Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT INFO! Berita Ni Boleh Buat Anwar Susah hati nak meliwat!
- HOT INFO! Penceroboh Lahad Datu Memakai Tangkal Kebal Dari Tembakan? #LahadDatu
- HOT INFO! Faizal Hussien dan Sofi Jikan Penyokong Pakatan Haram?
- HOT INFO! Penduduk Kampung Di Lahad Datu Hampir Di Penggal Kepala Oleh Penganas! #LahadDatu
- INFO TERKINI! #LahadDatu Gugurnya seorang lagi perwira negara!!
- PANASS!! Saham FGVH Makin Naik, Dr. Bangla Terus Menghilangkan Diri!
- TUDIAA AIHH!! Jambu Terbaru Anwar, Wan Azizan Gigit Jari Lagi!! #GoAnwarGoLiwat
- HOT INFO! Gengster Pas Kacau Ceramah UMNO!!
- TUDIAA!! Ketika Peneroka Felda Susah, ANAK Lari Mencanak-canak!! #FGVH
| HOT INFO! Berita Ni Boleh Buat Anwar Susah hati nak meliwat! Posted: 12 Mar 2013 08:17 PM PDT Petikan dari Mynewshub: "Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. "Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit. "Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer).," lapor laman itu lagi. M-16, M-14 – Rifle untuk penembak tepat, Light Machine Gun – LMG, General Purpose Machine Gun – GPMG, M203 – grenade launcher, AK47, Bom tangan (dipercayai dimiliki kumpulan berkenaan), Rocket Propelled Grenade – RPG (Anti kereta kebal) antara senjata yg dipercayai di gunakan oleh pegganas ini. 2. Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata. Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17hb Januari iaitu 24hari sebelum pendaratan penceroboh keatas Sabah pada 11 Februari 20113. 3. Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang dikawasan Tubbataha Reef. 4. Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti. Timbalan Pengerusi WWF-Filipina ,Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. 5. Berdasarkan risikan Filipina,kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut dikawasan terumbu tersebut,ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina 6. Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan dimedan perang. 7. Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang barang.Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun. 8. Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan keatas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar dibelakang Jamalul Kiram III. Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih didalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah. 9. Penglibatan Anwar,Tian Chua dan Sivarasa makin hari makin terdedah,penafian dan diversi isu digarap dan dilemparkan seluas mungkin. Matlamat Anwar hanya mahu mengkambing hitamkan pengganas Sulu semata mata mahu membuktikan bahawa negara tidak selamat dibawah pemerintahan BN. 10. Terkini wikileaks DISINI mendedahkan bahawa Nur Misuari telah merancang untuk menyerang Sabah seawal 2007,setelah mendapat bantahan daripada pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada ketika itu,Nur Misuari telah membatalkan hasrat beliau untuk menyerang Sabah. 11. Maklumat yang didedahkan oleh wikileaks juga menyatakan Anwar mempunyai hubungan yang rapat dengan Nur Misuari.Malah turut mendedahkan Anwar beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Nur Misuari. P/S: " Sabah mempunyai simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak 11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari. " |
| HOT INFO! Penceroboh Lahad Datu Memakai Tangkal Kebal Dari Tembakan? #LahadDatu Posted: 12 Mar 2013 05:35 PM PDT Tangkal bertulisan Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil yang dipakai serta dibawa sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya untuk menjadi kebal, ternyata tidak berkesan apabila 53 daripada mereka mati ditembak di dua lokasi berasingan di Lahad Datu dan Semporna sejak 1 Mac lalu. Tangkal terbabit ditemui ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh pasukan keselamatan. Buku kecil bertulisan Arab dipercayai al-Quran kecil yang diikat dengan tali dan dililit di pinggang. Malah tangkal itu difahamkan turut ditemui pada mayat seorang daripada pengganas yang ditembak pada 6 Mac lalu di Kampung Tanduo di sini, dan amat menyedihkan tangkal itu dipakai di celah kelangkang. Menurut sumber, pengganas terbabit menganggap pemakaian tangkal itu dapat melindungi mereka daripada ditembusi peluru tetapi tetap kecundang ditembak pasukan keselamatan dalam pertempuran. "Pengganas berkenaan percaya pemakaian tangkal berkenaan menjadikan mereka kebal dan dapat mengalahkan pasukan keselamatan. ~ Metro |
| HOT INFO! Faizal Hussien dan Sofi Jikan Penyokong Pakatan Haram? Posted: 12 Mar 2013 08:17 AM PDT Menjelang pilihan raya umum, nampaknya semakin ramai nama artis tanah air yang dikaitkan dengan parti-parti politik. Tidak kiralah sama ada artis-artis tersebut dengan secara rasmi memberitahu 'status' serta sokongan mereka terhadap parti yang dipilih mahupun kemunculan mereka secara kebetulan sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi. Terbaharu, dua pelakon berkaliber, Faizal Hussien dan Sofi Jikan dikhabarkan kononnya telah menunjukkan sokongan mereka terhadap Parti Pakatan Rakyat. Dakwaan tersebut timbul apabila gambar kelibat dua selebriti popular ini terpampang di dalam sebuah blog yang menyebut Faizal dan Sofi berada di majlis sambutan lima tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang yang berlangsung pada Sabtu lalu. Malah kehadiran mereka berdua telah menjadi perbualan ramai khususnya para penyokong Anwar Ibrahim. Bukan Kami Berdua Saja - Sofi Jikan Bertanyakan sejauh mana dakwaan tersebut, Sofi berkata, beliau mengakui memang berada di Pulau Pinang minggu lalu. Namun kehadirannya di majlis tersebut atas tiket menjayakan Jelajah Festival Filem ke-25 (FFM25) sekaligus meraikan para pemenang yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM). Menurut pelakon filem Rock Oo ini, beliau diundang oleh pihak FINAS dan FDAM. Penyertaannya bukan saja mahu meraikan kemenangan rakan-rakan artis lain tetapi juga sambil-sambil mempromosikan filem Rock Oo yang kini sedang rancak di tayangkan di pawagam-pawagam. "Saya pergi atas tiket rombongan jelajah FFM25, jadi saya ambil kesempatan untuk mempromosikan sekali filem Rock Oo. Kalau ikutkan memang saya tak ikut, sebab saya bukan pemenang. Tapi mereka ajak saya sebab lagipun saya berlakon dalam Bunohan dan filem itu menang, jadi saya ikut lah. Kami tak tahu menahu mengenai majlis parti berkenaan. Sealain saya dan Faizal ada ramai lagi artis lain seperti Normah Damanhuri, Aznah Hamid dan Hayati Tasrip. "Di sana saya bersama band saya, Malaikat Maut, membuat persembahan di hadapan penonton. Saya menyanyikan lagu Batu Dalam Sepatu yang juga dimuatkan dalam filem Rock Oo. Kami hanya buat persembahan. Kami tak tahu menahu tentang acara lain. Kami pun tak ada buat ucapan, kempen atau sebarang tindakan mahupun kenyataan diluar jangkaan. Sebab jelajah ini pun lebih kepada amal dan menghiburkan para peminat. "Habis saja persembahan kami terus balik ke Kuala Lumpur. Sebelum itu kami juga ada singgah di Mydin dan uptown untuk bertemu peminat. Difahamkan kami sebenarnya berkongsi pentas dengan pihak parti berkenaan. Sebaik saja habis persembahan kami, mereka terus tukar backdrop kepada backdrop sambutan majlis parti tersebut", jelas Sofi Jikan kepada MalaysianDigest.com dengan panjang lebar. Sofi yang dihubungi diminta mengulas mengenai dakwaan beliau kononnya menyokong PKR kerana kelibatnya terlihat di majlis sambutan khas parti itu. Tambah aktor yang sinonim dengan watak-watak antagonis ini, secara jujur beliau tidak berpihak terhadap mana-mana parti malah sentiasa terbuka seandai menerima undangan bagi menjayakan sesuatu persembahan daripada mana-mana pihak. "Siapa yang saya undi, itu rahsia saya. Tapi saya cuba seboleh-bolehya jadi neutral. Sebab tu saya berani juga buat persembahan di lokasi yang sama dengan sambutan majlis parti tersebut. "Sebelum ni pun saya pernah jayakan malam amal PAS, tahun lalu. Sewaktu tu saya diminta baca puisi, Menuggu Kata Dari Tuhan. Saya juga pernah jayakan majlis amal UMNO sewaktu bulan Ramadhan lalu. Saya anggap itu semua sebagai satu amal dan saya ikhlas. Tapi jangan pula kami dijadikan mangsa. Kami tak dapat keuntungan apa-apa pun. Terpulanglah pada penilaian orang", katanya yang bakal melancarkan klip video single Batu Dalam Kasut, tidak lama lagi. Faizal Sudah Jangka Sementara itu, Faizal yang turut dihubungi berkata beliau sudah dapat menjangka yang isu sebegini akan timbul. Pelakon Lelaki Terbaik FFM25 ini juga memberitahu dia hanya mengetahui mengenai majlis yang akan dianjurkan parti itu, sewaktu tiba di lokasi tersebut. "Saya pergi atas tikeT jelajah FFM25. Sepatutnya Finas nak buat jelajah ni pada 2hb Mac tapi tarikh itu tarikh berlangsungnya anugerah. Jadi mereka tunda kepada 8hb lalu. Pulau Pinang pun memang selalu jadi destinasi percutian saya dan keluarga. Jadi apabila diundang untuk turut serta, saya tak sia-siakan peluang ni. Di samoing saya nak berkongsi kemenangan saya dengan peminat-peminat di sana. "Kebetulan pula lokasi di Padang Kota Lama itu PKR turut adakan persiapan untuk majlis mereka. Saya difahamkan pihak FDAM dan Finas berbincang dan pihak PKR membenarkan kami untuk berkongsi pentas. Tapi dari dalam bas lagi, kami dah diingatkan agar tidak berfikir kedatangan kami ada kena mengena dengan politik. Kebetulan hari yang kami tiba tu, hari PKR. "Sepanjang di situ kami melayan para peminat dan masa tu pun backdropnya adalah backdrop jelajah FFM25 bukan backdrop majlis sambutan parti itu. Habis saja acara kami, barulah pihak parti itu membuat persiapan untuk majlis mereka pula", katanya. Faizal juga berkata, beliau seboleh-bolehnya akan mengelak daripada menghadiri majlis-majlis yang berbaur politik. "Kalau pun ada undangan majlis-majlis yang berbaur politik, saya akan elak. Lagipun saya sentiasa sibuk di set penggambaran. Tak ada masa nak hadir ke majlis-majlis sebegitu,", ujarnya sekaligus menyangkal dakwaan yang beliau adalah penyokong PKR seperti yang didakwa sesetengah pihak. |
| HOT INFO! Penduduk Kampung Di Lahad Datu Hampir Di Penggal Kepala Oleh Penganas! #LahadDatu Posted: 12 Mar 2013 05:37 AM PDT Operasi Daulat di Kampung Tanduo tamat kerana pihak keselamatan mendapati sudah tidak ada pengganas Sulu bersembunyi di situ. Kini pihak keselamatan membina kem sementara untuk memantau keadaan keselamatan di Kampung Tanduo. Pihak keselamatan kini menumpukan operasi membersih dan mencari pengganas Sulu di kawasan Tanjung Batu. Semuanya untuk memastikan penduduk di zon merah dan penampan selamat. Sementara itu seorang penduduk di Tanjung Batu menceritakan detik-detik cemas apabila beliau diculik oleh pengganas Sulu. Ternyata, penceroboh Sulu tu bertindak ganas. Ajmain Mahmod merupakan salah seorang penduduk yang diculik pengganas di Kampung Tanjung Batu menceritakan bagaimana dia nyaris dipenggal kepala dengan parang Bagong oleh pengganas Sulu yang begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sudah la menceroboh negara orang secara haram, bertindak ganas pula tu, memang patut anggota keselamatan kita 'hapuskan' semua penceroboh ni. Dasar tak sedar diri, datang buat 'onar' dinegara orang, mengaku negara sendiri. Pergi mampus la penganas! McTheory: Ternyata orang macam puak ni yang buat orang luar kata umat Islam tu penganas! |
| INFO TERKINI! #LahadDatu Gugurnya seorang lagi perwira negara!! Posted: 12 Mar 2013 02:21 AM PDT ![]() Al Fatihah..seorang lagi anggota keselamatan kita syahid semasa pertempuran di Pasasil..bersempadan dengan Tanduo. Seorang anggota tentera terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di sini pagi tadi. Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohamad Zin berkata, dalam kejadian pukul 10.45 pagi itu, pasukan keselamatan turut menembak mati tiga pengganas Sulu Anggota tentera yang terbunuh merupakan korban yang pertama bagi Angkatan Tentera Malaysia sejak operasi dijalankan untuk mengusir keluar pengganas² Sulu yang telah mendarat di Kampung Tanduo pada 12 Februari (2013) Menurut PAT, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, pasukan bersama tentera dan polis sedang melakukan operasi 'pembersihan' dan penggeledahan pada jam 7:45 pagi tadi. Anggota² keselamatan kemudiannya bertempur dengan pihak musuh sebelum pihak musuh berundur. Pihak keselamatan kemudiannya berjaya menjejak dan menemui semula pihak musuh sebelum satu lagi pertempuran bersenjata baru berlaku pada jam 10:45 pagi. Semasa berbalas tembakan, seorang anggota tentera terkorban manakala tiga anggota pengganas Suluk berjaya dibunuh oleh pihak keselamatan.' |
| PANASS!! Saham FGVH Makin Naik, Dr. Bangla Terus Menghilangkan Diri! Posted: 11 Mar 2013 11:16 PM PDT Mc sekarang ni sedang tertanya dan mencari dimana Dr. Rosli atau yang lebih dikenali sebagai Dr. Bangla menghilangkan diri. Dr. Rosli ni dulu masa saham FGV baru masuk list, dialah diantara 'pakar' saham yang muncul secara tiba-tiba. Kerjanya dulu hanyalah mengkritik dan menghentam saham FGV. Dr. Bangla ni dibawa khas dari Bangla oleh Mazlan Aliman untuk menipu rakyat Malaysia dengan ramalan saham yang mengelirukan. Malah berbekalkan latar belakangnya yang konon pernah kerja dengan Bank Negara Malaysia, Dr Rosli ni memang pandai berlagak seolah-olah dia memang terer la. Namun selepas saham FGV dijangka naik malah semakin stabil. Dr. Rosli ni sudah kurang muncul, bahkan baru-baru ini kelibat dia pun sudah tidak nampak bersama Mazlan. Apakah orang sudah tidak percaya kata-katanya lagi? Kalau mengikut penganalisis saham, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai (Proft Before Tax - PBT) dan selepas perubahan nilai saksama dalam liabiliti Perjanjian Pajakan Tanah (Land Lease Agreement - LLA) sebanyak RM1.126 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. Keuntungan ini telah dicapai hasil peningkatan besar 73% pendapatan yang diperolehi oleh syarikat perladangan sawit ketiga terbesar di dunia ini (berdasarkan keluasan hektar tanaman), disumbangkan terutamanya daripada peningkatan jualan minyak sawit mentah (MSM) sejak 1 Mac 2012. Pendapatan FGV pada tahun 2012 berjumlah RM12.89 bilion berbanding RM7.45 bilion pada tahun sebelumnya manakala keuntungan sebelum cukai pada 2011 adalah RM1.9 bilion. Walau bagaimanapun, pada tahun 2011, jumlah tersebut tidak termasuk liabiliti LLA yang hanya ditanggung pada tahun 2012 berikutan perubahan model perniagaan FGV. Tanpa mengambil kira tanggungan LLA, keuntungan FGV sebelum cukai pada 2012 adalah sebanyak RM1.34 bilion. Kiranya mengikut penganalisis. Jika tahun lepas pun FGV mampu meraih keuntungan yang besar, walaupun ekonomi tak stabil. Tahun ini dijangka, FGV akan mengaut keuntungan lebih dari 2012. Jika pasaran antarabangsa semakin stabil dan hasil minyak masak naik. FGV akan terus naik dan keuntungan akan terus meningkat. Bayangkan keuntungan para pemegang saham, mereka akan meraih keuntungan yang berlipat kali ganda. Sebab itulah Dr Rosli yang datang dari Bangla tu melarikan diri dari Malaysia. Sebab analisis yang dia buat semuanya palsu. Dia meramalkan saham FGV jatuh merudum dan terus jatuh. Malah saham FGV juga akan terus rugi. Tapi bila jadi disebaliknya, Dr Bangla tu, rasanya dah lari balik bangla kot. he he.. Nasihat Mc pada peneroka Felda, bersyukurlah atas keuntungan yang diberi Allah tu. Kalau rasa taknak saham FGV tu, sila hubungi Mc, Mc sanggup beli! Saham yang takkan rugi, sapa taknak wei! McTheory: Kerajaan takkan bunuh peneroka, selama ini pun Felda hidup dibawah jagaan Kerajaan kan? |
| TUDIAA AIHH!! Jambu Terbaru Anwar, Wan Azizan Gigit Jari Lagi!! #GoAnwarGoLiwat Posted: 11 Mar 2013 08:44 PM PDT Makk aii.. Anwar ni tak sudah-sudah disabitkan dengan pemuda jambu. Anwar suka sangat bersama dan bermesra dengan pemuda jambu. Warna kulit dia tak pilih, janji kulit licin, muka good looking dah boleh rasanya. Ini bukan fitnah, tapi kebenaran, tak percaya cuba baca surat dari Setiausaha sulit Mak Lampir Zuraida ni. Mc kepilkan sekali surat itu bersama dibawah, Cerita pasal Wan Azizah tak layak jadi Presiden PKR tu Mc dah pernah ulas kat SINI, kalau nak baca la. Apahal Wan Azizah nak jeles Anwar rapat dengan lelaki? Lain la kalau dia tahu, Anwar akan buat perkara yang bukan-bukan dengan lelaki yang dia rapat tu. hehe.. Cuba bayangkan Anwar lantik si Fareez ni sebagai Pegawai Diplomasi Sulit Antarabangsa, kalau tak salah Mc, waktu tu umur Fareez baru 19tahun. Apa kejadahnya budak umur 19 tahun dilantik jadi Pegawai Diplomasi 'sulit'? Antarabangsa pulak tu, bermakna Fareez kena ikut Anwar, ke mana saja dia pergi. he he.. Sulit betul kerja Fareez ni, Anwar memang suka buat kerja 'sulit' dengan pegawai dan coffee boynya. Sebab tu dia pilih lelaki yang kerja di pejabatnya, semua bermuka 'jambu' he he.. kalau tak 'sulit' takkanlah Wan Azizah nak cemburu. Anwar, ohh Anwar.. lubang 'halal' ada, namun kunyit juga yang kau pilih.. macam ni nak jadi PM? Sabor saja la. ha ha ha.. McTheory: Kesian kat Zizah 'sepat kering' tu.. makin kering la dia.. |
| HOT INFO! Gengster Pas Kacau Ceramah UMNO!! Posted: 11 Mar 2013 05:39 PM PDT Puak Pas ni tak sudah-sudah menganggu majlis orang. Jenis takdak adab dan suka bergaduh memang macam tu. Sikap biadab dan provokasi keterlaluan penyokong pembangkang pada ceramah Pas yang melontarkan telur ke arah penceramah Barisan Nasional (BN) di pentas berasingan kira-kira 20 meter dari situ, mencetuskan suasana tegang dalam kejadian di Felcra Ayer Hitam di sini malam ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, ketegangan itu bermula apabila lebih kurang 15 penyokong Pas bertindak membaling telur ke arah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungi Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad di pentas ceramah BN. Selain terkena lengan zainal, ia juga terkena badan Presiden Pertubuhan Gerakan Memartabat Perjuangan Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria yang turut sama berada di situ. Ekoran kebiadaban dan provokasi keterlaluan penyokong-penyokong Pas itu, para penyokong BN pula membalas dengan membaling botol mineral dan objek lain. Akibatnya, pihak polis terpaksa memanggil pasukan dari Unit Tindakan Ringan (LSF) untuk mententeramkan keadaan di lokasi tersebut. Kira-kira 30 minit kemudian, polis telah mengarahkan ceramah di kedua-dua pentas tersebut dihentikan dan semua penyokong diminta bersurai. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Hamzah Alias berkata: "Saya minta kedua-dua ceramah ini dihentikan serta-merta. Penyokong Pas diminta bersurai terlebih dahulu dan tinggalkan lokasi. Saya minta semua bersurai untuk elak kekecohan berterusan," tegasnya. Ceramah anjuran Pas di sini sepatutnya dihadiri oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua. Bagaimanapun kelibatnya tidak kelihatan sehingga ceramah itu diarah dihentikan. - UTUSAN P/s: Puak Syiah memang suka bergaduh.. |
| TUDIAA!! Ketika Peneroka Felda Susah, ANAK Lari Mencanak-canak!! #FGVH Posted: 09 Mar 2013 06:39 PM PST Akhirnya Felda Sahabat tempat persembunyian penganas yang menceroboh telah di'bersih'kan oleh anggota keselamatan negara kita. Kalau tidak sejak beberapa hari yang lepas, berita-berita mengenai insiden yang berlaku di Sabah sentiasa menjadi perhatian rakyat Malaysia dan rakyat Filipina. Namun ramai yang tidak tahu dimana tempat persembunyian puak penceroboh ini ketika datang ke Sabah. Sebenarnya, tanpa pengetahuan para peneroka Felda Sahabat, kawasan mereka telah diceroboh dari mula lagi. Membuatkan ramai daripada mereka berasa bimbang dan tidak selamat. Tetapi diatas inisiatif pihak keselamatan negara puak-puak penceroboh yang dikatakan mengancam peneroka Felda Sahabat akhirnya tumpas dan diusir satu persatu. Berkat semangat cintakan negara, pihak keselamatan berjaya dalam mempertahankan kawasan Sabah. Dan kebimbangan para peneroka Felda Sahabat seramai lebih 15,000 orang itu akhirnya terubat. Pihak FELDA sendiri telah menyediakan berbagai kemudahan seperti generator sekiranya bekalan elektrik terputus, punca air yang tidak ada masalah dan bekalan makanan yang mencukupi. Dalam masa yang sama, Mc tertunggu juga bantuan dari pihak ANAK pertubuhan haram Mazlan Aliman tu. Katanya dia tu pembela nombor satu Felda. Tapi bila Felda Sahabat diserang penganas, muka dia langsung tak nampak? Mana dia pergi? Bukan nak suruh dia pergi perang, tapi sekurang-kurangnya hantar la bantuan ubat, makanan atau keperluan lain. Ini tidak, terus lari sembunyikan diri. Macam ni kah contoh pemimpin yang dianggap hero Felda oleh Pakatan pembangkang? Hero haprak, rakyat susah bukan nak tolong, lari lagi ada la! McTheory: Waktu susah ni la baru kita kena, mana kawan, mana lawan.. |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.










No comments:
Post a Comment