BADUT RAKYAT |
- INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAD DATU !!! RAKYAT SEMENANJUNG DAN SARAWAK BERSATU PERTAHANKAN SABAH !!!
- KANTOI !!! INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAD DATU !!! KISAH SEBENAR ANWAR IBRAHIM SAMAN MEDIA UNTUK TUTUP PERANAN SEBAGAI DALANG TERSEBAR !!!
- BONGKAR !!! MAJLIS PEGUAM DI TAKLUKI OLEH PUAK PKR ??? WAJIB BACA !!!
- BONGKAR !!! 5 TAHUN PR MEMERINTAH SELANGOR !!! MANA RUMAH KOS RENDAH UNTUK RAKYAT ???
- HOT NEWS !!! LATHEEFA KOYAK MEROYAN DAN PERLEKEH POLIS !!! APA CERITA NI ???
| INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAD DATU !!! RAKYAT SEMENANJUNG DAN SARAWAK BERSATU PERTAHANKAN SABAH !!! Posted: 10 Mar 2013 08:30 AM PDT Insiden Keganasan Lahad Datu mencatatkan sejarah hitam dalam negara yang aman damai dan sejahtera ini.Sejak Mei 1969,Malaysia tidak pernah lagi diancam keganasan sebegitu rupa.Walaupun Peristiwa Memali pada November 1985 dan Sauk pada Julai 2000,turut menyaksikan pertumpahan darah, kedua-duanya 'berskala kecil' kerana kawasan yang terancam adalah terhad serta yang terlibat adalah rakyat senegara yang tidak pernah terlibat dalam keganasan serius sebelumnya.Pun begitu,pihak pasukan keselamatan negara tidak pernah mengambil enteng ancaman mereka.Oleh kerana sudah terlalu asyik dibuai keamanan,maka rakyat Malaysia,terutama generasi baru tidak tahu lagi untuk menghargainya.Jiwa dan jati diri yang lemah menjadikan memperlihatkan bagaimana sebahagian daripada generasi ini menjadi manusia yang tidak sensitif dan warga yang tidak patriotik.Bagi mereka,keganasan,penderitaan adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku ke atas mereka - di bumi Malaysia.Dalam fikiran mereka,semua itu adalah 'kisah-kisah' di dalam Berita Dunia tentang Iraq,Bosnia,Palestin,Syria atau negara-negara Afrika yang mana 'terlalu jauh' dari Malaysia,dari mereka.Di tambah dengan hasutan pembangkang yang tidak bertanggungjawab,yang berjuang dengan cara memusnahkan negara sendiri dari segi ekonomi dan juga sosial iaitu jatidiri warganya,maka generasi baru kita semakin jauh melayang sehingga sukar untuk berpijak di bumi nyata lagi. Justeru,kita lihat bagaimana laman-laman sosial anak-anak muda kita,lelaki dan juga wanita,yang memperlekehkan pengorbanan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.Antara kekeliruan sama ada itu sebuah sandiwara atau tidak,anak muda ini memilih untuk bersikap tidak peduli sambil mentertawakan mereka yang terkorban.Tidak kira apapun alasan mereka,yang pastinya, mereka sudah tidak punya semangat cintakan negara walau sekelumit pun lagi.Alhamdulillah,bukan semua anak muda kita begitu,hanya segelintir sahaja yang kurang matang yang termampu dihasut oleh pembangkang dan insiden Lahad Datu telah mengurangkan lagi jumlah mereka yang kurang matang itu. Insiden ini membuka mata lebih ramai lagi rakyat Malaysia bahawa keamanan bukan sesuatu yang dinikmati secara automatik.Pada bila-bila masa,nikmat keamanan boleh ditarik balik sekiranya kita tidak berhati-hati dan tidak bersyukur.Bagi rakyat Malaysia yang sudah terlalu asyik dibuai keselesaan dan keamanan, pastinya sukar untuk membayangkan keganasan yang dilakukan oleh puak Sulu.Namun,sudah sampai masanya kita memahami bahawa bukan semua yang dianggap 'serumpun' itu seperti kita.Mereka yang dilahir dan dibesarkan dalam suasana gasar,tidak berpeluang mendapat pendidikan sempurna dan terbiasa melihat keganasan,tidak akan berfikiran seperti kita.Kemampuan kita untuk berfikir panjang dan memahami akibat perbuatan yang salah adalah kerana kita dilimpahkan nikmat pendidikan dan keamanan yang tidak mampu dinikmati oleh mereka yang bukan warganegara ini. Oleh itu,insiden Lahad Datu bukan sahaja satu pengajaran dan peringatan,tetapi ia telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu bersatu tanpa syarat.Biarpun Sabah dan Sarawak sering dianggap terasing dan gemar mengasingkan diri dari Semenanjung,tetapi itu tidak bermakna kita tidak menyayangi sesama sendiri. Buktinya, anggota-anggota keselamatan dari Semenanjung bergadai nyawa mempertahankan Sabah, begitu juga anggota dari Sarawak.Akibatnya,6 anggota dari Semenanjung,1 dari Sabah dan 1 dari Sarawak telah pun terkorban,dengan beberapa orang dari mereka telah terlebih dahulu disiksa dengan kejam oleh pengganas. 1. Sarjan Sabarudin Daud, 46, dari Kem Ulu Kinta, Perak 2. Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29,dari Kem Ulu Kinta,Perak 3. Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman 4. Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am,Tawau 5. Sarjan Abdul Azis Sakirun, 48, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau 6. Koperal Salam Togiran, 42, dari Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau. 7. Asisten Supritendan Michael Padel, 36, Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna 8. Sarjan Baharin Hamid, 49, dari Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Sabah. Perasaan sayu dan tidak sampai hati mendengar bagaimana pengganas-pengganas menyembelih,memotong tangan dan mencungkil mata anggota keselamatan kita kini bertukar menjadi marah yang amat sangat.Sedar tidak sedar,kesayuan dan kemarahan itulah yang membentuk semangat patriotik serta keinsafan di dalam diri masing-masing, termasuk yang selama ini musykil dengan tindakan kerajaan.Rakyat Malaysia kini bangkit menyatakan cinta mereka pada negara dan hormat mereka kepada pasukan keselamatan dan pertahanan kita.Kita semua sepakat bahawa Sabah adalah milik kita,milik Malaysia.Kita tidak akan membiarkan saudara-saudara kita di Sabah diperintah oleh masyarakat pengganas yang tidak bertamadun.Kita tidak akan biarkan saudara-saudara Islam kita di sana terpesong dengan ajaran Islam yang bercampur baur dengan ilmu hitam yang diamalkan oleh kepimpinan pengganas Sulu. Kerana kita pasti,setiap rakyat Sabah cukup maklum bahawa negeri itu tidak mungkin semakmur hari ini, dan hidup mereka tidak mungkin sejahtera seperti hari ini,jika tidak berada di bawah Malaysia.Hari ini,pengganas Sulu cuba merampas semua nikmat ini dari mereka, untuk apa ??? Sekadar untuk membuat huru-hara atas jumlah bayaran tertentu oleh pihak tertentu.untung nasib,menjadi Raja,biarpun tidak mampu memerintah.Justeru,jangan kita sesalkan wira-wira kita yang pergi.Mereka bukannya pergi sia-sia,tetapi pergi dengan memberi pengajaran agar kita tidak kufur dengan nikmat kemakmuran,mereka pergi sebagai peringatan bahawa keamanan itu bukan 'hak semulajadi' rakyat Malaysia,mereka pergi dengan menyemai semangat sayangkan negara,mereka pergi dengan seruan agar kita semua bersatu.Merekalah wira dan pengorbanan mereka wajib dibalas dengan terus memastikan bahawa Sabah kekal menjadi milik kita. RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 10 Mar 2013 05:00 AM PDT Lantaran tembelang Ketua Umum PKR sebagai dalang sebenar insiden pencerobohan kumpulan bersenjata puak Sulu di Lahad Datu didedahkan oleh akhbar Utusan Malaysia dan stesen televisyen TV3,Anwar Ibrahim terus menyaman kedua-dua media tersebut tanpa berlengah dan bertangguh.Sebabnya sudah nyata kerana Anwar kini dalam ketakutan apabila peranan beliau sebagai individu yang mengapi-apikan semangat kumpulan pengganas Sulu untuk menyerang Sabah telah diketahui umum.Pembabitan Anwar dengan kumpulan pemisah Sulu sudah terjalin bukan empat bulan dahulu ketika pertemuan sulit beliau dan Pengerusi MNLF,Nur Misuari dilaporkan media tetapi telah diketahui ramai.Rakyat Sabah khususnya sudah tentu masih ingat bagaimana Dr Jeffrey Kitingan,adik kepada Joseph Pairin Kitingan,Presiden PBS,telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada awal tahun 1990AN kerana penglibatannya dengan kumpulan pemisah MNLF dan juga Sulu.Pada ketika itu Anwar juga terlibat sama dalam merancang pemberontakan kumpulan pemisah itu tetapi beliau bernasib baik tidak ditangkap bersama Dr Jeffrey kerana berada di dalam kerajaan.Jadi Anwar,MNLF dan kumpulan kesultanan Sulu bukanlah ikatan yang baru terjalin tetapi telah terbentuk berdekad lamanya. Kerana itulah apabila sahaja Utusan Malaysia dan TV3 melaporkan kemungkinan Anwar adalah dalang,beliau cepat-cepat mengekang pendedahan lebih lanjut dengan mengambil tindakan undang-undang.Apa yang dilakukan oleh Anwar dalam isu pencerobohan yang telah mengorbankan lapan anggota keselamatan bukan perkara baru tetapi merupakan kemuncak kepada strategi beliau untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.Jika demonstrasi dan rusuhan jalanan tidak berjaya meruntuhkan kekuatan kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri,Datuk Seri Najib,kini Ketua Pembangkang menggunakan pendekatan militer atau ketenteraan pula.Ini adalah senjata terakhir Anwar sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 diumumkan iaitu dengan menggunakan isu kedaulatan dan keselamatan negara.Jika diimbas kembali kepada tahun 2008 selepas PRU ke 12,antara tindakan paling awal Anwar untuk menumbangkan kerajaan ialah mengenai penyebaran propaganda 916 kononnya lebih 30 ahli parlimen BN akan melompat ke pangkuan pembangkang untuk membolehkan kerajaan pusat baru ditubuhkan.Apabila komplot ini tidak berjaya,Anwar menggunakan pula platform badan bukan kerajaan seperti Bersih untuk menganjurkan demonstrasi jalanan untuk mencemarkan imej kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya. Setelah tiga kali perhimpunan Bersih menemui kegagalan untuk mencapai objektif utama untuk menjatuhkan kerajaan,pembangkang mengekspolitasi pula isu keselamatan negara.Anwar bertindak dengan mempengaruhi beberapa bekas pegawai tinggi tentera untuk menyertai PKR dan Pas serta menimbulkan pelbagai isu yang bersangkutan keselamatan negara.Tujuan utamannya ialah untuk mencerminkan bahawa pasukan tentera dan keselamatan negara yang lain juga turut korup seperti pemimpin kerajaan.Anwar mahu melemahkan benteng pertahanan negara supaya mudah agenda pro Yahudi dan Zionis dilaksanakan apabila kekuatan tentera dan polis di neutralisasikan.Disamping itu pembangkang juga berperanan menyebarkan sebanyak mungkin fitnah dan tohmahan terhadap pemimpin tinggi negera.Bukan itu sahaja,malah institudi penting seperti SPR,kehakiman,pendidikan,perbankan dan kepolisian turut menjadi mangsa fitnah PR.Pemimpin pembangkang lain seperti Tian Chua juga digerakkan supaya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menggugatkan keyakinan rakyat terhadap pasukan tentera dan polis. Komen seperti 'mati katak' bagi merujuk kepada lapan anggota polis yang terbunuh dan lain-lain komen melalui twitter dan sebagainya disebarkan luaskan supaya satu keadaan tidak tenteram dan gelisah dikalangan rakyat akan wujud.Inilah keadaan yang sangat-sangat diharapkan oleh pembangkang supaya akan tertekan dari pelbagai sudut lantas menjadi lemah disebabkan itu.Pembangkang akan cuba mengambil peluang daripada keadaan huru hara dan kacau bilau untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.Walaupun Anwar menyaman seribu akhbar dan stesen televisyen sekali pun,ini tidak akan menutup pengkhianatan yang telah beliau lakukan terhadap negara sendiri.Beliau telah mengadakan temuramah dengan portal berita Philippine Dail Inquirer yang merupakan antara media paling awal yang membayangkan Anwar terlibat secara langsung dalam konspirasi pencerobohan ke atas negeri Sabah.Ini bertujuan untuk membersihkan namanya daripada dikaitkan dengan puak pengganas Sulu.Betapa seriusnya Anwar untuk membenarkan dirinya ditemuramah oleh media asing yang membuat dakwaan terhadapnya tetapi pada masa yang sama memangsakan media tempatan,hanya menjurus kepada satu kesimpulan,Anwar sememangnya dalang dan tangan ghaib dalan isu pencerobohan di Lahad Datu. RENUNG-RENUNGKAN |
| BONGKAR !!! MAJLIS PEGUAM DI TAKLUKI OLEH PUAK PKR ??? WAJIB BACA !!! Posted: 10 Mar 2013 12:30 AM PST PADA 10 Mac tahun lepas,Majlis Peguam telah menetapkan syarat setiap ahlinya perlu memperolehi sekurang-kurangnya 16 mata Pendidikan Lanjutan Profesional (CPD) dalam tempoh 24 bulan sebelum dikeluarkan Sijil Amalan Guaman.Bagaimanapun,agak mengejutkan apabila Majlis Peguam Pulau Pinang yang mengadakan mesyuarat agung tahunan pada 27 Februari lalu menolak resolusi tersebut.Bagi Ahli Jawatankuasa Badan Induk Majlis Peguam Pulau Pinang,Ranjit Singh Dhillon yang menghadiri mesyuarat berkenaan,penolakan tersebut disebabkan badan itu kini dilihat telah lari daripada perjuangannya untuk menegakkan kedaulatan undang-undang sehingga menjadi alat oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda peribadi sendiri. Kepada wartawan,ZABRY MOHAMAD MADZLAN dan jurugambar,ISMAIL KAMADIN di Pulau Pinang,Ranjit yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyiasatan Tata Tertib Majlis Peguam menceritakan serba sedikit apa yang sedang berlaku dalam badan berkenaan. UTUSAN : Apa perkara penting yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Peguam Pulau Pinang? RANJIT : Mesyuarat sebulat suara menolak resolusi Majlis Peguam mengenai kewajiban setiap ahlinya memperolehi 16 mata CPD yang diputuskan dalam mesyuarat agung tahunannya pada 10 Mac 2012.Pulau Pinang,negeri pertama yang secara terbuka dan berani membantah perkara itu. Kenapa resolusi itu ditolak? Seseorang ahli sewajarnya dibenarkan membuat pilihan secara sukarela dan bukan diwajibkan atau dipaksa. Bagaimana markah CPD diperolehi? Secara am,kursus dan seminar akan dianjurkan oleh Majlis Peguam di Kuala Lumpur di mana setiap ahli harus membayar yuran tertentu.Mata CPD akan diberikan mengikut tajuk kursus.Contohnya Prosiding Pemerolehan Tanah dengan yuran sebanyak RM1,050 akan mendapat enam CPD,Pemahaman Peraturan-peraturan Mahkamah 2012 : Perubahan dan Kesan dengan bayaran RM590 juga mendapat enam CPD. Pada pandangan anda,setakat ini adakah kursus-kursus CPD ini meningkatkan mutu atau taraf profesion guaman di negara ini? Tidak dinafikan,sesetengah kursus amat memanfaatkan ahli namun terdapat juga kursus bersifat politik keterlaluan yang lari jauh daripada tujuan asal program CPD. Apa yang anda maksudkan dengan kursus bersifat politik itu? Terdapat kursus-kursus dianjurkan secara terbuka dilihat bersifat propembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang seolah-olah mahu mencuci minda ahli-ahli menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.Misalnya bengkel Bagaimana Membuat Persediaan Petisyen Pilihan Raya : Garis Panduan dan Proses pada 26 Februari lalu di pejabat Majlis Peguam, Kuala Lumpur.Bayaran kursus hanya RM25 seorang.Kandungan bengkel itu mendedahkan peserta dengan kepakaran undang-undang untuk berdepan proses pilihan raya termasuk menyediakan petisyen pilihan raya.Salah seorang penceramahnya ialah Timbalan Setiausaha Agung PKR,Steven Choong. Satu lagi kursus iaitu Bengkel Mengenai Pilihan Raya disediakan secara percuma. Selain Steven Choong,penceramah yang dijemput ialah Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih),Datuk S. Ambiga; Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Andrew Khoo Chin Hock dan Maria Chin Abdullah serta Pengasas Tindak Malaysia, PY Wong.Apakah tugas Majlis Peguam sekarang mahu mendidik ahli-ahlinya untuk menyediakan calon-calon bagi PRU-13? Pada pandangan anda,bolehkah dikatakan Majlis Peguam mempunyai hubungan erat dengan pembangkang khususnya PKR? Sudah semestinya.Ambiga selaku bekas Presiden Majlis Peguam secara terbuka mendewakan Penasihat PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'tokong'. Beliau memburuk-burukkan nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa penganjuran Bersih 3.0 dan tidak menyebut langsung siapakah dalang yang mempengaruhi peserta perhimpunan haram itu menceroboh rintangan polis menuju masuk ke Dataran Merdeka.Presiden Majlis Peguam,Lim Chee Wee pula sanggup menghantar 78 sukarelawan terdiri daripada ahli majlis itu sendiri untuk membantu Anwar mengeksploitasikan keadaan tegang seolah-olah sudah mengetahui sesuatu provokasi akan dilakukan oleh sesetengah pihak pada perhimpunan berkenaan. Begitu juga Himpunan Shamsidar di Stadium Merdeka baru-baru ini.Majlis Peguam menghantar pemerhati walhal Mahkamah Tinggi telah memerintahkan agar isteri Timbalan Presiden PKR iaitu orang kuat Anwar, Azmin Ali, Shamsidar Taharin wajib hadir sebagai saksi dalam perbicaraan kes saman fitnah Anwar ke atas Ahli Dewan Negara,Datuk S. Nallakaruppan.Kedudukan dalam Majlis Peguam juga digunakan sebagai payung untuk mengelirukan agenda sebenar individu tertentu di dalamnya seperti Ambiga dan Chee Wee.Yang paling menakutkan,kedua-duanya berupaya mempengaruhi minda beribu-ribu peguam muda dan generasi muda di negara ini.Kalau mempengaruhi ke jalan betul tidak mengapa, tetapi dibimbangi dipesongkan hingga boleh menyebabkan salah guna jawatan awam untuk kepentingan peribadi atau sekutu, iaitu salah satu definisi rasuah kerana rasuah bukan hanya wang ringgit. Apa rumusan anda mengenai hubungan Anwar dengan Majlis Peguam? Sangat erat.Tidak diragui lagi malahan Majlis Peguam dilihat seperti memberi pengiktirafan undang-undang kepada segala tindak-tanduk Anwar. Sebagai badan profesional, tidak sepatutnya Majlis Peguam diperalatkan oleh orang politik. Kewajipan Majlis Peguam adalah menjaga kedaulatan negara dan ketenteraman awam. Huraikan kedaulatan negara dan ketenteraman awam yang dimaksudkan itu? Contoh terbaru, pegawai dan anggota polis terkorban di Lahad Datu,Sabah dalam kejadian pencerobohan pengganas.Ucapan takziah pun tidak diberikan oleh Majlis Peguam apatah lagi menyambut jenazah yang pulang atau memberi penghormatan di upacara pengebumian.Namun,Bersih 3.0 mereka boleh pula hantar 78 orang pemerhati tetapi di Sabah seorang ahli Majlis Peguam pun tiada.Saya cadangkan mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam yang dijadual berlangsung pada 16 Mac ini ditangguhkan sebagai menghormati wira-wira negara yang gugur.Majlis makan malam dan tari-menari tahunan Majlis Peguam juga harus dibatalkan.Ini masa berkabung untuk semua warganegara.Sumbangan juga boleh disalurkan ke dalam Tabung Rayuan Hari Pahlawan. Apa contoh lain Majlis Peguam seperti berhaluan pembangkang? Pelantikan 20 ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang sehingga kini tiada komen langsung daripada Majlis Peguam seolah-oleh mereka lari ke bawah selimut mendiamkan diri.Tiada kursus dianjurkan oleh Majlis Peguam mengenai peranan Pendaftar Pertubuhan (ROS) atau undang-undang persatuan serta akibat jika melanggar peraturan.Mungkin ramai yang mahu tahu sama ada DAP boleh dibubarkan oleh ROS.Selain itu,kehadiran senator tanpa parti dari Australia,Nick Xenophon yang dijemput oleh Anwar bukannya kerajaan Malaysia.Xenophon dijadualkan berjumpa Chee Wee.Chee Wee pula mengecam kerajaan kerana tidak membenarkan Xenophon masuk sedangkan Xenophon bukan delegasi kerajaan.Adakah Xenophon ke sini untuk Bersih 4.0? Bersih 4.0 dilihat satu rancangan atau provokasi rakyat supaya Shamsidar dihalang daripada memberi keterangan di mahkamah.Xenophon memang diketahui salah seorang peserta Bersih 3.0.Dalam penyediaan laporan Panel Siasatan Bebas yang dipengerusikan bekas Ketua Polis Negara,Tun Hanif Omar mengenai perhimpunan haram Bersih 3.0 pun Chee Wee tidak hadir.Chee Wee adalah orang yang sepatutnya memberi keadilan dan memegang prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.Jika tiada apa-apa untuk disembunyi,Chee Wee patut tampil beri keterangan.Segala keterangan direkodkan dan jangan bimbang dimanipulasi. Apa yang diperlu dilakukan ke atas Majlis Peguam supaya ia kembali kepada matlamat asal penubuhannya? Majlis Peguam bukan sahaja perlu diterajui oleh lulusan undang-undang khususnya dari universiti tempatan bahkan oleh mereka yang benar-benar cintakan keadilan dan undang-undang. Undang-undang bukan sahaja melibatkan buku dan perkataan malah membabitkan semangat cintakan negara. Pada saya, untuk mengembalikan prestasi dan kredibiliti Majlis Peguam, kita kena balik kepada semangat tersebut. - Utusan Malaysia RENUNG-RENUNGKAN |
| BONGKAR !!! 5 TAHUN PR MEMERINTAH SELANGOR !!! MANA RUMAH KOS RENDAH UNTUK RAKYAT ??? Posted: 09 Mar 2013 09:23 PM PST Ramai yang bertanya,selama 5 tahun PKR memerintah Selangor,berapa banyakkah rumah kos rendah yang telah dibina dan di mana ??? Serta berapa harganya ??? Ini kerana maklumat mengenainya adalah berbeza-beza dan meragukan.Antara laporan kerajaan Selangor menyatakan bahawa sebanyak 5,612 projek rumah kos rendah telah dirangka.Dari jumlah itu hanya 287 yang telah disiapkan pada tahun lepas.Kemudian terdapat pula kenyataan daripada kerajaan negeri Selangor pada 30 Oktober 2012 yang menyatakan bahawa 6,470 rumah kos rendah telah dibina sejak 2008.Di celah-celah itu,kita juga dikejutkan dengan kenyataan Menteri Besar Selangor yang mencadangkan golongan berpendapatan tinggi untuk membeli rumah kos rendah tanpa sebarang syarat bagi mengatasi masalah rumah kategori itu yang masih tidak terjual.Kenapakah satu isu yang mudah ini menjadi begitu sukar dan berbelit-belit walaupun ia hanya berkisar mengenai angka ??? Sedangkan 'angka' tidak boleh ditipu atau diubah-ubah.Jika 1000 rumah kos rendah yang terbina,ia tidak mungkin boleh menjadi 2,000 atau 500 walau bagaimana sekali pun kita cuba memusingkan faktanya. Rakyat sudah mula memahami bahawa isu rumah kos rendah di Selangor adalah isu yang mendapat tempat paling bawah dalam keutamaan kerajaan negeri yang mementingkan keuntungan dan meletakkan 'angka' pendapatan negeri sebagai bukti kejayaan pemerintahan.Di bawah kerajaan Barisan Nasional,tanah-tanah yang dicadangkan untuk pembinaan rumah kos rendah dijual kepada pemaju dengan harga RM1/kaki persegi bagi membantu pemaju membuat untung dalam usaha membantu rakyat miskin memiliki rumah.Namun,kerajaan PR telah menjadikan 'tanah' sebagai perniagaan dan sumber tersebut kini dinilai mengikut harga pasaran.Logiknya,tiada pemaju yang berniaga untuk kebajikan dengan membina rumah kos rendah di atas tanah yang bernilai tinggi.Maka,tentulah sukar bagi kerajaan negeri untuk merealisasikan projek rumah kos rendah sepertimana yang diwar-warkan.Pada November 2012,Pengerusi MCA Selangor,Datuk Donald Lim Siang Chai telah menyuarakan keprihatinan parti itu terhadap masalah golongan berpendapatan rendah di Selangor untuk memiliki rumah sendiri. Beliau telah secara langsung mencadangkan agar kerajaan Selangor memberikan sahaja tanah kepada kerajaan persekutuan untuk membina projek tersebut.Kerajaan yang bertanggungjawab seharusnya mengambil pendekatan seimbang dalam membangunkan projek komersial dan mewah serta memastikan yang kebajikan rakyat menjadi keutamaan dalam apa jua keputusan yang diambil. Pendekatan inilah yang dipegang oleh Barisan Nasional sehingga membolehkan negara mencapai apa yang telah dicapai pada hari ini.Amat malang bagi rakyat Selangor kerana kerajaan PR langsung tidak berminat dengan kebajikan rakyat.Walaupun hartanah di Selangor menjadi topik hangat kerana akibat harga yang mencanak-canak tingginya,berita-berita mengenai hartanah di Selangor dan Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh majalah-majalah hartanah menggambarkan kawasan ini sebagai paling menarik di Asia bagi pembelian hartanah.Sudah tentu,berita sebegini adalah untuk menarik pembeli dari luar dan bukan untuk penduduk tempatan yang pastinya tidak mampu membeli hartanah tersebut. Apa yang berlaku ini menggandakan lagi 'kerugian' di pihak rakyat Selangor kerana sudahlah mereka tidak mampu memiliki hartanah kerana terlalu mahal, mereka terpaksa pula menerima hakikat bahawa sebahagian besar hartanah di negeri ini bakal dimiliki oleh orang asing.Berdasarkan fakta ini,PR telah membuktikan bahawa parti itu mungkin merupakan peniaga yang bijak,tetapi bukan sebuah kerajaan yang baik.Selama lima tahun sahaja,PR sudah begitu banyak sekali merugikan rakyat Selangor,bayangkan jika lima tahun lagi diberi mandat untuk memerintah negeri ini,tidak mustahil,rakyat berpendapatan rendah akan dipijak-pijak sehingga separuh mati oleh kerajaan negeri sendiri. LATHEEFA KOYAK MEROYAN DAN PERLEKEH PEJUANG NEGARA !!! ANDA NAK LIHAT ??? KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! LATHEEFA KOYAK MEROYAN DAN PERLEKEH POLIS !!! APA CERITA NI ??? Posted: 09 Mar 2013 05:11 PM PST Dikala pasukan keselamatan kita berjuang mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu,seorang lagi pemimpin PKR dalam timeline twitter beliau memperlekehken kredibilit polis dengan malebelkan pasukan keselamatan negara itu sebagai 'alat kepada UMNO',hanya semata mata tindakan polis memanggil Tian Chua untuk disiasat dan juga wartawan yang menulis kenyataan beliau itu.Ini lah sikap pemimpin Pakatan yang tak sudah-sudah memperlekehkan polis,walaupun lebih dari 6 nyawa anggota polis melayang,mulut si penghasut terus berbunyi seperti tak boleh ditahan tahan lagi. Entah mana sensitiviti yang ada pada pemimpin Pakatan ini.Ini lah pemimpin yang sama berperang mulut dengan seorang cikgu sukan yang sedang mengajar kanak-kanak dikawasan sebuah padang bermain 'football'.Kita tak mahu hipokrit-hipokrit seperti ini menjadi pemimpin negara ini,sedangkan kita tahu ada perkara2 yang bertentangan dengan 'ketelusan' yang mereka laungkan.Bagi yang rajin mengikuti perkembangan pentadbiran di negeri-negeri bawah kuasa Pakatan tentu tahu barisan-barisan yang ada dalam kepimpinan seperti cakap tak serupa bikin.Belum pun pegang pentadbiran negara,anggota keselamatan diperlekehkan.kalau dah pegang,tak mustahil anggota keselamatan akan lebih teruk diperlakukan. RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment