Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Video Bangkang Dari Longkang, Kisah Gaji Minimum Janji Puak Pakatan!!

Posted: 20 Feb 2013 09:17 AM PST


Sebenarnya walaupun video ini berunsurkan komedi. Namun banyak maksud tersirat yang boleh kita ambil. Contohnya kisah gaji minumum ni. Betul la apa yang mereka maksudkan. Bila gaji minimum dah naik. Bermakna kos pekerja juga akan naik. Bila kos pekerja naik, ia akan menganggu kos tenaga buruh lalu barang menjadi mahal.

Cuba bayangkan kerja kilang. Selalunya rm1000, tiba-tiba ada kenaikan gaji minimum rm2000. Itu dah sama gaji dengan supervisior. Pastinya supervisior akan dinaikan lagi gaji. Bila gaji semua dah naik, kos akan naik dan barang yang dikeluarkan jadi mahal. Lama-lama duit kita akan jadi seperti Indonesia dan Thailand. Walaupun banyak dan besar, tapi nilainya kecil.

Nak ka macam tu?

PANASS!! Kisah Kelakar Bangkang Dari Longkang Season 2!!

Posted: 20 Feb 2013 07:17 AM PST


Siniss.. makan dalam, dah 4 tahun pun tak selesai lagi kisah berebut parking ni? Ini baru hal kecil, macam mana dengan hal-hal besar yang lain?

PANASS!! Akhirnya Ustaz Haron Din Akui Setia Bersama Pas!!

Posted: 20 Feb 2013 04:37 AM PST


Mc mendapat maklumat terbaru, Haron Din akan terus bersama Pas sehinggalah PRU ke 13 ini. Malah beliau masih setia bersama Pas, walaupun beliau pernah dimaki kerana tidak pandai berpolitik.

Tak kisahlah apa yang Pas telah lakukan pada beliau. Beliau tetap masih mahu bersama Pas.

Mc harap, para blogger UMNO serta pembaca, janganlah difokuskan cerita Haron Din keluar Pas, kerana perkara itu tidak mungkin.

Kita pun tahu setiap pemimpin tertinggi Pas tak kisah la ADUN atau Ahli Parlimen, disyariatkan mengangkat sumpah baiah talak 3. Jadi disebabkan baiah tersebut, tak mungkin ADUN atau Ahli Parlimen berani meninggalkan Pas.

Jadi daripada kita membuang masa memikirkan perkara yang tak akan terjadi. Lebih baik kita fokus pada isu lain.

Kalau tak percaya, Mc kirimkan video ceramah terbaru Ustaz Haron Din di Terengganu bersama pimpinan tertinggi Pas. Dengar pengakuan daripada beliau.


Dengar kata Haron Din akan bertanding di Perlis, lawan sapa la gamaknya?


McTheory:
Ustaz Haron Din VS Ustaz Fathul Bari? hmm...

GEMPAR!! Senarai Calon PRU UMNO Sudah Siap? #PRU13

Posted: 20 Feb 2013 01:17 AM PST


Petanda PRU semakin dekat, cuma tanda tanya bila bubarnya parlimen masih lagi menjadi persoalan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata UMNO pusat sudah menerima semua senarai nama calon parti itu yang berpotensi bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Senarai nama calon itu diterima dari bahagian-bahagian parti secara berperingkat sehingga tarikh akhir penyerahan pada 2 April lepas, katanya.

Beliau berkata semua bahagian UMNO telah diminta mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi menamakan calon-calon yang dicadangkan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Bagaimanapun senarai nama calon yang diutarakan kepada pucuk pimpinan ini bukan muktamad," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) peringkat Tanjong Karang semalam.

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung BN, berkata beliau juga telah meminta parti komponen BN lain untuk menyenaraikan nama-nama calon di kawasan yang akan ditandingi.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata pihaknya telah menghantar sembilan nama calon untuk bertanding kerusi Parlimen Tanjong Karang dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Sungai Burong dan Permatang.

"Calon yang tersenarai ini termasuk penyandang sendiri dan salah seorang mereka adalah seorang profesional. Justeru, terpulang kepada Perdana Menteri untuk memutuskannya," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Tengku Adnan meminta jentera BN menangkis segala tohmahan yang dilemparkan pembangkang terhadap kerajaan serta berhati-hati dengan serangan pembangkang yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat.

"Sebahagian besar pemimpin pembangkang pernah berjuang bersama BN dahulu dan mereka arif mengenai gerak geri BN.

"Jangan leka dan alpa dengan tindakan sebahagian besar pembangkang yang tahu mengenai gerak geri kita yang dijadikan taktik (pembangkang) untuk menghancurkan kita," katanya.

Itu  cerita pembangkang, bagaimana pula dengan jentera sendiri yang sabotaj? Bagaimana pula kisah Ketua Bahagian yang berasa hebat, tapi kecewa disebab tak terpilih, lalu sabotaj calon pilihan parti?

Rasanya UMNO Pusat perlu beri perhatian tentang perkara tersebut.


McTheory:
Lebih risau musuh dalam selimut dari pihak luar..

PANASS!! Artis PKR Serang Kedah, Di Sambut 50 Ribu Orang!! #TukarKedah

Posted: 19 Feb 2013 10:17 PM PST





Dahsyat beb!! Aura bekas pelakon yang diupah untuk berceramah atas pentas Pas ni memang tak boleh dinafikan.. Sapa kata artis ni dah tak laku? Buktinya, dimaklumkan lebih 50 ribu orang serbu ceramah dia di Padang Serai Kedah, baru-baru ni..

Tak percaya? Korang kira sendiri lah orang dalam gambar diatas tu dan korang gunakanlah imaginasi untuk jadikan ianya kenyataan.. Nak bagi jadi Sejuta pun bolehhhh...

So memang berbaloilah Pas upah dia untuk tarik sokongan.. Dah terbukti Hairie Othman tu memang disukai ramai kerana dulu dia pernah jadi Leftenan walaupun sekadar olok-olok dalam TV..

Habislah Umno Kedah nampaknya kali ni tu beb.. Dengan sambutan macam tu punya ramai.., terdengar Hairie lepas ni akan 'serang' tempat lain pulak sekaligus berikrar akan pertahankan Kedah..

Memang dahsyat sungguh kan pengaruh Hairie tu.. Takut wooo kalau dengar dia punya sembang.., tapi setakat sembang je lahh.. Hahahahahaha..

Sumber gambar dan cerita dari Blog Mpp

McTheory:
dahsyat woo.. memang dahsyat.. hahaha..

PANASS!! Hari ni Kedah Dapat MB Baru? #TukarKedah

Posted: 19 Feb 2013 08:19 PM PST

Sepatutnya jam 10:30 pagi tadi, satu demonstrasi anjuran Dewan Ulama PAS Kedah dibuat di Kompleks PAS Kedah, Batu 9. Demonstrasi tersebut bertujuan untuk menolak Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah. Bagaimanapun, disebabkan tidak ramai yang datang, maka program tersebut terpaksa ditunda ke pukul 12:00 tengah hari.

Perebutan jawatan Menteri Besar Kedah semakin memuncak. Krisis dalaman PAS Kedah semakin membesar sepertimana besarnya juga lubang tembelang yang mereka cuba katup selama ini. Azizan Abdul Razak sudah terlalu hampir hendak menelanjangkan siapa tok dalang yang menyebat duit taukeh-taukeh Cina menerusi penebangan rakus hutan dan penggondolan bukit serta gunung di Kedah. Malah Azizan Abdul Razak juga sudah terlalu hampir hendak mendedahkan rahsia, siapa sebenarnya yang menjadi dalang, Kedah bakal menjadi negeri muflis.

Justeru, sebelum Azizan buka mulut dan mendedahkan segala-galanya, puak berkenaan terlebih dahulu bertindak dengan memanggil ahli-ahli PAS untuk berdemonstrasi semata-mata untuk menggulingkan Azizan Abdul Razak. Saranan agar setiap masalah diselesaikan secara musyawarah nampaknya telah digantikan dengan demonstrasi menuntut perletakan jawatan.

Beberapa hari lepas, Phahrolrazi Zawawi dengan MUKA TAK MALUnya, lengkap dengan bulu hidung terjulur, tersenyum sengih memberitahu, DIA SUDAH BERSEDIA MENJADI MENTERI BESAR KEDAH!

Punyalah konfiden menatang penjilat Guan Eng tu.

Tapi hari ini, nampaknya Phahrolrazi Zawawi dah berjaya meyakinkan Dewan Ulama PAS Kedah untuk berdemonstrasi menggulingkan Azizan Abdul Razak. Entah berapa banyaklah pula rasuah yang telah diberikannya kepada Dewan Ulama PAS Kedah untuk berbuat begitu.

Yang sahihnya, orang yang paling takut sekiranya Azizan buka mulut sebenarnya adalah Phahrolrazi Zawawi. Justeru, walau dengan apa cara sekalipun, dia perlu mendesak Azizan letak jawatan walaupun penggal pentadbiran PAS di Kedah sudah begitu hampir untuk ditalqinkan!
 
Sumber: Kedahan69ers

HOT!! #FGVH!! Apa #Felda Buat, dan Apa Pula Si Mazlan Aliman Buat?

Posted: 19 Feb 2013 07:17 PM PST


Dulu kalau orang ingat Felda, orang akan fikir, pokok kelapa sawit, dalam hutan, rumah kayu, tanah merah, kampung peneroka yang daif. Kemudian kehidupan peneroka yang serba kekurangan.

Namun tahukah anda, itu semua dulu. Sekarang ni tak lagi. Keadaan di Felda tidak lagi sedaif dahulu. Peneroka Felda sekarang ni berkereta besar, rumah batu, kurang-kurang pun pasti ada proton wira depan rumah tu.

Kegigihan peneroka Felda ini menyebabkan Kerajaan berpandangan jauh untuk membangunkan lagi Felda dengan mewujudkan FGVH (FELDA GLOBAL VENTURES HLDG BHD) dan Felda Holding.

Kerajaan mahu Felda bersaing di Malaysia dalam pelbagai bidang, bukan hanya menjual kelapa sawit. Kemudian FGVH ditubuhkan untuk bersaing diperingkat antarabangsa. Hasil dari sawit, bukan hanya dibuat minyak. Sabun, gincu bibir, alat-makeup, krim dan pelbagai lagi.

FGVH disenarai dalam bursa saham, kerana kedudukannya yang kukuh. FGVH bukan disenarai hanya di Malaysia bahkan dunia. Sebelum Kerajaan mahu menyenaraikan saham FGVH, Kerajaan Malaysia sudah menganalisis pasaran terlebih dahulu.

Perkara bersaing dalam pasaran saham bukan perkara yang dibuat main. Selepas Kerajaan nampak hasil dan keberkesanannya, barulah keyakinan timbul dan FGVH ditubuhkan.

Sebenarnya boleh sahaja jika saham FGVH tidak dibuka pada peneroka. Kerana Felda hanya melabur dengan mengunakan tanah Felda Plantation. Bukan tanah peneroka, namun demi untuk berkongsi kekayaan yang ada, FGVH dibuka kepada peneroka, malah sebarang kerugian disabitkan saham, akan ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.

Itu kisah saham, belum lagi kisah bola sepak Felda yang semakin bersaing hebat di Liga Super Malaysia, kemudian anak Felda dihantar belajar keluar negara dalam pelbagai bidang, malah ada yang dibiasiswa dari mula hingga habis secara terpilih.

Kalau nak cerita pasal kemajuan Felda dari dulu hingga sekarang ni, memang tak habis la. Kesimpulannya sekarang, Felda bukan sekadar kelapa sawit. Apakah semua ini masih lagi tidak disedari oleh Mazlan Aliman dan penyokong kurapnya itu?

Sebagai seorang muslim, sepatutnya Mazlan dan penyokongnya tu bersyukur dengan apa yang ada. Bukannya pergi berceramah mengutuk Felda kesana-sini. Sedangkan dulu, dia pun membesar dengan hasil Felda.

Kalau nak dibandingkan jasa Felda dengan Mazlan Aliman ni, rasanya macam langit dan bumi. Felda membina dan terus membina, Mazlan memusnah, kalau boleh melingkupkan apa yang ada.


McTheory:
Contoh orang tak tahu bersyukur, itulah Mazlan Aliman!!

PANASS!! Apakah Ini Muka-Muka Calon Ulama UMNO?

Posted: 19 Feb 2013 04:37 PM PST

Ulama Muda UMNO

Apakah muka-muka ini bakal menjadi calon PRU ke 13 UMNO?

Heboh diperkatakan, UMNO akan meletakan lebih banyak calon Ulama bertanding dalam PRU kali ini. Walaupun begitu, perkara paling penting ialah calon itu dipilih oleh rakyat. Kalau rakyat tak suka, nescaya pimpinan parti tidak akan terima calon tersebut.

"Macam-macam calon akan ada nanti, tetapi seperti yang telah disebut oleh presiden, calon ini mestilah merupakan calon yang dikehendaki oleh rakyat dan bukannya seperti yang dikehendaki oleh pihak lain.

"Bukan calon yang Umno mahu, bukan calon yang presiden ataupun yang Barisan Nasional (BN) mahukan, sebaliknya calon yang dikehendaki oleh rakyat. Calon ini nanti adalah calon rakyat mahu jadi wakil rakyat mereka," katanya kepada media.

Mengulas perkara sama, Tengku Adnan berkata, "tidak kiralah, imam ke, ulama ke, orang muda ke, orang tua ke, selagi rakyat mahu calon sebegitu, maka semua kategori calon adalah berpeluang menjadi calon Umno nanti," katanya lagi.


Sebut mengenai calon Ulama, dengar kata Pakatan pun sibuk memancing Mufti dan Bekas Mufti untuk bersama mereka.

Mc berminat untuk mengulas mengenai Mufti Perlis Dr Juanda menjadi calon Pakatan pada PRU nanti. Untuk pengetahuan pembaca, minggu lepas Dr Juanda baru berceramah diatas pentas UMNO di Kuala Langat.

Rasa-rasanya, apakah mungkin beliau menjadi calon pihak Pakatan haram? Fikir-fikirkahlah sendiri..


McTheory:
Kalau Dr. Asri, rasanya confirm kot.. hehe
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...