PAPA GOMO |
Posted: 09 Feb 2013 06:00 PM PST Di dalam sesebuah parti, apa yang perlu dan harus ada ialah prinsip dan pendirian parti. Prinsip dan pendirian parti membezakan suatu parti dengan yang parti lain atau lawannya. Sebagai rakyat biasa, kehendak memilih parti bergantung kepada apa yang ditawarkan oleh parti itu dan terpulang kepada rakyat parti mana yang mahu dipilih. Bagi sebuah parti yang bernama PAS, sekian lama ia telah mengunakan logo dan lambang Islam, sekalipun perbuatan 'Islam'nya masih dilihat kabur dan tidak nyata. Bagi yang cetek pemerhatiannya, pasti akan terpikat dengan luaran dan lambangnya, walaupun pengisiannya kosong belaka. Sejak kebelakangan ini PAS sudah semakin jauh tersasar dan terkeluar dari landasan, malah semakin jelas kelihatan PAS tiada langsung berbaur Islam malah lebih sekular dari parti yang didakwa sebagai sekular atau parti-parti sekular yang lain. Dan lebih parahnya, PAS kini lebih zalim dari musuhnya yang PAS selama ini dakwa sebagai zalim dan buta perut. Pemecatan Hasan Ali tanpa dipanggil untuk membela diri, kini mula berjangkit kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa, juga tanpa pembelaan diri malah dikatakan tanpa surat utusan rasmi pun (hanya dalam beberapa hari yang lalu baru Bekas Timbalan Presiden parti ini menerimanya), memangnya adalah manifestasi isi dalam perut PAS. Nampaknya kezaliman memang menjadi amalan kepada parti yang menumpang nama agama berbillion umat Islam lain di dunia ini. Selain dari tidak mengamalkan demokrasi, manusia yang dilantik menjadi Mursidul Am disifatkan sebagai lebih berkuasa dari Presiden parti yang perlu bertanding untuk mendapatkan kuasa. Begitulah cara amalan demokrasi ala-ala PAS. Sebagai parti yang menghina dan memperlekehkan segala undang-undang yang sedia ada, PAS tampak seperti tidak mempunyai undang-undang atau peraturan langsung untuk dituruti. Undang-undang bagi PAS adalah apa yang diputuskan oleh badan yang tidak dilantik oleh ahli sendiri seperti jawatan Mursyidul Am dan juga Majlis Syuranya. Inilah undang-undang autokratik yang lahir dari parti yang tidak mempunyai peraturan mahupun undang-undang tetap. Maka tidak hairanlah apabila sebilangan rakyat tidak yakin dengan perjuangan mahu melaksana kan undang-undang Tuhan apabila parti itu sebenarnya tidak mengamalkan sebarang undang-undang. Contoh klasik adalah kes Ustaz Nasha Mat Isa dan Hasan Ali, yang digambarkan seolah-olah telah melakukan dosa besar walaupun dosa besar itu adalah hanya dosa bagi agama PAS dan bukan Islam. Bagi PAS, melaksana kan perintah Allah adalah satu dosa besar dan kemunafikan yang tiada ampunnya. Ditambah pula dengan manusia seperti Ustaz Nasha Mat Isa yang berani melaungkan perintah Allah tentang persaudaraan Islam. Beliau juga mengamalkan dasar berbakti kepada saudara sesama Islamnya dengan mendekati diri kepada yang mahu beramal. Seperti mengikuti rombongan Perdana Menteri Malaysia mahu ke Gaza dalam menghulurkan bantuan. Begitu juga dengan Hasan Ali, tampak juga telah melanggar perintah agama PAS, dengan cubaan melarang ikhtiar keras DA, dari segi penyebaran penjualan arak sehinggalah menjadi dalang membongkarkan gerakan memurtadkan umat Islam oleh badan-badan berpaksikan DAP. Ini di kira dosa besar pada agama PAS. Kerja mahu mengembirakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan DAP telah dikira gagal dan memalukan akibat perbuatan Nasha Mat Isa dan Hasan Ali ini. Jika sebuah parti tidak lagi mampu melaksanakan prinsip atau dasarnya, maka parti itu amat sesuai dibubarkan sahaja. Elok sangat PAS ikut rentak parti Sosialis Rakyat Malaysia yang membubarkan parti apabila bernikah dengan Parti Keadilan Rakyat. Ini satu jalan yang mulia, tidak berpura-pura dan tidak mempermainkan sesiapa pun. Umum mengetahui Anwar Ibrahim telah menguasai PAS, dan tidak tanduk PAS selama ini juga sekadar mahu menggembirakan Anwar dan rakan taulan DAP. Jelas kelihatan dasar pemerintahan buku Jingga tiada sedikit pun merujuk kepada kehendak PAS melainkan kepada kehendak PKR dan DAP. Hudud dan Negara Islam hanyalah nyanyian PAS untuk bersenggama, tidak langsung diberi seperenggan pun tempat di dalam Buku Jingga. Mungkin Anwar Ibrahim boleh membubarkan PAS jika beliau mahu, dengan kekuatan wang dan dana, dengan mereka-mereka yang mampu dimiliki dengan wang ringgit di dalam PAS. Namun atas dasar mahu menggunakan logo Islam, lebai dan serban untuk memikat segmen rakyat maka hasrat itu tidak diteruskan oleh Anwar. Namun jika Anwar tidak mahu membubarkan PAS kerana mahu menunggang parti itu sebaik mungkin, maka elok sangatlah ahli PAS sendiri membubarkannya. Apa guna kewujudan sesebuah parti jika tugas dan tanggungjawab sekadar melaksanakan hasrat parti lain? Apa perlu sebuah parti jika perjuangannya menjadi korban kepada perjuangan parti lain? Inilah masa yang terbaik untuk PAS boleh berjasa kepada rakyat, dan mungkin akan menjadi jasa paling terbaik kepada umat Islam, iaitu membubarkan parti dan menjadikan perjuangan sekular PKR dan DAP sebagai perjuangan PAS yang baru, kerana sememangnya itulah arah dan landasan yang mulai dilihat oleh rakyat sejak akhir-akhir ini dan bagi mereka yang mahu melihat dengan teliti. Doa PAS yang sentiasa mengejek UMNO akan pupus nampaknya telah kembali kepada kepada itu, sedang UMNO tidak perlu kompromi dengan sesiapa pun, PAS pula sehingga hampir menjual nama Tuhannya sendiri akibat politik 'ambil hati'. UMNo masih di situ dengan dasar yang serupa, PAS pula cuma wujud bagi pihak lain, dasar perjuangan parti sudah lama dibuang dan dibakul sampahkan. Yang tinggal kini hanyalah perjuangan Anwar dan DAP menjadi bantal peluk PAS setiap malam. Parti PAS kini wujud untuk rakan taulan dan pihak lain, bukannya untuk Islam mahupun kepada ahlinya. Elok dibubarkan sahaja PAS Sumber KLIK DISINI Psssttt... PAS parti yang dikuasai orang orang Anwar Ibrahim Undi PKR Bawa Kehancuran Negara Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara. |
Video Ah Jib Gor Buatkan Anwar Ibrahim Cuba Nak Tiru Pukul Gendang Posted: 09 Feb 2013 04:00 AM PST Tahniah Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak..... Terbaik apa yang anda lakukan ini. Ah Jib Gor KLIK DISINI Psssttt... Anwar Ibrahim jangan cuba nak tiru pulak, hang tu sakit pinggang. hahaha Undi PKR Bawa Kehancuran Negara Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara. |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment