tun faisal dot com |
- [Video] Q1 Jawapan @tunfaisal dalam Forum PRU13 #HarapanMalaysia
- #LahadDatu : @tunfaisal - Masa untuk satukan `netizen', patriot perangi pencerobohan, keganasan #PengganasSulu
- [Gambar] Forum PRU13 #HarapanMalaysia
| [Video] Q1 Jawapan @tunfaisal dalam Forum PRU13 #HarapanMalaysia Posted: 14 Mar 2013 08:30 PM PDT Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana berkongsi video ini |
| Posted: 14 Mar 2013 05:00 PM PDT Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang mengesan individu yang memperlekeh dan menghina tindakan pasukan keselamatan di Pantai Timur Sabah. Katanya, beliau mengeluarkan arahan untuk mengesan percakapan dan kenyataan tersebut di laman web dan media sosial. "Saya beri arahan supaya dikesan mereka yang keluar kenyataan yang menghina dan mencerca tindakan ahli pasukan kita khususnya yang telah terkorban dan tercedera. "Jangan buat tindakan bodoh seperti ini... Saya minta hentikan, kita akan jejaki mereka. Kita akan ambil tindakan," katanya dalam satu sidang media hari ini. Pengamal media Gobind Rudra menganggap sebagai sia-sia tindakan polis untuk memantau kenyataan di media sosial yang dianggap memperlekeh atau menghina operasi di Lahad Datu. Katanya, ini kerana tindakan itu ibarat polis singgah di kedai kopi dan mengintip perbualan pengunjung kedai yang berbual-bual sesama mereka. "Ini bukan tugas polis untuk memantau perbualan orang ramai. Facebook dan Twitter bukan media massa, ia adalah perbualan di antara orang ramai," kata Gobind (kiri). "Saya rasakan tindakan ini ibarat anjing menyalak bukit dan ia hanya akan menggalakkan perasaan kurang senang orang ramai terhadap polis," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Selasa lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengumumkan polis akan mengesan percakapan dan kenyataan di laman media sosial yang dianggap menghina operasi pasukan keselamatan di Lahad Datu. Tun Faisal: Masa satukan 'netizen' Tindakan itu bagaimana pun hanya terhad kepada mereka yang berada di Malaysia sahaja kerana polis tiada kuasa ke atas media di luar negara, katanya. Ketua Unit Media Baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz (bawah) mempunyai pandangan yang berbeza dalam hal itu. "Kalau individu berkenaan membuka profilnya kepada orang ramai, maka ia dianggapi benarkan untuk tatapan orang ramai," katanya. Beliau berpendapat sekarang adalah masa terbaik untuk warga internet (netizen) Malaysia menggembleng sokongan dan semangat terhadap polis dan tentera yang bertugas di Lahad Datu. "Masanya telah tiba untuk kita satukan netizen bagi menentang pencerobohan yang dibuat warga Filipina ini," katanya. [Nota: Saya telah dihubungi oleh wartawan Malaysikini untuk memberi respon tentang kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar di atas. Respon saya; 1. Saya bukan orang yang layak untuk memberi pandangan berkenaan perkara di atas dari aspek perundangan. 2. Bagaimanapun dalam kes Lahad Datu dan Sabah ini, penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia bersatu atas semangat patriotisme untuk menentang pencerobohan dan keganasan yang dimulakan oleh penceroboh dan pengganas Sulu dari kepulauan Filipina ini. 3. Dalam keadaan anggota polis dan tentera kita bergadai nyawa untuk mempertahankan kedaulatan negara dan memastikan keselamatan rakyat Sabah, adalah sangat TIDAK PATRIOTIK untuk memperlekeh dan menghina anggota polis dan tentera kita dengan pelbagai gelaran serta memperlekehkan mereka dalam aspek taktikal seolah-olah kita yang paling pandai sedangkan kita tidak berada pun di medan peperangan. 4. Perbuatan memperlekeh dan menghina ini sangat keji. 5. Dalam mana-mana peperangan sekalipun, adalah menjadi tanggung jawab kita semua sebagai rakyat Malaysia dan patriot untuk memberikan sokongan penuh kepada anggota tentera kita. Lebih-lebih lagi bila kita tahu mereka ke sana atas niat dan tujuan yang betul, iaitu mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat dari penceroboh dan pengganas selepas rundingan yang cuba dibuat dibalas dengan keganasan dan pembunuhan kejam oleh pengganas Sulu. 6. Saya juga ditanya sama ada tindakan polis ini adalah pencerobohan terhadap kehidupan peribadi pengguna media sosial. Jawapan saya - tidak, kerana dalam media siber yang bersifat terbuka ini, apa sahaja percakapan dan perbualan kita melalui media sosial memang boleh dilihat oleh sesiapa sahaja. Jika kita hendak ianya menjadi perbualan peribadi, di dalam media sosial seperti twitter dan facebook ada `private setting' yang boleh digunakan agar perbualan kita hanya dilihat dan diketahui dengan rakan dalam lingkungan yang diizinkan sahaja.] |
| [Gambar] Forum PRU13 #HarapanMalaysia Posted: 13 Mar 2013 11:00 PM PDT Tahniah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Terima kasih atas jemputan. Terima kasih juga kepada blogger bebas dan TV Selangor yang membuat liputan secara Live Streaming. Nasib baik lah ada blogger bebas di Gombak ni. Update yang begitu pantas, sebelum jam 4 pagi dah keluar post. Displin kerja yang sangat baik dan terima kasih juga atas komen yang positif. @tunfaisal dalam program Forum PRU13 Harapan Malaysia (Nota - untuk gambar tambahan sila rujuk sumber di bawah) sumber Malam tadi telah berlangsung program wacana anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UIAM dan Ikatan Persahabatan Siswazah Profesional (IPRISMA) yang bertajuk PRU 13: HARAPAN MALAYSIA.Ahli ahli panel terdiri daripada Tun Faisal Exco Pemuda Umno Malaysia,Dr.Mazlee Malik Penganalisis Politik dan Pensyarah Kanan UIAM,Dr.Yusri Mohamad Presiden Islamic & Strategic Studies Institute (ISSI) dan Dr.Zabidi Marzuki Pas di Dewan Beringin Taman Seri Gombak. Moderator wacana ini adalah Sdra Muhamad Kamil Exco MPP UIAM dan program ini dirasmikan oleh Adun Batu Caves YB Amirudin Shaari.Program dilangsungkan dalam keadaan tenang tanpa ada insiden boo mengeboo sewaktu setiap ahli panel melontarkan pendapat dan pandangan masing masing,bahkan setiap pandangan bernas diberikan tepukan oleh para pelajar yang hadhir. Aku amat bangga dengan cara Tun Faisal mengupas setiap isu dan persoalan yang dilontarkan dengan bersahaja menghadapi majoriti pelajar pro-mahasiswa yang hadhir.Diakhir program aku memasang telinga diluar dewan mendengar komen komen positif para pelajar yang hadhir,yang rata rata memuji cara Tun Faisal menangani setiap persoalan yang dilontar kepadanya terutamanya berhubung isu Pembunuhan Altantuya.Tahniah Tun Faisal. Anda boleh ikuti video wacana ini nanti di Amrayy Lensa Assault. Tun Faisal baru tiba... Tun Faisal disambut para pelajar dan urusetia program Minuman ringan bersama ahli panel lain sebelum program bermula Antara para pelajar yang awal tiba... Pelajar muslimat UIAM Diikuti oleh ahli panel Tun Faisal diberikan penghormatan memulakan bicara Sessi soal jawap bermula dan pelajar ini melontar beberapa soalan kepada Tun Faisal teramasuk soalan bonus tentang Pembunuhan Altantuya. Tun Faisal mendengar dengan teliti... Jawapan Tun Faisal boleh diikuti dalam video nanti.. Diakhir program ramai pelajar yang mengerumuni Tun sama ada untuk pencerahan lanjut atau sekadar bergambar Walaupun ahli panel lain dah memulakan sessi kita minum dulu... Masih belum boleh kemeja minuman ringan.. Baru dapat duduk... Pelajar muslimat UIAM yang teringin nak bergambar dengan Tun Faisal tapi malu malu.. |
| You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment