CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[TERKINI] Seorang remaja mati terkena tembakan pasukan keselamatan

Posted: 10 Mar 2013 04:29 AM PDT

LAHAD DATU -  Seorang remaja lelaki maut dan seorang lelaki cedera di kaki setelah terkena tembakan pasukan keselamatan dalam operasi memburu penceroboh di Kampung Sungai Bilis dekat sini hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kejadian pada 9.45 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang melakukan pemeriksaan ke atas lima individu yang berada dalam Zon Merah berhampiran Kampung Tanjung Batu.

"Ketika pasukan keselamatan sedang bergerak menjejak pengganas di kawasan sasaran di Kampung Sungai Bilis, muncul dua lelaki dan tiga wanita dewasa dari kawasan belukar berhampiran.

"Mereka segera ditangkap dan ketika sedang diperiksa kedengaran bunyi pergerakan dari kawasan belukar berdekatan di mana pasukan keselamatan secara spontan telah melepaskan tembakan ke arah belukar itu," katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas Op Daulat Felda Sahabat 16 di sini.

Beliau berkata, pemeriksaan segera yang dilakukan mendapati remaja lelaki itu yang dipercayai berusia antara 12 dan 15 tahun, terbunuh manakala seorang lelaki 30-an, cedera di kaki.

Ismail berkata, susulan itu, pasukan perubatan dikerah ke tempat kejadian untuk memberi bantuan kepada mangsa sebelum dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.

Katanya, kesemua mereka, termasuk yang cedera dan terbunuh, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri manakala tiga wanita dan dua lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, Ismail mengesahkan enam individu ditahan di Semporna hari ini mengikut Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) kerana disyaki mempunyai kaitan dengan militan penceroboh.

Beliau berkata, dua daripadanya ditahan di Kampung Perigi Simunul pada 6.30 pagi dan selebihnya di Batu 1.5 Jalan Tawau-Semporna kira-kira dua jam selepas itu.

Ismail berkata, sehingga kini seramai 96 orang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh, manakala 66 orang lagi ditahan kerana memasuki zon larangan dalam kawasan Op Daulat

Pegawai TUDM Hina Arwah Polis Teruk Dibelasah!!?

Posted: 09 Mar 2013 12:19 PM PST


Woot woot~ Salam readers, sekita petang tadi WA tengok banyak Facebookers share printscreen dari FB page sorang mangkok taik yang juga seorang penjawat awam dalam TUDM. Printscreen pedas tu der. Banyak pihak tak berpuas hati dengannya.

Tak kurang ada jugak yang mendedahkan butiran peribadi beliau. Dari alamat umah, no telepon hinggakan ke no plet kereta beliau. Bagi mereka ini, mangkuk tahik kurang ajar seperti ini perlu diberikan pengajaran yang setimpal atas penghinaan beliau kepada arwah polis yang terkorban dalam insiden Lahad Datu.

 Manusia ini cuba melaga-lagakan diantara PDRM dan ATM. Kononnya 'manusia' ini terlibat merancang misi penghantaraan askar dan aset ketenteraan ke Lahad Datu. 'manusia' ini mengakui 8 wira Lahad Datu pergi berkelah dan bukannya berperang. Lebih memilukan 'manusia' ini berkata, "wira Lahad Datu ini tiada skill berperang"..


WA dengar-dengar dia ni agen PKR, dapat masuk TUDM pun sebab pakai kabel saja. WA tak tuduh haa~ Anyway kalau korang baca printscreen dia memang panas der.. lihat gambar di bawah :


Pergghh~ Gila babi si lahanat anak haram ni kutuk polis-polis yang dah meninggal tu, siap kata penghargaan yang diberikan adalah sia-sia. Tulisan kecik sangat? Klik la gambar tu nak besarkan.. adehhhh~

Tapi Allah tu maha kaya.... baru saja WA disajikan dengan gambar kereta Honda Biru dia yang shining berkilat-kilat....


 Tiba-tiba WA dapat satu lagi gambar masuk ke email WA di mana kereta dia yang berkilat-kilat tadi dah ditimpa satu kemalangan yang agak teruk :


 WAAAkakakakakakakakakakakakakakakaka~ Ini real ni der!! WA ada tertanya-tanya jugak adakah kejadian ni superimpose, kejadian sebenar atau beliau dikatok? Jawapan yang WA terima rupa-rupanya beliau terlibat kemalangan di Perak tadi. Perghhh~ CASH Allah bayar kat duniaaa tuuuu....

Orang macam nilah yang memburukkan nama penjawat awam yang lain, mangkok jamban sialan ni patut dipecat sahaja. Dek kerana nila yang setitik inilah habis semua pegawai TUDM terpalit nama. Si mangkok jamban ni menulis kononnya tenteralah lebih hebat. WA rasa tentera pun malu dengan statement mangkok sekor ni.

Hidup dalam Malaysia, bekerja sebagai penjawat awam yang menjaga keselamatan negara, bekerjasama dengan anggota keselamatan yang lain, tapi masih ada yang perangai macam budak tak cukup umor dalam mengatakan aku ni lebih terer dari kau. Ini semua POYO der~ aku ludah sikit muka lu laa~ TUIHHHH~

Waris Amp : WA rasa kalau dia mati dalam eksiden tu pun takkan diberikan penghargaan.. dia pun taknak...mati katak katanya..

Sumber: PaperWaris 

Lahad Datu: Jurucakap presiden Filipina Sahkan Penceroboh DIBAYAR $600, Manila Mula Siasat Penasihat Kiram,

Posted: 09 Mar 2013 05:10 AM PST

MANILA: Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) pada Jumaat memulakan penyiasatan ke atas keganasan Sabah, dan memanggil penasihat Sultan Sulu 'Boy Saycon' untuk disoalsiasat Selasa hadapan.

Media di Filipina melaporkan sapina akan dikeluarkan dalam usaha NBI mencari bukti dakwaan konspirasi berlaku dalam konflik bersenjata antara pasukan keselamatan Malaysia dan "tentera diraja" Sulu di Sabah, yang terletak di timur Malaysia itu.

Memetik kenyataan jurucakap Sultan, Abraham Idjirani, 'The Philippine Star' berkata ini adalah permulaan tindakan oleh pihak kerajaan ke atas pengikut Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, dan akan didakwa kerana mencetuskan pemberontakan di Sabah.

Akhbar itu melaporkan bahawa sapina yang ditandatangani timbalan pengarah Jabatan Risikan, Reynaldo Esmeralda, dihantar jam 4 petang Jumaatke pejabat Saycon di Makati oleh ajen NBI.

Saycon, setiausaha agung Majlis Perhubungan Filipina (COPA), telah dikaitkan dalam plot menghancurkan kestabilan pentadbiran lalu, menurut laporan yang dipetik daripada laman sesawang ABS-CBN News.

"Saya syak kerana perkembangan terbaru dan kemasukan ke Sabah," kata Saycon kepada The Philippine Star, walaupun beliau masih belum menerima sapina tersebut.

"Sudah dijangkakan bahawa penyokong sultan akan didakwa. Mereka sekarang sedang menyediakan lebih banyak sapina, kerana ugutan terhadap kerajaan sudah mula berleluasa dalam masa dua minggu ini."

Penganalisis strategi politik juga dilaporkan berkata Sultan Sulu sudah membentuk sepasukan peguamnya bagi membantu penyokongnya yang mungkin disiasat atau dihadapkan ke mahkamah kerana keganasan di Sabah, yang didakwa pihak berkuasa Malaysia pada Khamis meragut 52 warga Filipina dan lapan rakyat Malaysia.

"Saya fikir kerajaan ada konspirasi tanpa sebarang sebab, dan mahu menuduh orang ramai dan bukannya menyelesaikan krisis yang sedang meruncing di Sabah," dakwa Saycon menurut akhbar berbahasa Inggeris itu.

Menurut laporan sebelumnya, Saycon mengaku menjadi penasihat keluarga Kiram dalam hal ehwal luar, ekonomi dan budaya selama sedekad tetapi menafikan memberi nasihat untuk tentera diraja Sulu mengambil alih Sabah.

The Philippine Star melaporkan pengarah NBI Nonnatus Rojas tidak dapat dihubungi untuk memberi komen ke atas tujuan sapina terbabit, tetapi mengatakan baru-baru ini beliau mengatakan beliau sedang menyiasat "siapa yang terlibat di belakang insiden Sabah."

Akhbar tersebut itu melaporkan bahawa kerajaan Filipina berkata semalam orang-orang Kiram di Sabah hanya menyertai tentera Sulu selepas disogok wang.

"Kita sudah melihat laporan di media, sesetengah dari mereka (tentera diraja), dibayar $600, dan dijanjikan untuk dibayar $600. Mereka juga dijanjikan tanah, dan kedudukan dalam kesultanan, ini tidak boleh dinafikan lagi," kata jurucakap presiden Edwin Lacierda.

Adik Jamalul, Agbimuddin Kiram, yang mendakwa dirinya sebagai 'putera raja' Kesultanan Sulu, sedang mengetuai 200 pemberontak bersenjata di Sabah, dimana mereka sudah berada di situ sejak 9 Februari.

Puak bersenjata itu berhadapan dengan pasukan keselamatan Malaysia pada Jumaat dua minggu lalu, selepas perbincangan secara aman gagal, dan pertempuran minggu lalu menyaksikan penceroboh Sulu ramai yang terbunuh, dan juga lapan orang anggota polis Malaysia.

Malaysia melancarkan serangan besar-besaran sejak Selasa lalu, termasuk serangan udara yang menyaksikan bom dan dan artileri menghujani Kampung Tanduo, tempat penceroboh itu berlindung.
Setakat ini, jumlah kematian penceroboh Sulu mencecah 53 orang menurut laporan pihak berkuasa Malaysia, dengan 32 orang terbunuh dalam pertempuran berikutan serangan udara Selasa lalu.

POLIS AKAN PANGGIL BAPA SAIFUL BUKHARI BERI KETERANGAN

Posted: 09 Mar 2013 03:51 AM PST

Azlan Mohd Lazim, bapa Mohd Saiful Bukhari
Kuala Lumpur, 9 Mac - Polis akan memanggil Azlan Mohd Lazim, iaitu bapa Mohd Saiful Bukhari, dalam masa terdekat untuk mengambil keterangan berhubung kenyataannya semalam, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata langkah itu diambil bagi mengenal pasti sebab dan tujuan Azlan membuat keterangan sedemikian.

"Dalam kes itu, Azlan tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah, dan kalau adapun, keterangan yang dia bagi kepada pihak polis adalah keterangan yang tidak jelas. 

"Jadi, keterangan itu tidak bernilai dan tidak boleh diguna pakai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Bersatu Memerangi Jenayah' di Kuchai Lama/ hari ini.

Semalam, bapa Saiful Bukhari tampil memberi keterangan bahawa kes liwat yang melibatkan anaknya dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu
'konspirasi politik jahat' untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) itu.

Akhbar semalam melaporkan Saiful berpegang teguh pada sumpah laknatnya sebelum ini bahawa beliau pernah diliwat Anwar, sekali gus menolak dakwaan Azlan kononnya pertuduhan terhadap Anwar itu adalah satu fitnah.

Mohd Saiful Bukhari berkata beliau percaya isu itu sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian masyarakat daripada isu 'pengkhianat negara' berikutan kes pencerobohan pengganas Sulu di Sabah ketika ini
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...