Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Ustaz Hassan Basri Menyesal Keluar Pas Di Sebabkan Abby Abadi?

Posted: 13 Feb 2013 07:17 AM PST


Ustaz Hassan Basri menyesal keluar Pas, sebab Abby Abadi masuk Pas untuk duduk bersama dengan Ustaz-Ustaz? ha ha ha.. ayat perli tu..

Rakaman terbaru Ustaz Hassan Basri ceramah di Sungai Petani,


PANASS!! Mazlan Aliman dan Dr Rosli Nak Siasat Kohilal Pas? #FGVH

Posted: 13 Feb 2013 05:17 AM PST


Si Mazlan Aliman sibuk dengan FGVH. Rasanya lebih baik Mazlan fokus pada satu syarikat Pas yang rugi teruk, hingga duit yang dilaburkan hilang begitu saja!

Tahukah anda dulu Pas pernah buka satu syarikat yang bernama KOHILAL? KOHILAL ni mengumpulkan hasil dari ahli Pas untuk menubuhkan syarikat.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa telah berlaku penyelewengan sebanyak RM 45 JUTA yang melibatkan seramai 23,000 ahli Pas, telah hilang wang pelaburan begitu saja sejak 1986.



Sepanjang penglibatan PAS dalam KOHILAL, mereka hanya mampu menjana keuntungan sebanyak RM 189,432.00 dalam tempoh 10 tahun bermula 1986 hingga 1995.

Maknanya, ahli Pas yang melabur tu, tak pernah mendapat keuntungan ditangan mereka. Modal terkumpul sebanyak 2.3 juta, habis begitu saja tanpa dikesan.

Sebab tu Mc kata, dari Mazlan dan Dr. Rosli sibuk siasat FGVH. Baik siasat Kohilal yang memang sudah tahu bermasalah, lagi kritikal tu.

Tolong balik ahli Pas yang melabur dalam Kohilal tu. Ada yang jual tanah, bergolok bergadai, hutang sana sini. Tiba-tiba pelaburan Kohilal rugi, dah la rugi, modal pun hancuss.. untung tak payah tanya la, memang langsung tak nampak.

Berbeza dengan saham FGV yang sememangnya dijamin oleh kerajaan. Peneroka tak perlu keluar modal pun. Cuma tunggu duit untung masuk saja. Benda yang bagus macam FGV ni mereka pertikaikan, sedangkan Kohilal senyap begitu saja, tak teringin ke Mazlan dan Dr Rosli nak siasat?

P/s: Sibuk dengan FGV, Kohilal apa cerr?


McTheory:
Cermin diri dulu, sebelum kata orang lain..

PANASS!! Pendedahan Kubur Sebenar Mat Indera!!

Posted: 13 Feb 2013 02:17 AM PST


Ramai orang tahu perancangan halus Mat Sabun yang mahukan Mat Indera dijunjung sebagai perjuang hingga dia buat penafian dalam mahkamah yang dia tidak kenal Abdullah CD, Harap orang PAS sedar la apa yang Mat Sabun buat pada hampa..

kubur sebenar Mat Indera

Kubur ciptaan Pas

Adakah Dia Berbohong Tentang Kubur Mat Indera?

PANASS!! Audio Rakaman Nasir Mustafa Kutuk Azizan Razak Satu Fitnah? #TukarKedah

Posted: 12 Feb 2013 11:19 PM PST


Mc ada terbaca kenyataan Nasir Mustafa dalam Sinar Harian hari ni. Nasir ni, untuk pengetahuan pembaca, dia Adun Pas yang pemalas nak mampuih. Adun Pas Kubang Rotan yang sangat benci pada Azizan, malah Adun Pas ni yang saman penyokong Pas sendiri disebabkan salah faham mengenai jalan kampung.

Baru-baru ni Mc ada buat pendedahan mengenai rakaman audio si Nasir ni kutuk MB Kedah Azizan Razak, malah Nasir dan gengnya berjanji untuk gulingkan Azizan di Sungai Limau. Tapi pagi tadi si Nasir ni menafikan dan katakan rakaman audio yang dikatakan suaranya tu fitnah!

Nak dengar rakaman audio dari yang pernah Mc dedahkan, boleh dengar kat SINI.

Nasir juga kata keyrod@Kubangrotan tu miliknya, malah dalam tu ada lebih 100 orang ahli. Disini Mc nak terangkan, program 'Zello' keyrod@kubangrotan yang Nasir kata tu, sebenarnya hanya ada 12 orang saja. 12 orang dalam tu, semua geng Nasir, hari-hari kutuk MB Kedah saja kerja depa.

Mc pun ada dalam tu, tapi Mc diam dan dengar apa yang puak Pas dok sembang. Nasir tak mengaku, malah menipu. Kat bawah ni Mc nak bagi senarai ahli Pas Kubang Rotan yang duduk bersembang dalam channel Keyrod@kubangRotan tu.

Ini senarai dalam Zello tu..

'Not in the contacts' bermaksud, nama dalam senarai diatas tu takdak dalam list contact hp Mc.
Tengok hanya ada 13 orang ahli, termasuk Mc..
List kat atas tu, list mereka yang aktif berbual dalam Zello. Nasir kata dia jarang berbual, tapi sebenarnya dia diantara yang aktif dan JAYAMNMS tu adalah 'NICKNAME' Nasir dalam Zello dan juga emailnya.

Tak percaya? Nak Mc buktikan? Tengok kat bawah lagi,


Setelah carian google dibuat, pada JAYAMNMS, muncul blog Nasir dan user profile Nasir. Bila Mc KLIK pada FLICKR JAYAMNMS, terus naik gambar kat bawah ni.

Gambar Nasir bersama peminatnya. Jadi siapa punya JAYAMNMS ini? Rasanya pembaca sendiri pun tahu "nickname" JAYAMNMS tu sapa punya kann.

Lagi satu, kalau Nasir kata dia tak kenai 12 orang dalam list tu. Nampak sangat dia sedang berbohong, seperti mana yang dia selalu buat. 12 orang dalam Keyrod@KubangRotan tu semua ahli Pas yang Nasir kenal, malah Mc boleh dedahkan gambar mereka satu persatu!

Ohh.. lupa pulak, untuk pengetahuan pembaca semua, selepas pendedahan audio Nasir kutuk Azizan, channel keyrod@kubangrotan telah diletakan password.

Kemudian, geng Nasir buat satu lagi channel untuk depa, iaitu keyrodcrew@KubangRotan. Channel baru ni orang luar tak boleh masuk dan keyrod@kubangrotan yang diletak password tadi tu telah dibuang passwordnya.

Maknanya sekarang, sesiapa pun boleh masuk ke channel keyrod@kubangrotan, sebab Nasir dan gengnya sudah ada channel baru untuk kutuk Azizan dan Kerajaan negeri Kedah. Kalau benar Nasir dan gengnya telus, kenapa perlu buat channel lagi satu? he he..

Pada Nasir, kalau berani SILA AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG!! Kalau benarlah Mc dan rakan-rakan sudah memfitnahnya! Sebab Mc dan sahabat ada banyak bukti, dan boleh membuktikan itu Nasir Mustafa.

Kalau hang salah SAMAN! Nescaya sudah tentu, SAMAN BALAS akan dibuat! Kita boleh gunakan graf nada suara dan pengecaman suara untuk buktikan suara Nasir dalam rakaman tersebut. Ada berani?


P/s: Ada sahabat cadangkan, suruh Nasir sumpah laknat! Tapi bagi Mc, sumpah laknat tak berkesan bagi puak SYIAH ni..


McTheory:
Sebab depa ni boleh buat sumpah TARKIYAH!!

PANASS!! Rakaman Sebenar "Najib Razak" Are You Ready For BN? YESSS!!

Posted: 12 Feb 2013 08:38 PM PST



Ini video sebenar yang tidak direka atau diperbuat-buat. Video yang disebarkan oleh Pakatan Haram tu, video yang dirancang dan dikelilingi kaum Dap sahaja. Sebab tu lebih kuat NOO dari YESS.

Kali ni cuba dengar betu-betul, YES atau NOO..

PANASS!! Azizan Razak Bangga Mukhriz Melawat Ladang Buahnya!! #TukarKedah

Posted: 12 Feb 2013 04:38 PM PST



Minggu lepas ada satu NGO bebas yang melancarkan kempen #SaveKedah. Malah mereka melancarkan kempen tersebut berhampiran dengan Tasik Pedu, di tapak pembalakan yang telah dimusnahkan oleh Pas Kedah.

Tapak pembalakan tersebut kemudiannya diambil oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk dijadikan Ladang buah-buahan. Pelbagai buah yang Pas Kedah rancang nak tanam disitu, termasuklah anggur dan apple. Pelancaran pun telah dilakukan oleh Azizan, dengan menanam pokok buah-buahan disitu.

Bagi yang mengikuti kisah balak di Pedu ni dari awal. Tentunya tahu, projek Ladang buah-buahan ini hanyalah satu projek menghalalkan 'balak' yang diangkut keluar secara oleh Pas Kedah.

Disebabkan demikian, pelbagai NGO telah menunjuk perasaan dengan berdemo dikawasan tersebut. Mula-mula, orang kampung, kemudian Perkasa dengan 12 ribu orangnya dan yang terbaru, NGO #SaveKedah bersama belia berdemo seramai 8 ribu orang.

Azizan tidak memberi sebarang respon mengenai demo-demo yang lain. Cuma pada demo kali ini, mungkin ianya ada sedikit kelainan kerana ada Timbalan Menteri turun bersama rakyat. Lalu Azizan pun bersuara bila ditanya,

Apa pendapat Datuk Seri mengenai demo #SaveKedah yang dibuat baru-baru ini?

Azizan kata, "Baguih la, itu maknanya projek Pas Kedah ni BERJAYA, belum start lagi projek Ladang Buah tu, dah ada Menteri (Mukhriz Mahathir) yang mai melawat. Sebab tu saya kata, projek buah-buahan ni berjaya, belum mula pun menteri dah mai melawat". Sambil mengulangi cakapnya tadi.

"Bukan senang menteri nak melawat projek Kerajaan Pas, itu tanda kejayaan kita" Sambung Azizan mengenai soalan tersebut.

Bila Azizan jawab macam tu, Mc pun taktau nak kata apa. Nak gelak atau nak menangis. Tapi itulah Azizan Razak, MB Kedah yang sememangnya tak pernah BETOI nak jawab soalan.

Kalau nak bandingkan Leman Tak lawak dengan Azizan Razak ni, rasanya Azizan lagi terer buat lawak dari Leman. Selamatlah dulu takdak pertandingan Raja Lawak, kalau ada tentu Azizan dah lama masuk.

Ahh.. lupa nak bagitau semua, pokok yang Azizan tanam masa pelancaran Ladang Buah tu, dah lama mampuih. Ya laa.. tanam pokok buah tengah panas, confirm la mampuih. Mana tahan!! Kawasan balak mana boleh tanam pokok buah? he he.. tipu rakyat sungguh!


McTheory:
Azizan ohh Azizann..cukuplah hanya sepenggal!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...