Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Video Kelakar GILA, Pertama Kali Naik Kapal Terbang!!

Posted: 08 Feb 2013 07:19 AM PST


Sejak akhir-akhir ni Mc asyik berpolitik 24 jam. Sampai naik pusing kepala asyik baca politik. Tapi malam ni kita layan gelak pulak, sekali-sekala selit apa salahnya. Video ni memang kelakar, pada sesiapa tak gelak tu bermakna memang dia anak luar nikah! ha ha ha..

Ok, layan video dulu bro.. Mc ada kerja overtime malam ni.. hehe

PANASS!! Mazlan Aliman Di Maki Anwar Kerana GAGAL Burukan #FGVH dan Felda?

Posted: 08 Feb 2013 04:39 AM PST




Nampaknya Mazlan Aliman sentiasa ada cara nak menjahanamkan felda. Mazlan mencari jalan untuk memburuk-burukan felda dan saham FGV. Pelbagai cara yang Mazlan usahakan semata-mata mahukan felda buruk di mata rakyat Malaysia.

Mc tahu, Mazlan ni cari makan dengan Pakatan, tugasnya hanyalah burukan felda dan FGV. Kalau takdak cerita baru tentang felda dan FGV. Anwar akan call Mazlan dah maki hamun dia.

Sebab tu, walaupun takdak cerita buruk, Mazlan akan tetap buat cerita yang buruk pasal felda dan FGV. Biasa la cari makann..

Baru-baru ni, Mazlan buat laporan SPRM terhadap Pinjaman Felda RM6 bilion daripada KWSP. Kononnya Felda telah kehilangan RM500 juta dan FGV (Felda Global Venture) tidak mendapat apa-apa keuntungan tetapi telah diberikan pinjaman sebanyak RM6 Billion oleh KWSP untuk menerokai pasaran antarabangsa.

Mazlan ni tak cerdik sebenarnya, dia bukan tahu apa pun pasal permainan saham ni. Dia saja buat-buat pandai. Lepas kantoi nanti, buat muka tebal dan bodoh. Sebab tu orang selalu halau dia dari masuk felda. Sebab orang dah menyampah dengan pembohongan dan fitnah yang dia bawa.

Lepas tuduhan yang dilakukan Mazlan terhadap felda dan FGV, Datuk Ahmad Maslan menjelaskan bahawa RM1.5 bilion telah dibelanjakan untuk pembelian kilang gula milik Robert Kuok, yang diapungkan di Bursa Malaysia.

RM2 bilion lagi telah dibelanjakan untuk program penanaman semula kelapa sawit, dan yang paling penting, tanah peneroka tidak dijadikan cagaran. Sekali lagi diulang, tanah peneroka tidak dijadikan cagaran.

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya Felda mempunyai RM20 bilion dalam aset dan RM10 bilion dalam bentuk tunai dan saham yang boleh diganti. Jadi pinjaman KWSP tidak memerlukan cagaran. Sebab aset felda dah cukup kukuh!

Pinjaman tersebut membolehkan Felda melabur di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada dalam sektor minyak sayur-sayuran dan bijirin berasaskan minyak oleokimia. Oleokimia ni boleh menghasilkan produk kosmetik yang bermutu.

Sudah tentu kita memerlukan modal yang besar untuk membuat pelaburan yang besar diluar negara. Jika pelaburan besar, pulangannya juga sudah tentu lebih besar. Inilah perancangan hebat Felda di luar negara.

Memang sekarang kita tak nampak kekuatan yang ada pada felda dan saham FGV. Kerana semuanya masih baru, tunggu bila segalanya sudah terlaksana. Insyallah FGVH akan setanding pelaburannya seperti Petronas, malah lebih hebat lagi.

Jadi, tolonglah jangan layan si Mazlan Aliman tu. Dia tu bukan ada apa-apa kepentingan pun. Dia pun tak tahu asas pelaburan. Apa yang dia tahu, mencari salah felda dan FGV untuk dijadikan isu. Kalau takdak isu, dia fitnah.

Biasa la modus operandi pakatan ni. Fitnah berulang-ulang, lama-lama orang akan percaya berita tu benar.


McTheory:
Tapi rasanya rakyat Malaysia lebih bijak untuk mengetahui yang mana intan, yang mana kaca!

PANASS!! Bila Ketua Blogger Pas Kedah KENA SAPU Dengan Naib Ketua Puteri UMNO!! #PasTulurKucut

Posted: 08 Feb 2013 01:18 AM PST



Lawak betui la Penerangan Pas Kedah si Zulkifli Yahaya yang juga Ketua kepada blogger Pas di Kedah. Pada mulanya nak berlagak hero, dengan menyerang Shahanim Naib Ketua Puteri Malaysia. Namun serangan Zul Ya tu dapat dipatahkan dengan mudah, lalu Zul Ya.. tunduk mengalah dan mengundur diri. he he.. apa punya tur.. ingat hebat sangat, rupanya menikus!

Baca screen shot yang Mc ambil dari blog Duke



Apa daa.. Zul Ya oii.. dalam blog sikit punya hebat dok hentam Shahanim, fitnah sana, fitnah sini. Tapi bila berdepan, kaku terus tanpa jawapan. Apa ni Zul??

Untuk cerita lebih detail pasal ni, boleh baca kat SINI

McTheory:
Dengan perempuan KALAH ka? cehh..

PANASS!! Hanya Kerana BAIAH Talak Tiga, Ustaz Nasharuddin SETIA Dengan Pas!! #PasKejam

Posted: 07 Feb 2013 11:16 PM PST


Semenjak isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang melibatkan kerjasama politik antara UMNO dengan PAS pasca PRU 12 2008 dulu menemui jalan buntu, sejak itulah bekas Timbalan presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa sering dikambing hitamkan oleh rakan-rakan kepimpinan parti itu.

Ahli Parlimen PAS Bachok, itu tidak hanya dicemuh tetapi turut sering kali dituduh sebagai agen UMNO, malah Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sudah beberapa kali menghambur kata-kata kesat menghambat Nasharudin keluar dari parti.

Walhal disebalik timbulnya ura-ura mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO, datangnya dari kebenaran Majlis Syura Ulama PAS yang dipengerusikan sendiri oleh Nik Aziz pada April 2008, yang mana bekas Timbalan Presiden Pas itu telah diberi mandat sebagai perantara ke arah menjalin hubungan dengan UMNO.

Tapi disebabkan ugutan dan gertakan dari DAP serta PKR, ditambah pula dengan lamunan indah yang diwar-warkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akhirnya PAS menarik handbrake, lantas tak pasal Ustaz Nasharudin pula yang menerima padahnya.

Bila mana timbulnya polemik isu hudud dan kalimah Allah s.w.t ditambah lagi dengan ketegasan Ustaz Nasharudin mempertahankan kebenaran, akhirnya sekali lagi Ustaz Nasharudin menjadi bahan momokan dipersenda dan diperlekehkan oleh rakan seperjuangan.

Malah selepas Ustaz Nasharudin dipecat keanggotaannya dalam Majlis Syura, tanpa bertangguh Nik Aziz membuat kenyataan bahawa keahlian bekas Timbalan Presiden PAS itu secara automatiknya turut gugur sebagai ahli parti.

Namun demikian, kenyataan gelojoh Mursyidul Am PAS itu bagaimanapun dinafikan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang telah menjelaskan keahlian Ustaz Nasharudin dalam PAS masih kekal dan tidak terjejas dengan tindakan pemecatan sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Disebalik semua itu, bekas Timbalan Presiden PAS itu terus kekal dalam PAS. Tindakannya itu menyebabkan khalayak umum tertanya-tanya sendirian, kenapa dan mengapa Ustaz Nasharudin terus bertahan dalam PAS sekalipun maruahnya dihina dan diherdik sedemikian rupa?

Jawapan kepada persoalan itu, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana wujudnya sumpah baiah talak tiga yang mana setiap wakil rakyat PAS wajib mematuhinya. Jika gagal berbuat demikian, misalnya dengan bertindak keluar dari PAS, bermakna ikatan suami isteri terputus dunia dan akhirat.

Polisi zalim sebegini yang meletakkan hubungan suami isteri bagi menjamin kesetiaan wakil rakyat PAS kepada parti bukanlah perkara baru dan ia sememangnya wujud serta diakui sendiri oleh pemimpin PAS sendiri.

Kesucian hubungan suami isteri yang sepatutnya disanjung tinggi bukannya satu persoalan besar pada pandangan PAS hatta sekalipun perceraian adalah benda halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t, namun bagi PAS selagi ia bermanfaat untuk politik kepartian duniawi selagi itulah PAS sanggup memperalatkannya.

Justeru itu, selepas menelaah senario ini terjawablah persoalan kenapa dan mengapa Ustaz Nasharudin terus kekal bersama PAS dan tidak bertindak keluar dari parti walaupun parti itu secara keseluruhannya telah jauh dari landasan asal perjuangannya. - Media Kedah

Untuk penjelasan, boleh dengar rakaman audio temuramah bersama Ustaz Nasharuddin Mat Isa.



McTheory:
Kalau bukan kerana BAIAH itu, dah ramai YB Pas angkat kaki!

PANASS!! Apabila Dr Juanda SERANG Kuala Langat!!

Posted: 07 Feb 2013 08:34 PM PST


Video dari Dr Juanda, Mc dapat dari Keris7Lok, katanya kedatangan Dr Juanda ke Kuala Langat mendapat sambutan dari orang Pas dan UMNO. Ternyata ceramah yang Dr Juanda berikan adalah hebat dan penuh dengan ilmu, berbanding ceramah Pas yang penuh dengan fitnah dan caci maki!


Ceramah ini dianjurkan oleh Pemuda UMNO Kuala Langat. Untuk sambung baca boleh klik SINI


McTheory:
Inilah yang orang nak, ceramah penuh ilmu..

PANASS!! YB Joe Pas Kupang Cabut Lari Sesi Dialog Dengan Penduduk Kampung!! #TukarKedah

Posted: 07 Feb 2013 05:37 PM PST




Sebenarnya Mc pun tertunggu-tunggu dialog diantara penduduk dan pihak consultant di Kupang Baling. Sudah tentu YB Joe akan ada sekali untuk menyelesaikan masalah. Baca laporan cari blogger tersohor Baling si Kamera Kupang.

Seperti yang KK (Kamera Kupang) maklumkan berhubung sesi dialog disini yang berlangsung di Baling, tidak mendapat sambutan seperti yang di inginkan apabila hanya 15 orang sahaja penduduk yang terlibat HADIR. Selebihnya adalah kakitangan dari pejabat Perbadanan Menteri Besar, wakil Syarikat yang di lantik dan wakil PAS kawasan Baling.

Dalam pada itu, KK hendak juga masuk untuk mengetahui butiran maklumat perbicangan dan sesi dialog tersebut. Tetapi KK dinasihatkan oleh "Ketua" untuk tidak menonjolkan diri dalam sesi dialog berkenaan. Bagaimana KK sempat meninjau dari luar Dewan dan sempat berbual dengan salah seorang dari mereka yang menghadiri majlis berkenaan.

Semasa awal sesi dialog bermula keadaan agak tenang dan berjalan lancar. Memasuki sesi soal jawab keadaan dalam dewan mula panas, Sahabat KK bangun bertanyakan soalan mengenai "pembalakan yang tidak mendapat kelulusan/permit dari Jabatan Alam Sekitar" Dengan berbekalkan surat serta kenyataan yang di keluarkan oleh pegawai JAS.





Apa lagi mulalah "goyang" dan tergagap-gagap wakil Syarikat yang di hantar oleh MB kedah menjawab. seterus wakil syarikat tersebut berjanji ("hmmmmm Janji lagi" kes geran pun tak selesai) untuk menyelesaikan permohonan serta mendapatkan kelulusan dari JAS.

YB Johari yang pada ketika itu, berada didalam dewan mula gelisah, apabila sahabat KK mula mempersoalkan beberapa dokumen yang dikeluarkan oleh pejabat YB Johari di Kupang dan juga tindakan pengusaha Balak yang meningkari peraturan arah JAS.



Apa lagi YB Johari mulai "Cuak" dan terus bangun dari kerusi dan berlalu pergi dengan alasan ada lagi Majlis yang perlu beliau hadiri.

Sambung baca SINI

Ha ha ha.. lari Cikgu Joe? Awat lari awal sangat. Selesaikanlah masalah rakyat tu dulu, nak lari buat apa. Patutnya dialog tu untuk selesaikan masalah geran yang tertunda setelah sekian lama. Bukannya dengan menjelaskan perkara tersebut dengan janji yang tak sudah.

Susah bila janji lama di sulam dengan janji baru. Namun itulah yang berlaku sekarang ni. Kerajaan Pas Kedah tak habis berjanji dengan rakyat. Contoh terbaik kisah di Baling ni la. Patutnya Cikgu Joe, selesaikan masalah geran tanah tu, sebab dia dah ambil duit.

Kalau tak boleh selesaikan, sekurang-kurangnya, bagilah duit tu balik. Ni tak, duit dah sapu, geran tanah atau nombor rujukan proses (pejabat tanah) pun takdak. Nampak sangat menipu!

Jadi apa motif Pas adakan sesi dialog semalam? Nak jawab kes janji lama dengan 'sambung kontrak' janji dulu dengan janji baru? he he.. biol punya Pas!


McTheory:
Orang gila pun boleh fikir, takmau undi Pas woo..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...