Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


HASAN ALI - MANIFESTO PR HINA KEBEBASAN ISLAM.

Posted: 27 Feb 2013 12:25 AM PST




Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, Pas tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pembangkang Isnin lepas kerana ia tidak memaparkan aspirasi parti itu terutama dalam memartabatkan agama Islam.

Manifesto pakatan pembangkang adalah lebih kepada aspirasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan tidak begitu menyentuh perkara-perkara yang memartabatkan Islam di negara ini, katanya dalam satu ceramah Jom Tolak Pakatan di Jalan Nenas, Meru di sini, malam tadi.

Di dalam manifesto itu tidak dinyatakan mengenai penubuhan negara Islam, atau mengangkat martabat mahkamah syariah sama dengan mahkamah sivil.

Oleh itu beliau hairan mengapa Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat-angkat tangan semasa pelancaran itu.

(Lainlah) kalau ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengangkat tangan mereka tidak mengapa..kerana agenda mereka termaktub dalam manifesto itu.

Agenda mereka untuk menjadikan Islam di Malaysia lebih liberal atau sekularisme disisipkan di dalam manifesto itu tetapi agenda Islam tidak dijelaskan dalam manifesto itu.





Dr Hasan yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) berkata sehingga sekarang pakatan pembangkang masih lagi tidak menetapkan siapa calon Perdana Menteri sekiranya mereka menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

DAP dan PKR mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri dan begitu juga sesetengah pihak dalam Pas yang mahukan Anwar menjawat jawatan itu sedangkan pimpinan Pas sendiri nampaknya tidak berani menonjolkan Anwar layak menjawat jawatan Perdana Menteri, katanya.

"Pemimpin Pas tahu "the in and out" (luar dan dalam) Anwar Ibrahim. Tak malu ke kalau PM kita Anwar Ibrahim," katanya.





Hasan berkata, isu siapa yang jadi Perdana Menteri ini penting kerana kalau pakatan rakyat memenangi pilihan raya kali ini, Perdana Menterilah yang pertama kali mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong sebelum kabinet dapat ditubuhkan.

Oleh itu, beliau meminta para pengundi di Meru supaya tidak memperjudikan politik dan masa depan Malaysia dan menolak pakatan pembangkang.

Hasan juga berkata, kenyataan Nik Aziz bahawa mereka yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia umpama ayam dan lembu tidak mencerminkan keperibadian atau bahasa seorang ulama.


FIRAUN BR1M - VETERAN ULAMA PAS KECAM BAHASA KOTOR HADI AWANG.

Posted: 26 Feb 2013 06:38 PM PST




Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad menyifatkan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat sama seperti yang dilakukan oleh Firaun, dipercayai untuk menutup isu kalimah suci Allah.

Kata beliau isu penggunaan kalimah Allah memberi tamparan hebat kepada PAS apabila keputusan dikeluarkan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang menyokong penggunaan kalimah tersebut oleh orang bukan Islam, disanggah Majlis Syura Ulama PAS.

"Isu kalimah Allah perkara berat, selepas Majlis Syura PAS kata kalimah Allah tak boleh diguna oleh bukan Islam, Abdul Hadi patut bawa perkara tersebut kepada mesyuarat tertinggi pakatan pembangkang.

"Abdul Hadi kena tarik balik kenyataan tersebut selepas Majlis Syura buat keputusan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Sebelum ini Abdul Hadi ketika berucap pada konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam mendakwa usaha kerajaan pusat melaksanakan pemberian BR1M itu sama dengan Firaun yang disifatkannya turut melaksanakan bantuan yang sama kepada rakyat Mesir ribuan tahun dahulu.

Abdul Hadi dipetik berkata tindakan Firaun itu telah disebut di dalam al-Quran yang menceritakan kisah Nabi Musa a.s tentang sikap Firaun memperbodoh-bodohkan rakyat Mesir ketika itu.

Wan Ismail yang juga antara pengasas PAS Kelantan turut membidas tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan usaha kerajaan pusat memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

Beliau percaya orang ramai tidak boleh menerima kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

ARAHAN SOI LEK DITOLAK? - BN LETAK ONG TEE KEAT CALON PARLIMEN PANDAN.

Posted: 26 Feb 2013 05:35 AM PST



Barisan Nasional (BN) akan menamakan bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai calon secara langsung bagi kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya 2013 setelah keputusan tersebut dibuat oleh Pengerusinya Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam mesyuarat "bilik perang pilihan raya" semalam.

Keputusan tersebut kemudiaannya disampaikan kepada pemimpin parti komponen BN yang mana mereka diberitahu pencalonan Ong akan memastikan kerusi yang disandang oleh beliau tersebut sebagai "boleh menang" kepada gabungan tersebut.

"Telah diputuskan supaya untuk segala perbezaan individu diketepikan dan melihat kepada populariti seseorang dikawasan tersebut," kata sumber yang mengetahui tentang mesyuarat tersebut.

Difahamkan BN berpendapat pencalonan Ong akan membantu gabungan kerajaan untuk meraih semula sokongan pengundi Cina kepada mereka yang dilihat semakin rendah ketika ini.

"Sokongan Ong dikalangan masyarakat Cina sangat kuat ... itu akan membantu BN," kata sumber itu lagi.

Ong (gambar) telah diketepikan selaku presiden MCA oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semasa kemelut perebutan kuasa pada 2010. Beliau juga merupakan ahli parlimen Pandan selama lima penggal.

Namun, awal minggu ini Dr Chua memberitahu media pada sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA bahagian Pandan bahawa Ong telah terkeluar daripada senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya 2013.

BN pernah meletak calon bebas di bawah tiket mereka semasa pilihan raya 1995. MP Hulu Rajang ketika itu, Billy Abit Joo mencipta sejarah sebagai calon BN pertama yang bertanding sebagai ahli gabungan tersebut.

Billy Abit tidak bersama dengan mana-mana parti komponen memandangkan tiada peruntukan untuk ahli BN melakukan sedemikian. Beliau kemudiaan menyertai Parti Rakyat Sarawak.

Dalam Pilihan Raya 2008 lalu, Ong mempertahankan kerusi parlimen Pandan dengan mengalahkan calon PKR, Syed Shahir Syed Mohamud dengan majoriti 2,961 undi. Beliau memperolehi 25,236 undi berbanding lawannya 22,275 undi.

Kawasan Pandan adalah kerusi campuran yang mengandungi 55 peratus bukan Melayu dengan lebih separuh pengundinya berusia di bawah umur 40.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...