Duit Rakyat Untuk Bayar Blogger ? Blogger Pembangkang Perolehi RM 3 Ribu Sebulan.

Gua tak faham kenapa ada sebilangan Blogger yang cemburu dengan pendapatan geng Blogger pembangkang sepertimana yang tertera didalam gambar diatas. Kenapa perlu cemburu dengan pendapatan mereka tu?

RM 3 ribu sebulan bagi Blog pro Pembangkang untuk menyebarkan fitnah dan menyerang Barisan Nasional pada aku tidak berbaloi dengan usaha dan kerja mereka. RM 3 ribu tolak bill Talifon, broadband, wifi, kos ke sana ke sini, makan minum semua tu je dah tinggal berapa sen je buat Blogger Pembangkang tu nak hidup.

Gua tak kisah berapa pun blogger pembangkang ni dapat sebab mereka benar benar melakukan kerja mereka tampa rasa SYOK SENDIRI sepertimana sebilangan Blogger pro BN yang dok berjuang menentang kejahatan Pakatan Pembangkang.

Pendek kata mereka blogger Pro Pembangkang ini dibayar RM 3 ribu adalah satu keuntungan buat pemimpin pembangkang kerana mereka melaksanakan tugas mereka menghentam Barisan Nasional khusunya UMNO secara total dan bersatu padu.

Artikel mereka pulak Blogger Pembangkang? MAINTAIN sejak dari dulu sampai sekarang dengan melibas BN kiri dan kanan tampa artikel HIBURAN, ARTIS ataupun GOSIP sepertimana yang berlaku dalam gerakan blogger BN sekarang ini yang hanya menumpukan cerita artis dan skandal untuk menarik perhatian pembaca.

Gua malas nak ulas pasal ni tapi cuma Gua ralat sebab taraf blogger macam Milo Suam, Ameno World dan Anak Sg Derhaka tu tidak layak untuk menerima RM 3 ribu sebulan sebab kekuatan Blog mereka luar biasa dan banyak mengeluarkan isu isu panas dalam menfitnah BN dan kerajaan.

Macam contoh si Ameno World tu yang cukup popular kerana menfitnah Rosmah Mansor. Sepatutnya perlu diberikan elaun elaun lain memandangkan blog mereka itu adalah yang terhangat dipasaran dan bukan sepertimana blog Tukang lawan ataupun warta jingga yang tidak ada impak.

Apa pun tu rezeki mereka untuk menjalankan tugas mereka. Dan Gua rasa Blogger Pro BN yang dok menyokong kerajaan pun dapat apa yang blogger Pro pembangkang ni dapat. Ni namanya kerja dengan mencari rezeki.

Ada kawan Gua dapat RM 500 je sebulan beb walaupun kedudukan beliau dicarta teratas setiap masa. Dia kena tipu dengan orang tengah ataupun memang elaun banyak tu Gua tak sure. Tapi yang pasti Untung lah penerima penerima elaun dalam berjuang ni berbanding segelintir kawan kawan dalam pihak pembangkang mahupun kerajaan yang tak punya apa apa.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...