GAMBAR : Perisik Filipina Dedah Dalang Di Lahad Datu




Pihak Perisik Filipina melalui Inquirer News telah mendedahkan dalang sebenar disebalik peristiwa berdarah di Lahad Datu Sabah. Menurut laporan tersebut, terdapat tiga kumpulan yang menjadi dalang pencerobohan di kawasan itu antaranya ialah Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Laporan tersebut juga menyebut, seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di Sabah yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh serta menawarkan jaminan sokongan dari Pakatan Rakyat di Sabah.

Ini sekaligus membuktikan desas desus serta khabar angin tentang penglibatan pihak pembangkang di Malaysia didalam pencerobohan di Lahad Datu bagi menggugat keselamatan negara.

Setakat ini, dua anggota keselamatan negara dilaporkan terkorban didalam pertempuran dengan penceroboh di tempat kejadian. Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando telah terkorban setelah mengalami kecederaan parah akibat tembakan mortar musuh.

Kekacauan beginilah yang dikehendaki oleh pihak pembangkang didalam negara bagi menunjukkan bahawa Malaysia tidak selamat dan stabil dibawah pemerintahan BN.

Ini semua merupakan agenda terancang Pakatan Rakyat yang terdesak untuk merampas kuasa dari kepimpinan kerajaan.
 

SMS TERAKHIR ALLAHYARHAM INSP ZULKIFLI MAMAT !!!

SMS Terakhir Dari Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat
 
Senarai Korban Dan Cedere
 
1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)

3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (cedera di punggung/peha – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum’aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki – kini ditempatkan di Hospital Sandakan)

Selaku Editor mewakili seluruh warga kerja feldavoice.com mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa korban dan cedera dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu. 

Al-Fatihah buat wira negara yang terkorban. - feldavoice

I4TT juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada mangsa dan ahli keluarga wira-wira negara yang hebat mempertahankan negara dari ancaman ketenteraman dan musuh durjana.

Semoga Allah sentiasa merahmati mereka ini.

Al-Fatihah...

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...