Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Rakaman Audio Adun Pas Kedah Maki MB Kedah, Sokong UMNO Kapiaq?!! #TukarKedah

Posted: 10 Feb 2013 07:31 AM PST

Inilah YB Nasir Mustafa, Adun Kubang Rotan

Pada yang nak dengar rakaman ni. Mc harap bersabar banyak-banyak, sebab rakaman ini diambil secara sulit. Mula-mula memang ada sikit gangguan, namun selepas tu, rasanya dah ok. Nak dengar lebih baik, sila gunakan earphone.


Komen YB Nasir:

Lepas ni orang bawahan boleh sertai program yang menunjukan sokongan kepada UMNO. Kemudian pakai baju yang menunjukan sokongan pada UMNO. Lebih kurang macam tu la komen YB Nasir ni. Agaknya di tujukan pada sapa?

Tapi ayat last sekali tu yang tak boleh tahan.

Sembelihan orang UMNO tak boleh, sembahyang dengan orang UMNO pun tak boleh. Pakai baju UMNO serupa masuk UMNO, kapiaq juga la.

Orang UMNO ni kapiaq ka?

Wahai orang UMNO tolong komen dan ajaq sikit puak Pas bodoh ni!

McTheory:
Kalau UMNO kapaiq, tok wan hangpa yang sokong UMNO dulu, pakat kapiaq habis la noo..

PANASS!! Deris Hitam Kata DS Najib Lemah Sebab Takut Bini?

Posted: 10 Feb 2013 04:38 AM PST



Apa masalah dengan mamat Deris Hitam ni. Dalam haramkah dia kata Najib banyak masalah. Tapi bila tengok alasan yang dia bagi, semuanya cerita lama yang dah settle. Paling mengarut bila dia sentuh bab DS Rosmah. Katanya banyak menjadi buah mulut.

Siapa yang bawa mulut sampai ia menjadi buah mulut ni? 



Bukankah puak pembangkang yang selalu mengumpat pasal Rosmah hinggakan mereka cerita pelbagai fitnah semata-mata nak jatuhkan reputasi DS Rosmah. Pembangkang Malaysia, adalah pembangkang paling huduh dalam dunia.

Tak mampu nak menyerang DS Najib, mereka menyerang DS Rosmah. Patutnya pembangkang menyerang dasar kerajaan atau kesalahan yang kerajaan buat. Bukannya menyerang peribadi yang tak ada kena mengena dengan pentadbiran.

Lagi satu, Deris Hitam ni ungkit pasal Altantuya, Mc dah penat nak jelaskan pasal ni. Apa kata bagi YB Zul Kulim pula yang jelaskan..



McTheory:
Pembangkang Malaysia, sudah la hudoh, Bodoh pula tu!

PANASS!! Kerajaan Pas Kedah Mahu KUIN bankrup? #TukarKedah

Posted: 10 Feb 2013 01:17 AM PST


15 Januari lalu,. Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Prof. Dato' Wira Dr. Jamil Osman mengumumkan dalam satu sesi Taklimat Perpindahan ke Kampus Kuala Ketil yang diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, bahawa staf dan pelajar KUIN dari kampus Mergong, Stargate dan Sungai Petani akan mula dipindahkan ke kampus tetap KUIN Kuala Ketil secara berperingkat.

Bagaimanapun, ia hanya melibatkan Kulliyyah Muamalat, Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal dan Multimedia dan Kreativiti. Beliau turut menyatakan bahawa KUIN kini dalam usaha menyediakan asrama pasang siap yang dapat menempatkan sekurang-kurangnya 1600 pelajar.

Daripada kenyataan berikut, tampak seolah-olah KUIN tidak mengalami sebarang masalah. Sedangkan, hakikatnya, KUIN sedang berhadapan dengan masalah kewangan dan pentadbiran yang meruncing.

Pada 31 Oktober 2012, KUIN telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar untuk membayar RM1.599 juta kepada Syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd. Syarikat tersebut bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kediaman dan pengangkutan kepada 300 pelajar Insaniah di cawangan Insaniah Sungai Petani bagi tempoh tiga tahun bermula Januari 2009 hingga Disember 2011 dengan kadar bayaran ditetapkan dalam perjanjian sebanyak RM200 sebulan untuk setiap pelajar.

Walaubagaimanapun, KUIN telah gagal memenuhi terma perjanjian dengan sempurna sehingga menyebabkan syarikat tersebut kerugian apabila terpaksa menanggung kos sewa rumah, pembelian barang-barang dan lain-lain kos berkaitan.

Oleh itu, pada Mac 2012, Pengarah Urusan Shake Cuisine telah membuat tuntutan di mahkamah terhadap KUIN untuk baki bayaran dalam kontrak, RM200,000 bagi kerugian kos bayaran sewa stor barang serta kerugian akibat tidak dapat meneruskan perniagaan lain berjumlah RM1,259,939 selain faedah pada kadar lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relief yang semuanya membawa kepada jumlah RM1.599 juta.

Dengan masalah yang sebegini besar, kita hairan bagaimana Rektor KUIN dan kerajaan negeri masih boleh bertenang dan bersikap seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

Masalah KUIN bukannya kecil, dan telah pun didedahkan secara besar-besaran, termasuk tunjuk perasaan oleh kakitangan KUIN sendiri. Masalah kewangan yang disebutkan di atas hanyalah 'lanjutan' dari masalah pentadbiran yang amat parah berikutan amalan kronisme dan korupsi terang-terangan di kalangan pemimpin atasan.

Kronisme berlaku dalam bentuk rangkaian di mana kroni tersebut juga turut melakukan nepotisme dengan melantik rakan dan ahli keluarga termasuk isteri dan abang serta menantu, kakak dan lain-lain lagi yang tidak punya kelayakan, pengalaman, pengetahuan malah masalah pendengaran juga, yang mana menyebabkan pentadbiran tidak dapat dijalankan dengan baik dan kelam kabut.

Semua masalah ini telah dilaporkan secara bertulis, antaranya, Rektor tidak hadir tanpa cuti sakit melebihi 75 hari tetapi tidak dikenakan tindakan atau potongan gaji sepertimana yang tertakluk dalam kontrak.

Rektor juga menubuhkan syarikat Insaniah Holdings kononnya untuk menjana pendapatan bagi mengelak dari terlalu bergantung kepada kerajaan negeri tetapi Rektor kemudiannya melantik kroninya sebagai pegawai-pegawai syarikat ini dengan memberi gaji yang terlalu tinggi iaitu RM4,000 – RM35,000 tidak termasuk kemudahan-kemudahan serta elaun lain sedangkan skop kerja dan prestasi yang ditunjukkan adalah tidak setimpal.

Lebih dahsyat, ada di antara kroni yang dilantik pernah disabitkan kesalahan jenayah kewangan oleh Suruhanjaya Sekuriti yang membawa akibat penjara 12 bulan, diberi tugas untuk mengurus kewangan. Selain itu, terdapat juga kroni yang terlibat dalam pecah amanah dalam mengendalikan wang yuran kursus perbankkan Islam di Thailand dan juga Kedutaan Nigeria. Beliau juga turut diberikan tanggungjawab dalam bidang kewangan.

Insaniah Holdings tidak pernah menjana kewangan jauh sekali meraih keuntungan tetapi kakitangannya telah menerima bonus dari peruntukan kerajaan negeri.

Masalah pentadbiran ini membawa kepada masalah kewangan yang bertimpa-timpa dan berlarutan serta berganda. Semakin lama mereka-mereka yang kotor dan korup ini dibiarkan menerajui KUIN, semakin parahlah kedudukan kewangan KUIN.

Pendek kata, sesiapa sahaja pasti akan terduduk terkejut jika meneliti setiap masalah yang sedang dihadapi oleh KUIN seperti yang dilaporkan secara bertulis oleh kakitangan KUIN kepada Menteri Besar Kedah di dalam surat yang didedahkan oleh beberapa blogger Kedah, di mana surat tersebut mempunyai bukti penerimaan dari Pejabat Menteri Besar pada 12 Jun 2012. Namun, yang menghairankan, Menteri Besar Kedah serta keseluruhan pentadbiran negeri Kedah, telah bertindak memekakkan telinga dan memejamkan mata.

Tidak cukup dengan masalah di dalam KUIN sendiri, perlantikan kontraktor untuk kampus baru juga dilakukan secara tidak telus dan pembinaannya juga terdapat unsur-unsur penipuan atau manipulasi di mana pelan asal yang mempunyai asrama, cafeteria dan dewan kuliah 'bertukar' menjadi dewan kuliah dan taman perumahan, iaitu Taman Insaniah untuk disewa oleh para pelajar. Kafeteria dan asrama, telah ditiadakan tanpa alasan munasabah.

Masalah KUIN sahaja sudah cukup untuk menjejaskan kewangan Kedah, dan ini belum lagi termasuk masalah-masalah lain di dalam anak syarikat kerajaan negeri yang membabitkan jutaan ringgit yang dibazirkan atau lesap begitu saja. Oleh itu, kita dapat memahami kenapakah kerajaan negeri langsung tidak menunjukkan prihatin terhadap apa jua yang didedahkan?

Apakah benar Menteri Besar Kedah begitu pekak dan buta? Apakah benar keseluruhan pentadbiran Kedah begitu bodoh dan bebal? Atau apakah mereka sebenarnya sedar dan sengaja membiarkan semua masalah ini berlarutan?

Mungkinkah mereka sudah puas memegang jawatan? Atau, mungkinkah mereka sememangnya berniat untuk mengaut sebanyak yang mungkin melalui kroni mereka sebelum melepaskan semula Kedah kepada Barisan Nasional dalam PRU kali ini?

Nampaknya, slogan Kedah Sejahtera sebenarnya hanyalah untuk kroni-kroni pemimpin PAS Kedah sahaja.

PANASS!! Kisah Benar Pas Rembat Duit Tabung Memali!!

Posted: 09 Feb 2013 10:17 PM PST


Dah lama Cikgu Non cuba dedahkan tentang perkara ini. Namun ada diantara kita yang tak ambil kisah pun. Kali ni Mc harap pembaca tengok video ni dan nilaikan. Buku yang Cikgu Non pegang tu, sebenarnya dah tersebar ke merata tempat. Malah Pas pernah HARAMkan buku tersebut.



Mc sendiri dah baca, memang detail perceritaan Cikgu Non tentang bagaimana duit tabung Memali diseleweng oleh pimpinan atasan Pas. Malah sejak tabung tu 'ghaib' Pas pusat pun tak ambil peduli, malah tak ambil tindakan pun keatas orang yang bertanggung jawab songlap tabung tersebut.

Kesiann kesiann.. sudah la dipergunakan hidup mereka oleh Pas. Sampai tabung Memali pun Pas seleweng. Kesian la nasib balu-balu Memali yang hidup mereka dipergunakan Pas!


McTheory:
Memang takdak hati perut puak Pas ni..

TUDIAA!! Bawani #Listen Pun Turut Memohon Ambil BR1M 2.0?

Posted: 09 Feb 2013 07:17 PM PST


Kenai dengan Bawani? Alaahh.. Budak india yang buat kacau dulu tu. Budak yang pernah menjadi tumpuan apabila di LISTEN kan oleh Sharifah Zohra Presiden SW1M yang akhirnya mendapat jolokan Sharifah Listen. Tak ingat juga, Bawani ni bekas calon MPP UUM yang kalah teruk kerana membawa fahaman komunis dikalangan mahasiswa UUM.

Tengok gambar dibawah, Bawani seorang pengamal fahaman PSM, yang mahu mewujudkan kembali fahaman komunis di Malaysia. Kiranya dia ni memang hardcore gila tentang kerajaan.


Bila seseorang yang hardcore gila menentang kerajaan, kenapa pula dia mahu ambil bantuan dari Kerajaan yang dia tentang? Patutnya pulaulah sekali! Orang macam Bawani tak layak langsung untuk menerima apa yang Kerajaan Pusat bagi.

Kalau ada orang kata ini semua duit rakyat, Mc nak tanya dia, berapa ribu kerajaan ambil duit dia tiap tahun?

Bayar cukai pendapatan pun tak pernah, lagi nak mengakut duit rakyat? Aduhh.. bengap betui!


McTheory:
Kutuk kerajaan bagai nak rak, bila bagi duit ambil pula, muka longkang sungguh!

PANASS!! Blogger Pas SUKA MB Kedah dipanggil SIAL BIN CELAKA? Jawapan Azizan Isu Tersebut! #TukarKedah

Posted: 09 Feb 2013 04:37 PM PST


 Dah lama Mc tunggu jawapan balas dari Azizan MB Kedah yang dikatakan menyokong program dari Keajaan Pusat. Malah penyokong Pas Kedah mempertikaikan kehadiran Azizan Razak pada majlis pelancaran program My Beautiful Malaysia peringkat negeri Kedah, yang dilancarkan oeh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, di Taman Rekreasi Gunung Keriang.

Difahamkan, terdapat segelintir pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Azizan yang dilihat 'mesra' dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) pada majlis itu.

Malah beberapa blog tempatan 'menyerang' Azizan sehingga menimbulkan spekulasi konon Azizan bakal menjadi mangsa selepas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, gara-gara tindakan Pas Pusat yang dilihat mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin parti yang menjalin hubungan mesra dengan pemimpin BN.

Disebabkan tiada blog Pas Kedah yang menjawab bagi pihak Azizan. Mc dengan baik hati dan sukarela tolong sebarkan jawapan dari Azizan!

Kemesraan Azizan dengan Chee Heung serta Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dipolitikkan pihak tertentu, sehingga wujud persepsi konon hayat politik Azizan akan menerima nasib sama seperti Nasharuddin.

Azizan ketika disoal, bagaimanapun tidak melatah, sebaliknya menyifatkan perkara itu tidak wajar dipolitikkan kerana ia isu sejagat.

"Itu pemikiran cetek, saya sokong program gotong-royong tu, bukan sokong perjuangan parti politik selaku penganjur program itu," katanya.

Menurutnya, pihaknya menyambut baik program anjuran kerajaan pusat itu kerana amalan gotong royong perdana seperti itu sudah lama diamalkan di Kedah.

"Polisi kerajaan negeri itu sama dengan agenda program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ia bukan satu kesalahan. Lagi pun saya hadir sebagai ketua kerajaan setelah dijemput oleh penganjur,"

"Saya sekadar mahu menggalakkan belia dan masyarakat sertai program gotong royong kerana banyak manfaatnya. Saya cuma menggalakkan usaha baik seperti itu di Kedah," katanya.

Menurutnya, ia bukan suatu isu dan kehadiran beliau ke program terbabit tidak wajar dipolitikkan.

"Ini isu alam sekitar bersifat universal melangkaui sempadan politik, tidak timbul isu dan tak wajar dijadikan isu," katanya lagi.

Sekarang jelas pendirian Azizan, kenapa beliau hadir ke program berkenaan. Apa yang Mc rasa pelik ialah kenapa para blogger Pas langsung tidak membela Azizan dalam hal ini. Malah mereka turut sekali mengutuk Azizan. Kenapa agaknya?

Contoh macam si Khalid Syiah mahasewel yang jelas-jelas memaki hamun Azizan dengan panggilan Sial Bin Celaka! Namun Khalid Syiah langsung tidak ditegur atau dibalas oleh blogger Pas Kedah. Seolah-olah mereka merestui Khalid Syiah memanggil Azizan dengan gelaran tersebut.


Bila Azizan dihentam teruk, mereka hanya memerhati sambil tersenyum. Bila Phahrolrazi dicuit, terus mereka menyerang balas dengan pelbagai jawapan dan fitnah. Apakah ini bermakna, Ketua Blogger Pas Kedah, Pro Phahrolrazi?

Sudah jelas lagi bersuluh, Azizan cuma tunggu masa untuk jatuh, ramai yang nak tepuk tangan!


McTheory:
Kesiann.. kesiann.. patut la depa dok buli orang tua tu..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...