Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Anak Sultan Kedah Kena Tangkap?

Posted: 15 Feb 2013 07:17 AM PST


Ohh, bukan anak Sultan Kedah yang betul, yang kena tangkap ni sebenarnya pemyamar. Gara-gara mendakwa dirinya putera kepada Sultan Kedah, seorang pesawah padi didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas 13 pertuduhan memperdaya seorang pegawai bank tahun lalu.

Bagaimanapun, Mohd. Aszuraidi Abd. Aziz, 31, mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Alias.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah memperdaya seorang pegawai bank, Akbar Mohamad, 53, antara 8 Ogos hingga 27 November tahun lalu di Taman Istimewa Pandan di sini dengan mengaku dirinya anak kepada Sultan Kedah dan mempunyai banyak harta di bawah nama 'ayahandanya' itu.

Tertuduh yang berasal dari Alor Setar, Kedah mendakwa mahu membuat urusan penukaran nama harta Sultan Kedah kepada namanya dan memerlukan sejumlah wang untuk tujuan itu.

Dia kemudian berjumpa dengan mangsa dan melakukan penipuan hingga mendorong pegawai bank berkenaan menyerahkan wang kepadanya secara berperingkat-peringkat yang keseluruhannya berjumlah RM1,898.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan penjara antara setahun hingga 10 tahun dan sebat serta sebatan bagi setiap pertuduhan.

Mohd. Azlan Shah Mohd. Alias kemudian memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000.

Bagaimanapun, tertuduh gagal membayar jaminan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Afif Ali dan Khazrin Haffiz Khalil manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan kes akan disebut semula pada 6 Mac ini.

Termasuk si mamat ni, dah banyak kali orang menyamar jadi anak Sultan Kedah. Kenapa agaknya? Mungkin sebab anak Sultan Kedah orang tak kenal? Sebab tu banyak penyamarnya.

Cuma, untuk hidup senang, manusia sanggup buat apa saja. Termasuklah menipu! Dunia-dunia..


McTheory:
Contoh terbaik, Anwar Ibrahim, menipu untuk berkuasa!

PANASS!! Bila ada Anak Muda #Felda Bermain di England? #Fgvh

Posted: 15 Feb 2013 04:36 AM PST


 Mc teruja bila mengetahui 50 orang anak muda dari Akademi FELDA Kuantan telah diberi penghormatan menjalani latihan selama 3 minggu bersama team Cardiff City di England. Cardiff City sebuah kelab hak milik Malaysia yang bermain d Liga 1 England.




Siapa sangka, anak muda Felda diberi peluang yang begitu hebat. Tak termimpi mereka untuk menjejakan kaki di England untuk berlatih dan kelab yang sudah ada nama.

Anak muda Felda ini juga telah diberi penghormatan untuk masuk ke dalam padang ketika waktu rehat semasa perlawanan Cardiff City menentang Sheffield United. Anak-anak Felda ini telah mendapat tepukan gemuruh daripada 25,000 orang penonton yang sedang menyaksikan perlawanan tersebut.

Satu ucapan tahniah harus diberikan kepada DS Najib Razak atas usaha ini yang mana telah memberikan pengalaman baru buat anak bangsa kita, tidak lupa juga satu ucapan tahniah kepada Pemilik Cardiff City FC, Tan Sri Vincent Tan kerana membuka peluang ini.

Selepas tertubuhnya Akademi Felda Kuantan, ada tiga lagi Akademi Felda akan dirubuhkan iaitu di Alor Setar dan Gua Musang, Kelantan dengan ketiga sedang dirancang di wilayah selatan...aku harapkan anak-anak generasi Felda ini, akan terus dalam perjuangan mereka dan tidak terpengaruh dengan anasir sial subversif sepertimana yang dibawa Mazlan Aliman dan Anak haram mereka.

Dijangkakan Felda juga akan membina sebuah stadium yang berkapasiti 30,000 di Bandar Tun Razak Jengka, Pahang. Ini menunjukan Felda sememangnya serius hal meningkatkan mutu bola sepak tanah air kita.

Malah, Felda juga dikatakan akan membina gelanggang Futsal di setiap kawasan penempatan peneroka Felda. Inilah yang dikatakan Felda untuk rakyat, bukan macam perjuangan ANAK 'haram' Mazlan Aliman yang hanya mahu memburukan Felda semata-mata.

Mc harap, peneroka Felda dapat menilai yang mana intan, yang mana kaca. Tapi kalau Mazlan Aliman tu, bukan kaca. Tapi sampah yang tak berguna langsung!

McTheory:
Sampah? Buang la dalam tong sampah weii..

PANASS!! Gambar ni Membuktikan Anwar Ibrahim Memang Mereng!! #TukarKedah

Posted: 15 Feb 2013 01:16 AM PST


Ini gambar Mc ambil dari blog Keris7Lok. Memalukan betul orang tua nyanyuk ni. Itulah dah tua pun berangan nak jadi PM. Haaaa! Apa kes sebelah selipar sebelah lagi kasut? Dah tak betul sangat dah orang tua ni!


Kalau selipar dengan kasut pun dah tak reti nak beza agak-agak macam mana dia nak memimpin? Tapi rakan Mc cakap, sebelah lain-lain tu sebab dia kan songsang. Sampai ke kaki pun songsang.

Haha! So terus terang kalau pakai kasut pun fail. Sila undur diri dari politik.

McTheory:
Dia kan suka masuk mana-mana saja, asal boleh!

PANASS!! Azizan Razak Minta RM100 Juta Pada Tun Dr Mahathir? #TukarKedah

Posted: 14 Feb 2013 10:37 PM PST

bagi apa tu?? ishh ishh..

 Tergelak bila Mc baca bila Azizan menyuruh Tun Dr Mahathir membayar pampasan RM100 juta semata-mata untuk untuk Kerajaan Negeri Kedah hentikan penebangan balak.

Kononnya hak kerajaan negeri untuk menebang, dan kerajaan pusat tidak berhak menghalang.

Baca apa yang Azizan kata kat bawah ni,

Kerajaan Negeri Kedah meminta kerajaan persekutuan membayar pampasan sebanyak RM100 juta sekiranya mahu penebangan balak di negeri itu tidak dilakukan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pampasan itu sebenarnya pernah dijanjikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri, namun tidak pernah ditunaikan hingga kini.

 "Kalau bising sangat (mengenai penebangan balak), bayar kami RM100 juta, hutan hak Kedah...lagipun tak tebang kawasan tadahan air, kawasan hutan simpan saja tebang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata perjanjian oleh Dr Mahathir itu hanya dibuat secara lisan manakala Menteri Besar Kedah sebelum ini tidak pernah menuntut janji berkenaan.- Baca Seterusnya

Takdak sapa marah pun Azizan nak tebang balak, tebanglahhh.. tapi dapatkan kelulusan dahulu, hantar laporan kepada badan teknikal seperi pejabat tanah, pejabat hutan, jabatan alam sekitar dan lain-lain dulu. Kemudian bila dah lulus, tebanglahh.

Kalau tak lulus, itu bermakna ada masalah. Mungkin berkaitan tadahan air ataupun kawasan tersebut memang hutan simpan bernilai tinggi yang untuk disimpan.

Bukan main redah macam sekarang. Guna kuasa Menteri besar ambil tanah, kemudian diberikan kepada PMBked. PMBked pula buka tender, kemudian kontraktor balak beli tapak ikut kawasan, lepas beli, terus boleh tebang. Mudah gila prosedur sekarang ni.

Kawasan Balak Pedu dan Gunung Inas, Kerajaan BN pun pernah apply kat badan teknikal, tapi tak lulus sebab kawasan tadahan air. Tapi bila datang Pas Kedah, terus redah! Tanpa rujuk teknikal, sebab tu jadi porak peranda macam ni.

Sekali lagi Mc ulang, kami tak marah pun Azizan nak tebang balak. Tebanglah!! Cuma ikut peraturan! Setahun hanya 2000 hektar boleh tebang. Sekarang ni, dah berapa puluh ribu dah balak di tebang, berapa tahun nak 'claim' tu? Itu pun dah langgar peraturan, siapa nak jawab ni?

Jabatan Hutan dan Pejabat Tanah buat apa? Makan gaji buta? Macam mana boleh biarkan semua ni berlaku? Tolong pantau boleh tak? Atau kedua-dua ni dah dapat syer dari Azizan kot? heh..

McTheory:
Dengar kata Pengarah Hutan dengan Pengarah Tanah, baik gila dengan Azizan? Betui ka?

PANASS!! Kisah Dap 'BerGangnam Style' RM3 juta Dengan Syarikat Arak?

Posted: 14 Feb 2013 07:17 PM PST


SEMALAM Barisan Nasional (BN) berjaya mengumpulkan hampir 100,000 orang pengunjung ke majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.

Ia terbuka dan bukan untuk ahli parti itu semata-mata. Pelbagai juadah telah dihidangkan, semuanya makanan dan minuman HALAL bagi membolehkan semua lapisan rakyat meraikannya bersama-sama dalam semangat 1Malaysia.

Bagi memeriahkan acara, sebuah badan korporat, Mega Ultimate telah memaklumkan pada penganjur bahawa mereka mahu membawa penghibur terkenal dari Korea, Psy, untuk memeriahkan sambutan tersebut.

Apatah lagi bila fenomena Gangnam Style cukup hebat melanda penggemar muzik di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Kalau tak masakkan DAP melancarkan sebuah klip video parodi lagu itu dalam satu majlis besar-besaran di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tajuk lagu Gangnam Style itu diubah menjadi Ubah Roket Style…

Di sini menunjukkan yang DAP juga peminat tegar Psy dan lagu Gangnam Style itu, sebab itu mereka memilih lagu berkenaan untuk diubah dan dijadikan alat untuk memancing pengundi mereka.

Alih-alih bila Psy membuat persembahan semalam, mereka pula yang meroyan tak tentu pasal.

Sepatutnya mereka malu sendiri kerana merekalah parti politik pertama yang memulakan polemik Psy ini.

Mereka sepatutnya berterima kasih pada Psy kerana sekurang-kurangnya penyanyi berkenaan tidak mengambil tindakan mahkamah kerana mereka telah melanggar hak cipta penyanyi itu dengan 'mencedok dan mengubah' lagu tersebut sesuka hati mak bapa mereka!

Berbalik kepada isu berkenaan, DAP jangan lupa yang perangai mereka lebih teruk dan lebih jijik kerana menganjurkan program bersama dengan sebuah syarikat arak untuk mengadakan konsert di Batu Feringghi pada November lalu.










Akhbar Sinar Harian dalam artikelnya bertarikh 11 November ada butirannya.

Berikut adalah petikan daripada artikel berkenaan;

Konsert ada kelulusan MPPP


Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: November 11, 2012


Eh…lupa dalam konsert arak di Batu Feringghi itu, lagu Gangnam Style pun ada tau…meh kita tengok jap… Dari segi matematik, ia cukup mudah.

Persembahan Psy di rumah terbuka Tahun Baru Cina semalam adalah SALAH kerana ia anjuran Barisan Nasional.

Tetapi konsert arak di Batu Feringghi TAK SALAH kerana ia program kerajaan DAP.

Itu saja, checkmate!


Sumber: - Mynewshub.my

PANASS!! Kisah Mereng, Ahli Pas Suka Minum Air Kaki Haji Hadi!!

Posted: 14 Feb 2013 04:37 PM PST


 Seorang pemimpin muda PAS, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu ada cerita tentang kegilaan penyokong PAS yang suka minum air kolah Masjid Rusila di DUN Rhu Rendang, Marang.

Sejak lebih 30 tahun lalu, air kolah Masjid Rusila 'milik' Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang atau Ayah Chik dikatakan 'ada berkat' yang mampu menjadi penawar.

Sebab itulah, pada setiap kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila, penyokong PAS yang berada jauh membawa botol dan bekas untuk diisi air dari kolah tersebut dan dibawa pulang ke rumah.

Seorang penyokong PAS berusia 73 tahun, yang mahu dikenali sebagai Haji Majid dari Kampung Batangan, Marang menceritakan, perkara itu benar-benar berlaku, bukan cerita rekaan.

Kata Haji Majid, Ayah Chik seorang ustaz atau tok guru yang disegani dan dihormati. Maklumlah, belajar agama tinggi dari Mesir dan banyak ilmu dikongsi dengan masyarakat.

Bekas penyokong tegar Ahli Parlimen Marang itu memberitahu, dia sanggup kayuh basikal setiap minggu untuk bertemu dan menatap muka Haji Hadi. Adakalanya di tidur di Masjid Rusila dan Qiamullai di masjid itu.

Dipendekkan cerita, satu malam dia ke Masjid Rusila. Perjalanan dari Kampung Batangan dengan menaiki basikal. Peristiwa yang berlaku sekitar pertengahan 80-an.

Tiba di Masjid itu, Haji Majid menuju ke kolah untuk mengambil air sembahyang. Sekitar pukul 3 pagi.

Tiada perkataan lagi yang boleh diberitahu selain terkejut. Atau 'terkejut beruk' melihat Haji Hadi sedang mandi di dalam kolah berkenaan. Cukup lama Haji Majid tunggu berhampiran kolah itu, dia adalah Ayah Chik, bukan orang lain.

Bagi orang PAS, ini cerita jenaka, tapi bagi Haji Majid, itu kali terakhir dia menjejak kaki di Masjid Rusila.

Kolah yang digunakan penyokong PAS untuk ambil air sembahyang, digunakan sebagai air solat hajat, untuk minum. Tetapi, digunakan oleh Tok Guru untuk berendam!

Sudah berapa ramai yang tertipu, minum air kaki Haji Hadi? Ustaz Mohd Nor dan Ustaz Ridhwan pasti sudah minum 'air keramat' dari kolah atau kolam berkenaan. - TerengganuToday.com

McTheory:
Gila ka apa ni? Patut orang Pas semua mereng!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...