Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Oii Mangkuk, Sebab Bohsia Sekor pun mau gaduh ka? Bangang budak sekarang ni!

Posted: 16 Feb 2013 07:17 AM PST


Gara-gara sering melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dikatakan menjadi punca berlakunya pergaduhan melibatkan lebih 20 remaja lelaki di sebuah taman perumahan, di sini kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, dalam kejadian itu seorang remaja lelaki cedera di bahagian badan dan muka akibat dibelasah sekumpulan remaja lain.

Menurutnya, mangsa kemudiannya di bawa ke Balai Polis Kulim sebelum dihantar oleh unit MPV ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

"Siasatan awal mendapati, abang remaja perempuan terbabit naik berang apabila mengetahui adiknya melakukan hubungan seks, bagaimanapun remaja perempuan itu menyatakan dia tidak dipaksa atau diugut ketika melakukan hubungan seks dengan enam teman lelakinya.

"Ketika sampai di tempat kejadian, lebih 20 remaja berada di kawasan itu. Kita turut menahan dua lelaki berusia 18 dan 20 tahun," katanya.

Ghuzlan berkata, kini seorang suspek telah memberikan lebih 10 nama rakan lain yang terlibat dalam pergaduhan itu.

"Remaja perempuan terlibat turut ditahan untuk memberi keterangan. Beberapa nama lelaki yang pernah melakukan hubungan seks dengannya juga direkodkan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan polis akan menahan suspek terlibat dalam masa terdekat bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, remaja perempuan terlibat berkata, dia mula melakukan hubungan seks rambang ketika berusia 15 tahun dan tabiat buruknya itu berlarutan sehingga hari ini.

Katanya, dia akan melakukan hubungan seks dengan teman lelaki sekurang-kurangnya seminggu sekali terutama pada hari Jumaat.

"Selalunya kami akan melakukannya pada waktu tengah malam. Apabila menjelang subuh, saya akan balik ke rumah. Dengan cara ini perbuatan saya itu tidak dapat di kesan oleh keluarga," katanya.

P/s: rosak budak zaman sekarang ni.. apa nak jadi oii.. sebab bohsia bodoh tu pun, bergaduh ka? Agama dengan akal letak mana?

PANASS!! MB Kedah Mengamuk Disebabkan Rakaman Audio Adun Pas KUTUK Dirinya Didedahkan!! #TukarKedah

Posted: 16 Feb 2013 04:37 AM PST


 Kelmarin Mc ada terima panggilan dari sahabat Mc yang berada didalam Pas. Dia ni kiranya bekerja agak rapat dengan MB. Sebab tu ada yang terjadi kat Azizan Razak, dia boleh tau. Namun dalam banyak-banyak cerita, Mc lebih tertarik untuk mengetahui reaksi Azizan apabila rakaman Nasif Mustafa kutuk beliau selepas hadiri program 'My beautiful Malaysia' tempohari.

Azizan memang takkan buka PC atau laptop, namun orang-orangnya memaklumkan pada beliau, tentang perangai busuk Nasir Mustafa dan gengnya mengutuk Azizan dan merancang untuk menjatuhkan Azizan secara diam-diam.

Walau ada pencacai Pas kata, rakaman tu ciptaan kami. Namun, setelah kami buktikan secara terperinci. Memang terbukti, rakaman tersebut milik Nasir Mustafa dan gengnya. Pada mereka yang belum pernah dengar rakaman tersebut, boleh klik SINI dan buktinya klik pula SINI.

Disebabkan itu, Azizan Razak, MB Kedah mengamuk dan berjanji akan memporak-perandakan Pas Kubang Rotan yang diketuai oleh Nasir Mustafa. Porak peranda macam mana tu, Mc tak tahulah. Tapi percayalah Azizan sudah menghantar gerakannya untuk jatuhkan Nasir pula.

Nasir pun bukan calang-calang backupnya. Nasir bersama 'Bapak Syiah Malaysia' Mat Sabu dan Phahrolrazi, jadi bukan mudah untuk dia dijatuhkan.

Cuma untuk Nasir kembali jadi calon PRU ke 13 ni, Mc nampak laluannya agak sukar. Sebab Nasir mengutuk Pesuruhjaya Pas Kedah, kuasa memilih calon Pas Kedah berada ditangan beliau.

Mc harap Nasir berdoalah banyak-banyak, minta dijauhkan dari bala! heh..

McTheory:
Makin parah masalah dalaman Pas ni..

GEMPAR!! Kota Bharu Kacau Bilau Akibat Rakyat Kelantan Tolak Pas?

Posted: 16 Feb 2013 01:17 AM PST


Mungkin baru tersedar dari janji-janji lama yang ditaburkan. Mungkin juga sudah jemu dengan janji yang tidak ditepati. 10 000 rakyat kelantan kali ini terun untuk menunjukkan sokongan serta semangat ingin melihat kembali tanah kelantan dihujani warna merah dan bukan lagi hijau serta bulan.

Jalanraya  di tengah-tengah ibu kota kelantan sesak akibat Himpunan Tukar Kelantan 2013. Dihadapan perkarangan Bangunan Pembangunan UMNO Kelantan jeritan sesalan kedengaran, laungan TUKAR makin kuat. Rakyat Kelantan yang berada di Kelantan yang merasa kepayahan dan kesusahan yang mereka alami selama 23 tahun berada dibawah pemerintahan Nik Aziz.


Kemungkinan besar gelombang merah ni bakal menghantui setiap seorang ahli parlimen dan dun dalam Kelantan. Rakyat Kelantan sudah puas berada dalam kesusahan!! INI KALILAH!! INI KALILAH!! INI KALILAH kita kasi TUKAR!!Kita lihat perbezaan Kelantan bawah pemerintahan sang bulan dan sang saka bangsa!!!

Sumber Mc ambil dari SINI

PANASS!! Geng Mahasewel Ceroboh Kubu PM @NajibRazak

Posted: 15 Feb 2013 10:17 PM PST



Ha ha ha.. sebenarnya tak ramai pun, yang datang hanyalah 50 orang je beb. Tapi selepas ditolak ahli PAS, unit amal dan bebudak hingusan #GM13 mereka yang hadir hanyalah 23 orang. Itupun mereka adalah pakcik-pakcik yang datang sebab kononnya ada ceramah agama di sana.


Kejap! Kenapa ada orang PAS sedangkan #GM13 kata mereka tidak bersama mana-mana parti politik. Iyahhhh! Inilah bukti mereka sebenarnya adalah kuda tunggangan pembangkang yang berselindung disebalik nama mahasiswa.

Lagi best bila Mc dapat tahu yang ceramah ini tidak melalui ketua kampung yang sepatutnya dimaklumkan. Ertinya ini adalah ceramah haram yang tidak diperkenankan oleh masyarakat kampung.
Memang orang kampung kawasan Mengkasar di Pekan taknak mereka datang! Tak percaya?

Sumber gambar Keris7Lok



Jadi sekarang apa masalah bebudak hingusan #GM13 ni? Orang Pekan pun tak suka mereka. Apa motif sebenar mereka? Hanyalah boneka kepada pembangkang!

Apakah mereka nak tunjuk kuat dikawasan parlimen DS Najib Razak?

McTheory:
Selamat la tak kena halau macam Mazlan Aliman.. kalau tak parah la..

PANASS!! Gambar ni buktikan Pas Confirm Kalah, UMNO Pokok Sena Takmau Menang!! #TukarKedah

Posted: 15 Feb 2013 07:17 PM PST



Maaf gambar tak berapa nak kelia. Maklumlah guna handphone 'made in china' saja. Mc tak rancang pun nak pi ceramah Mahfuz kat Pokok Sena semalam. Mahfuz buat ceramah panggil si Jutawan Polis yang dah pencen, Fauzi Shaari dan Izzat Adun Bukit Lada.

Tapi kehadiran yang datang memang amat menyedihkan. Sebagai seorang ahli parlimen Pokok Sena, kalau banyak ni yang datang, bermakna Mahfuz dalam bahaya. Namun Mahfuz bernasib baik kerana bertanding di Pokok Sena, kerana UMNO Pokok Sena, tak berapa rasa nak menang.

Rakyat Pokok Sena, ada yang tertanya-tanya, bila bilik gerakan pilihanraya UMNO di Bukit Lada nak buka? Banyak bilik gerakan yang tak buka lagi ni!! Bilik gerakan Pas, buat kenduri hari-hari. Bilik gerakan UMNO? Dok tidoq tak bangun-bangun!

Pas nak menang, tapi orang tak suka. Nak pilih UMNO, dok nampak UMNO serupa takmau menang saja kat Pokok Sena ni. Minta tolong noo.. pi gerak sikit UMNO Pokok Sena. Kalau dah rasa tak boleh nak buat kerja. Tolong bagi kat orang lain la.. ramai lagi yang boleh buat kerja!


McTheory:
Dok simpan tunggui kayu buruk, memang la parah!

TUDAA!! Haron Din Di Maki Penganut Pas Kerana Pertahankan Kalimah Allah?

Posted: 15 Feb 2013 04:37 PM PST



Wow!! Dahsyat penganut agama Pas ni. Sampaikan ada yang berani maki hamun Ustaz Haron Din, semata-mata beliau mempertahankan Kalimah Allah.

Tahukah penganut Pas, siapa Datuk Ustaz Haron Din ni? Mc boleh gelarkan dia Ulama Besar dalam Malaysia. Dulu Ustaz Haron Din masuk Pas pun sebab ada selisih faham dengan kepimpinan yang terdahulu.

Namun beliau tak pernah mengeluarkan fatwa sesuka-hati tanpa rujuk pada Al-Quran dan Sunnah. Beliau bukan Ulamak Pas yang berpaksikan politik macam Nik Aziz.

Sebab itu dalam bab Kalimah Allah, beliau mempertahankan kenyataannya dari tahun 2008 hinggalah 2013. Tetap sama dan tak berubah walau seinci pun.

Mc tabik spring bila Ustaz Haron kata  beliau "akan pertahankan kalimah Allah hingga akhir hayatnya"

Sebak pula dengar!

McTheory:
Bersama akan pertahankan sehingga akhir hayat!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...