PAPA GOMO

PAPA GOMO


Penarik Beca Kuala Terengganu Kata PAS Parti Karut.

Posted: 22 Feb 2013 07:19 PM PST

Sedikit dialog antara PM Najib Razak dan penarik beca di Pasar Payang tadi:

Penarik beca: "PAS ni karut"

PM Najib Razak: "Karut macam mana"

Penarik Beca: "Karut banyak bohong pandai cakap sahaja"

PM Najib Razak: "Dulu masa PAS perintah?"

Penarik Beca: "Janji pandai tapi habuk pun takde"

PM Najib Razak: " Sebab tu BN amalkan Janji Ditepati"

Mantap lah beb, penarik beca pun boleh fikir realiti parti PAS yang hanya pandai menabur janji tetapi tak menepati janji yang ditabur. Berbeda dengan Barisan Nasional yang sentiasa menunaikan Janji walau apa pun cabarannya.

BN "Janji Ditepati"


Psssttt.... PAS pernah tadbir Terengganu 1999 - 2004 Habuk pun takda.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Najib Razak & Isteri Kini Di Pasar Payang

Posted: 22 Feb 2013 06:29 PM PST

Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak kini berada di Kuala Terengganu dalam siri Jelajah Janji Ditepati. Beliau sampai jam 10 pagi tadi bersama isteri Datin Sri Rosmah Mansor.

Ketibaan PM di Pasar Payang Kuala Terengganu disambut meriah oleh para peniaga dan rakyat yang telah menunggu ketibaan PM sejak jam 7 pagi lagi.

Laporan lanjut menyusul...


Psssttt... Ada juak Fuckatan buat kecoh gangu Walkabout PM... Cam harem...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ketua Pengarah BTN Raja Arif Ego Dengan Kuasa Yang Beliau Ada.

Posted: 22 Feb 2013 06:13 AM PST

"48 Orang Saya Dah Tukarkan"

Mereka yang ada kuasa selalunya memang berlainan dengan kita yang level dibawah ini. Apatah lagi jika kuasa yang dipegang oleh seseorang itu sememangnya begitu besar sehinggakan pihak yang lain tidak mampu membuat apa apa tentang keputusan orang yang bejawatan tersebut.

Ketua Pengarah BTN YM Dato Raja Arif seharusnya berfikiran matang dalam kedudukan beliau selaku seorang yang berjawatan penting dalam kerajaan. Dengan kuasa yang beliau ada selaku ketua Pengarah seharusnya amanah yang beliau pegang itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin tampa melakukan sebarang aktiviti CANTAS pegawai pegawai BTN yang bukan berada dibawah pengaruh beliau.

Gomo amat terkilan dengan ketua Pengarah BTN ini kerana telah melakukan satu gerakan yang tidak sihat yang mana MENUKARKAN pegawai pegawai BTN yang tidak berada dibawah pengaruh beliau ke lokasi lokasi yang boleh dipertikaikan.

Atas sebab apa seorang pegawai yang berpengalaman di peringkat pusat dengan banyak melakukan tugas tugas penting untuk negara di tukarkan ke lokasi JIN BERTENDANG tampa kenaikan pangkat? Apakah YANG MULIA RAJA ARIF tidak peka dengan potensi pegawai dibawahnya sehingga menukarkan mana mana pegawai yang berkebolehan membantu kerajaan?

Mungkin dalam artikel ini ada yang beranggapan Gomo beremosi apabila seorang sahabat baik Gomo ditukarkan oleh Raja Arif. Memang benar Gomo beremosi namun beremosi dengan minda yang bijak sepertimana yang Raja Arif selalu katakan bahawa nak buat sesuatu kena fikir dengan bijak.

Kejam atau tidak Raja Arif apabila menukarkan seorang pegawai yang mana isteri kepada pegawai tersebut sarat mengandung? Penangguhan diberikan kepada pegawai tersebut dan selepas bersalin isteri pegawai tersebut terus diarahkan untuk melaporkan diri di kawasan HUTAN. Mana hati perut Raja Arif selaku seorang Ketua Pengarah? Apakah beliau kini tidak berotak ataupun dipengaruhi seseorang lain dalam BTN?

Sayang Raja Arif tidak bijak dalam pekara ini apabila melakukan tindakan KUKU BESI dengan jawatan yang beliau ada untuk menukarkan pegawai pegawai yang berkebolehan diperingkat nasional ke kawasan BERUK semata mata dendam kerana pegawai tersebut bukan dibawah pengaruh beliau.

Gomo difahamkan setakat ini dengan pilihanraya yang hampir tiba sebanyak 48 orang pegawai BTN telah ditukarkan oleh Raja Arif atas sebab sebab yang tidak munasabah. Penukaran dari peringkat pusat ke kawasan pendalaman dilakukan tampa kenaikkan pangkat mahupun gaji sebaliknya mereka yang diluar pusat dibawa masuk ke Putrajaya dengan kenaikkan pangkat dan juga Gaji.

Raja Arif mungkin dapat menjawap segala tomahan ini kepada pihak di Jabatan Perdana Menteri dengan menyatakan "Pertukaran Pegawai ini adalah rutin biasa dalam sesebuah jabatan". Itu jawapan beliau dan Gomo yakin pihak atasan akan menerima jawapan tersebut. Tetapi sebaliknya perhalusi pertukaran pegawai pegawai tersebut apakah rutin kebiasaan ataupun sebaliknya.

Apakah Raja Arif mahu membina empayar di BTN? Dengan pilihanraya yang hampir tiba Gomo rasa Raja Arif telah melakukan sesuatu percaturan untuk membuat satu TABUNG KECEMASAN didalam BTN bagi menyelamatkan beliau jika ada sesuatu yang berlaku pada pilihanraya kali ini.

Kupasan lanjut mengenai sikap Ketua Pengarah BTN sila layar blog Sanggah Tok Janggut yang menceritakan lebih detail permainan Raja Arif selaku ketua Pengarah yang MENYALAHGUNAKAN KUASA yang beliau ada.

KLIK DISINI

Psssttt...... Raja Arif, Demo mungkir janji dengan amanah yang diberi Perdana Menteri.


Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...