Apple Biru |
- Alfatihah! Jenazah Prebet Mohd Hurairah Dibawa Pulang Rabu
- OP DAULAT : Seorang Lagi Anggota Tentera Maut
- Alahai! Zainulfaqar Promo Yusmadi Jadi Calon Parlimen Balik Pulau
- OP DAULAT : Kenyataan Media Polis Diraja Malaysia
- GEMPAR! Presiden Anti Lynas Nak Bakar Parlimen Bentong
- DEDAH! Sejarah Pembunuhan Rakyat Sulu Menghantui Jamalul Kiram III
- UPDATED 4.35 PM Op Daulat: Seorang Tentera Disahkan Terkorban
- BREAKING NEWS 4.00 PM : Syahid! Seorang Anggota Keselamatan Dipercayai Terkorban Dalam Serang Hendap Pengganas Sulu
- PANAS! Bukti Rafizi Ramli BODOH Dibongkar!!!
- BREAKING NEWS! Manila, Kiram bincang "pengunduran" dari Sabah, Hati-Hati Dengan Penipuan Pengganas Sulu
- TERKINI 1.30 PM : 4 Suspek Pengganas Sulu Diserbu
- TERKINI Lahad Datu : Kem Tetap Akan Dibina Sebaik Saja Ops Daulat Berakhir
- BREAKING NEWS 12.00 PM : 15 Lagi Mayat Pengganas Sulu Dijumpai Kampung Tanduo
- UPDATE OP DAULAT 12 Mac 9.25 Pagi : Saudara Terdekat Sultan Sulu Di Tahan
- Tangkal Kebal Pengganas Sulu! Tembak Tak Mati woo!!
- GEMPAR! Khalid Ismath Adalah Pendokong LBGT
- Page Hina Islam, Melampau!!!
- HOT! Dendam Nurul Izzah Pada Cawangan Khas Polis?
- Polis Rekod Keterangan Tian Chua Berhubung Insiden Lahad Datu
- PPD Lahad Datu Cadang Wujud Pusat Pembelajaran Sementara Di Felda Sahabat
- Penceroboh Sulu Tidak Kebal
- Kawasan Keselamatan Khas Sabah Dikenali Sebagai Esscom
- KISAH NGERI DISEBALIK KEMATIAN PAHLAWAN NEGARA
| Alfatihah! Jenazah Prebet Mohd Hurairah Dibawa Pulang Rabu Posted: 12 Mar 2013 09:00 AM PDT Jenazah Prebet Mohd Hurairah Ismail yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah akan dibawa pulang ke kampungnya di Kelantan pagi Rabu. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jenazah anggota tentera berusia 24 tahun itu akan dikebumikan di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan. "Jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan makanan oleh Pergerakan Wanita Umno kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas dalam Operasi Daulat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang dekat sini, Selasa. Pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi itu turut mengorbankan tiga pengganas berkenaan. Sehingga kini, 10 anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah yang bermula 12 Februari, manakala 56 pengganas ditembak mati. Seorang daripada anggota keselamatan maut dalam kemalangan ketika menyertai Operasi Daulat di Lahad Datu. Majlis hari ini menyaksikan 10,000 botol air mineral, makanan tambahan dan lain-lain keperluan logistik diserahkan untuk anggota keselamatan yang bertugas di Sabah. BERNAMA | ||||
| OP DAULAT : Seorang Lagi Anggota Tentera Maut Posted: 12 Mar 2013 07:25 AM PDT Seorang anggota tentera meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ketika sedang menghantar bekalan ke kawasan pertempuran Op Daulat pada Selasa. Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kenderaan yang dipandu anggota tentera itu dipercayai hilang kawalan. Mangsa mengalami kecederaan teruk sebelum meninggal dunia. | ||||
| Alahai! Zainulfaqar Promo Yusmadi Jadi Calon Parlimen Balik Pulau Posted: 12 Mar 2013 07:00 AM PDT Uikkss! Apa cer? Desas desus nama Yusmadi tak di calonkan di Parlimen Balik Pulau dah berlegar-legar lama. PKR sendiri tak yakin Yusmadi boleh menang di Balik Pulau. Beberapa nama disebut-sebut tapi lantak la siapa peduli sebab pengundi Balik Pulau dah serik memilih Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Apa yang pengundi Balik Pulau dapat? Habuk pun tarak. Ahli Parlimen PKR, Yusmadi asyik nak mengampu BOSnya aje. Mana ada kat kawasan pun. Asyik nak cerita rumah setinggan tapi tak selesai jugak. Modal tu la pusing-pusing. Masalah rakyat tak selesai jugak. Yang naik rumah mewah duk serata Balik Pulau. Apa cer? Berjuta harganya der! Orang kampung mana la mampu nak beli. Tapi teman nak gelak, dalam diam Zainulfaqar ni pulak promo Yusmadi supaya jadi calon Parlimen Balik Pulau. Adeehh! Dipetik dari PenangInsight yang ditulis oleh Zainulfaqar, SEGELINTIR anak muda dari Kampung Binjai hari ini mula bercakap idea memangkah calon PKR lalu mengoyak kertas undi masing-masing sekiranya Yusmadi Yusof tidak bertanding untuk kerusi Parlimen Balik Pulau. "Kami sedih apabila dengar YB Yusmadi tidak akan dicalonkan untuk Parlimen Balik Pulau. "Kawan-kawan kami terutama dari Kampung Binjai (dan) Kampung Seronok semuanya tak setuju dan akan buat undi rosak untuk Parlimen," ujar sumber menerusi masej peribadi (PM) Facebook tengah hari tadi. Sambil mengaku sebagai pengundi muda di Parlimen itu, sumber berkata, isu perumahan setinggan di Balik Pulau, khususnya di Kampung Binjai yang dibela oleh Yusmadi melayakkan jasa Ahli Parlimen Muda itu dikenang. Ye le tu! Setahu teman la rumah setinggan kat Kampung Binjai ni Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang robohkan sebab nak bagi laluan pemaju buat rumah mewah la katakan..Tak gitu? Habis tu,apa cer? Seingat teman pulak la, ADUN BN Bayan Lepas, YB Syed Amiruddin yang beriya-iya mempertahankan rumah setinggan Kampung Binjai dirobohkan tapi Tokong Guan Eng nak robohkan jugak. Tanah tu Kerajaan Negeri punya ma! Cuba ulas sikit Faqar! | ||||
| OP DAULAT : Kenyataan Media Polis Diraja Malaysia Posted: 12 Mar 2013 05:30 AM PDT Seorang anggota pasukan tentera terkorban dan tiga penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini hari ini. Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi. "Seorang anggota keselamatan gugur," katanya. Zulkifeli berkata pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran. Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati. Zulkifeli berkata Kampung Tanduo kini telah bersih sepenuhnya daripada ancaman penceroboh militan dan operasi pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu. - BERNAMA | ||||
| GEMPAR! Presiden Anti Lynas Nak Bakar Parlimen Bentong Posted: 12 Mar 2013 04:47 AM PDT
Muka haramjadah ni jadi calon! ptuii!! Patut la beiya-iya benar berdemo bagai naik rak, rupanya ada udang sebalik batu. Nak jadi calon..nak jadi calon. Adeeh! Rupanya kalau nak jadi calon Pilihanraya mewakili Pakatan Rakyat mudah aje, cuma perlu berdemo dan berdemo. Nak bakar Loji Lynas. Bergaduh dan maki hamun dengan Polis dan penguatkuasa. confirm dapat jadi calon bagi mewakili Pakatan Rakyat. Contoh dah banyak. Calon-calon Pilihanraya dari Pakatan Rakyat lahir daripada perusuh dan pendemo. Pemaki hamun polis dan penguatkuasa. Penentang dan melanggar undang-undang negara. Tak payah teman senaraikan disini sebab terlalu banyak..Muka macam ni kome nak pilih! NO WAY MAN!!!
Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack akan bertanding di Parlimen Bentong, Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang atas tiket DAP. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika mengumumkannya hari ini berkata DAP percaya meletakkan calon daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai objektif memulihara alam sekitar bakal memberi kesan positif terhadap sokongan pembangkang di kawasan itu. Parlimen Bentong pada masa ini diwakili Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Timbalan Presiden MCA. Pada pilihan raya umum 2008, Liow menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat, G Ponusamy dengan majoriti 12,549 undi. Wong Tack pada bulan lepas menimbulkan kontroversi apabila dilaporkan mengancam untuk membakar loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan sekiranya kilang itu masih beroperasi selepas pilihan raya umum akan datang. Beliau kemudian dilaporkan meminta maaf atas kenyataan itu. | ||||
| DEDAH! Sejarah Pembunuhan Rakyat Sulu Menghantui Jamalul Kiram III Posted: 12 Mar 2013 02:30 AM PDT Jamalul Kiram III mungkin mengandaikan tindakannya mengarahkan pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu yang diketuai adiknya, Azzumudie Kiram akan meningkatkan peluangnya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu yang sah. Lebih-lebih lagi di saat perebutan tahtha Kesultanan Sulu yang semakin rumit apabila sehingga kini sekurang-kurangnya ada 9 orang individu berlainan tampil mendakwa adalah Sultan Sulu sebenar. Jamalul Kiram III dan adiknya Esmail Kiram II adalah antara individu yang dimaksudkan, kedua-duanya adalah warga Filipina. Dengan sokongan dan dukungan anggota MNLF yang diketuai Nur Misuari yang mempunyai hubungan rapat dengannya, mungkin benar ia memberi kelebihan kepada Jamalul Kiram untuk mendabik dada sebagai Sultan Sulu yang sah sekaligus menidakkan cabaran 8 individu lain. Andaian tersebut ternyata silap dan jauh tersasar dari jangkaan Jamalul Kiram dan pengikutnya, apabila tanpa mereka sedari tindakan pencerobohan itu sebenarnya hanya menambah kebencian orang Sabah dari keturunan Sulu kepada Jamalul Kiram dan keturunannya. Majoriti orang Sulu di Sabah rata-ratanya enggan bersekongkol menjayakan cita-cita peribadi Jamalul Kiram yang kemaruk mahu diangkat sebagai Sultan Sulu, lebih-lebih lagi bila pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu menyebabkan sesetengah anggota masyarakat memandang serong pada orang Sulu di Sabah. Kesetiaan orang Sulu yang lahir di Sabah dan merupakan warganegara Malaysia yang sah tetap kepada tanahair tercinta ini, dan ia terbukti benar apabila ramai pemuda Sulu turut membantu menangkap dan membelasah hingga mati seorang pengikut Jamalul Kiram yang bersenjatakan M16 pengikut di Sampoerna baru-baru ini. Kebanyakan orang Sulu sama ada dari kalangan warganegara Malaysia mahupun di Filipina, mereka juga berkongsi satu pandangan yang sama yakni soal siapa yang layak mewarisi Kesultanan Sulu sebenarnya bukan lagi urusan Jamalul Kiram III dan keluarganya. Orang Sulu tidak akan lupa sejarah pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat ke atas orang Sulu pada awal tahun 1900-an selepas mendapat restu Sultan Kiram II (1884-1936). Pembunuhan yang berlaku di Bud Dahu pada Mac 1906, diikuti kempen pembunuhan sama pada Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, pada Jun 1913 yang ketiga-tiganya mengorbankan sekitar 4,000 orang rakyat Sulu hingga sekarang terus menjadi mimpi ngeri orang Sulu. Mujurlah Sultan Kiram II kemudiannya mangkat pada 1936 tanpa meninggalkan zuriat kandungnya, jika tidak, mungkin sekarang hanya tinggal beberapa puluh orang sahaja orang Sulu di seluruh dunia gara-gara sebahgian besarnya menjadi mangsa pembunuhan oleh Sultan sendiri yang dahagakan darah. Jamalul Kiram III yang mempunyai pertalian keturunan dari sebelah keluarga ayahnya dengan Sultan Kiram II mungkin berbangga dengan sejarah hitam itu, dan tidaklah menghairankan kenapa bila usahanya menjajah Sabah gagal, maka diusahakan pula campur tangan Amerika Syarikat dan PBB. Bagi kebanyakan orang Sulu, Jamalul Kiram sama sekali tidak layak menjadi pemimpin mereka. Tidak sama sekali bagi orang Sulu. Keturunan pembunuh tidak mungkin akan diiktiraf memimpin orang Sulu. Disebabkan peristiwa ngeri itulah sampai sekarang orang Sulu sukar untuk memberi kepercayaan kepada siapa sahaja yang mengaku sebagai Sultan Sulu dari susur galur keturunan keluarga Kiram. Kalau ada pun yang menyokongnya, hanya segelintir sahaja. Itu pun kebanyakan mereka dari jenis yang dahagakan darah dan ganas seperti pengikut Jamalul Kiram III. Peristiwa berdarah di Bud Dahu dan Bud Bagsak, Jolo, Sulu akan kekal dalam ingatan orang Sulu, dan ia akan terus menghantui Jamalul Kiram III untuk sekian lama masanya. Mimpinya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu tidak mungkin menjadi kenyataan, sebaliknya akan terus menjadi ingauannya hingga ke liang lahad. Suara Generasi Baru | ||||
| UPDATED 4.35 PM Op Daulat: Seorang Tentera Disahkan Terkorban Posted: 12 Mar 2013 01:47 AM PDT Seorang anggota tentera terkorban manakala tiga pengganas sulu ditembak mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira pukul 10.45 pagi Selasa. Perkara itu disahkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika sidang media pada petang Selasa. Namun nama anggota tersebut tidak dijelaskan. Teman dimaklumkan pengganas Sulu bertindak pengecut dengan menyamar sebagai orang awam dan membuat serang hendap dan lari. Semoga Allah Mencucuri roh wira negara ini...Allahuakbar!! | ||||
| Posted: 12 Mar 2013 01:25 AM PDT
(KEMASKINI 4.20 PM) Laporan terkini menyatakan anggota keselamatan tersebut telah di dalam keadaan stabil yang tekah disahkan oleh DCD Sandakan. Kami rakyat Malaysia akan menyokong penuh sebarang tindakan oleh pasukan keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia. Pengkhianat Agama Bangsa dan Negara Anwar Ibrahim dan sekutu mereka Pakatan PAS,DAP dan PKR yang merupakan dalang akan pencerobohan ini perlu dihukum dan wajib mendapat pembalasannya kelak. | ||||
| PANAS! Bukti Rafizi Ramli BODOH Dibongkar!!! Posted: 12 Mar 2013 12:13 AM PDT Teman tak hairan jenis manusia yang suka memutar belit fakta khususnya manusia-manusia keparat dalam Pakatan Rakyat termasuk Anwar dan Rafizi Jambu. Terbaru Rafizi Jambu menafikan Pakatan Rakyat akan mengecilkan saiz ektor awam negara. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini membidas tuduhan perdana menteri yang mendakwa salah satu fokus manifesto Pakatan Rakyat (PR) mahu mengecilkan saiz tenaga kerja sektor awam, dan menyifatkan kenyataan itu sebagai "politik murahan.". Adeeh! Muka penipu ni suka spin dan putar belit fakta sebenar. Sudah menjadi tugas Rafizi Jambu ni untuk menipu rakyat danmemutar belitkan fakta. Nama pun "Pengarah Strategi". Hanya mencari strategi untuk memenangi isu walaupun apa cara pun waima terpaksa menipu dan memutarbelitkan fakta sebenar dengan hujah-hujah palsu dan direka-reka. Mudah je kerja dia ni.. Teman nak suruh Rafizi Jambu ni singkap balik apa yang Tony Puaka ni cakap dalam akhbar SinChew Daily yang menyebut " Jika Pakatan Rakyat memerintah, kakitangan awam akan dikurangkan separuh setiap tahun ikut peringkat". Ini apa? Ingat ke tak? Lagi satu artikel yang teman kutip dari Blog Anwar Ibrahim dan JalanTelawi menyebut "satu tindakan menyeluruh perlu diambil untuk meminimakan saiz perkhidmatan awam di negara ini.....". Habis tu, ini apa? BODOH!!! Ingat mudah aje ke mike nak menipu rakyat! ptuiii!! | ||||
| Posted: 11 Mar 2013 11:13 PM PDT Jika diselidiki tentang kata-kata dan ungkapan Sultan Sulu untuk pengunduran kuncu-kuncunya dari Lahad Datu Sabah, seprti main-main. Sebelum ini kuncu-kuncunya berpura-pura untuk menyerah diri dengan mengibarkan bendera putih, namun 2 anggota keselamatan pula diserang hendap dan terkorban. Kemudian pengumuman gencatan senjata oleh Sultan Sulu, namun anggota keselamatan terus diserang. Jadi, adakah Sultan Sulu ikhlas untuk pengunduran sebenarnya? Sama-sama kita lihat nanti. Teman nak berpesan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara supaya jangan termakan janji palsu Sultan penipu ini. SHAH ALAM: Selepas kemelut pencerobohan yang berlangsung masuk empat minggu, kerajaan Filipina dan Kesultanan Sulu kini berbincang untuk "pengunduran" penceroboh bersenjata Sulu Sultan Jamalul Kiram III dari Sabah. Menteri Kerajaan Tempatan Mar Roxas dan adik Jamalul, Sultan Bantilan Esmail Kiram II pada Isnin mengadakan pertemuan tertutup di pejabat Roxas di Camp Crame, Bandar Quezon. Ia merupakan pertemuan rasmi pertama kedua-dua wakil berkenaan sejak pertembungan antara anggota keselamatan Malaysia dengan kumpulan bersenjata Sulu yang diketuai oleh Agbimuddin Kiram di Kampung Tanduo, Lahad Datu 12 Februari lalu. Kebuntuan tersebut bertukar ganas pada 1 March menyaksikan 54 penceroboh ditembak mati dan lapan anggota keselamatan Malaysia telah terbunuh dalam pertempuran antara kedua-dua pihak. Tiada di antara Roxas atau Ismail mendedahkan butiran mengenai perbincangan itu, tetapi kedua-duanya menyatakan berpuas hati dengan perkembangan perbincangan tersebut. "Kita boleh kata ia adalah tentang pengunduran," Roxas memberitahu wartawan Filipina yang dipetik dari portal Inquirer News. Beliau yang diminta mengulas lanjut berkata kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan untuk tidak memberhentikan operasi ketenteraan melainkan Agbimuddin dan anggotanya meletakkan senjata. "Mereka (Kiram) bertanyakan tentang proses dan mekanisma. Itu merupakan kebimbangan mereka," kata Roxas lagi. Ditanya sama ada "pengunduran" bermaksud "menyerah", Roxas berkata: "Kita tidak perlu mengunakan terma sebegitu ketika ini. Adalah lebih baik jika kita tunggu jawatan sementara kita menyampaikan pertanyaan mereka (kepada Presiden Filipina)." Sementara itu Esmail yang memberi respon mengenai mesyuarat berkenaan berkata pertemuan tersebut adalah untuk mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut di Sabah. "Kami berpuas hati dengan perbincangan (dengan Roxas), tetapi kami akan menunggu mesej dari Presiden (Aquino) selepas Roxas memberitahu beliau tentang mesyuarat tersebut," kata Esmail. Esmail berkata Jamalul mengetahui tentang pertemuan dengan Roxas setelah memberitahu sultan itu pada Ahad. Sumber berita | ||||
| TERKINI 1.30 PM : 4 Suspek Pengganas Sulu Diserbu Posted: 11 Mar 2013 10:56 PM PDT
Polis berjaya menahan empat suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Bangau-bangau, di sini awal pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi, sepasukan polis dari IPD Semporna telah menyerbu sebuah rumah selepas menerima aduan penduduk setempat yang memaklumkan terdapat individu disyaki serpihan anggota kumpulan terbabit. Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan daripada pihak polis berhubung kejadian itu. - UTUSAN ONLINE | ||||
| TERKINI Lahad Datu : Kem Tetap Akan Dibina Sebaik Saja Ops Daulat Berakhir Posted: 11 Mar 2013 10:46 PM PDT Teman rasa sudah tiba masanya satu batalion tentera diwujudkan di Lahad Datu secara tetap. Dengan adanya sebuah kem tentera yang tetap akan dapat memantau aktiviti-aktiviti dan cubaan pencerobohan asing ke Sabah. Mengikut sumber, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan hasrat untuk membina sebuah kem tetap di Lahad Datu, Sabah tidak lama lagi untuk memantau situasi selepas Ops Daulat berakhir. Beliau berkata, kem itu akan diambil alih oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan polis sebaik saja operasi yang sedang dilakukan selesai. "Kem baru itu akan mengambil sedikit masa untuk dibina dan kami akan meletakkan beberapa kabin buat sementara waktu dan menempatkan anggota keselamatan di lokasi itu," katanya pada sidang media selepas mengumumkan agihan pendapatan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di ibu pejabatnya di sini, Selasa. Beliau turut memberi amaran kepada media Filipina supaya tidak mengeluarkan laporan bercanggah mengenai situasi sebenar di Sabah. "Kami tidak mahu laporan media tertentu menjejaskan hubungan baik Malaysia dengan Filipina," katanya. | ||||
| BREAKING NEWS 12.00 PM : 15 Lagi Mayat Pengganas Sulu Dijumpai Kampung Tanduo Posted: 11 Mar 2013 09:35 PM PDT Lebih banyak mayat pengganas Sulu mungkin ditanam di Kampung Tanduo berbanding hanya sembilan yang dijumpai sebelum ini. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, beliau mendapat maklumat terbaru bahawa kira-kira 15 mayat ditanam di lubang kubur tersebut. "Kami percaya terdapat lebih banyak mayat ditanam di dalam lubang kubur yang sama dan kubur lain yang berdekatan. "Pasukan keselamatan akan kembali semula ke sana untuk melakukan pemeriksaan," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, Selasa. Kira-kira sembilan mayat dijumpai dalam satu lubung kubur oleh pasukan keselamatan ketika Op Daulat dilancarkan pada 6 Mac lalu. Hamza turut mengesahkan bahawa mayat Haji Musa, jeneral kumpulan pengganas Sulu yang diketuai oleh Azzimudie Kiram ditemui di Kampung Tanjung Batu. "Satu lagi mayat turut dijumpai dari Kampung Tanjung Batu pada Selasa menjadi jumlah mayat yang ditemui kepada 23 orang," katanya. Angka kematian pengganas Sulu kekal 54 orang dan tiada insiden tembakan dilaporkan sejak Isnin. mStar | ||||
| UPDATE OP DAULAT 12 Mac 9.25 Pagi : Saudara Terdekat Sultan Sulu Di Tahan Posted: 11 Mar 2013 07:14 PM PDT Saudara terdekat Jamalul Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu ditahan polis dalam usaha mengesan 20 lagi suspek utama yang mempunyai kaitan dengan pencerobohan sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Tanduo. Polis enggan mendedahkan butiran mengenai maklumat keluarga Kiram yang sedang diburu tetapi sekurang-kurangnya dua suspek dipercayai adalah adik dan sepupu kepada Raja Muda Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata itu ke Tanduo. Suspek pertama yang terlibat dalam mengangkut ikan, tinggal di Lahad Datu bersama dengan keluarganya dan berpindah ke Semporna baru-baru ini. Dia menghilangkan diri selepas membantu dalam rundingan dengan kumpulan pengganas tersebut bagi menamatkan pencerobohan yang bermula pada 12 Februari lalu. Namun tidak diketahui sekiranya dia adalah salah seorang yang ditahan memandangkan keluarga Kiram mempunyai ramai saudara yang tinggal di Sabah dan Semenanjung Malaysia. Mereka yang ditahan setakat ini melibatkan sekurang-kurangnya tujuh anggota beruniform, seorang ahli politik tempatan dan ramai pesimpati di Lahad Datu dan Semporna di mana serbuan dijalankan. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, enam lagi suspek ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan pengganas menjadikan jumlah tahanan kepada 97 orang. Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012. Beliau berkata 125 yang lain turut ditahan kerana cuba memasuki kawasan zon merah, lokasi di mana Ops Daulat sedang dijalankan. mStar | ||||
| Tangkal Kebal Pengganas Sulu! Tembak Tak Mati woo!! Posted: 11 Mar 2013 07:03 PM PDT Polis Diraja Malaysia (PRDM) mengeluarkan gambar yang menunjukkan kumpulan pengganas militan menggunakan tangkal dan azimat yang kononnya mampu memberi kekebalan dan kemenangan kepada si pemakai. Namun kebanyakan mereka mati terkena peluru pasukan keselamatan Malaysia. Adeeh! Teman ingat tak mati kena tembak, rupanya mati jugak! Pengganas Sulu ni jenis mengamalkan khurafat dan syirik.. | ||||
| GEMPAR! Khalid Ismath Adalah Pendokong LBGT Posted: 11 Mar 2013 06:00 PM PDT Teman pun tak tau nak kata apa dah. Khalid Ismath ni dah memang golongan syiah yang sesat memang tak kisah main depan belakang. Yang penting agenda peribadi tercapai. Kome tengok lah perangai puak-puak Pakatan Rakyat yang mementingkan diri sendiri. Rakyat hanya untuk digunakan mendapat undi semata-mata.. | ||||
| Posted: 11 Mar 2013 05:00 PM PDT Dalam rakyat Malaysia sibuk-sibuk tertumpu kepada Insiden Berdarah di Lahad Datu, tiba-tiba wujud pulak Page Hina Islam ini. Memang celaka lah laknat yang buat page ni. Inikah yang kita mahu? Agama Islam dipermain-mainkan. Sudahlah PAS menjual Kalimah Allah kepada DAP, maka mudah lagi Islam itu dihina dan dicerca sewenang-wenangnya. Fikir-fikirkan lah.. | ||||
| HOT! Dendam Nurul Izzah Pada Cawangan Khas Polis? Posted: 11 Mar 2013 04:00 PM PDT Nampaknya, semakin ramai yang menjauhi Pakatan Rakyat apabila tersebarnya video Nurul Izzah memperlekeh pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu tatkala mereka menggadai nyawa mempertahankan negara. Kenyataan tersebut dibuat oleh Nurul Izzah dalam satu ceramahnya di Lucky Garden Bangsar pada 16 Februari 2013, di mana krisis Sulu berada di puncak. Entah dendam, entah memang bodoh si Nurul Izzah anak kepada Anwar Ibrahim ini bila bercakap mengenai pasukan-pasukan keselamatan negara. Jelas kelihatan bahawa wanita yang bercita-cita ingin menjadi pemimpin atasan negara ini, rupanya langsung tidak punya pengetahuan mengenai pasukan keselamatan negara. Pertama sekali, dalam memperkatakan mengenai keselamatan negara, seorang yang bergelar pemimpin tidak boleh sama sekali memandang rendah terhadap musuh, kerana ia akan mendedahkan pasukan sendiri kepada risiko kekalahan, sekali gus membuktikan yang pemimpin itu langsung tidak menghargai nyawa pasukan keselamatan kita sendiri. Keduanya, seorang yang bergelar pemimpin dan bermimpi untuk menerajui negara wajib membuat kerja rumah mengenai keselamatan dan pertahanan negara. Ketiganya, sesiapa sahaja, tidak semestinya seorang pemimpin atau yang bercita-cita menjadi pemimpin, wajib mempunyai pengetahuan mengenai apa yang ingin diperkatakannya, terutamanya di pentas ceramah. Kegagalan menepati semua syarat ini telah menyebabkan Nurul Izzah kelihatan amat bodoh serta tidak punya hati perut dalam memperkatakan tentang nyawa pasukan keselamatan. Kita hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala menyaksikan kebodohan dan keceluparan Nurul Izzah dalam video tersebut di mana beliau mengkritik penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Sabah dan memanggil mereka sebagai 'Polis Hutan'. Katanya, Polis Hutan tugasnya adalah melawan komunis dan oleh kerana komunis telah tiada, maka penghantaran pasukan ini ke sana adalah tidak relevan sama sekali!!?? Malah, Nurul Izzah juga menyindir Barisan Nasional kerana tidak membenarkan pengganas komunis tersohor, iaitu Chin Peng, pulang ke Malaysia. Selain 'Polis Hutan', Nurul Izzah juga mempertikaikan penghantaran Cawangan Khas atau Special Branch (SB) untuk menangani krisis Sabah. Menurut Nurul Izzah, tugas SB ialah mencari 'budak hilang'!!?? Justeru, katanya, SB harus dihapuskan dan jadikan mereka semua sebagai Pegawai Penyiasat!!?? Untuk pengetahuan Nurul Izzah, beberapa pasukan PDRM yang dihantar ke Sabah adalah Unit Cawangan Khas, Pasukan Operasi Khas dan Pasukan Gerakan Am. Pasukan Polis Hutan yang diperkatakan Nurul Izzah adalah tidak wujud lagi atas sebab yang disebut oleh Nurul Izzah sendiri iaitu tamatnya insergensi komunis. Oleh itu, pada tahun 1989, pasukan tersebut telah dirombak fungsinya daripada menentang pengganas komunis kepada usaha menjaga keselamatan di sempadan dan perairan negara, ancaman pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), aktiviti rompakan di laut, penyeludupan, anti pengganas, ketenteraman awam, mencari dan menyelamat (SAR) dan pencegahan jenayah. Sejajar dengan rombakannya, namanya turut ditukar kepada Pasukan Gerakan Am (PGA). Justeru, apa yang berlaku di Sabah adalah menepati kesemua fungsi PGA, dan bagi Nurul Izzah untuk menyatakan penghantaran pasukan ini ke sana sebagai salah atau tidak relevan, menunjukkan yang Nurul Izzah bercakap kosong dan langsung tidak punya apa-apa pengetahuan yang melayakkan beliau untuk mengulas mengenai isu Sabah. Kenyataan Nurul Izzah mengenai Cawangan Khas pula boleh ditafsirkan sebagai langsung merepek atau merapu dan tidak boleh dipakai. Apa Nurul Izzah sangka hanya CIA sahajakah unit perisikan yang wujud di dunia ini? Mentang-mentanglah bapanya 'ngam' dengan CIA. Tidakkah Nurul Izzah tahu bahawa Cawangan Khaslah yang berjaya membongkar selera seks songsang bapanya, mendapat bukti rakaman suara serta menjejaki langkah bapanya ke pertemuan dengan agen-agen Zionis di seluruh pelusuk dunia? Mungkin benar Nurul tidak tahu, kerana cerita begini tidak mungkin diceritakan oleh bapanya sebagai 'bedtime story' atau 'dinner talk' dalam keluarga mereka. Untuk pengetahuan Nurul Izzah, Cawangan Khas bukanlah berfungsi untuk mencari 'budak hilang' kerana itu merupakan fungsi Bahagian Siasatan Jenayah dan Orang Hilang. Fungsi Cawangan Khas adalah untuk mengumpul risikan berkaitan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara, – seperti bapa Nurul Izzah dan Nurul Izzah sendiri. Unit ini juga bertanggungjawab memperolehi, mengolah, menilai dan mengedar maklumat serta memberi nasihat kepada jabatan-jabatan di dalam dan luar pasukan, serta pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan. Jabatan ini terbahagi kepada beberapa cawangan seperti Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan Inteligen Keselamatan. Jelas, dalam Krisis di Sabah, Unit ini amat diperlukan bagi pengumpulan maklumat dan kerja-kerja perisikan yang halus dan sulit. Justeru, jika mereka ini 'ditukar' untuk menjadi 'Penyiasat' seperti saranan Nurul Izzah, ke mana pula nak dipindahkan pegawai-pegawai penyiasat yang sedia ada di Jabatan-jabatan polis seluruh negara? Atau, mungkinkah Nurul Izzah sebenarnya gentar dengan penghantaran unit ini ke Sabah kerana takut bukti-bukti pendalangan bapanya terbongkar dengan lebih luas lagi? Jika tidak, kenapakah Nurul Izzah inginkan Unit yang sudah terkenal dengan kehebatan risikannya dan kecekapannya ini dimansuhkan saja? Setakat ini, kita tahu yang Nurul Izzah mahu polis dikurangkan, dan Cawangan Khas dimansuhkan, tetapi kita tidak tahu apakah yang Nurul Izzah atau Pakatan Rakyat akan lakukan dalam krisis Sabah, sekiranya mereka yang menjadi kerajaan. Setakat mengutuk tindakan kerajaan dan pasukan keselamatan memang mudah, tetapi kata orang, orang yang bijak tidak akan mengutuk jika dia sendiri tidak berupaya membentangkan cadangan penyelesaian yang baik. Namun, telah terbukti kini yang Nurul Izzah adalah jauh dari bijak, jadi apalah yang diharapkan darinya. Kita lihat sendiri bagaiamana cadangan yang diberi Nurul Izzah bukanlah penyelesaian, tetapi bala bencana yang besar kepada negara. Apapun, kita tahu Nurul Izzah amat berdendam dengan pihak polis kerana berjaya menangkap bapanya dan mendedahkan keburukan dan kejahatan keluarganya. Tetapi, kalau ya pun dendam, janganlah ditunjuk bodohnya pada orang. Apatah lagi dengan Nurul Izzah merupakan nama wajib dalam kabinet PR sekiranya parti itu memenangi pilihanraya kali ini. Tak mungkin rakyat sanggup mempunyai Menteri yang bodoh macam Nurul Izzah. Mana mungkin Menteri yang tak tahu apa-apa tentang keselamatan dan pertahanan negara mampu memastikan negara ini selamat dan sejahtera? Suara Generasi Baru | ||||
| Polis Rekod Keterangan Tian Chua Berhubung Insiden Lahad Datu Posted: 11 Mar 2013 03:00 PM PDT Polis pada Isnin merekod keterangan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berhubung kenyataannya yang mendakwa insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, sebagai sandiwara Umno. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata keterangan Tian Chua itu direkodkan petang ini di ibu negara oleh sepasukan polis kontinjen Johor bagi membantu siasatan mengenainya. "Selain Tian Chua, polis pada Isnin juga merakamkan keterangan dua editor Keadilan Daily dan wartawan dari the New Straits Times Press di ibu negara," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini. Mohd Mokhtar berkata polis sehingga Ahad menerima 230 laporan dari seluruh negara oleh orang ramai dan badan bukan kerajaan berikutan rasa tidak puas hati mengenai kenyataan Tian Chua. Beliau berkata laporan pertama diterima polis adalah pada 2 Mac lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan. Katanya, siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah itu sudah merekodkan 153 percakapan sehingga kini dan dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat. Pada 1 Mac lepas, Portal Keadilan Daily, antara lain, memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. "Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing," anggota Parlimen Batu itu dilaporkan berkata. BERNAMA | ||||
| PPD Lahad Datu Cadang Wujud Pusat Pembelajaran Sementara Di Felda Sahabat Posted: 11 Mar 2013 02:00 PM PDT Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Lahad Datu bercadang mewujudkan pusat pembelajaran sementara di Felda Sahabat, kira-kira 130 kilometer dari sini, untuk murid di kawasan zon merah jika Operasi Daulat berlarutan. Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu Jummiah Tee berkata usaha itu dirancang bagi memastikan murid di tiga sekolah yang masih ditutup di daerah ini tidak ketinggalan dalam pelajaran. Beliau berkata bagaimanapun, keputusan untuk mengadakan pusat pembelajaran sementara itu bergantung kepada laporan keselamatan dan kebenaran pihak polis. "Pihak PPD tidak dibenar memasuki kawasan Felda Sahabat, jadi kami telah meminta guru sekolah terbabit mengesan murid mereka kerana difahamkan bukan semua dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. "Kami tidak mahu ada yang tercicir dalam pelajaran jika operasi ini mengambil masa yang lama," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar berkaitan sekolah di Lahad Datu yang dibenar beroperasi semula. Jummiah berkata seramai 997 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lok Buani, SK Tanjung Labian dan SK Fajar Harapan belum berpeluang meneruskan pembelajaran sejak sekolah mereka ditutup 4 Mac lepas. Sementara itu, Guru Besar SK Lahad Datu 2 Kassah Masrah berkata pihak sekolah akan mengadakan kutipan pakaian dan peralatan sekolah untuk diderma kepada murid yang terjejas di Felda Sahabat. BERNAMA | ||||
| Posted: 11 Mar 2013 01:00 PM PDT Bilangan penceroboh militan yang terbunuh dalam Operasi Daulat membuktikan mereka sebenarnya tidak kebal, sepertimana yang diperkatakan. "Ini terbukti apabila pasukan keselamatan menembak mati 54 orang daripada mereka," kata Penolong Ketua Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohammed Yusoff pada Isnin. Beliau berkata, cerita mengenai kekebalan penceroboh Sulu itu menjadi percakapan ramai apabila tersebar di laman sosial gambar mereka yang terbunuh memakai tangkal dan kain berwarna kuning pada badan. Ramli berkata, penggunaan tangkal itu mungkin untuk meyakinkan pengikut kumpulan berkenaan bahawa tindakan mereka kononnya adalah jihad. "Hakikatnya hanya ilmu pengetahuan yang mampu memberikan kita kepandaian dalam mempertahankan negara dan bukan ilmu tahyul yang menyempitkan akal kita," katanya. - BERNAMA | ||||
| Kawasan Keselamatan Khas Sabah Dikenali Sebagai Esscom Posted: 11 Mar 2013 12:00 PM PDT Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pada Isnin mengumumkan bahawa kawasan keselamatan khas sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah akan dikenali dengan nama Eastern Sabah Security Command (Esscom). Beliau berkata, nama Esscom itu dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah (JKKN) pada mesyuaratnya di sini, Isnin. "Penggunaan nama Esscom juga dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan perincian butiran lanjut mengenai hal ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu. Khamis lepas, Najib mengumumkan pembentukan kawasan keselamatan khas ketika meninjau operasi pasukan keselamatan membanteras pencerobohan pengganas Sulu di Felda Sahabat 16, berdekatan dengan Kampung Tanduo, Lahad Datu. Kumpulan pengganas dari selatan Filipina itu memasuki Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu dan sejak itu menjadikan kampung tersebut sebagai kubu mereka serta enggan menyerah diri atau meletakkan senjata. Pada 1 dan 2 Mac lalu, kumpulan pengganas itu telah bertindak ganas dengan melakukan serangan hendap terhadap pasukan keselamatan negara, mengakibatkan lapan anggota polis terkorban di Kampung Tanduo dan Kampung Simunul, Semporna. Musa, semasa mengadakan persidangan video dengan Najib di Putrajaya pada Isnin, berkata rakyat menyambut baik pengumuman perdana menteri mengenai pembentukan kawasan keselamatan khas dari Kudat hingga ke Tawau. Selain itu, lima batalion tambahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditempatkan di lokasi strategik sepanjang kawasan itu dengan pusat kawalannya di Lahad Datu. "Saya yakin, langkah ini akan meningkatkan lagi keyakinan rakyat, pelabur dan pelancong terhadap tahap keselamatan khususnya di kawasan pantai timur Sabah," katanya. Pada persidangan video itu, Musa turut menghargai pengorbanan anggota keselamatan yang sedang bertugas menjaga keselamatan rakyat di Sabah khususnya di Lahad Datu. "Pengorbanan anggota keselamatan tidak sekali-kali akan dilupakan sebaliknya rakyat Sabah akan terus mengingati dan menyanjung tinggi segala bakti dan pengorbanan mereka," katanya. - BERNAMA | ||||
| KISAH NGERI DISEBALIK KEMATIAN PAHLAWAN NEGARA Posted: 11 Mar 2013 11:00 AM PDT Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan. Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya merasakan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak. Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin .. Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus. Dia menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang. Ada anggota yang telah mati dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka. Dia bernasib kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diurunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu. Akhirnya dia diselamatkan. kedua tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat menggerakkan tangannya itu. Air matanya berlinangan. Dia tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim !! Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang pergi .. semoaga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada .. Amin Ya Rabb . SEBARKAN... |
| You are subscribed to email updates from Apple Biru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.













.jpg)











No comments:
Post a Comment