Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS! Video Komen Ridhuan Tee yang Patut Melayu 'Bengap' Wajib Tengok!

Posted: 07 Mar 2013 08:05 AM PST


Patut la ramai orang kata Dr. Ridhuan Tee ni lebih melayu dari melayu sendiri. Niat ikhlas untuk menyatukan Melayu Islam dalam diri beliau lebih berkobar-kobar dari sesetengah melayu yang bengap dan tak reti bahasa.

HOT INFO! Gencatan Senjata Penceroboh Hanya Tipu Muslihat! - @Zahid_Hamidi #Pray4Sabah

Posted: 07 Mar 2013 04:37 AM PST




Tawaran gencatan senjata penceroboh Sabah ditolak kerana dikhuatiri ada tipu muslihat. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tawaran gencatan senjata pengganas Sulu tidak diterima kerajaan Malaysia kecuali semua mereka menyerah diri tanpa syarat.

"Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," - Dalam tweet terbaru beliau!

Mc menyokong cadangan dari Zahid Hamidi tu, teruskan mencari penceroboh Sabah sehingga selesai, atau mereka menyerah diri pada kita tanpa syarat.


Kita Malaysia sebenarnya bukan berperang, kita hanya mempertahankan negara. Kita tak iktiraf mereka sebagai tentera kerajaan Sulu kerana mereka bukan dari Sultan Sulu yang sah. Mereka diketuai oleh seorang manusia gila yang mengaku Sultan Sulu.


McTheory:
Serah diri atau diserang!!

TUDIAA!! Siapa Ghafir Bekas Tentera yang Celaka Ni!!

Posted: 07 Mar 2013 01:16 AM PST



Mula-mula Mc pun tak tahu siapa bekas tentera yang celaka masuk PKR ni. Bila TheUnspinners, dedahkan, barulah Mc kenal dan tahu kenapa dia masuk PKR.

Lt Gen (B) AbduL Ghafir Abdul Hamid masuk PKR dan kini bersama Anwar dalam rangkaian ceramah akhir-akhir yang bunyinya terdesak.

Setelah lama bersara, dia menimbulkan isu bagaimana penyelewengan perlaku dalam pembelian peralatan pertahanan.

Katanya barang yang dibeli tak boleh guna, tak layak untuk kegunaan dan membawa risiko pada anggota keselamatan.

Kini dia kata kerajaan tak jaga kebajikan anggota. Kononnya bawah pemerintahan Pakatan, anggota keselamatan dan pertahanan akan lebih dijaga.

Wah ... begitu prihatin dan lantang dia kini berkenaan kebajikan anggota dalam ceramahnya.  

Ghafir yang penting diri, Hady Khattab yang korup, Imran yang emosi anak mati dan Najmi yang keluarga dan jiwa memang PAS bersaam pembelot dan pengkhianat negara 

Persoalannya adalah sebagai orang kedua dalam angkatan tentera, Ghafir bertanggungjawab dalam memberi dan menentukan spesikasi senjata dan perlatan yang mahu digunakan. Bersama dengan ketuanya, mereka adalah pihak yang menentukan senjata dan alat mana yang diperlukan. Mereka juga yang menguji alat dan senjata yang diberi oleh pembekal.

Kemudian barulah disampaikan kepada pihak pentadbiran MINDEF dan disampaikan kepada Kementeriaan Kewangan.  Pihak pentadbiran MINDEf dan MOF tidak boleh memandai menukar spesifikasi alat dan senjata.

Sebaik saja ianya dihantar, pihak Ghafir juga yang menentukan samada ianya memenuhi spefikasi yang diperlukan. Dia boleh menerima atau menolak alat dan senjata yang dihantar. Salah siapa sekarang?

Berkenaan kebajikan anggota pertahanan, sebagai ketua, dialah yang patut ambil tahu dan rancang hal kebajikan askar. Dia patut buat kertas kerja, bercakap dengan pihak berkuasa dan jika perlu, melobi dalam hal ini.


Kalau apa-apa berlaku yang mana Ghafir tak bersetuju dengan kerajaan, dia boleh menolak arahan yang diberikan padanya. Walaupun arahan pihak lebih tinggi perlu dipatuhi tanpa soal dalam military, ada satu cara untuk dia engkar iaitu dengan meletakkan jawatan.

Kenapa tak dilakukan ketika itu? Kenapa Ghafir terus berkhidmat jika pelbagai perkara yang kini baru dikatakan tak betul baru mahu didedahkan? Bukankah itu menunjukkan Ghafir tak bertanggungjawab dan bukan peduli sangat pun?

Malahan ramai pegawai dan bekas pegawai tentera berkata Ghafir tak perlukan kebajikan anggota pertahanan ketika itu. Dia hanya sibuk hal pangkat, status dan protokol, dan perkara yang dia patut dapat saja.

Ghafir dah lama baik dengan Awnar dari masa dia Menteri
Sebenarnya dia boleh lakukan sesuatu untuk kesemua askar kerana dia dah baik dengan Anwar Ibrahim masa dia Menteri Kewangan. Ghafir dah melabur dengan Anwar  dalam persediaan untuk lobi jadi orang nombor satu dalam angkatan tentera.

Dia boleh bisik-bisik dan mintak budget dari Anwar. Dia boleh bisik-bisik untuk lebihkan budget supaya senjata dan alat yang lebih canggih dan baik disediakan pada askar.  Malahan dia sering berbisik-bisik dengan Anwar dengan bertemu terus hingga melangkaui protokol dan tanpa kebenaran Menteri pertahanan ketika itu, Dato Najib.

Dah disebut dia baik dengan Anwar Ibrahim, bolehkah Ghafir atau minta Anwar jawab kenapa Kementeriaan Kewangan ketika Ghafir dan Anwar bersahabat baik dalam kerajaan, memulakan negotiated contract?

Siapa ajar Anwar?   

Sebenarnya usahlah percaya Ghafir yang selfish ini. Dia kini dah pandai berbohong. Lihat bawah:



Sapa dalam tentera dan polis nak bagi maklumat pada dia???? Mereka dah anggapnya sebagai musuh dan bukan lagi kawan

Takpa teruskan agar puak-puak ini terus bermimpi kerana ramai menyedari anwar bertambah tersepit dan semua rancangannya dah back fire dan pendedahan yang dilakukan dah disedari rakyat sebagai pembohongan.

McTheory:
Makin teruk dan buruk perangai Ghafir ni..

HOT INFO! Kisah Sultan Sulu Kejam Bunuh Kaum Sendiri!! #Pray4Sabah

Posted: 06 Mar 2013 11:17 PM PST


Jamalul Kiram III mungkin mengandaikan tindakannya mengarahkan pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu yang diketuai adiknya, Azzumudie Kiram akan meningkatkan peluangnya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu yang sah.



Lebih-lebih lagi di saat perebutan tahtha Kesultanan Sulu yang semakin rumit apabila sehingga kini sekurang-kurangnya ada 9 orang individu berlainan tampil mendakwa adalah Sultan Sulu sebenar. Jamalul Kiram III dan adiknya Esmail Kiram II adalah antara individu yang dimaksudkan, kedua-duanya adalah warga Filipina.

Dengan sokongan dan dukungan anggota MNLF yang diketuai Nur Misuari yang mempunyai hubungan rapat dengannya, mungkin benar ia memberi kelebihan kepada Jamalul Kiram untuk mendabik dada sebagai Sultan Sulu yang sah sekaligus menidakkan cabaran 8 individu lain.

Andaian tersebut ternyata silap dan jauh tersasar dari jangkaan Jamalul Kiram dan pengikutnya, apabila tanpa mereka sedari tindakan pencerobohan itu sebenarnya hanya menambah kebencian orang Sabah dari keturunan Sulu kepada Jamalul Kiram dan keturunannya.

Majoriti orang Sulu di Sabah rata-ratanya enggan bersekongkol menjayakan cita-cita peribadi Jamalul Kiram yang kemaruk mahu diangkat sebagai Sultan Sulu, lebih-lebih lagi bila pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu menyebabkan sesetengah anggota masyarakat memandang serong pada orang Sulu di Sabah.

Kesetiaan orang Sulu yang lahir di Sabah dan merupakan warganegara Malaysia yang sah tetap kepada tanahair tercinta ini, dan ia terbukti benar apabila ramai pemuda Sulu turut membantu menangkap dan membelasah hingga mati seorang pengikut Jamalul Kiram yang bersenjatakan M16 pengikut di Sampoerna baru-baru ini.

Kebanyakan orang Sulu sama ada dari kalangan warganegara Malaysia mahupun di Filipina, mereka juga berkongsi satu pandangan yang sama yakni soal siapa yang layak mewarisi Kesultanan Sulu sebenarnya bukan lagi urusan Jamalul Kiram III dan keluarganya.

Orang Sulu tidak akan lupa sejarah pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat ke atas orang Sulu pada awal tahun 1900-an selepas mendapat restu Sultan Kiram II (1884-1936).

Pembunuhan yang berlaku di Bud Dahu pada Mac 1906, diikuti kempen pembunuhan sama pada Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, pada Jun 1913 yang ketiga-tiganya mengorbankan sekitar 4,000 orang rakyat Sulu hingga sekarang terus menjadi mimpi ngeri orang Sulu.


Mujurlah Sultan Kiram II kemudiannya mangkat pada 1936 tanpa meninggalkan zuriat kandungnya, jika tidak, mungkin sekarang hanya tinggal beberapa puluh orang sahaja orang Sulu di seluruh dunia gara-gara sebahgian besarnya menjadi mangsa pembunuhan oleh Sultan sendiri yang dahagakan darah.


Jamalul Kiram III yang mempunyai pertalian keturunan dari sebelah keluarga ayahnya dengan Sultan Kiram II mungkin berbangga dengan sejarah hitam itu, dan tidaklah menghairankan kenapa bila usahanya menjajah Sabah gagal, maka diusahakan pula campur tangan Amerika Syarikat dan PBB.

Bagi kebanyakan orang Sulu, Jamalul Kiram sama sekali tidak layak menjadi pemimpin mereka. Tidak sama sekali bagi orang Sulu. Keturunan pembunuh tidak mungkin akan diiktiraf memimpin orang Sulu.

Disebabkan peristiwa ngeri itulah sampai sekarang orang Sulu sukar untuk memberi kepercayaan kepada siapa sahaja yang mengaku sebagai Sultan Sulu dari susur galur keturunan keluarga Kiram. Kalau ada pun yang menyokongnya, hanya segelintir sahaja. Itu pun kebanyakan mereka dari jenis yang dahagakan darah dan ganas seperti pengikut Jamalul Kiram III.

Peristiwa berdarah di Bud Dahu dan Bud Bagsak, Jolo, Sulu akan kekal dalam ingatan orang Sulu, dan ia akan terus menghantui Jamalul Kiram III untuk sekian lama masanya. Mimpinya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu tidak mungkin menjadi kenyataan, sebaliknya akan terus menjadi ingauannya hingga ke liang lahad.

HOT INFO!! Ahli PKR Kata Wan Azizah Sudah Tidak Layak Sebagai Presiden PKR? #PartiKencingRakyat #TunFaisal

Posted: 06 Mar 2013 08:16 PM PST


Dah lama Mc tak ulas mengenai krisis dalaman PKR. Sebenarnya Mc tertarik untuk mengulas surat dari Setiausaha Politik, Zuraida Mak lampir, Mohd Fareez kepada Hadi Awang Presiden Pas. Surat tersebut Mc ambil dari portal Malaysia Today.

Dalam surat tersebut Mohd Fareez menyentuh mengenai kelakuan pelik Wan Azizan sewaktu beliau bekerja bersama Anwar. Wan Azizan dikatakan cemburu dengan Fareez apabila beliau sering bersama Anwar hingga ke luar negara. Waktu tersebut Fareez menjawat jawatan sebagai Pegawai Diplomasi Sulit (Antarabangsa) Anwar Ibrahim.

Mc kepilkan sekali surat itu bersama dibawah,




Sebenarnya Mc agak bersetuju dengan Fareez, tentang 'relevannya' Wan Azizah menjadi Presiden PKR, nak bertanding kerusi parlimen pun tak boleh, macam mana nak jadi ahli parlimen. Malah bagi pandangan mata Mc sendiri, Wan Azizan tak buat apa pun untuk PKR, sekadar jadi tukang angguk dan boneka di kerusi empuk bangunan PKR, baik tak payah, bagi la kat orang lain.

Bagi je jawatan tu kat Azmin atau Nurul Izzah. Kalau rasa nak teruskan legasi family, bagi saja pada Nurul Izzah, habis cerita. Wan Azizah, boleh duduk rumah jaga cucu, tak payah lagi nak bersusah payah berlakon politik dengan drama air mata.

Semua orang tahu, Wan Azizan masih kekal sebagai Presiden PKR pun, bukan sebab dia layak, tapi atas kapasiti Anwar sebagai Ketua Umum, kalau Anwar takdak, sudah tentu dah lama Wan Azizah disingkirkan oleh pesaingnya yang terdekat.

Mungkin ada sesetengah pembaca pelik, kenapa Mc tak komen Wan Azizah cemburu hubungan diantara Mohd Fareez dan Anwar Ibrahim. Nak komen buat apa, kita semua tahu Anwar tu biseksual, normal la tu. Kalau tak, masakan Wan Azizah nak cemburu teruk-teruk.

Cuma Mc pelik kenapa Mohd Fareez kirimkan surat tu pada Hadi Awang, apa Hadi boleh buat? Patutnya Mohd Fareez kirimkan surat tu pada Lim Kit Siang atau Guan Eng, sebab kasta Dap lagi tinggi pada Pas dalam Pakatan. Jadi, Dap boleh tegur PKR, kalau bagi pada Hadi, dia pun sama saja macam Wan Azizan, boneka angguk-angguk.

Jadi ternyata surat Mohd Fareez tu ada kebenarannya, PKR perlu memikirkan masa depan dengan mengantkan tempat Wan Azizah dengan seseorang yang lebih layak!


McTheory:
Bab skandal dan cemburu tu, kita cerita lain kali.. hehe

HOT INFO! Krisis Lahad Datu, Apakah Tentera Kita Berperang Dengan Gerilla Hantu? #Pray4Sabah

Posted: 06 Mar 2013 06:03 PM PST


Mc tertarik dengan pandangan dari sudut yang berlainan. Malah Mc agak setuju dengan pandangan penulis di Mynewshub ni. Mungkin askar gerilla penceroboh ni ada ilmu hitam atau ghaib untuk mempertahankan diri.

Penulis hendak beritahu awal-awal, tujuan rencana ini bukan untuk merendahkan pasukan keselamatan kita.

Namun, selepas lebih 24 jam Ops Daulat, nampaknya situasi di Lahad Datu masih jauh daripada selesai sebenarnya.

Bayangkan, setakat ini hanya 13 mayat (itu pun belum tepat sepenuhnya walaupun disebut oleh Menteri Pertahanan) yang ditemui.

Hari ini sahaja sudah 4 kali tembak-menembak antara pengganas dengan pasukan keselamatan dilaporkan.

Mopping Out atau pembersihan saki-baki pengganas sudah berlangsung lebih 24 jam dalam kawasan yang sepatutnya hanya seluas 4 kilometer pada asalnya.

Takkan tak habis lagi?

Dengar kata 2,000 komando tentera dan polis bergerak masuk ke kawasan pengeboman semalam untuk mopping out.

Kalau komando bergerak satu baris dan bergerak 200 meter setiap kali sebelum berhenti untuk tujuan mopping out, takkan tak lepas kawasan 4 kilometer lagi?

Kini, mopping out diperluaskan kepada 10 kilometer pula…persoalan seterusnta macam mana mereka boleh terlepas kepungan 4 kilometer sebelum ini?

Yang hendak penulis tekankan di sini….13 mayat yang ditemui hari ini bukan di lokasi pengeboman semalam. Ia adalah mayat-mayat penganas yang dibawa lari rakan mereka yang masih hidup.

Bukan sekadar bawa lari, sempat tanam lagi. Jangan siap sempat baca talkin apa semua sudah la.

Kalau 13 mayat dibawa lari, berapa ramai yang sebenarnya masih hidup?

Satu mayat bukannya ringan, kalau dua orang angkut satu mayat pun, paling kurang 36 orang masih hidup dalam kumpulan itu sahaja. Belum mengambil kira kumpulan yang lain.

Daripada hampir 180 pengganas yang masuk ke negara ini, baru dalam 30 lebih mayat sahaja yang ditemui (termasuk pertempuran awal) minggu lalu, selepas pengeboman begitu menyeluruh termasuk oleh jet pejuang dilakukan pagi semalam.

Persoalannya, di mana baki 100 lebih pengganas itu berada sekarang?

Masih hidup? Sudah berkecai? Sudah menyamar menjadi orang awam?

Jika mereka menyamar, hebatnya penyamaran mereka sehingga boleh lepas pasukan keselamatan kita. Dan begitu ramai boleh terselamat serangan semalam.

Sekali lagi, bukan bertujuan mengecilkan pasukan keselamatan kita.

Hakikatnya ialah kita sebenarnya berdepan dengan satu kumpulan pengganas yang berada dalam kelas mereka yang tersendiri.

Mereka adalah dari suku Tausug, suku yang paling garang antara suku-suku yang ada dalam masyarakat Moro. Tentera Filipina juga takut berhadapan dengan suku itu.

Berperang adalah gaya hidup bagi mereka. Mereka umpama hantu yang boleh bergerak di celah-celah medan perang.

Nur Misuari yang mengetuai MNLF sendiri pernah pergi bertemu dengan kumpulan berkenaan untuk meminta bantuan dan sokongan.

Sebelum operasi semalam, salah seorang pemimpin pengganas di Lahad Datu ada memberitahu mereka tidak takut kematian dan tidak takut perang kerana sudah berpuluh tahun berperang dalam hutan di negara mereka.

Dan sebahagian besar pasukan keselamatan kita mungkin baru kali pertama hendak menembak orang.

Pengalaman adalah sesuatu yang sangat besar beza jurangnya di sini.

Soviet Union pernah tewas di Afghanistan dan Amerika pernah tewas di Vietnam. Pengalaman dan semangat adalah sesuatu yang amat penting.

Peralatan ketenteraan sahaja belum tentu cukup.

Penulis tidak berniat mengangkat penceroboh tetapi kita harus sedar kita sedang berdepan siapa ketika ini.

Kalau kita rasa peralatan kita sudah cukup, masa akan menentukan segalanya.

Jika sehingga esok kita masih tidak melihat 100 lebih pengganas itu sama ada masih bernyawa atau tinggal jasad maka memang sah kita sedang berperang dengan hantu di Lahad Datu.


McTheory:
Apakah mereka itu hantu?

PANASS!! Azizan Razak Di BELOT Oleh Orang Kanannya Sendiri? #TukarKedah

Posted: 06 Mar 2013 04:37 PM PST


Apa dah jadi .. Azizan Razak dah kena cantas dengan orang kuat sendiri ???

Mc agak terkejut bila Pisau Kedah mendedahan bahawa orang kuat Azizan Razak sendiri yang berada di kawasan Sungai Limau dok cantas Azizan sekarang ni.. Kalau PRU 12 yang lalu orang kuat Azizan Razak inilah yang menjaga Kad Pengenalan Azizan Razak disebabkan bimbang ada yang akan sabotaj Azizan Razak sebelum penamaan calon.

Individu yang dimaksudkan tu adalah Mohd Salleh atau lebih di kenali dengan nama Pak Leh Janggut. Dulunya Pak Leh Janggut merupakan orang kanan Azizan Razak di kawasan tapi kini Pak Leh Janggut menjadi wakil kumpulan yang mahu mendesak Azizan Razak meletak jawatan segera sebagai Persuruhjaya PAS Negeri Kedah sebelum PRU 13 .

Kelmarin, dalam sidang media yang di adakan di Markas PAS Sungai Dedap, Sungai Limau. Pak Leh Janggut kata " Semenjak menjadi Menteri Besar Kedah, Azizan Razak semakin angkuh dan sombong ".

Bagi Pak Leh Janggut, Azizan Razak wajib meletakkan jawatannya dengan segera kerana bersikap melampau apabila di lihat cuba mengetepikan pandangan Dewan Ulama PAS Kedah.

Pak Leh juga tidak menafikan bahawa di sebabkan Azizan Razak, sokongan terhadap PAS Kedah turun dengan mendadak selagi Azizan Razak tidak melepaskan jawatannya dalam parti.

Maklumat dalaman PAS yang diterima, ini merupakan perancangan 2 orang EXCO Azizan Razak sendiri yang sememangnya tidak pernah sukakan Azizan Razak semenjak dari awal-awal lagi PAS mengambi alih Kedah dari BN.

Kebencian kedua-dua EXCO terbabit semakin kemuncak apabila maklumat dalaman Azizan Razak telah bocor oleh orang kepercayaan Azizan Sendiri bahawa kedua-dua orang EXCO terbabit tidak di pilih sebagai calon di PRU 13 nanti.

Sudah jelas sekarang.. PAS hanya lebih mementingkan jawatan saja bukannya perjuangan Islam. Patut la golongan Ulama semakin lama semakin menjauhkan diri dari PAS dan golongan artis yang sudah tidak laku dalam industri hiburan semakin lama semain dekat dengan PAS..

PAS dah tak layak di panggil Parti Islam SeMalaysia.. PAS kini lebih layak di panggil Parti Artis Expired SeMalaysia.


McTheory:
Parti Adat dan Sukan pun boleh.. hehe
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...