Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


TERKINI - NAJIB UMUM BUBAR PARLIMEN 1 APRIL INI.

Posted: 22 Feb 2013 11:53 PM PST




Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menjangka Parlimen akan dibubarkan selepas berakhirnya Pameran Udara dan Maritim Langkawi (LIMA) 2013.

LIMA 2013 akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Mac hingga 30 Mac ini.

Astro Awani.com memetik Aziz berkata demikian ketika ditemui media selepas taklimat bersama Pengarah-Pengarah Pilihan Raya zon utara di Langkawi semalam.

Jangkaan itu bagaimanapun, tegas Aziz, adalah pandangan peribadi beliau.

Beliau percaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat selepas selesai LIMA 2013 kerana pameran itu telah dirancang sejak dua tahun lalu.

"Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum LIMA," kata Aziz lagi.

Pengerusi SPR itu juga ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan ramai pelabur dari luar negara akan menarik diri jika Parlimen dibubarkan sebelum LIMA 2013.

Menurut Abdul Aziz, Najib sangat arif mengenai kepentingan pelaburan asing yang akan dijana sempena penganjuran pameran berkenaan.

Justeru, Aziz secara peribadi yakin PRU-13 akan berlangsung selepas penganjuran LIMA 2013.

ANWAR REBAH - 160 KERUSI PARLIMEN DI TANGAN BN.

Posted: 22 Feb 2013 06:38 PM PST




Menurut analisis terkini dan sumber-sumber tertentu, BN dijangka mampu memenangi sehingga 160 dari 222 kerusi dalam pilihanraya ke-13.   

Jangkaan ini menepati ramalan majalah Economist Intelligence Unit (EIU) berdasarkan analisis terhadap projek transformasi, rekod prestasi BN serta penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang jelas begitu kuat bekerja. 

Selain itu, prestasi pembangkang yang buruk kerana banyak memungkiri janji, di akan tambah dengan taburan janji-janji  yang tidak masuk akal jika parti itu memerintah seperti pendidikan percuma dan penurunan duti kenderaan, yang akan memakan belanja sehingga RM47.6 billion setahun, secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada sokongan terhadap BN.   Itu pun belum lagi dicampur dengan janji-janji lain yang melibatkan kewangan negara seperti tol percuma, penurunan harga barang dan lain-lain. 

Dalam pilihanraya yang lalu, BN telah mengalami apa yang dipanggil 'tsunami' politik apabila kekurangan 8 kerusi untuk kuasa 2/3. Di Semenanjung daripada 166 kerusi parlimen yang tersedia, BN menang 85 dan di Sabah dan Sarawak pula,  BN menang 54 kerusi.   Secara keseluruhannya BN hanya memenangi 139 dari 222 kerusi. 

Tamparan itu merupakan peringatan dari rakyat yang tidak berpuas hati dengan pendekatan 'terlalu terbuka' kepimpinan pada waktu itu sehingga memperlihatkan seolah-olah kehilangan kawalan.   Ternyata rakyat Malaysia cukup bijak menilai perkembangan semasa untuk lebih awal mengesan beberapa perkara yang tidak kena dan bakal merosakkan negara. 

Kebimbangan rakyat terbukti berasas di mana dalam masa hanya sepenggal, negara yang sebelumnya pernah digelar Harimau Asia dan disegani seluruh dunia, benar-benar berada dalam keadaan lemah dan semakin lemah dari segi ekonomi dan juga perpaduan rakyat. 

Suara-suara lantang rakyat ketika itu menjerit-jerit memberitahu mengingatkan kerajaan bahawa walaupun negara harus dipimpin secara berpasukan, namun pasukan yang terlalu besar juga menyumbang kepada risiko yang berbagai dari segi kerahsiaan, kesetiaan, keselamatan, kecekapan, ketelusan dan pengkhianatan.  

Oleh kerana suara tersebut telah diperlekehkan, maka BN pun akhirnya menerima tamparan paling kuat dalam PRU 2008 apabila rakyat nekad melakukan apa yang perlu dilakukan iaitu 'memberi pengajaran' kepada kerajaan agar jangan sekali-kali merosakkan negara.  

'Kerosakan' yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi kelemahan kepimpinan sehingga sewenang-wenangnya mendedahkan negara kepada risiko kerugian dan hilang kedaulatan, tetapi juga dari segi keterbukaan yang keterlaluan sehingga mengancam perpaduan rakyat. Antara 'amaran' paling keras dari rakyat ketika itu adalah supaya kerajaan lebih bijak dalam menangani tuntutan antara suara majoriti dengan minoriti yang menjadi asas demokrasi. 

Hari ini, terbukti sudah bahawa tindakan rakyat memberi pengajaran itu adalah tepat apabila kepimpinan digantikan dengan Dato' Seri Najib.  

Nampaknya, harapan yang diberikan rakyat kepada kepimpinan baru, telah tidak dipersia-siakan beliau. Dato' Seri Najib benar-benar berusaha memahami luahan hati rakyat disamping bekerja keras menguruskan negara dan memulihkan segala kerosakan yang berlaku. 

Dato' Seri Najib membawa imej professional dengan enggan melayan karenah pembangkang yang cuba mengganggu fokus beliau dengan fitnah-fitnah mengenai rasuah, hubungan sulit sehinggakan kepada fitnah membunuh.  

Di masa yang sama, beliau juga mengambil masa untuk mendekati semua golongan, majoriti dan juga minoriti.  Beliau sanggup menerima jemputan Tahun Baru Cina oleh Dong Zong walaupun pertubuhan tersebut selamanya mengambil sikap memusuhi kerajaan.   Walaupun tidak memberi ucapan politik yang berdegar-degar, tetapi kehadiran beliau ke majlis tersebut membawa mesej jelas iaitu kerajaan tidak pernah memusuhi sesiapa. Di bawah BN, semua pihak berhak memperjuangkan hak masing-masing, asalkan tidak menyentuh sensitiviti pihak lain, tidak mencabar perlembagaan negara dan tidak menentang arus nasionalisme.

Kita percaya, pendekatan tegas tetapi lembut Dato' Seri Najib akan membawa kepada kemenangan besar BN dalam PRU-13.  Kesungguhan dan keikhlasan beliau benar-benar menyentuh hati rakyat untuk turut membantu memastikan negara terus maju ke hadapan serta aman sejahtera di bawah kepimpinannya

SELANGOR CIPTA REKOD - PROJEK 'DEMI RAKYAT' PALING BERJAYA DI MALAYSIA.

Posted: 22 Feb 2013 06:18 AM PST



"Mengapa kita mesti mengundi sebuah Kerajaan yang mengutamakan projek berbilion ringgit untuk memperkayakan kroni2 Pemimpin UMNO Barisan Nasional? Tanpa memikirkan derita rakyat? Ini bezanya prinsip kita (Pakatan Rakyat) dengan Kerajaan UMNO Barisan Nasional."

"Buku Jingga jelas menjanjikan kebajikan dan hak rakyat dijamin. Wang Kerajaan dibahagikan sama rata agar rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik."


Ucapan lunak lagi memukau tertera di atas merupakan janji Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang kian gelojoh menyerang pimpinan Najib Tun Razak bagi merampas Putrajaya.

Lontaran kata2 yang begitu angkuh dan bongkak dari Penasihat Ekonomi Negeri Selangor menghina kepimpinan sebuah Kerajaan yang pernah dipertahankan beliau selama 16 tahun satu ketika dahulu.






Projek apa di atas ini? DATUM JELATEK. Yang mentafsir kecurangan beliau terhadap rakyat golongan sederhana dan bawahan.






Tatkala penghuni di kebanyakan Rumah Pangsapuri dan Flat di Selangor dahagakan janji air percuma yang tidak ditepati sehingga hari ini, pelan pembinaan Apartment Multi Bilion milik PKNS ini diluluskan Kerajaan Negeri.




Bakal dibina di sebuah kawasan penempatan Melayu bertaraf sederhana dan miskin di Keramat, Projek Mewah ini turut bakal memusnahkan penempatan2 penduduk sekitar lokasi berdekatan.






Projek milik Kerajaan Negeri ini telah dirancang secara sulit terbongkar setelah dilancarkan di Singapura Oktober tahun lalu. Ianya menawarkan unit termurah Bumiputera berjumlah SGD 301,924 iaitu lebih kurang RM 754,81.

Manakala harga paling tinggi ialah SGD 3,739,611 iaitu lebih kurang RM 9,349,027.






Projek Rakyat? Memang benar ini salah sebuah projek milik rakyat. Rakyat terkaya yang sudah pasti menguburkan rakyat termiskin.

Projek Demi Rakyat ini telah mencipta rekod paling 'berjaya' Kerajaan Negeri Selangor sepanjang pemerintahan lebih 50 tahun. Malah projek ini mampu 'dijayakan' sebuah Kerajaan Negeri tanpa bantuan peruntukan Kerajaan Pusat.



 


Rakyat Termiskin di Flat2 Kos Rendah ditimpa maut dahagakan air percuma.. Rakyat Terkaya diberikan kemewahan tersergam indah laksana syurga.

DEMI RAKYAT. Anwar janjikan 'perubahan luar biasa'.


KLIK DI SINI untuk dapatkan info penuh berkenaan Projek Mewah ini.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...