Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Video "Are you ready for Pakatan Rakyat??!" NNOOOO!! Pulak Tersebar!! #SayNoToPR

Posted: 23 Feb 2013 07:17 AM PST


Dengarkan Rakaman ini.. 

Are You Ready For Pakatan Rakyat???
NOoo!!

Are You Ready For Pakatan Rakyat???
NOoo!!

Kah kah kah.. pulang paku buah keras. Mc takmau kata apa-apa tentang video ni. Cara yang sama macam mana cai Dap Penang buat kat DS Najib tempohari. kah kah kah.. 

Apa pun kita kena ingat!!

#SayNoToPR!!


PANASS!! Penerima BR1M Sama Dengan Haiwan? Harussani VS Nik Aziz!!

Posted: 23 Feb 2013 04:36 AM PST


Kenyataan Nik Aziz benar-benar menyakitkan hati ramai rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi penerima BR1M. Kata-katanya itu umpama manusia yang tidak mempunyai akal fikiran.

Disebabkan kata-kata Nik Aziz tu, Mufti Perak Tan Sri Harussani telah menegur kelakuan Nik Aziz yang semakin songsang tu.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan kenyataan Nik Aziz Nik Mat yang seolah-olah menyamakan penerima bantuan Kerajaan Pusat seperti haiwan sebagai keterlaluan.

Menurutnya, sikap yang ditunjukkan Menteri Besar Kelantan tersebut juga secara tidak langsung menghina golongan berpendapatan rendah yang menerima bantuan itu.

Tegas beliau, tidak salah jika sesebuah kerajaan mahu memberikan bantuan kepada rakyat dalam apa bentuk sekalipun termasuk wang ringgit kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan.

"Adakah apabila kita bersedekah kepada seseorang, orang itu juga seperti haiwan. Ini tidak betul. Jangan menghina mereka yang kurang berkemampuan.

"Lainlah kalau kerajaan hanya beri bantuan kepada orang tertentu. Baru salah. Ini terbukti semua rakyat dapat bantuan tanpa mengira bangsa, keturunan mahupun 'warna baju'," tegasnya ketika dihubungi.

Seseorang yang dipanggil Ulamak dan digelar Tok Guru tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian. Dah banyak kali Nik Aziz kutuk dan hina penyokong yang mendokong Kerajaan Pusat.

Dulu, kafir kemudian murtad, lepas tu tak masuk syurga, ditambah dengan celako, belum lagi kisah doa K.O!! Apakah ini ajaran sebenar Pas?

McTheory:
Ini Ajaran Islam Kepala Hatok Pas!!

PANASS!! Dana PKR 1.5 Juta Dah Turun, Ke Mana?

Posted: 23 Feb 2013 01:17 AM PST



Wah! Masyukkk! Dah mula dah pauk-puak PKR korek duit syarikat-syarikat swasta. Entah apa yang dijanjikan mereka tidak tahulah. Tapi Mc dapat tahu pun daripada MegatSpy. Hurmm Dengar cerita Ahli Parlimen yang MS cakap tu sebenarnya daripada Pahang yang mungkin akan bertanding di Kuala Lumpur.

Dana untuk pilihanraya mungkin. Tapi jumlah yang Mc dapat tahu adalah RM250,000 dan dah dapat dah pun. Persoalannya, apa yang MP itu janjikan kepada syarikat swasta tu? Ini syarikat kroni atau sebenarnya akaun syraikat tersebut cuma menjadi 'pencuci' wang dana daripada luar?

Cakap pasal nak pilihanraya ni, gua dapat info yang ada satu syarikat area Taman Tasik Permaisuri dah sediakan dana RM1.5 juta kat Pakatan Haram ni..ada ahli parlimen yang bukan duk area KL/SELANGOR dah mintak sikit untuk kerja-kerja KOTOR dorang ni!!

Hmm..yang gua tengah dok pikir semalaman apa kaitan ahli parlimen ni dengan syarikat tu membuatkan gua rasa nak siasat, audit flow duit keluar masuk, banyak sangat ke untung syarikat tu sampai boleh support Pakatan Haram dekat RM1.5 juta tu?


Baca Selanjutnya di SINI - MegatSpy

HANGAT!! Video Nik Aziz Cakap Penerima BR1M Macam Ayam Dan Lembu!!

Posted: 22 Feb 2013 09:04 PM PST


Ramai dok tanya pasal video Nik Aziz kata penerima BR1M sebagai haiwan. Tak percaya boleh tengok video tu kat bawah, cuma bahasa Kelate, kena dengar betul-betul. Nak lebih jelas, pakai earphone.


Usaha murni kerajaan pusat, dikutuk oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan usaha murni itu sebagai 'memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu'.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.

"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.

Itu kata Nik Aziz, orang tua yang memang cakap berbelit dan menyakitkan hati.

Tapi dia lupa, gambar yang kat bawah ni, dok tersengih sambil bagi duit kat orang tu, Islam la sangat ya? Gambar ni diambil semasa Nik Aziz bagi duit kat PRK Galas dulu.

 

McTheory:
Kerajaan bagi BR1M untuk bantu rakyat susah, Nik Aziz bagi duit tu, untuk apa? habuan beli tiket ke syurga ke?

TUDIAA!! Azizan Razak Bersedia Letak Jawatan MB Kedah? #TukarKedah

Posted: 22 Feb 2013 07:17 PM PST


 Selepas kecoh dengan beberapa siri pemberontak oleh 5 parlimen dan 11 Dun di Kedah. Azizan seolah-olah akur dengan kemahuan akar umbi, apabila beliau mengeluarkan kenyataan yang menyatakan, semua ADUN atau Exco layak menjadi Menteri Besar Kedah.

Beliau berkata demikian, ketika mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Phahrolrazi Zawawi baru-baru ini yang mengatakan bahawa beliau bersedia menjadi Menteri Besar, Azizan berkata semua pengerusi jawatankuasa peringkat negeri (exco) layak menyandang jawatan itu.

"Semua exco layak jadi Menteri Besar kecuali bukan Melayu... semua ahli PAS Kedah juga layak jadi Menteri Besar, tapi yang penting sekarang nak kena menang pilihan raya dulu.

Ia amat berbeza dengan kenyataan terdahulu Azizan, yang akan mempertahankan jawatan Menteri Besarnya hingga keakhir hayat. Apakah ini signal Azizan untuk lepaskan jawatan? Atau jeneral Perang Pas Kedah akan bertukar sebelum Pilihanraya ini? hmm.. kita tunggu dan lihat!

Phahrolrazi pula semakin rajin turun padang melawat kawasan, malah kawasan Azizan pun dia selalu turun. Turun buat apa tu? ha ha ha.. turun jumpa ketua pemberontak ka? Cerita tu kita simpan dulu, sebab drama 11 DUN memberontak pun tak habis lagi ni. he he..

McTheory:
Seronok tengok puak BULAN ni dok berebut kuasa.. Islam la sangat!!

PANASS!! Azizan Razak MB Kedah dan Agent UMNO? #TukarKedah

Posted: 22 Feb 2013 04:37 PM PST


 Sekali lagi Azizan Razak menunjukan kedegilannya yang amat sangat. Orang tua ni memang susah nak minta maaf. Patut la Pemuda Pas menyampah dengan Azizan ni, sebab dia rasa dirinya saja yang betul.

Menteri Besar Kedah, Azizan Razak menegaskan bahawa beliau tidak perlu memohon maaf kepada kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang didakwanya sebagai ejen Umno kerana sering membuat bantahan terhadap pengurusan kolej universiti itu.

Azizan berkata, beliau tidak kisah dengan desakan sekumpulan kakitangan yang mahu permohonan maaf dibuat kerana telah mengheret mereka ke dalam kancah politik.

"Nak mohon maaf pasai apa? Memang depa ejen Umno, sebab tu Shahrizat (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil) bela depa. Saya tak hairan sebab mereka (kakitangan) ni ada masalah sikit, panggil wartawan cakap kat televisyen.

"Kalau mereka (kakitangan) benar-benar ikhlas, sepatutnya depa mai (mereka datang) jumpa saya.. depa ni semua orang pandai," katanya kepada pemberita

Beliau mengulas desakan kakitangan Kuin yang kesal kerana dituduh sebagai ejen Umno, sedangkan mereka mendakwa tidak pernah dibayar mana-mana parti politik, sebaliknya hanya berjuang untuk hak dan kebajikan masing-masing.

Mengenai desakan Shahrizat supaya Menteri Besar Kedah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat dan mengaudit isu dan dakwaan yang ditimbulkan kakitangan Kuin, Azizan berkata ia tidak perlu.

"Nak siasat apa? Kalau nak siasat pi (jumpa) SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) la," kata Azizan.

Mc dimaklumkan, pihak kakitangan Kuin dah banyak kali berjumpa dengan Azizan. Namun rayuan mereka tidak dilayan. Azizan lebih percayakan si Jamil rektor Kuin yang banyak menipu tu.

Rayuan dah buat, surat dah tulis, laporan polis pun dah, SPRM pun dah. Apa lagi yang kakitangan Kuin tak lakukan? Cuma belum mengadap YDP Agong saja lagi. Takkan kes ni pun nak suruh YDP Agong settlekan macam kes Madrasah Salihiah?

Kalau semua nak bagi YDP Agong settle, baik Kedah tak payah ada menteri besar. Ada pun buat apa, makan gaji buta? Selama ni pun Azizan kat office bukan reti buat kerja. Harap si Setpol dengan orang keliling dia saja tolong. Kerja dia hanya 'sign' sebab tu selalu payment keluar bayar bukan-bukan pun dia taktau.

Cara Azizan keluar statement amat menyakitkan hati, berlagak. Tunggulah PRU ke 13 ni, kita tengok dimana Azizan lepas tu.


McTheory:
Hantar dia balik buat sawah kat Sungai Limau la..pencen..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...