House PK

House PK


CILI KASI TARUK! GUAN ENG ARAHKAN DAP DAN PR JOHOR TUTUP MULUT! MANA DEMOKRASINYA NI?

Posted: 20 Feb 2013 12:00 AM PST

Apa? Tokong suruh diam ka? Aiyaaa tokong aaa mana boleh ini macam lu kata lu orang amalkan demokerusi, so kasi mereka cakap la in public! After all ini public interest maaa. Apasat mau senyap-senyap dan mau suruh tutup mulut Tokong? Errr ke Khalifah dia ni? Aku konpius la..

Itulah DAP ni, sendiri punya parti pun takleh nak kawal, pemilihan CEC pun tipu, dengan ROS pun taknak kerjasama, silap-silap parti komunis chuvinis dan komunis ni bakal diharamkan. Ada hati pulak si Tokong ni nak belasah SPR! Ptuuiihhh.

Aku syok tengok perbalahan PKR dan DAP kat Johor ni, sebab benda ni semakin serius, susah nak kawal dah ni...negeri pertama Pakatan bakal terkubur adalah di Johor nampaknya..kah kah kah

INI SEMUA SALAH UMNO! KALAU TAK KERANA NAJIB DAH LAMA ANWAR JADI PM!

Posted: 19 Feb 2013 10:00 PM PST

Mari kita kenang kembali apa yang berlaku semasa peralihan pemerintahan diantara Tun Dol dan Najib. Bukan nak lukakan kembali parut yang lama tetapi sebagai manusia kita harus ingat selalu kesilapan kita supaya ianya tidak berulang kembali.

Masih ingatkah korang bagaimana Najib yang ketika itu masih TPM diasak dari luar dan dalam oleh musuh-musuh beliau? Dari isu Altantuya hingga ke Scorpene? Beliau dituduh macam-macam, malah bukan beliau saja steri beliau yang takde kena mengena dengan politik pun menjadi mangsa sama.?

Hingga ke akhir saat pun, masih ada usaha puak pakatan agar Najib tidak menjadi PM, mereka berhempas pulas nak pastikan Tun Dol terus kekal menjadi PM, lagi lama Tun Dol jadi PM lagi bagus dan cerah peluang Anwar jadi PM. Aku rasa tak perlu la aku ulas panjang sebab semua dah tahu apa ynag telah beraku masa tu.

Apa yang aku nak ingatkan kat sini ialah, Anwar mati-matian tak mahu Najib jadi PM. Pakatan pun begitu, mereka tahu Najib ni adalah seorang yang bijak dan memang layak jadi PM yang bagus. Sekali jawatan itu terlepas ke Najib memang susah mereka nak ambilalih Putrajaya.

Akhirnya apa ditakuti Anwar terbukti menjadi nyata. Setelah menjadi Perdana Menteri, Najib yang memegang "Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan" telah membuktikan bahawa dia memang layak jadi PM. Rakyat dari golongan bawahan hingga ke peringkat atasan semua merasai nikmat pemberian kerajaan.

Segala apa yang Najib buat semuanya menjadi hinggakan puak Pakatan terpaksa spin benda yang baru. Frankly speaking kadang-kadang mereka sendiri pun tak tahu apa yang mereka spin sebenarnya. Satu persatu bala menimpa Anwar. Dari kes Liwat Saiful ke Video China doll, makin lama Anwar makin tidak relevan..

Apa yang ingin aku simpulkan dalam story ringkas aku ini ialah, kalau tak kerana Najib dah sah-sah Anwar jadi PM dan Pakatan dapat Putrajaya. Tapi mood kini anda tanya la diri sendiri adaah kita masih marah lagi macam tahun 2008? Adakah kita teraniaya dibawah pemerintahan Najib?

Apa tidak cukup kah segala kenikmatan yang kita kecapi hari ini? Apakah kita mahu mengkufuri nikmat yang Allah bagi? Apakah kita mahu dari senang menjadi susah balik macam dulu? Mesti tak nak kan? So, sebelum anda jadi bebal dan terikut-ikut dengan orang nak tentang kerajaan, baik tanya diri sendiri apa benda yang aku buat ni sebenarnya? Adakah aku mahu tergolong dikalangan orang yang MENGKUFURI NIKMAT?

So sebab itulah Anwar nak bawak Xenophone, microphone dan macam-macam lagi untuk bangkitkan kemarahan rakyat kununnya. La ni aku nak tanya siapa yang marah sangat si GAY haramjadah tu tak dapat masuk negara ni? Korang marah ka? Tak kan? So?

Ingat satu benda je, Anwar jaja keseluruh negara dengan mengatakan Pakatan confirm menang, dia jugak suruh beberapa pemimpin Pakatan buat benda yang sama, ada yang bijak tak nak cakap ada yang bebal macam Nizar buat ramalan tahap seluar dalam koyak dia. Tujuannya satu saja nak create perception yang BN bakal kalah walau pada hakikatnya BN akan menang 2/3.

Anwar setelah kecewa tak dapat jadi PM disebabkan Najib, mahu cetuskan Arab Spring kat negara ini namun apa yang aku nampak ianya lebih kepada KUNYIT SPRING! Ya, sesiapa yang menyokong gerakan Anwar ni adalah penyokong Kunyit Spring, meraikan peliwat dan penzina sebagai PM! Euuwww, sampai sanggup turun atas jalan? Owhhhhh geli siot..

Oh ya aku terlupa! Kita bukan sekadar ada PM yang hebat tetapi kita juga ada TPM yang terbaik iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sentiasa bersama PM dalam setiap keputusan. Gandingan mantap ini membuatkan pemimpin Pakatan keseluruhan menjadi tidak keruan dan kebingungan.

Pakatan melalui blogger nak reform cuba melaga-lagakan PM dan TPM dari 4 tahun lepas, mereka buat macam-macam cerita beb, tapi bab ini aku akan ceritakan dalam posting yang lain. Cukuplah korang fokus pada kegilaan Anwar nak jadi PM ni, PAS dah mula nak tarik handbrake sebab selalu sangat dibuli DAP.

Jadi kita tunggu dan lihat apa seterusnya strategi si PM wanna be Anwar ni.

Nak tulis lagi ke? Kome pikior le sendiri!

GEMPAR BERAPI! PAS KEDAH ADAKAN DEMONSTRASI UNTUK GULINGKAN MB AZIZAN RAZAK!

Posted: 19 Feb 2013 07:57 PM PST

Sepatutnya jam 10:30 pagi tadi, satu demonstrasi anjuran Dewan Ulama PAS Kedah dibuat di Kompleks PAS Kedah, Batu 9. Demonstrasi tersebut bertujuan untuk menolak Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah. Bagaimanapun, disebabkan tidak ramai yang datang, maka program tersebut terpaksa ditunda ke pukul 12:00 tengah hari.

Perebutan jawatan Menteri Besar Kedah semakin memuncak. Krisis dalaman PAS Kedah semakin membesar sepertimana besarnya juga lubang tembelang yang mereka cuba katup selama ini. Azizan Abdul Razak sudah terlalu hampir hendak menelanjangkan siapa tok dalang yang menyebat duit taukeh-taukeh Cina menerusi penebangan rakus hutan dan penggondolan bukit serta gunung di Kedah. Malah Azizan Abdul Razak juga sudah terlalu hampir hendak mendedahkan rahsia, siapa sebenarnya yang menjadi dalang, Kedah bakal menjadi negeri muflis.

Justeru, sebelum Azizan buka mulut dan mendedahkan segala-galanya, puak berkenaan terlebih dahulu bertindak dengan memanggil ahli-ahli PAS untuk berdemonstrasi semata-mata untuk menggulingkan Azizan Abdul Razak. Saranan agar setiap masalah diselesaikan secara musyawarah nampaknya telah digantikan dengan demonstrasi menuntut perletakan jawatan.

Beberapa hari lepas, Phahrolrazi Zawawi dengan MUKA TAK MALUnya, lengkap dengan bulu hidung terjulur, tersenyum sengih memberitahu, DIA SUDAH BERSEDIA MENJADI MENTERI BESAR KEDAH!

Punyalah konfiden menatang penjilat Guan Eng tu.

Tapi hari ini, nampaknya Phahrolrazi Zawawi dah berjaya meyakinkan Dewan Ulama PAS Kedah untuk berdemonstrasi menggulingkan Azizan Abdul Razak. Entah berapa banyaklah pula rasuah yang telah diberikannya kepada Dewan Ulama PAS Kedah untuk berbuat begitu.

Yang sahihnya, orang yang paling takut sekiranya Azizan buka mulut sebenarnya adalah Phahrolrazi Zawawi. Justeru, walau dengan apa cara sekalipun, dia perlu mendesak Azizan letak jawatan walaupun penggal pentadbiran PAS di Kedah sudah begitu hampir untuk ditalqinkan!
Sumber: Kedahan69ers

CILI KASI TARUK! XENOPHON GAY HARUS LIHAT MASALAH DALAM NEGARA SENDIRI KATA RAKYAT AUSTRALIA!

Posted: 19 Feb 2013 07:03 PM PST

Usaha Senator Bebas, Nick Xenophon memasuki negara ini atas alasan kononnya dijemput berjumpa dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim rupa-rupanya turut mendapat kecaman hebat daripada rakyat Australia sendiri.

Xenophon ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang pada Sabtu lepas setelah didapati mempunyai rekod memudaratkan kesejahteraan negara dan tindakan itu mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/63 oleh Jabatan Imigresen.

Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan tindakan Xenophon itu kerana ia dianggap mencampuri urusan negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka sejak 1957 lagi.

Berikut petikan laporan yang telah diterjemahkan:

Laporan The Australian, 19 Februari 2013, 12 pagi:-

Nick Xenophon dilantik dan dibayar gaji oleh rakyat Australia untuk mewakili kepentingan mereka di Parlimen, bukannya untuk mencampuri urusan dan hal ehwal dalaman negara lain. Daripada mencampuri politik Malaysia, adalah lebih baik jika beliau fokus terhadap isu dalam negara seperti kerajaan pimpinan Gilliard yang tidak berhati-hati dalam menangani masalah ekonomi, hubungan industri, pertahanan dan kebajikan warga emas.

Satu tindakan yang tepat untuk Malaysia menghantarnya pulang.

- John George, Cherrybrook, NSW

Nilai dan standard yang pelik: golongan atasan berasa tidak senang apabila ahli politik Nick Xenophon dihlalang masuk ke Malaysia tetapi pada masa sama, golongan yang diketuai oleh bekas Menteri Imigresen, Chris Bowen merasakan tidak salah untuk menyekat selama beberapa bulan sebelum meluluskan visa ahli politik Belanda, Geert Wilders, yang mana proses itu biasanya mengambil masa tiga atau empat hari bagi rakyat Belanda.

Pada masa sama, jurucakap kepada cawangan kumpulan Islam British dikenali Hizb ut-Tahrir, Taji Mustafa yang mengecam pembunuhan askar Australia di Aghanistan dan meminta tindakan ketenteraan dikenakan terhadap Israel juga tidak diluluskan permohonan visanya.

- Jim Ball, Narrabeen, NSW

Saya berasa terkejut mengetahui kita menghantar ahli politik untuk campurtangan dalam politik negara lain di rantau ini dan begitu memahami mengapa Nick Xenophon telah dihalang dari masuk ke Malaysia.

Sebelum ini, Kevin Rudd menganggu China, rundingan ternakan Indonesia yang gagal, isu pelarian dari Malaysia dan Timur Leste yang memalukan dan terbaru, tindakan yang dilakukan olen Nick Xenophon.

Malaysia berkembang pesat pada kadar 5 peratus dan kadar pengangguran ialah 3 peratus, jadi wakil rakyat mereka patut ke sini dan memaklumkan kepada kita bagaimana untuk menguruskan negara ini.

- John Mather, Mosman, NSW

Laporan anda menjelaskan nilai Nick Xenophon (18/2). Sebagai bekas kakitangan kerajan yang bergantung kepada pencen seperti mana yang dijanjikan oleh kedua-dua parti utama untuk diperbetulkan tetapi akhirnya ia tidak berlaku. Saya tidak dapat melupakan sifat hipokrit Xenophon yang menyokong permintaan dan kehendak kakitangan awam apabila beliau bertanding dan kemudiannya menggunakan undinya dalam Senat untuk menghalang masalah berkaitan pencen kakitangan awam diselesaikan.

Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia dapat mengenali ahli politik yang suka mencetuskan kekecohan apabila mereka berjumpa dengannya.

- J. J. Goold, Mudgeeraba, Qld

Satu ingatan kepada Nick Xenophon: Malaysia sudah menjadi negara merdeka sejak 1957. Jika anda perlu bertanggungjawab dalam memperjuangkan hak orang putih, ada banyak isu di negara ini yang boleh diselesaikan daripada hasil kepakaran anda itu.

- Lawrence Gribben, Carseldine, Qld

Baca seterusnya di Perak Today

House PK: Aku tak faham la, kenapa Pakatan syok sangat dengan si gay ni atau pakatan ni dah jadi pejuang GAY antarabangsa?

KESIAN PM! BELIAU BERKERJA SETIAP HARI UNTUK NEGARA!

Posted: 19 Feb 2013 08:09 AM PST

Kesian gak tengok PM ni dah le kena layan kerenah prmbangkang pastu lena hadapi ahli-ahli sendiri yang asyik pentingkan diri sendiri...

PRU dah dekat, dah bersedia ke BN untuk terima semua keputusan PM kalau dia pilih calon yang winnable?

Dah sedia? Boleh terima keputusan tuan Presiden?

FUYOH! BLOGGERS PAKATAN DIBAYAR 3 RIBU SEBULAN UNTUK BERBLOG?

Posted: 19 Feb 2013 04:17 AM PST

Aku tak berapa faham ni? Boleh tak blogger pakatan tolong perjelaskan apa benda ni? He he he
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...