apakah hinanya nama 'Tambun' atau kawasan 'Tambun' ??? Kenapakah 'Tambun' perlu dipandang lekeh sehingga merupakan satu kesalahan atau ketidaksesuaian jika seorang Perdana Menteri turut mewakili kawasan 'Tambun' ??? Inilah yang dipersoalkan oleh masyarakat Tambun apabila Anwar membuat U-turn untuk bertanding di Permatang Pauh walaupun sebelum ini diura-urakan akan bertanding di Perak,khususnya Tambun.Alasannya ialah seorang 'lebai' memberitahunya bahawa adalah tidak sesuai jika Perdana Menteri datang dari sebuah kawasan bernama 'Tambun'.Nama 'Permatang Pauh' lebih sesuai,katanya.Alasan Anwar ternyata bukan sahaja menyakitkan hati masyarakat Tambun tetapi juga membangkitkan kemarahan rakan-rakan di dalam PR.Antaranya,Lim Kit Siang dilaporkan 'mengamuk' dengan keputusan Anwar yang bertentangan dengan apa yang telah diputuskan bersama sebelum ini.Calon bagi kerusi Tambun kini diberikan kepada Siti Aishah iaitu Ketua Serikandi PKR Perak. Soalnya, bagaimanakah seorang 'bakal PM' boleh menjadikan nama tempat sebagai alasan untuk memilih kawasan bertanding ??? Tidak adakah alasan yang lebih bernas atau ilmiah atau logik untuk dikemukakan ??? 

Sebagai seorang 'bakal PM',Anwar wajib memujuk hati masyarakat Tambun yang telah tersinggung.Alasan dangkal seperti 'nama tempat' adalah terlalu umum dan tidak relevan dalam situasi di mana Anwar ingin menjadi PM.Anwar seolah-olah menyatakan yang orang Tambun tidak layak menjadi Perdana Menteri,sekali gus membunuh keyakinan diri dan cita-cita anak-anak Tambun.Sikap Anwar memperlekeh nama tempat menunjukkan tahap sebenar pemikiran Anwar yang masih terbawa-bawa dengan kejutan budaya,ingin dilihat hebat sentiasa serta bimbang dipandang rendah.Dalam kata lain,Anwar mengalami 'inferiority complex'.Ini bukanlah mengejutkan kerana Anwar turut dikesan mempunyai berbagai masalah psikologi yang lain antaranya tidak berpijak di bumi nyata dan sering berimaginasi yang dirinya berada sebaris dengan tokoh-tokoh pemimpin bertaraf dunia. Oleh kerana itu, beliau sering menyamakan dirinya dengan Ghandi,Mandela dan Suu Kyii.Apapun,hakikat sebenarnya,tiada sebesar hama pun persamaan antara Anwar dengan tokoh-tokoh tersebut.Mana mungkin seorang yang masih tidak yakin dengan latarbelakang diri dan takut dikaitkan dengan nama tempat yang kurang menarik,layak menjadi pemimpin,apatah lagi Perdana Menteri ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! YAHYA KHATIB AKAN BENAMKAN HADI AWANG DI MARANG !!!

Posted: 18 Apr 2013 01:30 AM PDT


Sempena PRU-13 ini,PAS boleh mengucapkan selamat tinggal pada angan-angannya untuk menawan kembali Terengganu meskipun semenjak pasca PRU-12 2008 parti itu agak aggresif memanipulasi masalah kepuakan dalam UMNO Terengganu.Dalam keadaan di mana UMNO Negeri semakin mantap perpaduannya dan para panglima serta anak buahnya sepakat mengetepikan sengketa sesama sendiri, sukar sekali untuk PAS mengambil kesempatan untuk mengulangi sejarah PRU-10 1999 dulu.Menyedari hakikat itu,tidaklah pelik apabila PAS kini lebih memfokuskan usaha untuk mempertahankan Parlimen Marang demi menjaga maruah Presidennya,Abdul Hadi Awang bagi mengetepikan tanggapan umum bahawa pengaruh Hadi kian luput di kalangan rakyat Terengganu.Pada PRU-12 2008 yang lalu,Hadi bernasib baik berjaya menawan semula Parlimen Marang menjadikan ia satu-satunya kerusi parlimen yang dikuasai PAS di Terengganu. Itu pun majoriti kemenangannya hanya dengan kelebihan 2,747 undi sahaja.Sebelumnya pada PRU-11 2004,Hadi tewas di tangan Giant Killer, Datuk Abdul Rahman Bakar. Satu sejarah hitam yang hingga saat ini sukar diterima hakikatnya oleh PAS.

Pada PRU-13 ini pula pencabar Hadi ialah Datuk Yahya Khatib,yang merupakan EXCO Kebajikan,Pembangunan Masyarakat dan Wanita diyakini bakal mengulangi sejarah hitam yang pernah dialami Presiden PAS itu pada PRU-11 2004.Pertarungan di Parlimen Marang pada PRU-13 ini antara Hadi dengan Yahya boleh diumpamakan seperti gergasi melawan kancil,secara kasar ia kelihatan condong memihak kepada Hadi tapi realiti semasa tidak sebegitu.Dengan track rekod Yahya yang berjaya menurunkan peratusan kadar kemiskinan di kalangan rakyat Terengganu,di samping aktif dalam aktiviti kemasyarakatan serta mempunyai hubungan mesra dengan penduduk setempat,jelas sekali beliau adalah sandaran terbaik untuk BN merampas semula Parlimen Marang.Hadi yang berbekalkan kemenangan majoriti 2,747 undi pada PRU-12 sukar untuk meningkatkan sokongan pengundi kali ini apatah lagi sejak akhir-akhir ini semakin ramai ahli dan penyokong PAS beralih arah dan mula mendekatkan diri dengan UMNO termasuklah di kubu kuatnya dalam DUN Rhu Rendang. 

Semua empat DUN dalam Parlimen Marang menunjukkan aliran sokongan pengundi berpihak kepada BN, malah para pengundi baru termasuk mereka yang merupakan anak kepada penyokong kuat PAS pun cenderung untuk menyokong UMNO dan mengundi BN.Jika senario semasa dijadikan sandaran menilai kedudukan BN dan PAS,nyata Yahya berada dalam posisi yang baik untuk membenamkan Hadi sekaligus bakal digelar sebagai Giant Killer yang baru.Seandainya ia menjadi kenyataan,selepas PRU-13 pastinya Hadi bakal berdepan dengan kemelut dalaman parti yang parah dan menjadi titik noktah kepada hayat politiknya kelak.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! PAS WAJIBKAN DERMA RM100 SEORANG UNTUK PESERTA LADANG RAKYAT ??? APA CERITA NI ???

Posted: 17 Apr 2013 10:00 PM PDT


Belum tamat isu Ladang Rakyat di Kelantan kini PAS sekali lagi menimbulkan rasa tidak puas hati peserta ladang kelompok berkenaan apabila bukan sahaja memaksa tetapi juga mewajibkan mereka membayar RM100 kepada parti sebagai derma pilihan raya.Mereka berpolitik kemudian peserta ladang rakyat terpaksa membiayainya semata-mata untuk membolehkan mereka berpoya-poya menggunakan wang tersebut.Peserta-peserta Ladang Rakyat difahamkan mereka diminta membawa wang itu pada majlis penerimaan cek dividen.Sudah lah beri dividen kemudian peserta diwajibkan menderma pula.Jangan cek tendang macam Azizan buat sudahlah.Belum selesai lagi isu Ladang Rakyat mencabuli hak istimewa mereka,kini PAS buat hal lagi.Sedangkan NGO Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (Jaringan) yang mewakili 18,000 masyarakat Orang Asli telah membuat satu deklarasi bahawa projek Ladang Rakyat yang dibangunkan oleh kerajaan Kelantan gagal dan mencabuli hak keistimewaan mereka. 

Deklarasi tersebut dikeluarkan dalam mesyuarat yang diwakili oleh 18 ketua pos Orang Asli bersama kira-kira 300 Orang Asli di Dewan Adat Kampung Angkek,Pos Kuala Betis.Pengerusinya,Azmi Badol,38,memberitahu,projek Ladang Rakyat merupakan salah satu contoh kegagalan kerajaan negeri dalam menghormati hak Orang Asli selain melaksanakan projek pembangunan di kawasan yang mereka diami sejak sekian lama.Pembangunan projek berkenaan yang kebanyakannya telah diserahkan kepada syarikat swasta dari luar Kelantan tidak memberi sebarang faedah kepada Orang Asli,malah lebih memeritkan mereka kini kehilangan kawasan hutan yang sebelum ini menjadi lubuk rezeki mereka.Ladang Rakyat yang berkeluasan 32,817 hektar itu meliputi kawasan Jajahan Gua Musang,Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah.Sudahlah peserta ladang ini kebanyakannya rakyat miskin dan susah, kini diminta lagi derma RM100 seorang,sungguh kejam.Mana pergi tabung-tabung derma PAS ketika ceramah ??? Dah habis kena songlap atau buat bayar hotel mewah pemimpin PAS ??? PAS ada tubuhkan banyak tabung,namun tiada satu pun diketahui jumlahnya secara tepat dan ke mana dana tabung itu disalurkan,kini paksa lagi peserta ladang rakyat menderma untuk mereka.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PENCEROBOHAN LAHAD DATU !!! SAH !!! MNLF BEKAL SENJATA PENGGANAS KIRAM !!!

Posted: 17 Apr 2013 08:41 PM PDT


Desas-desus mengaitkan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dalam insiden pencerobohan di Sabah ternyata benar apabila hasil siasatan polis mendapati pengganas Kiram menyewa senjata api daripada kumpulan itu.Menurut sumber,perkara itu didedahkan sendiri oleh kumpulan pengganas terbabit yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) baru-baru ini. 

"Di Pulau Jolo,kumpulan pengganas Kiram merupakan kelompok yang paling lemah dari segi kewangan serta kekuatan senjata api berbanding kumpulan lain seperti MNLF,kumpulan Abu Sayyaf,Jemaah Islamiah,lanun dan kumpulan penculik.Oleh sebab itu,mereka terpaksa meminjam senjata api daripada MNLF serta mendapatkan pembiayaan daripada kumpulan-kumpulan penyeludup," katanya ketika ditemui semalam. 

Sumber itu berkata,selain pembongkaran itu,polis turut menemui carta organisasi 'kerajaan' pilihan mereka yang menampilkan Sultan serta Perdana Menteri pilihan mereka sekiranya berjaya menakluk Sabah. "Carta itu ditemui ketika polis menahan Clarence Luing Karl @ Muhammad Khali,57,di Kota Kinabalu pada 4 April lalu," ujarnya. 

Menurut sumber itu lagi,kumpulan pengganas yang miskin tersebut mendapat pembiayaan daripada kumpulan-kumpulan penyeludup selain menjual pingat 'Darjah Kebesaran' mereka. "Mereka menjual pingat kebesaran tersebut dengan harga antara RM10,000 ke RM15,000 mengikut kedudukan.Dianggarkan berpuluh individu daripada pelbagai latar belakang seperti peniaga yang membeli pingat Datuk atau Datuk Seri daripada mereka.Dipercayai wang hasil penjualan pingat itu turut digunakan bagi membiayai gerakan kumpulan pengganas," ujarnya. Kata sumber itu lagi, kumpulan pengganas Kiram yang menggelarkan diri mereka Tentera Diraja Sulu (RSF) ini, sanggup berbuat apa saja termasuk menceroboh Sabah demi mendapatkan pengiktirafan. "Mereka ini hanya ada nama sahaja namun tiada daulat," ujarnya – Utusan

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...