Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Azmil Mustapha TOLAK Sertai Ustaz UMNO?

Posted: 02 Feb 2013 05:37 AM PST



Mc masih ingat Azmil Mustapha ni pernah diKRITIK teruk akibat mengutuk kerajaan dan UMNO secara terang-terangan dalam kuliahnya di masjid.

Namun selepas itu, beliau terus menyepikan diri dan menjauhkan diri dari politik. Sedangkan sebelum itu, beliau asyik bersama dengan Pas berceramah mengutuk kerajaan.

Mungkin disebabkan beliau mahu kelihatan neutral Azmil menolak untuk menyertai parti politik.

Pelakon filem Ali Setan, Azmil Mustapha mendakwa pernah beberapa kali dipelawa menyertai parti politik oleh UMNO dan Pas semenjak penghijrahannya dari dunia seni ke bidang dakwah.

Beliau yang kini merupakan penceramah bebas bagaimanapun menolak tawaran tersebut secara baik kerana berpandangan bidang politik bukanlah kepakarannya.

"Ya, selepas penghijrahan saya beberapa tahun lalu saya mengakui memang telah dipelawa menyertai UMNO dan Pas. Namun begitu pelawaan tersebut saya terpaksa tolak kerana medan politik ini bukan bidang saya.

"Biarlah orang lain yang lebih arif dan berminat menyertainya," katanya pada satu sidang akhbar.

Apakah Azmil juga nak makan besar dari kedua-dua belah pihak? Atau beliau benar-benar berdakwah kejalan Allah?

McTheory:
Alhamdullilah jika benar berdakwah..

EKSKLUSIF!! Demi UMNO MENANG Jangan Sabotaj Parti!! - Tun Dr Mahathir @NajibRazak #TukarKedah

Posted: 02 Feb 2013 04:45 AM PST


Sungai Petani - Dalam sidang media di Majlis Himpunan Rakyat Parlimen Merbok bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang di adakan di dewan Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) Sungai Petani, beliau meminta penyokong BN agar tidak menyokong individu yang cuba sabotaj calon yang telah di pilih Presiden parti, YAB DS Najib Razak.

Selain dari itu Tun Dr Mahathir juga mengesa agar penyokong BN jangan menyokong BN hanya kerana individu tertentu, sebaliknya menyokong BN kerana parti dan kerana perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air

Apabila di tanya pemberita tentang pandangan Tun Dr Mahathir berkenaan persiapan Barisan Nasional menghadapi PRU 13, beliau berkata.

"Pimpinan parti kini di lihat giat berkerja, Dato Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu rajin membuat lawatan untuk berjumpa dengan rakyat sehingga rakyat memberi sokongan baik, parti-parti komponen BN di lihat lebih aktif untuk menghadapi PRU 13" katanya.

Bagi pengundi BN yang merajuk pada PRU 12 yang lalu, beliau yakin akan berpatah balik untuk menyokong BN pada PRU 13 yang bakal tiba tidak lama lagi.

Dalam sidang media tersebut, Tun Dr Mahathir juga menyatakan, beliau melihat BN di Kedah boleh mengambil alih kembali kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri daripada Pakatan Rakyat kerana masalah BN ketika menghadapi PRU 12 yang lalu sudah dapat BN Kedah atasi. - Media Kedah

PANASS!! Dap JUAL Kristian Seperti Mana Pas JUAL Islam Untuk Politik!! #KalimahAllah

Posted: 02 Feb 2013 01:17 AM PST



Artikel sebelum ini mengenai hak LGBT yang mempersoalkan mengapa Islam dipandang sebagai kolot kerana membantah hak LGBT, tetapi Kristian tidak diberikan tanggapan yang sama walaupun sama-sama membantah, telah 'terkena' kepada pihak yang terlibat, golongan Kristian Malaysia. Nampaknya, Kristian Malaysia tidak mengambil pendekatan yang sama seperti Kristian di seluruh dunia, terutamanya terhadap isu seperti penggunaan Kalimah Allah bagi Bible dan juga hak LGBT.

Dan kini, persoalan yang sama masih lagi timbul di mana beratus-ratus ribu orang kristian membuat demonstrasi di Perancis membantah hak golongan LGBT, dan terdapat tiga organisasi Kristian di Amerika Utara telah meletakkan petisyen awam untuk menghentikan Wycliffe Bible Translators, Summer Institute of Linguistics (SIL) dan Frontiers dari menghasilkan Bible yang mengandungi nama Tuhan Kristian (Father and Son) yang mempunyai terjemahan yang salah (Lord dan Messiah atau Guardian dan Proxy).

Terdapat juga terjemahan Arab yang mengubah perkataan 'Father' kepada Allah yang dilihat oleh penganut Kristian sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima kerana ia mungkin akan menyinggung umat Islam, dan juga boleh mengelirukan mereka yang baru menganut agama Islam atau Kristian.

Mengapa golongan Kristian Malaysia tidak berkongsi pendapat yang sama?

Isu penggunaan nama Allah telah lama timbul di Malaysia. Kristian Malaysia adalah antara yang paling lantang isu ini, termasuk menerima pertolongan dari DAP. Lim Guan Eng juga pernah menyatakan perkara ini sebagai sebahagian daripada perjuangan parti tersebut, yang kemudiannya mengundang permasalahan kepada PAS.

Hanya kerana sifat mereka yang gila kuasa, parti tersebut telah membuatkan golongan Kristian percaya bahawa pluralisme adalah satu perkara yang boleh diterima, sebahagian daripada ajaran Kristian itu sendiri.

Ini adalah masa buat semua agama di Malaysia untuk mula membezakan antara agama dan politik. Apabila umat Islam mempertahankan nama Allah daripada dipergunakan, ia menunjukkan bahawa mereka memperjuangkan agama, bukannya politik. Jadi, jika anda bencikan kerajaan Melayu-Islam, anda tidak perlu melanggar agama Kristian anda sendiri hanya untuk memberikan sokongan kepada sesiapa yang menentang pihak kerajaan.

Perkara ini tidak langsung ada kena mengena dengan hak. Perbuatan ini adalah salah kerana akan mengakibatkan kekeliruan. Mungkin ini adalah masa bagi penganut Kristian seluruh dunia untuk menggalakkan Kristian Malaysia supaya melihat kembali apa yang dituntut oleh Bible, agar kita tidak keliru dengan agama masing-masing.

Bacalah, supaya kita tidak mudah dipergunakan oleh mana-mana pihak yang inginkan perpecahan antara rakyat. Jauhi politik yang mempergunakan agama!

McTheory:
Jauhi Pas dan Dap!!

PANASS!! PKR dan PAS Alor Setar Bergaduh, Ahmad Bashah Jadi Pengadil? #TukarKedah

Posted: 01 Feb 2013 10:18 PM PST



Dulu Mc keluarkan cerita Pas dan Pkr Alor Setar bergaduh untuk kerusi N12, DUN Bakar Bata. Kali ni blog Duke Of UMNO pula ada cerita yang menarik pasal dua ekor parti tu.

Memang parah cerita yang aku dengar ni. Puak-puak PAS Kawasan Alor Setar dan PKR Cabang Alor Setar bergaduh sakan, saling perli memerli, sindir menyindir...hanya kerana berebutkan kerusi N12, DUN Bakar Bata..!

Baru-baru ni aku ada bersembang dengan satu group budak-budak PKR Alor Setar, dan secara tak langsung depa bukak pekung di dada. Depa "belasah" PAS Alor Setar tahap maximum punyaaa..!!!

Depa kata...PAS Alor Setar tamak haloba, gila nak jadi calon PRU, gila glemer, "tikam" kawan, sabotaj dan macam-macam lagi depa kata. Aku mula-mula malas nak melayan geng-geng "kecewa" ni. Tapi dengar je laaa..kan? Nama pun "member"...

Bila aku persoalkan dakwaan depa tu, depa kata perkara ni dah lama berlaku sejak PAS Kedah menang dan ambil alih Kedah lagi depa dah bergaduh. Depa kata, PAS kerat geng-geng PKR terus bila pegang Kerajaan Negeri...

Aku tak berapa pasti perkara ni. Dan aku tak mau dengar sebelah pihak saja. Jadi untuk berlaku adil, aku siasat la kebenaran di sebalik dakwaan member-member aku ni...heh!

Risik punya risik, memang betul laaa.. Depa bergaduh sakan. Dah lama dah, sejak tahun lepas lagi dok giat cantas mencantas, promosi diri sendiri, "masuk bakul angkat sendiri"...heh!



Antara "winnable candidate" depa ialah Azam Awang yang teruk kena bahan dengan puak-puak Facebooker PKR..Hahahahahaha.. Azam Awang bergambar kat kerusi ADUN N.12 DUN Bakar Bata dan gara-gara gambar tu, teruk la dia kena balunnnn.. Muahahahahahaaa...

Ketua Pemuda PAS Alor Setar nihhh...Depa kata dia dok lobi diri nak jadi calon di Bakar Bata. Kerusi kat situ PKR punya kuota, maka teruk la dia kena kutukkkk...heh! Ada hati jugak nak jadi calon? Dia ni salah seorang penulis blog pencacai PAS Kedah ni..heh!

Punya baguih dok ada, geng-geng PKR ni promosi pulak "winnable candidate" depa, Rohani Bakar. Depa siap promosi dalam Facebook dan depa mintak dia dipilih jadi calon PKR di DUN Bakar Bata jugak..heh! Dah berebut nak jadi calon pulak dahhhh...!!!


Maka mai la puak-puak cybertroopers PAS Alor Setar balun Rohani Bakar ni. Kesian la jugak aku tengok depa dok balun "winnable candidate" ni....

Kalau aku cerita je kat sini tanpa bukti, nanti hangpa kata aku tipu pulak. Jadi aku beri bukti dari Facebook yang sempat aku printscreen sebelum dipadam dan disembunyikan "kudis" tu oleh puak-puak Pakatan Haram ni...

Ini ke calon-calon Pakatan Haram yang nak lawan dengan calon BN di DUN Bakar Bata? Hahahahahahahaaa.. Mai laaa..silakan.. Aku alu-alukan bila "lauk" mai depan mata...Sedap jugak "balun lauk" ni..heh! Laukkkkk..!!!


McTheory:
Sila la masuk, kami terima secara terbuka!

PANASS!! Dalang Berita Ustaz Taib Azamuddin Meninggal Dunia!

Posted: 01 Feb 2013 07:17 PM PST




Sahabat Keris7Lok, telah membawa berita ini. Mc pun terkejut bila Keris menelefon Mc dan bertanya mengenai Ustaz Taib, yang kononnya meninggal. Sedangkan Ustaz Taib masih bernafas cuma beliau uzur.

Ramai tahu yang kini YB Taib Azamuddin sedang dalam keadaan tidak sihat malahan khabar angin mengatakan dirinya telah diserang angin ahmar yang kritikal. Namun begitu malam tadi terkejut selepas baca apa yang Tian Chua tweet :

[Klik Imej Untuk Besarkan]

Katanya Taib Azamuddin telah meninggal dunia. Siap ucap takziah lagi. Terkejut dan simpati hilang apabila diberitahu oleh rakan daripada Kedah bahawa itu hanyalah satu khabar angin. Kita sama-sama doakan supaya YB Taib akan berada dalam keadaan yang sihat.

Kesimpulannya, lihat Tian Chua punya tweet, palsu tetapi tetap disebarkan kemudian dia 'delete' setelah menyedari ianya berita palsu. Ironinya inilah sikap para pemimpin Pakatan yang sebenar. Apa sahaja yang mereka dengar baik daripada mulut orang mahupun yang mereka baca, mereka tidak akan siasat.

Berita yang datang daripada mereka amatlah diragui. Jadi masih nak percaya berita daripada pemimpin Pakatan? Dulu Azmin dan Khalid kata Selangor tidak akan ada krisis air tetapi ada beberapa kawasan masih lagi mengalami masalah air. Dah faham yang mereka ini penyebar berita palsu?


Gambar kat atas ni lagi sekor! Nak tegur sikit! Ziarah orang sakit tak perlu tangkap gambar dan tersenyum gembira. Tak ada moral betul jumud PAS ni. Fikir nak glamour je!

McTheory:
Tersengeh-sengeh, suka apa tengok orang sakit?

PANASS!! Afdlin Shauki Kecewa Dengan UMNO, Join PKR?

Posted: 01 Feb 2013 04:43 PM PST



Apa ni Afdlin? Tiba-tiba boleh berada di program Pakatan ni? Kalau sebelum ni Afdlin menunjukan imej anti Pakatan, namun tiba-tiba boleh pulak dia join sekali Anwar siap duduk atas stage lagi. Apa motif Afdlin buat begitu? Adakah disebabkan video dibawah?




Sebab video politik tonggong ni Afdlin jadi takut lalu sanggup menghambakan diri ke program Pakatan? Tolong la Afdlin, jangan jual maruah macam tu. Malu la orang tengok! Baca penjelasan Afdlin mengenai video tonggong tersebut.

Terkeluarnya video politik tonggong ni menyebabkan Afdlin Shauki kena hentam teruk! Lalu Afdlin menjawab di dalam FB nya seperti dibawah,



Kalau nak Sambung baca boleh klik Sini

Selepas dihentam teruk, Afdlin bagai kurang dengan UMNO dan membuat kerjanya sendiri, dan tiba-tiba muncul diatas stage bersama Anwar. Apakah Afdlin mahu dilihat neutral?


McTheory:
Orang yang makan kedua belah pihak ni, selalunya lagi teruk kena!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...