Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Komen Ustaz Fathul Bari tentang Nik Aziz Kata Penerima BR1M Sama dengan Haiwan!!

Posted: 25 Feb 2013 07:17 AM PST


PANASS!! Rakyat Kedah Mula Memberontak TOLAK Nik Aziz dan PAS!! #TukarKedah

Posted: 25 Feb 2013 04:37 AM PST



Nampaknya penerima BR1M di Kedah mula tunjuk perasaan membantah kenyataan Nik Aziz yang menyamakan diri mereka dengan lembu dan ayam. Lihat kain rentang yang diletak sekitar Baling.


Tindakan ini amat mengejutkan apabila ada kain rentang yang dipasang dibeberapa lokasi berhampiran pusat penyerahan BR1M bagi menunjukkan bantahan "rakyat" terhadap kenyataan Nik Aziz.


Bagi Mc ini hanya permulaan gelombang kemarahan rakyat terhadap kenyataan Nik Aziz tu. Malah Mc percaya rakyat Malaysia akan tunjuk kemarahan mereka pada PRU ke 13 ni. TOLAK PAS, TOLAK NIK AZIZ!

Cerita lanjut pasal kain rentang ni, boleh baca kat SINI

McTheory:
Orang tua biadap tu perlu diajar!

PANASS!! Ayahanda Tun Dr Mahathir Minta Peneroka Felda Kenang Budi! #Felda

Posted: 25 Feb 2013 01:17 AM PST


Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati peneroka Felda agar mengingati jasa kerajaan menganjurkan skim tanah rancangan terbesar dunia itu dan "tidak menggigit tangan yang membantu mereka".

Beliau menggesa peneroka agar meneladani peneroka terawal Felda yang terdiri daripada pemimpin Umno setempat yang setia kepada "orang yang memberi nikmat kepada mereka".

"Nikmat itu bukan sahaja dapat tambah pendapatan secara berterusan tetapi juga dapat klinik untuk perubatan dan anak-anak mereka dapat bersekolah," katanya.

Beliau turut menempelak golongan yang menurutnya tiada jasa kepada peneroka tetapi menghasut mereka untuk menerima bantuan kerajaan tanpa berterima kasih kepada kerajaan.

"Mereka tiada bukti kejayaan tetapi mereka menyeru kita jangan berterima kasih, (pesan) ambil RM500 dan gigit tangan dia.

"Kalau kita bagi kehidupan yg baik kepada anak kita, tiba-tiba depa (mereka) tumbuk muka kita, baikkah macam itu?

"Kita manusia tak buat macam itu, haiwan lainlah," katanya lagi yang turut menyeru warga Felda agar membalas budi pihak yang memberi nikmat kepada mereka dengan mengundi kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Mahathir berkata golongan peneroka perlu berterima kasih dan membalas budi kerajaan yang menurutnya berjaya mengangkat martabat peneroka – malah sehingga membolehkan golongan berkenaan mengupah pekerja untuk mengusahakan ladang masing-masing.

palm oil palm kelapa sawit 201107
"Ini yang harus kita lakukan apabila kita tahu bersyukur dan tahu berterima kasih. Kalau dia bertanding (pilihan raya umum), kita bagi undi.

"Kenapa kita nak tolong dia, sebab dia tolong kitalah. Kalau dia tak tolong kita, kita jadi penganggurlah dulu," katanya lagi dalam majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra itu.

Dalam ucapannya kepada lebih kurang 3,000 orang warga peneroka itu, beliau mengingatkan hadirin bahawa skim Felda adalah satu bentuk pertolongan dari satu umat Islam kepada umat Islam yang lain.

"Sebab itu apabila kita buat skim Felda ini, ia adalah satu bentuk tolong menolong di antara satu umat Islam dengan umat Islam yang lain," katanya lagi.

TUDIAA!! 100 Ribu Sambutan Jelajah Merdeka PKR di Kedah! #TukarKedah

Posted: 24 Feb 2013 10:16 PM PST


Memang hebat program PKR Jelajah Merdeka Rakyat di kawasan Dun Bukit Selambau. Mc diberitahu 100 ribu orang telah berkunjung ke sana. Hebat memang hebat! he he.. Kalau tak percaya boleh tengok gambar kat bawah ni.

tudiaa.. penuh khemah..

cuba kira, 1 khemah 50 ribu, dua khemah tak 100 ribu?

Mc rasa gambar yang dikirimkan pada Mc ni palsu dan superimpose. Sebab Mc diberitahu memang 100 ribu orang kat program tu. Mana mungkin takdak orang nak pergi program PKR.

PKR kat Kedah ni kuat sangat, UMNO pun tak dapat lawan la. Cuma Pas saja yang setanding dengan PKR ni. Habis laa UMNO, habis laa.. he he..

McTheory:
Lepas ni tentu PKR sapu semua kerusi Dun Kedah!! ha ha ha..

PANASS!! Anak Allahyarham Fadhil Noor Mahu UMNO dan PAS Bersatu Demi ISLAM!

Posted: 24 Feb 2013 07:18 PM PST

Seorang pendakwah yang merupakan anak bekas presiden PAS, Ahmad Fauwaz Fadzil membangkitkan semula soal kerjasama antara PAS dan Umno demi kepentingan Melayu dan Islam.

Malah, organ kedua-dua parti, Harakah dan Utusan Malaysia juga patut bekerjasama, kata anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor itu dalam satu wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia.

"Jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya dalam wawancara bersama akhbar milik Umno itu.

Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan.

"Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan,"

"Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya.

Sumber Mc ambil dari blog MPP.

UMNO rasanya lebih terbuka dalam hal ni. UMNO dah OK, cuma Pas masih lagi setia bersama Dap.

McTheory:
Bolehkah UMNO dan Pas bersatu??

PANASS!! Bilik Gerakan BN Diserang Pemimpin Pas!! #TukarKedah

Posted: 24 Feb 2013 04:36 PM PST

Sekadar hiasan


Pemuda UMNO/BN telah diserang oleh pemimpin Pas Sik. Mereka juga telah ceroboh kawasan Bilik Gerakan BN PDM Chemara. Disebabkan hal kecil sebegini, Pemimpin Pas yang bernama Cikgu Azizan telah membawa samseng Pas untuk menyerang Bilik Gerakan BN.

Untuk detail cerita, boleh baca kat report polis kat atas.

Ini bukan kali pertama bilik gerakan BN diserang. Sebelum ni, di Sik juga, Ketua Cawangan UMNO dipukul oleh sekumpulan pemuda Pas kerana melarang mereka memacak bendera Pas dipagar cawangan UMNO.

Tindakan memasang bendera Pas dipagar cawangan UMNO adalah tindakan BIADAP!

Mungkin, Pas Sik agak tertekan sekarang ni, kerana sokongan rakyat Sik terhadap Pas semakin menurun malah tiap-tiap hari ada ahli Pas meninggalkan parti songsang tersebut.

Kalau keadaan ini berterusan, Mc percaya Parlimen Sik dalam gengaman UMNO. Sebab ahli parlimen Sik pun macam tak wujud. Baik tukar saja bagi kat orang lain pula. heh..


McTheory:
Dulu kalah pun sebab geng sendiri yang kerat!.. hmm
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...