Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT INFO! Kisah Christopher Calumbus Belajar Jelajah Dunia Hanya Penipuan?

Posted: 28 Feb 2013 07:17 AM PST

Mengikut sejarah Barat, Magellan, Christopher Columbus, Vasco da Gama, Alexander de al Buquerqu adalah beberapa nama yang diangkat menjadi tokoh pelayaran dunia Barat serta mubaligh ajaran Kristian yang tersohor. Mereka juga yang mengangkat Ferdinand Magellan menjadi manusia pertama yang berjaya mengelilingi dunia. Benarkah fakta ini?

Jika anda menonton dokumentari ataupun kisah pelayaran orang-orang Barat, pasti anda akan disogok dengan beberapa peristiwa yang mengundang rasa kagum dan simpati kita pada mereka. 

Antaranya ialah kesusahan serta keperitan mereka ketika belayar, tekanan dan dilema yang dihadapi oleh anak-anak kapal yang letih belayar, sikap tidak putus asa mencari jalan untuk pulang ketika tersesat di lautan yang luas, kapten kapal yang obses dengan sejarah pelayaran terdahulu dan bermacam-macam lagi. Hal inilah yang turut saya rasakan ketika menonton kisah pelayaran Magellan pada tahun 1520 yang disiarkan di TV1 baru-baru ini.

Jangan kita larut dengan propaganda Barat ini kerana umat Islam lebih awal melakukan aktiviti pelayaran berbanding Barat! Buktinya, rekod pelayaran Ibnu Batutah yang dicatatkan dari tahun 1325 hingga 1354 masih lagi wujud dan digunapakai hingga ke hari ini. 
Pengembaraan Abu Abdullah Muhammad b. Abdullah Al-Lawati Al-Tanji ini bukan sahaja melibatkan pelayaran di laut tetapi turut melibatkan perjalannya di darat yang merangkumi kira-kira 75 000 batu perjalanan.
Ibnu Batutah juga merupakan tokoh Islam yang berjaya membuktikan bumi ini bulat dan bukannya berbentuk empat segi seperti yang didakwa oleh seorang lagi tokoh pelayaran Barat, Ptolemy. Peta pelayaran lengkap Ibnu Batutah gagal diperoleh oleh orang Barat. 

Oleh itu, tidak hairanlah Magellan tersesat beberapa kali di lautan serta terpaksa mengikut nalurinya sendiri ketika belayar kerana menggunakan peta dunia yang dilukis oleh Ptolemy. Peta tersebut juga diakui tidak mengikut skala saiz bumi yang asal(diameter bumi kurang 28%). Akhirnya, mereka mencipta pelayaran sendiri dan di akhir pelayaran Magellan, baru dibuktikan bumi itu bulat!

Kitab pelayaran Ibnu Batutah iaitu Tuhfah Al-Nuzzar fi Ghara'ib Al-Amsar wa Ajaib Al Asfar(Persembahan Seorang Pengamat Tentang Kota-Kota Asing dan Perjalanan Yang Mengkagumkan) telah ditulis oleh Ibnu Jauzi, seorang juru tulis Sultan Morocco dan karya agung tersebut telah diterjemah ke beberapa bahasa lain. 

Karya ini juga menjadi rujukan utama untuk armada laut kerajaan Abbasiyah dan Uthmaniyyah ketika melakukan pelayaran dan penjelajahan menakluk negara-negara di bahagian dunia yang lain. Secara tidak langsung, proses dakwah agama Islam telah awal lagi dilaksanakan oleh kerajaan Khilafah Islam berbanding orang Kristian Barat. Hasilnya, wujudlah beberapa kerajaan Islam seperti Kerajaan Islam Delhi di India.

Bidang kejuruteraan maritim Islam berkembang mudah kerana galakan pemerintah Islam. Kerajaan Abbasiyah ketika zaman pemerintahan Khalifah Mutawakil (220H/884M) amat menggalakkan ekspedisi-ekspedisi pelayaran dilakukan. 

Dinasti Fatimiyyah(350H/915M) pula telah memonopoli angkatan laut di Afrika Utara dengan pembinaan dermaga-dermaga kapal bersama penciptaan kapal dan alat pelayaran yang lebih maju. Pembinaan kapal oleh Barat turut dipengaruhi oleh seni bina asal yang dipelopori Islam. Selain itu, faktor geografi negara Arab yang strategik (antara Timur dan Barat) memudahkan siri pelayaran dan penjelajahan dilakukan berulang kali.

Agenda asal pelayaran oleh orang Barat sebenarnya bertujuan untuk meneruskan siri Perang Salib. Mereka melakukan pelayaran untuk sampai ke kawasan-kawasan yang dikatakan telah berlaku perkembangan agama Islam dan cuba mengkristiankan masyarakat Islam di sana. 

Jelas bahawa tujuan mereka adalah kerana agama(lihat layar kapal Victoria yang digunakan Magellan-bertanda salib) di samping cuba meluaskan pengaruh kuasa negara asal mereka ke negara-negara luar. Orang Barat sebenarnya hanya mampu mengambil alih fahaman pagan dan animisme, bukannya agama Islam kerana aqidah masyarakat Islam lebih kuat dan Islam lebih awal sampai dari yang mereka jangkakan.

 Masyarakat Islam di Filipina misalnya, melarikan diri ke negara lain yang terdekat iaitu Ambon dan Mindanao apabila kawasan mereka dimasuki oleh pendakyah Kristian dari Sepanyol ini.

Walaupun agama menjadi matlamat utama pelayaran mereka, sistem yang diamalkan oleh Sepanyol tetap zalim berbanding penjajah Barat yang lain. Mereka mengamalkan sistem buruh paksa ke atas rakyat tempatan sedangkan penjajah British mengajar rakyat jajahannya menjadi pegawai. Beza sekali sistem yang diamalkan oleh kedua negara penjajah ini.

Ingin saya tekankan di sini bahawa kebangkitan penjajah Barat dalam bidang pelayaran adalah lewat jika dibandingkan dengan Islam kerana proses pengkolonisasian mereka hanya bermula selepas kejatuhan empayar Andalus yang diikuti dengan siri peperangan Perang Salib. Tidak mustahil jika dikatakan sekiranya empayar Andalus berjaya dipertahankan hingga kini, era kegemilangan Islam akan berterusan dan negara Barat tidak akan berjaya menguasai dunia mahupun mewujudkan sejarah pelayaran yang kononnya dimulakan oleh mereka.


Negara Barat sebenarnya hanya mengambil peluang apabila Kerajaan Abbasiyah bangkit! Ketika Abbasiyah mula cenderung ke arah timur dan mengurangkan tekanan kepada kawasan Mediterranean, Barat mula mengumpul kekuatan untuk bangkit di penghujung pemerintahan kerajaan Islam ini. Sekurang-kurangnya Abbasiyyah tidak bergabung tenaga dengan kekuasaan saki-baki Umayyah di Andalus untuk meluaskan kuasa ke dunia barat. Pada masa yang sama, negara Barat turut membawa bersama ilmu-ilmu hebat milik Islam dan mengatakan ia milik mereka!

Islam terlebih dahulu melakukan eksplorasi dunia yang membawa kepada penemuan bidang ilmu lain seperti ilmu buruj, ilmu kejuruteraan maritim serta ilmu perdagangan. Satu kenyataan yang perlu diingat-tamadun Islam adalah tamadun yang paling awal(660-1924) dan paling lama, kira-kira 1300 tahun, berbanding tamadun Barat yang baru berusia 600 tahun(1400-2008)

PANASS!! Bakal Menteri Besar Selangor Dari Dap!! #ManifestoBukanJanji

Posted: 28 Feb 2013 04:36 AM PST


Wah! Ini Laporan daripada DAPinsider pasal permintaan DAP jika Pakatan menang di Selangor. LGE merancang untuk meletakkan Zairil sebagai proksinya di Selangor dengan mengenepikan Azmin Ali yang dikatakan calon utama untuk ganti Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Puiihhh Ingat boleh menang ke? Ini semua kerana LGE menjangkakan calon-calon PKR akan kalah teruk di Selangor dan yang tinggal hanya PAS dan DAP. Malahan kerusi yang dipertandingkan oleh DAP di Selangor lebih tinggi berbanding PAS dan PKR.

Maka kesempatan ini digunakan sementelahan Zairil yang merupakan Melayu Celup boleh jadi MB jika diperkenakan Sultan. Apapun permainan politik monopoli oleh DAP di Selangor dah nampak.

Kemana perginya taring PAS Selangor? Selepas Hassan Ali meninggalkan kapal Pas Selangor. Kapal Pas Selangor ibarat tanpa nakhoda. Entah-entah dah karam kot? he he..


McTheory:
Memang dah syak dah, mangkuk proksi Dap!

TUDIAA!! Buku Jinggay Hanya Setaraf Tisu Lap Punggung! #ManifestoBukanJanji

Posted: 28 Feb 2013 01:17 AM PST


Malah, tindakan Anwar itu dikatakan tidak profesional dan dianggap bertindak sesuka hatinya. Dah lancar, tapi boleh edit dan tambah. Apa kejadahnya tu? ha ha ha.. bongok Anwar ni.

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, tindakan meminda sesuatu dan bertindak sesuka hati tanpa berbincang adalah perkara biasa bagi Anwar.

Katanya, tabiat itu telah menunjukkan Ketua Pembangkang seorang yang angkuh dan sombong kerana tidak membawa perkara tersebut di peringkat jawatankuasa pusat.

"Bagaimana beliau hendak jadi Perdana Menteri sekiranya boleh meminda manifesto sesuka hati hanya setelah diminta berbuat demikian oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana individu," katanya ketika dihubungi Utusan Online, hari ini.

Anwar dilaporkan telah meminda manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pakatan pembangkang dengan menambah perkara berkaitan royalti minyak selepas dipersoal oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika menghadiri satu majlis di Pasir Puteh petang semalam.

Tambahan perkara itu ditulis beliau menggunakan tulisan tangan dan ditandatangani sambil mendakwa ia terlupa untuk memasukkan perkara tersebut yang selama ini diperjuangkan oleh kerajaan Pas Kelantan.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Ruslan Kassim pula berkata, perbuatan Anwar yang meminda manifesto tanpa berbincang itu sebagai sangat terdesak untuk menutup kesilapan pakatan pembangkang.

Malah, kerelaan Anwar membuat pindaan serta-merta setelah didatangi sebuah NGO itu hanya bertujuan memancing undi.

Katanya, banyak perkara lain "terlupa" atau sengaja dilupakan oleh pakatan pembangkang di dalam manifesto tersebut termasuk hudud, agama Islam, selain isu royalti minyak.

"Dalam perkara ini, saya boleh membuat kesimpulan bahawa Pas, PKR dan DAP ibarat tidur atas tilam yang sama, tetapi, mimpi lain-lain," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

GEMPAR!! Salleh Yaakub Bersara Dari Bidang Hiburan Kerana Ugutan Pencacai PR!! @Tunfaisal @KhairyKJ @MukhrizMahathir

Posted: 27 Feb 2013 08:48 PM PST



Salleh Yaakub adalah satu nama besar dalam industri hiburan tanah air kita. Mc diantara salah seorang peminat Salleh Yaakub. Namun keputusan Salleh Yaakub untuk mengundurkan diri dari dunia hiburan adalah sangat mengejutkan.

Amat sedih apabila seorang OTAI lawak seperti Salleh Yaakub undur diri kerana dikecam oleh pencacai Pakatan yang tidak dapat menerima realiti sebenar lawak buku jingga yang dibuat oleh Salleh Yaakub dan Nabil.

Sebagai rakyat Malaysia, Salleh juga mempunyai hak menyuarakan hasrat dan pendapatnya. Video Bangkang dari Longkang mengenai Buku Jingga merupakan pendapat beliau mengenai janji Pakatan selama ini.

Namun bila beliau dikecam sedemikian, bermakna Pakatan berniat jahat dan menghapuskan semua artis yang mengkritik mereka.

Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran cereka pendek di laman YouTube berjudul Bangkang dari Longkang .

Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Para penyokong kerajaan perlu membuat sesuatu untuk membina semula semangat Salleh untuk teruskan hidup. Kenyataan yang Salleh Yaakub buat ni, menunjukan beliau sekarang seolah-olah berada dalam ketakutan dan membuat salah yang amat besar!

Video kontroversi boleh tengok kat bawah,



McTheory:
Mungkin UMNO boleh menghantar wakil berjumpa dengan Salleh?

TUDIAA!! Apabila Penjenayah Kewangan dilantik Jadi Pengurus kewangan? #TukarKedah

Posted: 27 Feb 2013 07:17 PM PST


Mc tak faham apa yang difikirkan oleh pentadbiran KUIN ni. Kenapa boleh beri jawatan yang penting kepada seseorang yang pernah membuat masalah dalam bidang kewangan. Malah terbukti bersalah pulak tu. Baca artikel yang Mc ambil dari blog Pisau Kedah.

Insaniah Holding, sebuah syarikat swasta yang di bawa masuk oleh REKTOR KUIN, Jamil Osman dan di persetujui Azizan Razak, Menteri Besar Kedah yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN sebenarnya merupakan punca utama Kolej Universiti Insaniah menghadapi masalah kewangan yang sangat kritikal sehinggakan telah menyebabkan permasalahan di dalam membuat pembayaran gaji kakitangan KUIN.

Untuk Makluman. Dalam syarikat Insaniah Holding terdapat seorang penjenayah kewangan yang di beri jawatan menguruskan kewangan Insaniah Holding.

Ahmad Shkri Ramli merupakan Financial Controller / Pengurus Kewangan Insaniah Holding. Ahmad Shkri sebelum ini pernah di sabitkan dengan jenayah kewangan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia kerana melakukan jualan singkat 202 lot saham-saham AKN Technology BHD dan di denda sebanyak RM300 ribu.


Pada mula di dalam memegang jawatan sebagai Financial Controller, Ahmad Shkri di berikan gaji sebanyak RM2500 sebulan oleh Insaniah Holding. Selepas beberapa bulan berkhidmat, gaji Ahmad Shkri di naikan melebih 50% iaitu RM 4000.

Kenaikan gaji Ahmad Shkri tidak berhenti di situ saja apabila selepas setahun berkhidmat, CEO Insaniah Holding telah bersetuju menaikkan gaji Ahmad Shkri sebanyak 50% dari RM 4,000 menjadi RM 8,000 sebulan mulai 2012.

Akibat kos operasi Insaniah Holding yang tinggi, syarikat terbabit telah bertindak mengambil duit sebanyak RM 12 Juta pada tahun 2012 dari peruntukan Kerajaan Negeri Kedah kepada KUIN sebanyak RM 15 Juta setahun.

Bayangkanlah setiap kelima-lima CEO anak syarikat Insaniah Holding gaji mereka tidak kurang dari RM 10,000 dan paling tinggi RM 35,000 sebulan dan gaji mereka terpaksa di bayar menggunakan duit peruntukan tahunan Kerajaan Negeri Kedah kepada KUIN kerana Insaniah Holding gagal mendapatkan keuntungan.

McTheory:
Carilah yang pandai dan profesional, bukannya yang hanya pandai melingkup!

PANASS!! Karaoke 'GOYANG GERUDI' Berhampiran Pejabat MB Kelate!! #TukarKelantan

Posted: 27 Feb 2013 05:24 PM PST


Mari kita tengok ayam dan lembu goyang pinggul di hadapan rumah Nik Aziz....

Blog Tukar Kelate mengemukakan satu bukti rakaman tarian wanita berdangdut tidak jauh dari rumah Menteri Besar Kelantan itu.

"Muzik kuat, pergaulan bebas, wanita dan lelaki tanpa segan-silu menari di khayalak ramai itulah yang berlaku di Pulai Melaka, di mana lokasi tersebut tidak sampai 1 kilometer dari rumah Nik Aziz dan juga Masjid Tok Guru.

"Malah kami juga mempunyai bukti bahawa di Kelantan terdapat sebanyak 17 buah karaoke yang beroperasi sehingga jam 4.00 pagi malah ada yang beroperasi 24 jam.

"Tujuan kami bukanlah untuk mengaibkan atau menutup periuk nasik pihak-pihak terbabit, namun apa yang kami ingin paparkan adalah kegagalan PAS di negeri yang diberi gelaran Serambi Mekah yang mana rakyatnya dikatakan telah diberikan ilmu Islam sejak PAS memegang tampuk pemerintahan negeri tersebut pada tahun 1990,"dedah blog itu.


McTheory:
Celako, celako celako..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...