Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT INFO! Gambar Lanun Penganas dibunuh Penduduk Kampung Lahad Datu!! #Pray4Sabah #DemiNegara

Posted: 03 Mar 2013 06:16 AM PST

Gambar di bawah adalah mayat seorang penceroboh Filipina yang mati dibelasah oleh penduduk kampung Senallang Laut, Semporna.



Sebelum ini, 5 anggota polis telah terkorban di Semporna.Al-Fatihah.

Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.

Bernama melaporkan dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.
Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.

Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.

Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.

Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.

Cubaan Bernama untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal. - AGENDA DAILY

INFO TERKINI!! Pertempuran di 3 Lokasi Di Lahad Datu! #Pray4Sabah #Pray4LahadDatu

Posted: 03 Mar 2013 04:13 AM PST


Empat rakyat Malaysia didakwa telah tawan oleh kumpulan penceroboh bersenjata di Semporna, lapor stesen radio Filipina pada Ahad.

Terdahulu, pihak berkuasa Malaysia mengatakan mereka telah menawan tiga penceroboh Filipina itu diikuti dengan pertempuran di tiga lokasi di Sabah yang menyebabkan kematian lima anggota polis dan dua anggota kumpulan penceroboh.

Kumpulan bersenjata yang mendakwa mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III, berkata kepada pemberita di Bandar Taguig, lapor stesen radio Filipina 'dzBB Divine Caraecle'.

Jamalul dipetik sebagai berkata dia tidak mengarahkan serangan terhadap pihak berkuasa Malaysia dan menegaskan pengikutnya juga diarahkan untuk menghormati hak rakyat Malaysia yang ditawan itu.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sebelum ini dilaporkan berkata berlaku tiga insiden di tiga lokasi berlainan iaitu penahanan tiga anggota penceroboh yang cuba keluar dari kawasan kepungan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, lima anggota polis mati ditembak di Kampung Seri Jaya Simunul di Semporna dan laporan pencerobohan 10 lelaki di Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.

"Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu," katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini.

"Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya."

Ismail turut meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain.

Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.

Zulkifeli yang turut hadir dalam sidang media itu berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri itu. -Mstar

Kalau mengikut berita baru-baru tadi, ada rakyat Malaysia yang dijadikan tebusan. Namun tebusan melawan dan membunuh dua penceroboh yang didakwa sebagai pengikut Syaitan Sulu.

McTheory:
Doakan Anggota Keselamatan negara selamat! #Pray4Sabah & #Pray4LahadDatu

PANASS!! Penghinaan Terhadap Wira Negara, Naluri Ibu Jangan Di Cabar! #Pray4LahadDatu #LahadDatu

Posted: 02 Mar 2013 10:17 PM PST



Mc cukup tertarik dengan gaya cerita dari TheUnspinners, tentang krisis Lahad Datu dan penghinaan barua-barua negara terhadap anggota polis yang terkorban,

Kurang ajar pembangkang ... jika pagi ini punya posting SINI tak cukup melihat penghinaan ke atas wira yang terkorban dan tercedera, rupanya ianya tak habis di situ.

Macam-macam dikata, dihina dan diperkecilkan kematian anak muda ...





Selain itu, cybertrooper DAP dan PKR dari kalangan bangsa asal pendatang berkata, "... our troop, who died, "coward" who run away when they heard gun shot."

Tahukah binatang-binatang ini bahawa tentera kita ditipu. Menurut konvensyen perang, apabila ada pihak mengangkat bendera putih, ini bermakna mahu menyerah kalah.

Ini kami juga ingin membetulkan kesalahan maklumat yang berkemundang di sana sini. Komando dan askar kita TIDAK tidak menyerang. Mereka TIDAK di ambush dengan mortar.

SEBENARNYA, pihak tentera SULU mengangkat bendera putih untuk KONON-KONON MENYERAH DIRI. Ketika Komando VAT69 berpangkat Inspector mula mendekati, mereka melakukan pukul curi dengan menghantar serangan mortar.

Ini sebabnya keluar kenyataan menjadikan kita hilang sabar. Baca Outsyed The Box SINI.


Wanita pun hilang sabar dengan Tian Chua yang mula menghina perwira kita. Pergerakan Wanita UMNO seluruh negara akan membuat laporan polis terhadap Tian CHua.

Patutnya juga dibuat laporan polis terhadap Anwar yang sudah banyak laporan keluar luar negara mengatakan dia adalah dalang kepada pencerobohan untuk memalukan pihak berkuasa kita.

Adakah Lt General Bersara Dato Ghafir ada juga terlibat? Juga Hady Al Khattab? Turut sama bekas polis Dato Fauzi Shaari?

Belum pun habis Dato Jat membuat kenyataan, petang tadi Wanita UMNO Sabak Bernam sudah buat laporan polis diketuai oleh Ketua Wanita Bahagian, Cik Siti Aminah. Ketua Wanita Negeri Sembilan, Dr Yati Omar telah membuat laporan polis di Kuala Pilah.

Patutnya puak Pakatan ni kena sensitif naluri seorang ibu yang kehilangan anak, berkorban untuk negara dan kini dihina dan diperkecilkan pengorbanannya memang tidak boleh ditahan kemarahannya. Jangan sekali memperkecilkan kekuatan semangat seorang ibu!!!

McTheory:
Puak Pakatan Haram Jadah ni, mana ada perasaan. Buta tuli, buta hati.

HOT INFO! 'Syaitan' Sulu Sanggup Mati Dari Serah Diri!! #Pray4Sabah #Pray4LahadDatu

Posted: 02 Mar 2013 07:10 PM PST


Semalam kedua-dua pemimpin tertinggi Malaysia dan Filipina merayu dan memberi amaran agar menyerah diri susulan insiden kelmarin. Mereka berkubu sejak 9 Februari lalu.

Raja Muda Agbimuddin Kiram berkata, beliau dan 224 pengikutnya yang masih berkubu di Lahad Datu tidak akan meninggalkan Sabah meskipun pihak berkuasa Malaysia dan Kerajaan Filipina berulang kali menggesa mereka menyerah diri.

Dipetik portal Inquirer, Agbimuddin telah memaklumkan pendirian itu dalam mesej yang dihantar kepada abangnya, Sultan Jamalul Kiram III kira-kira jam 5 pagi semalam. "Selepas mengebumikan saudara kami sembilan orang dan seorang saudara perempuan kami, setiap 224 daripada kami telah memutuskan untuk mati di Lahad Datu dalam usaha mencapai impian dan aspirasi kami," kata beliau dalam mesejnya. Sumber dari UTARA NEWS

Nak angkat mata pun tak larat lagi nak berlagak bagus. Sial la puak merempat ni. Filipina dah tak iktiraf puak ni, lepas tu puak ni ganggu Malaysia pulak.


Untuk maklumat tambahan yang masih tertanya-tanya kepada Kerajaan Malaysia masih gunakan polis untuk selesaikan krisis dan bukannya tentera.

Persoalan Kenapa guna polis bukan tentera?

1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkataannya untuk polis ialah menahan bukan menawan – Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico.

Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya juga sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu – golongan yang tidak mempunyai sempadan).

secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga..
Harap sedikit sebanyak boleh memberikan pencerahan.

Terimakasih.

~Kota Kinabalu.

Sumber :- Pisau.Net


P/s: Sekarang bukan masa yang sesuai untuk berunding lagi. Sudah berapa orang anggota gugur, ini bermakna bangsa penceroboh tersebut mahu bertindak keras. Mereka ingat Malaysia senang beri kerakyataan pada orang agaknya, sebab tu mereka buat Sabah tu macam mak bapak dorang yang punya.

Tak guna lagi berbincang, buat satu operasi khas untuk tumbangkan pergerakan mereka. Jangan biar lama bangsa gerila ni, sebab makin lama, makin berakar mereka disana. Silap-silap, dah siap terowong untuk bersembunyi. Apa pun ini hanya pendapat peribadi dari McTheory.


McTheory:
Apa pun, doakan anggota keselamatan kita selamat berjuang..

TERHANGAT!! Anwar Bayar Portal Seks Bebas Untuk #Fitnah PM @NajibRazak?

Posted: 02 Mar 2013 06:15 PM PST


Rilek, jangan terkejut dengan tajuk kat atas tu, cuba baca sampai habis. Tajuk tu nak pancing, cai Pakatan baca blog ni, biar puak tu tahu portal yang mereka rujuk tu betul ke tak!

Dari semalam lagi blog-blog Pakatan sudah mula menyerang Perdana Menteri dan menuduh mengikut kenyataan dari satu 'media antarabangsa' yang belum tentu sahih infomasinya. Takpa, baca dulu artikel dari Keldaiandaily kat bawah tu,

Media antarabangsa mendedahkan perbuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengupah media Amerika Syarikat untuk memburuk-burukkan reputasi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Bayaran dibuat kepada beberapa wartawan konservatif Amerika yang bekerja di Huffington Post, San Francisco Examiner, Washington Times, Natinal Review dan Red State.

"Maklumat diperoleh Jabatan Keadilan yang difailkan bawah Akta Pendaftaran Agen Asing untuk menyerang tokoh pro-demokrasi itu. Kempen itu bermula Mei 2008 hingga April 2011 dan ia diketuai oleh Joshua Trevino.

"Trevino menerima bayaran USD389,724,70," tulisan portal BuzzFeed bertarikh semalam, dipetik .

Mengikut portal itu, antara 10 nama yang terlibat memburuk-burukkan nama Anwar ialah Ben Domenech; Pengarah Pusat Demokrasi Amerika, Rachel Ehrenfeld; Editor majalah Commentary, Seth Mandel; Penulis Red State, Brad Jackson dan beberapa nama lagi.

Ben Domenech, bekas blogger Washington Post menulis mengenai senario politik Malaysia.

"Tugas saya ialah menulis tentang pergaduhan politik di sana dan memberi pendapat saya sendiri," katanya dipetik portal berpangkalan di Manhattan, New York itu.

Naib Presiden Yayasan Dasar Awam Texas, Chuck Devore berkata, ia perkara biasa untuk diupah dan dibayar oleh sumber luar.

"Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi penulis bebas untuk dibayar dari pelbagai sumber, seperti yang dilakukan oleh Trevino," katanya lapor BuzzFeed.

Sam Mandel pula mengakui dibayar oleh Joshua dan tidak mengetahui wujudnya entiti lain di belakangnya.

"Saya penulis blog berkaitan isu Israel dan anti-semitisme. Kemudian Joshua hampiri saya dan memperkatakan tentang Anwar yang membuat komen anti-semitik dan bergabung dengan organisasi anti-Israel.

"Saya tidak mengetahui ia ada kaitan dengan kerajaan Malaysia dan saya hanya tahu, saya dibayar oleh Joshua," katanya dipetik ~ Keadilandaily

Mc memang tak boleh jawab benda ni betul ke tak. Tapi kalau ikut firasat Mc, media yang laporkan tentang pembayaran ni pun, bukanlah popular dan mempunyai kredibiliti yang baik. Malah portal Buzz Feed tu diantara portal yang menyokong seks bebas!!

Tak percaya? Tengoklah kat bawah ni,


Jadi tak hairanlah kalau portal Buzz ni menyokong Anwar. Malah Mc pun nak tanya juga kat portal LGBT tu, berapa pula Anwar bayar dia untuk kutuk Kerajaan Malaysia? heh..

Kenapa agaknya golongan songsang di Malaysia hatta dunia menyokong Anwar? Mc rasa anda semua tahu jawapannya! Anwar pun sama macam dorang juga!!


McTheory:
Ada ka patut, Anwar bayar portal LGBT Kutuk Kerajaan Malaysia? hahaha.. mereng sungguh!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...