Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Kecoh Di Sidang Media Azlan 'Bapak' Saiful Bila Wartawan Tanya Soalan Kontroversi! #UulangISaman

Posted: 11 Mar 2013 09:00 AM PDT



Kenal dengan mamat baju merah yang POYO gila tu? Tak kenal? Dialah si Tulang Besi, ada blog MalaysianWave ka apa tah. Tapi tak ramai, dulu dia dok tulis kat blog Perisik Rakyat dengan si Poji yang memakai gelaran Zorro Unmask. Lepas tu dia kena halau sebab ada buat taik kat Poji. he he..

Mamat ni juga pernah menipu derma orang ramai bila dia kata dia susah takdak duit masa dia pi Indon dulu. Lepas orang dah kutip derma bagi dia, baru tau rupanya dia tipu. ha ha ha.. senang sungguh puak Pakatan kena derma tipu.

Tapi lepas kena tipu tu, mangkuk ni tetap boleh cari makan kat Pakatan, cuma ubah parti la. Dulu tipu Pas, sekarang cari makan dengan PKR.

Orang macam dia ni memang sesuai la cari makan dengan PKR, sebab PKR memang tempat PENIPU pun! ha ha ha..

 Dalam video tu tau tak kenapa dia marah? Dia marah wartawan sebab tanya soalan, 'beranikah Azlan bersumpah laknat seperti mana Saiful?'

Kalau Azlan tu berkata benar, tentu dia berani, tapi kalau dia takut. Sendiri mau ingat la.. itu pun nak mengamuk ka?

Buat sidang media, panggil wartawan, tapi tak bagi tanya? baik buat sidang media sorang-sorang!! ha ha ha.. bengap!

McTheory:
Apa punya bengap la Rahman.. bodo sokmo mu nih.. kata Nik Aziz la..

HOT INFO! Anak Kiram Tuduh PM @NajibRazak 'Berkonspirasi' Dengan Presiden Filipina! #Pray4Sabah

Posted: 11 Mar 2013 06:32 AM PDT


Mc rasa jurucakap 'Sultan Sulu' Jamalul Kiram, Jacel Kiram (anak perempuan si Kiram) ni taktau nak pusing kot mana dah. Lepas tu mereka mendakwa "konspirasi sebenar" adalah di antara Najib dan Aquino.

Biasa la lubang dah nak pecah, dalang sebenar dah nak kantoi, mulalah nak tuduh orang sana-sini.

Media Filipina siasat dakwaan konspirasi

Pemimpin Filipina berkata satu siasatan akan dijalankan ke atas konspirasi di sebalik pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu ke Sabah untuk mengenalpasti punca keganasan yang berlaku.

Jurucakap timbalan presiden negara itu, Abigail Valte memberitahu stesen radio dzRB bahawa presiden Benigno Aquino III berhasrat untuk menjalankan siasatan itu selari dengan usaha untuk menyelesaikan krisis berkenaan secara aman.

Portal berita PhilStar juga memetik kenyataan Valte bahawa usaha berkenaan selari dengan tuntutan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ban Ki Moon agar untuk menghentikan
pertentangan dengan segera.

Laporan hari ini juga menyebut, pegawai istana presiden sebelum ini mempersoalkan keupayaan 'Kesultanan Sulu' untuk membiaya pencerobohan Sabah dan percaya pengikut berkenaan didorong dengan janji untuk mendapatkan habuan sebanyak $600 setiap seorang.

Ia menyebut, pihak berkuasa Filipina juga menyiasat kemungkinan bahawa ekspedisi bersenjata itu cuba memalukan kerajaan Malaysia dan Filipina dan menggunakannya dalam tuntutan kesultanan itu di Sabah.

Biro siasatan kebangsaan negara itu dilaporkan melancarakan siasatannya dua hari lalu dengan memanggil penasihat kesultanan itu Pastor 'Boy' Saycon untuk siasatan, sementara Aquino dijangka akan memaklumkan kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak berhubung pemimpin konspirasi berkenaan, seperti yang didakwa.

Bagaimanapun, jurucakap 'Sultan Sulu' Jamalul Kiram, Jacel Kiram menafikannya dan mendakwa "konspirasi sebenar" adalah di antara Najib dan Aquino.


Beliau sepertimana dilaporkan mendakwa, perkara ini adalah untuk membantu rundingan di antara kerajaan Filipina dan militan Moro Independent Liberation Front dan pada masa yang sama mengalihkan perhatian orang ramai daripada keganasan yang berlaku di Sabah.

"Teori konspirasi ini adalah satu penghinaan kepada rakyat Filipina dan kepada kesultanan Sulu, lebih-lebih lagi kepada Raja Muda (Azzimudie Kiram, yang mengetuai hampir 200 orang pencerobh di Sabah) dan rakyatnya," kata Jacel kepada media Filipina semalam.

Rasanya Jacel Kiram anak Sultan Sulu Celup ni dah taktau nak menipu macam mana lagi. Sebab tu dia pusing tuduh Najib dan Aquino pula yang berkonspirasi.

Kalau betul Najib dan Aquino nak berkonspirasi, atas motif apa. Apa kepentingannya? Sengaja nak musnahkan kepentingan negara? Sengaja nak bunuh polis? Gila apa perempuan ni. Hari tu dia tunjuk gambar palsu kononnya polis kita kejam, tapi bila disiasat, gambar yang dia tunjuk tu, gambar perang negara lain.

Lepas tu dia kata PM Najib penganas. Gila dah betina ni, dah la ceroboh negara orang, bunuh polis, kemudian disiat-siat polis tu, kemudian dia panggil kita penganas? Memang sah dia gila.

Pembaca agak-agak la nak percaya pada si Jacel Kiram ni, anak Sultan Sulu celup. Tengok pada Istana Sultan Sulu pun kita dah tahu, cakap dia tu boleh percaya ke tak..


Korang nak percaya dengan anak Sultan yang ber'istana'kan gambar diatas? hehe.. agak-agak la.. hehe..

McTheory:
Istana Setinggan! ha ha ha..

PANASS!! Banner Tolak MB Kedah Muncul di Sekitar Parlimen Jerai! #TukarKedah

Posted: 11 Mar 2013 05:35 AM PDT



Ternyata makin lama makin teruk masalah dalaman Pas Kedah ni. Hinggakan banner tolak Azizan naik dimerata tempat. Banner tolak Azizan naik bersama bendera Pas warna hitam. Kenapa warna hitam?





Mc pernah nampak bendera Pas warna hitam ni. Tapi Mc buat taktau saja, ingatkan takdak makna apa-apa. Rupanya bila dijelaskan oleh orang Pas sendiri, barulah Mc tahu. Bendera Pas warna hitam ni rupanya, warna 'pemberontak'.

Maknanya, puak Pas yang menentang Azizan, puak ni akan naikan bendera Pas warna hitam. Warna berkabung la katakan. Malah sudah berapa 'markas peti undi Pas' telah ditutup disebabkan protes terhadap Azizan.

Huyooo.. makin parah nampaknya konflik Pas di Kedah ni. Adehh..

Tak best la macam ni, kalau Pas dah pecah belah sebelum bertanding PRU, maknanya UMNO akan menang dengan mudah. Cehh.. tak fight langsung la!

McTheory:
Cerita pasal pepecahan ni, akan diulas detail kelak..

TUDIAA!! Lagi Konspirasi Pemusnah KUIN Di Dedahkan? #TukarKedah

Posted: 11 Mar 2013 02:16 AM PDT


Kes Kolej Universiti Insaniah (KUIN) makin lama makin parah. Buka kampus baru di Kuala Ketil, tapi takdak asrama dan masjid. Buat pertama kalinya dengar Kolej Universiti berteraskan Islam bukak kampus tapi takdak masjid. he he.. apa punya lawak la cerita ni.

Kali ni ada seorang lagi sabitkan dengan konspirasi di peringkat pentadbiran KUIN. Siapa dia? Nak tau baca kat SINI

McTheory:
Sejak Pas pegang, makin lama makin parah KUIN

HOT INFO! Menarik, Email Orang Sulu yang patut Kita Baca! #Pray4Sabah

Posted: 10 Mar 2013 11:17 PM PDT




Ini email dari orang Sulu sendiri, mendedahkan siapa sebenarnya Raja Muda Azzimudie. Untuk mencari jawapan dan tambahkan pengetahuan, Mc harap pembaca boleh baca sendiri.


RAJA MUDA AZZIMUDIE

KESULTANAN SULU KIRAM sebenarnya sudah lama tidak wujud sejak kematiannya Sultan Muhamad Jamalul Kiram ke-2 terakhir pada tahun 1936 kerana selepas itu tiada zuriat.

Yang ada sekarang ialah keturunan-keturunan dan kerabat-kerabatnya yang mendiami beberapa wilayah seperti di kepulauan Jolo, Mindanao, Palawan dan sebagainya. Mereka masih mengaku diri mereka sebagai keturunan Sultan Kiram dan keturunan-keturunannya yang lain.

Keturunan Kiram ini ada di mana-mana, seperti di Washington, Jakarta dan di seluruh Sabah terutama di Lahad Datu dan Kota Kinabalu. Di Sembulan keturunan Sultan Kiram ini masih ramai.

Mereka ini sentiasa berperang dengan Kerajaan Filipina kerana mereka menuntut Wilayah pemerintahan sendiri. Mereka tidak hendak berada di bawah pemerintahan Kerajaan Filipina. Pada masa yang sama mereka juga masih menuntut sebahagian wilayah Sabah yang mereka sebut sebagai North Borneo sehingga ke hari ini.

Namun demikian, ketika North Borneo dijajah oleh British dan Jepun, apakah mereka berusaha berperang dengan British dan Jepun? Jika Sabah milik mereka, mereka langsung tidak ada inisiatif merampas negeri Sabah selepas Perang Dunia Kedua. Sejarah moden Sabah sehingga ke hari ini ialah Sabah sebuah negeri yang merdeka di dalam Malaysia.

RAHSIA RAJA MUDA AZZIMUDIE


Selepas serangan pihak tentera dan polis ke atas ketumbukan pengganas di Kg. Tandou, belum ada pengumuman rasmi jumlah yang terkorban di pihak pengganas. Namun, media Filipina mendapat maklumat lebih kurang 27 angka korban. Angka ini sudah pasti diperolehi dari kumpulan Raja Muda Azzimudie di Kg. Tandou.

Di mana lagi bakinya yang dikatakan mencecah 250 orang itu?

Pasukan Keselamatan negara kita mesti memahami budaya dan kehidupan masyarakat Sulu ini. Selepas ketiadaan Sultan yang sah dan ketiadaan negara yang sah, mereka hidup di dalam suasana perjuangan. Perjuangan mencari wilayah, kekuasaan dan martabat.

Mereka berperang dengan kerajaan Filipina yang tidak mengiktiraf mereka. Dan mereka juga berusaha mendapatkan negeri Sabah yang mereka dakwa sebagai milik mereka.

250 ORANG PENGAWAL ELIT

Raja Muda Azzimudie dikawal oleh hampir 250 orang yang sanggup mati untuk mempertahankannya.

Mereka terlatih dengan perang Gerila, khususnya ketika menentang penjajah Sepanyol, Amerika dan kerajaan Filipina sejak turun temurun.

Mereka boleh menyelam dalam laut selama 30minit hingga 60minit tanpa bantuan alat pernafasan. Mereka boleh hidup dalam hutan, hutan bakau, bukit-bukau atau di laut tanpa bekalan makanan. Tanpa beras mereka boleh hidup dengan hanya memakan putu dan sigup.

Mereka di atas laut dengan bot pancung, yang boleh dinaiki hanya 8 hingga 10 orang. Kelajuannya tidak akan termampu dikejar. Sekelip mata mereka sudah berada di dalam hutan di Tanjung Labian, Tandou dan sekitarnya. Jaraknya pun hanya kira-kira 40km dari kepulauan Jolo, Tawi-Tawi dan sekitarnya.

Mereka belajar Ilmu Kebal dan memakai Tangkal. Mereka boleh hilang sekelip mata. Mereka ada yang tidak lut oleh senjata. Nur Misuari sendiri dikawal beratus-ratus pengikutnya.

Mereka boleh membuat kubu di bawah tanah, dalam dan sederhana dalam, bersiap sedia di dalamnya dan berbulan-bulan. Mereka boleh berjalan kaki dari Kg Tandou mengikut jalan hutan ke Gua Madai dan bersembunyi di dalamnya. Atau mereka menaiki bot, bersampan, berjalan di atas bakau hingga sampai ke Kunak.

PERSOALANNYA

1. Perancangan mereka sangat teliti, membawa lebih kurang 250 orang bukan satu kerja yang mudah?

2. Raja Muda Azzimudie sentiasa bercakap menggunakan telefon radio dengan Sultan Jamalul Kiram III di Tausug City? Maknanya, sistem perhubungan dan logistik mereka sudah diatur lebih awal?

3. Senjata mereka menggunakan senjata moden, bukan parang atau pun senapang patah! Siapa memberi wang kepada mereka untuk membeli semua ini?

4. Mereka membawa wanita, makanan, wang yang banyak. Khabarnya mereka mampu membeli rokok dengan harga RM50.00 sekotak?

5. Gerakan mereka bersepadu, hampir serentak pergerakan mereka di Lahad DAtu, Kunak dan Semporna.

6. Anwar Ibrahim masih tidak mahu mengaku penglibatannya dalam insiden di Lahad Datu. Walaupun Raja Muda Azzimudie mahu bertemu dengan Tokoh Pembangkang Malaysia! Siapa lagi? Perisikan Manila juga mengesahkan penglibatan Anwar Ibrahim! Apakah bantuan yang Anwar Ibrahim telah berikan kepada mereka? Wang Ringgit? Harapan? Janji? Kerjasama? Win-Win Situation?

LESSONS


1. Pasukan Keselamatan khususnya 7 Batalion yang dihantar baru-baru ini tidak seharusnya dikembalikan ke Semenanjung. Batalion ini mesti menetap dan berada di sepanjang pantai Sabah.

2. Di Tungku, Lahad Datu salah satu tempat batter-trade orang-orang Sulu Filipina dengan penduduk tempatan hendaklah dikawal dengan mewujudkan sebuah pos kekal.

3. Program Pemutihan mesti dijalankan semula, kerana sudah lama program ini tidak dijalankan di Sabah.

4. Kami berterima kasih dan gembira dengan operasi Tentera Malaysia dengan harapan semua ini segera ditamatkan. Kami mahu keamanan, ketenangan dan kegembiraan dan semua ini ada di Malaysia, kami tidak mahu berada di naungan negara lain atau apa yang disebut kesultanan sulu yang ramai sangat itu.

Sekian, Assalamualaikum.

Orang Suluk tempatan.
Lahad Datu.

Sumber : MyMassa

PANASS!! Rumah Sarang Penceroboh Di Musnahkan! #Pray4Sabah

Posted: 10 Mar 2013 08:21 PM PDT



Sembilan rumah yang disyaki menjadi sarang kumpulan pengganas dalam insiden serangan hendap di Kampung Simunul pada 2 Mac lepas, mungkin diroboh, kata Ketua Kampung Ramlee Saraman. 


Ramlee berkata beliau difahamkan ada pemilik rumah yang mungkin terperdaya dengan kumpulan itu sehingga 'menjualkannya' tanpa menyedari ia mungkin dijadikan sarang operasi pengganas. 

bot pancung pengganas yang dimusnahkan 


Beliau berkata tindakan meroboh premis itu akan dilaksana pihak berkuasa seperti majlis daerah selepas pihak keselamatan mengesahkan ia dijadikan sarang pengganas. 


"Kalau benar, rumah-rumah ini akan dirobohkan. Bagi saya, ia dapat mengembalikan kepercayaan penduduk di sini bahawa perkampungan mereka selamat," katanya ketika meninjau kampung itu bersama wartawan Bernama hari ini. 


Beliau berkata sejak pembukaan Kampung Simunul pada 9 Mac 1939, kejadian 2 Mac lepas, yang menyaksikan enam anggota pasukan keselamatan terkorban dalam insiden serangan hendap itu, adalah yang pertama berlaku di kampung itu. 


Ramlee, 56, yang menggalas tugas Ketua Kampung sejak 2006, memberitahu kira-kira 1,000 penduduk meninggalkan perkampungan itu berikutan insiden tersebut. 


Beliau berkata antara modus operandi anggota kumpulan pengganas 'menyusup' ke perkampungan air itu ialah menetap di situ dan bergaul dengan segelintir penduduk. 


"Saya ada mendapat berita, ada penduduk kampung memanggil seorang daripada mereka (enam pengganas yang terbunuh) sebagai Imam, tetapi saya hendak tegaskan dia bukan imam yang sah dilantik," katanya. — Bernama

HOT INFO! Istana Sultan Sulu Kiram Telah Di Dedahkan!! #Pray4Sabah

Posted: 10 Mar 2013 05:37 PM PDT


Orang kata kalau ada Sultan tentu ada Istananya. Tapi kalau Istananya serupa gambar diatas. Itu bukan Istana, itu dah setaraf setinggan. Bagaimana orang sebegini boleh beli senjata canggih untuk berperang di Malaysia?

 Dengan bukti gambar diatas, Mc yakin ada pihak yang menaja Sultan Sulu palsu untuk menggunakan 'tentera MNLF' yang diketuai oleh Nur Misuari untuk menyerang Sabah. Siapa agaknya yang menaja mereka ni?

Jawapan ada kat video dibawah,



SUARAM yang taja? SUARAM kan penyokong Anwar yang digerakkan memang untuk menghuru-harakan negara? Mc memohon supaya Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat siapa dalang disebalik serangan penceroboh ni!

Ini perkara serius bukan main-main. Jika ada pengkhianat diantara kita, ia perlu ditangkap dan dihukum!

McTheory:
SUARAM anjing Anwar Ibrahim.. agaknya siapa lagi yang suruh, kalau bukan tuannya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...