Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Siti Nurhaliza Bertudung Disebabkan Pas?

Posted: 19 Feb 2013 07:17 AM PST



Sebagai salah seorang peminat Siti, imej bertudung yang Siti Nurhaliza bawa sekarang tepat pada masanya. Beliau bukan sahaja seorang ikon sebagai seorang penyanyi, malah beliau juga seorang ikon yang mempunyai imej yang baik kepada remaja sekarang.

Namun, imej bertudung yang Siti bawa, dikaitkan dengan imej parti politik. Mungkin disebabkan beliau mengeluarkan kenyataan yang bersifat mengkritik kerajaan Malaysia, tempohari.

"Saya tidak pernah terfikir untuk bertudung kerana politik, tetapi berniat untuk menutup aurat telah lama dibuat demikian dan Alhamdulillah pada ulang tahun ke-34 Januari lalu hati saya telah dibuka Allah untuk berbuat demikian," jelasnya kepada media.
Siti turut menjelaskan setakat ini belum ada pihak daripada mana-mana parti politik yang memintanya untuk menyampaikan ceramah di majlis-majlis tertentu dan tidak berniat untuk berbuat demikian.

Bagus la Siti, tak perlu masuk politik. Nak berubah, berubahlah kejalan yang benar. Jauhi politik untuk berubah. Jangan disebabkan politik, akan ada kebencian peminat terhadap dirinya tu.

Bertudung tu dah cantik, menutup aurat, jagalah kecantikan itu luar dan dalam. Jangan jadi macam Abby, kepalanya bertudung, hatinya busuk, mulutnya buruk. Setiap hari kerjanya, menyakitkan hati orang, orang macam tu tak guna juga, kalau bertudung pun, sebab tiap-tiap hari, beratus ribu orang menyumpah saranah dia disebabkan perangai menyakitkan hatinya tu.
 
Baik suruh dia jadi macam dulu, tak bertudung tapi baik dan tak menyakitkan hati orang. Dari sekarang menjadi manusia yang penuh hasad dengki dan iris hati. Nama saja Islam, tapi hidupnya menyakitkan hati orang saja. Islam apa macam tu? Islam ajaran Pas? heh..

PANASS!! Siapa YB Pas yang Digugurkan namanya menjadi Calon? #TukarKedah

Posted: 19 Feb 2013 04:37 AM PST


Kalau mengikut maklumat dari blogger Kamera Kupang, YB yang menipu orang kampung kat Kupang, Baling sana tu, tak tersenarai nama sebagai calon. Betui ka?

Apa kes sebenarnya yang berlaku ni. Nama YB Johari tidak tersenarai sebagai antara calon yang akan bertanding diatas tiket PAS. Malah YB Johari juga tidak berkemampuan untuk mempertahan kerusi yang dimenangi beliau pada PRU12 DUN Kupang.

Apa sebenarnya yang berlaku ?

Menurut maklumat, tempat YB Joe akan di gantikan oleh salah seorang tenaga pemuda PAS. Beliau juga seorang tenaga pengajar serta mempunyai jawatan besar dalam DPP PAS kawasan dan juga Negeri.

Punca yang menyebabkan kemungkinan YB Johari di gugurkan, disebabkan ketidakupayaan YB joe dalam menepis beberapa isu besar yang berlaku dalam PAS di kawasan Baling hari ini.

Untuk makluman semua, YB Joe merupakan pemimpin utama PAS kawasan Baling selepas mengalahkan Ahli Parlimen Baling (PAS), Ustaz Taib Azamuddin.

Namun disebabkan beberapa isu besar dan penolak rakyat terhadap YB Joe, akhirnya beliau digugurkan. Mc amat bersimpati dengan berita ini. Takpa YB Joe, masa masih panjang. Cuba lagi lain tahun. he he..

Untuk tambah menarik, Mc sertakan video kenapa YB Joe tak lagi dipilih untuk menjadi calon.


McTheory:
Sapa la nak undi orang yang merosakan segalanya..

PANASS!! Australia Pun Tak Layan Orang Gila Macam Anwar!

Posted: 19 Feb 2013 01:17 AM PST



Anwar tak sudah-sudah mahu pihak luar campur tangan. Dulu Amerika, lepas tu Australia pula. Apakah Anwar mahu pihak luar mengawal segala tindak tanduk dan apa saja yang berlaku di negara kita sekarang?

Menteri Luar Australia Senator Bob Carr berkata Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.

Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.

Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.

Bagaimanapun, Carr berkata pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

"Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan.

"Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia," katanya kepada ABC Radio.

Carr bagaimanapun berkata Australia ingin melihat pilihan raya diadakan secara bebas dan adil di semua negara.

Kata Carr Anwar secara peribadi menimbulkan kebimbangan itu dalam pertemuan mereka ketika beliau melawat Malaysia baru-baru ini.

Carr juga menolak andaian bahawa Australia akan menghantar pemantau pilihan raya ke Malaysia dan menegaskan perkara itu perlu dipohon oleh Malaysia.

Beliau turut menangkis andaian bahawa Canberra enggan bertindak kerana ingin memelihara hubungan baik dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang pihaknya sedang mengadakan rundingan berkaitan perjanjian pertukaran pencari suaka.

Dalam temu bual dengan ABC Radio pada Rabu, Anwar berkata beliau bimbang, pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun tahun depan, akan melibatkan penipuan dan ramai rakyat yang layak mengundi, tidak akan dibenar berbuat demikian.

Katanya nama mereka yang terlalu muda untuk mengundi, berusia antara dua dan 12 tahun, terdapat dalam senarai pemilih.

Anwar juga mendakwa pembangkang dinafikan akses kepada media arus perdana.

Anwar berbincang tentang kebimbangannya itu dengan bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd, dan menghantar satu nota kepada Carr untuk mendapatkan bantuan Australia dengan menyatakan bahawa Australia menyokong pilihan raya bebas dan adil di Iraq, Afghanistan dan Myanmar, tetapi membisu tentang Malaysia. - Bernama

TUDIAA!! Gambar Khalid Gagap yang kurang ajar terhadap rakyat!!

Posted: 18 Feb 2013 10:18 PM PST


Oii.. gagap, masuk rumah orang tak reti nak bukak kasut ka? Kurang hajar sungguh! Memang semua pemimpin Pakatan macam ni ka? Sudah la melawat rumah rakyat bawa samseng BERSIH, dah tu pakai kasut masuk rumah lak tu.

Ini kalau datang rumah Mc, pakai kasut masuk dalam rumah, memang dah lama la kena halau dengan penyapu.

Dulu si Nga Kor Ming masuk rumah orang pakai kasut. Kali ni Khalid Gagap pulak. Puak ni belum pun memerintah Malaysia, tapi lagak mereka serupa raja. Raja pun tak buat macam dorang kot.

Baru jadi MB dah masuk rumah rakyat pakai kasut, kalau jadi PM? Tentu makin besar la kepala puak ni.

Macam ni nak pilih jadi pemimpin? Fikir-fikirkanlah..

McTheory:
DS Najib pun masuk orang pandai rumah bukak kasut oi...

PANASS!! Bukti Blogger Cacai Pakatan dibayar untuk berblog!!

Posted: 18 Feb 2013 07:17 PM PST



Kita selalu dengar blogger Pakatan bercakap mengenai perjuangan yang tidak berbayar. Tapi kali ni apa agaknya puak tu nak menipu lagi? Siap ada list sekali dengan hits blog yang menyatakan mereka dibayar elaun rm3000.


Sumber gambar Rezqeen Hill

Apakah semua ini tipu? Atau rekaan semata-mata? ha ha ha.. Mc harap korang boleh bagi alasan yang lebih baik dan bernas. Kalau setakat nak kata ini semua ciptaan UMNO, atau tipu helah UMNO, orang dah tak terima alasan tu.

he he he.. fisabillilah konon, piirahhh..

McTheory:
Kaya woo.. rm3000 sebulan..

PANASS!! Kehebatan Anwar yang tak mungkin DS Najib Razak Mampu Lakukan!!

Posted: 18 Feb 2013 04:37 PM PST

Nampaknya impian Cina-cina Dong Zong semalam telah menjadi kenyataan. Malah kehebatan Anwar ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun, hatta Najib Razak. he he..


Rupa-rupanya Anwar telah ditabalkan menjadi PM lebih awal. Cuba tengok bukti ini. Baca di bahagian yang dibulatkan merah.



Hiddencam - Prime Minister?

Hebat betul Anwar. Sampai laman web porno pun tabal dia sebagai Prime Minister sebelum PRU berlangsung.

Sumber asal Mc ambil dari Mymassa. Akhirnya tercapai juga hasrat Anwar nak jadi PM, walaupun hanya dalam web porno. ha ha ha ha...

McTheory:
Dulu masuk buku lucah, kali ni masuk web pulak.. glamor Anwar wehh..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...