Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


P.BALASUBRAMANIAN MENINGGAL DUNIA.

Posted: 15 Mar 2013 01:07 AM PDT



Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia hari ini selepas menderita serangan jantung di Rawang petang ini.

Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.

Beliau mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm.

Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.

"Beliau sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu," kata peguam dan anggota parlimen Subang R Sivarasa kepada Malaysiakini ketika dalam perjalanan ke hospital.

Bulan lalu, Balasubramaniam mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat di Kota Bharu.

Selepas membuat pemeriksaan perubatan apabila pulang ke Kuala Lumpur, beliau dimasukkan ke wad selama 10 hari di Pusat Perubatan Sime Darby.

RCI - TUN M DESAK SIASAT DALANG SERANGAN PENGGANAS DI SABAH.

Posted: 15 Mar 2013 12:21 AM PDT




Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat sebagai kerajaan yang terbuka ada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mencari dalang di sebalik insiden pencerobohan di Sabah.

Beliau berkata, penubuhan RCI itu mampu menjawab persoalan yang timbul di kalangan rakyat Malaysia.

"Saya juga tertanya-tanya dan ingin tahu siapa yang terlibat dan bagaimana mereka mendapat sumber kewangan.

"Kerajaan sekarang sangat terbuka, jika rakyat ingin tahu, maka kita boleh tubuhkan suruhanjaya itu," katanya  selepas menyampaikan cek sumbangan RM80,000 Perdana Global Peace Foundation (PGPF) kepada Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diwakili Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu, kerajaan tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan itu.

Katanya,  siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar pencerobohan di Lahad Datu termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara.

Menurut Dr Mahathir, ramai pihak mempersoalkan bagaimana Jamalul Kiram III mampu membiayai pergerakkan kumpulan penceroboh yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu itu.

"Saya tidak rasa dia (Jamalul Kiram) orang kaya, kerajaan Filipina turut mengesahkan yang mereka dari kumpulan yang miskin.

"Operasi yang dilakukan itu memerlukan sumber kewangan yang besar, jadi bagaimana mereka memperolehinya, semua orang ingin tahu," katanya.

Dr Mahathir sekali lagi menegaskan yang Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia dan telah diiktiraf diperingkat antarabangsa.

"Sabah tetap milik Malaysia, ada rakyat Sabah berketurunan Sulu dan ramai juga pemimpin negara serta masyarakat yang berketurunan Sulu, tetapi mereka setia," katanya.

INFO WIKILEAKS - SIASAT ANWAR RANCANG PENGGANAS SULU.

Posted: 14 Mar 2013 06:31 AM PDT

 
 
 Ternyata, hubungan Anwar dengan Misuari adalah lebih dari sekadar hubungan 'diplomatik', kerana Anwar telah digambarkan sebagai 'kawan lama' oleh Misuari. Malah, pendedahan ini juga membuktikan bahawa Anwar dan Misuari telah pun mula berhubungan semula sejak 2007 lagi.

Nampaknya Anwar mempunyai ramai kawan dan sahabat di kalangan 'orang-orang' yang kontroversi, termasuk musuh-musuh negara dan musuh-musuh Islam.  Sebelum ini, pembunuh Umat Islam, iaitu Wolfowitz juga pernah merujuk kepada Anwar sebagai 'sahabat baik'.   Begitu juga Al-Gore yang tidak segan silu membela Anwar secara terbuka di pentas Malaysia sendiri, demi persahabatan yang ikhlas.

Berikut adalah petikan pendedahan laman web Wikileaks yang didapati dari kabel Kedutaan Amerika (http://wikileaks.org/static/html/faq.html) http://wikileaks.org/cable/2007/05/07MANILA1534.html
Dreaming of Sabah...?

    MG Dolorfino commented that Malaysia is not only concerned about Misuari's intentions toward Sabah, where Misuari apparently still has hundreds of followers, but also about his recent contacts with Malaysian opposition figure Anwar Ibrahim, described as an "old friend" of Misuari's. Over the past several months, Malaysian officials have held at least three meetings with Misuari and/or Misuari's wives, according to Jainal and Dolorfino.  During an April 10 meeting, a special envoy from Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi told Misuari not to meddle in Malaysia's domestic politics, Dolorfino said.  According to Jainal, Misuari promised Badawi's representative that he had no intention of getting involved in Malaysia's internal affairs.

Rakyat Malaysia tidak boleh mengambil mudah apabila seorang yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia mempunyai sahabat dari kalangan musuh-musuh negara.  Selain itu, secara logiknya, tiada umat Islam yang waras yang sanggup menerima sahabat kepada pembunuh saudara-saudara seagama dengan kita, sebagai Ketua Negara ini.

Hubungan baik dan pertemuan kedua-dua pihak yang gemar 'mengganggu' pentadbiran kerajaan di negara masing-masing ini tidak boleh dianggap sebagai biasa.

Apatah lagi dengan kedua-duanya terbukti mempunyai kecenderungan dan keupayaan untuk mencetuskan huru-hara.

Kita sedia maklum bahawa bukan sekali Anwar bercakap mengenai 'Arab Spring' dan bukan sekali Anwar cuba mencetuskan keganasan melalui demonstrasi jalanan. Semua ini dibuatnya berkali-kali dengan harapan untuk menaikkan semangat penyokong-penyokongnya agar bangkit dan membuat huru-hara sehingga kerajaan terpelanting keluar dari Putrajaya.

Seperti juga pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Anwar turut beberapa kali mengundang campurtangan asing dalam pilihanraya, malah dalam kes mahkamahnya.Tindakan ini jelas menunjukkan kebergantungan Anwar kepada pihak asing sekali gus memberi gambaran jelas tentang jenis pemerintahannya sekiranya beliau mendapat mandat untuk memerintah; iaitu, negara pasti akan hilang kedaulatannya.

Berdasarkan pendedahan Wikileaks serta laporan-laporan risikan Manila yang disebarkan dan juga sikap dan tindakan Anwar sendiri sebelum dan selepas insiden Lahad Datu, kita tidak Namun, apa yang dihairankan lagi kerana Anwar telah membuktikan yang beliau tidak kisah menggadaikan masa depan penyokongnya, mahupun keselamatan mereka dalam siri-siri demonstrasi yang didalanginya sebelum ini.

Justeru, kenapa kita harus hairan jika Anwar sanggup menggadaikan nyawa penyokongnya dalam insiden Sulu?  Bukankah Arab Spring yang diidamkan Anwar itu juga mempunyai objektif yang sama iaitu pertumpahan darah di kalangan penyokong kerajaan dan penyokongnya?

Maka, sudah sampai masanya bagi penyokong-penyokong Anwar untuk memikirkan, apakah jenis pemimpin yang sanggup menggadaikan nyawa penyokong sendiri? - Jeringdaily
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...