BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! PSY 'GANGNAM STYLE' TURNS LIM GUAN ENG INTO PSYCHO !!! MUST READ !!!

Posted: 08 Feb 2013 03:00 PM PST


When a bigger than life ego got collided with desperation and fear,you can expect a helter-skelter as the mind refuses to understand the defeat what more accepts lost or potential lost and that's how all hell break lose when Guan Eng is forced to deal with the fact that his campaign theme,'Ubah-rocket style' which is inspired by a phenomenal Korean song,sung by rapper,Psy,is now being used against him by MCA when the party actually invited the rapper to perform in Penang for Chinese New Year celebration.Unable to put himself together upon hearing the news,Guan Eng called upon all those who plan to attend the concert on Feb 11 to wear red (in support of DAP),yellow (in support of Bersih) and green (for the environment and against Lynas).As expected,he got a good bash from 'his own people' where some of them even started to question his sanity.You see,the problem is,red is an auspicious colour for Chinese New Year,therefore,it's a tradition that most Chinese would choose to wear red on the day and even if that is not a problem,who would think of politics when going to an entertainment show ??? 

and then again,isn't he,of all the people,as the Chief Minister,should call for the people to unite and put their political sentiments behind while celebrating Chinese New Year ??? We understand that DAP had gone through all the trouble to launch the Gangnam campaign theme.The party even had a video shot for the purpose and had this actor dressed-up like Datin Seri Rosmah Mansor.It was shot all over KL including LRT stations and went through all 'difficulties',like was asked to stop shooting by the authorities.DAP national publicity secretary Tony Pua,who produced the video,was bragging about how the video got over 100 million hits in a month.These people are obviously very pleased and proud of themselves for being able to make fun and ridicule people and have it recorded on a video and uploaded it for the world to see.It's like their 'masterpiece',or the most brilliant political campaign ever thought of by a political party, as it seemed to them.(This, reminds us of that Namewee 'thing'. Hey, Namewee can be Chief Minister too.. eh ???) After all the bashing,we thought that Guan Eng would calm down and started to think straight,but instead,he showed more hysterical signs.Who would have thought that he would go to the lowest level of dumbness and called for his cybergoons to pressure Psy on the celebrity's facebook,to cancel the show ??? If that isn't psychotic,then what is it ??? Psy is a singer, an artist,a rapper from another country,leave him out of DAP's political madness.Isn't it not enough for Guan Eng to put his party in shame,he must put all of us Malaysians in shame too ??? 

Maybe Lim Guan Eng needs to go for psychiatric review.Maybe all these power is just too much for him that his naturally-gigantic-ego is pushing its limit that he eventually begins to crack.Just study his behavior and action lately : First,Guan Eng thinks Penang belongs to him and him alone,whereby anybody who wants to use the name 'Penang' must get his approval.Does this mean,all Penang Char Koey Teow,Penang Laksa,Penang Run,Penang Swimming Club are all his ??? Of course,not.Some of the names have already been used even before the country's independence and before Guan Eng even moved to Penang.A name of a state does not and cannot belong to anybody.So,Guan Eng doesn't and cannot own Penang,he is put there by the Penangites to work for them.Taking Guan Eng's logic,every dictionary or websites in world must also ask for his approval before printing the word 'Penang'.What if USA or China or Malaysia needs to be approved every time we need to use them too ??? What else can we make of Guan Eng's logic but a clear-cut show of a dictator imposing,displaying and practicing his power even on something beyond his power.However,we sense something more than a pressuring ego problem of a dictator when Guan Eng said that wearing red on Chinese New Year,would mean that you support DAP.Red is a colour,it doesn't belong to anybody or any party.At least,you can buy Penang if you really want it to be yours,but you can't buy 'red'.Did Psy just turned Guan Eng into a psycho ???

GAZE-PONDERS 

HOT NEWS !!! PAS AND PKR MAY GO SEPARATE WAYS EVEN WHEN THEIR TOP LEADERS SIT ON THE SAME TABLE !!!

Posted: 08 Feb 2013 11:00 AM PST


PAS and PKR are going on a head-on collision as their 'marriage of convenience' sours following differences of philosophies and opinions on many issues that involved fundamentals and policies.Leaders of both parties are suspicious of each other and the distrusts between them dated back long time ago when PAS leaders Abdul Hadi Awang and his gang who are veteran fundamentalists who know Anwar's political game and to what extent he is willing to go to achieve his ambition.Thus,when issues that relate to religious laws and policies, PAS leaders would merely hear Anwar's comments but never listen because they know Anwar is a man of 'no backbone' no principle and can go either way of the fence so long as he gets what he wanted.Veteran fundamentalists in PAS know the recent 'revealing dress in the CNY performance' in Alor Setar,Kedah, was a show of protest against PAS dress-code for performers which is an issue both the parties have been on each other's throats.Given the blatant act that PKR did which of course Anwar conveniently said he had no knowledge of that and he would take action after getting to the bottom of things, one wonders whether PAS leaders are stupid enough to believe him. 


PAS leaders especially Hadi knows Anwar personally and knows his character when Anwar was still studying to get his Malay literature degree and getting acquainted with politics.The reality is PAS leaders,of course with the exception of Nik Aziz Nik Mat,could not care less about the pact anymore judging from the actions of all the three parties since last year.PAS has been acting on its own imposing Islamic fundamentals in states they controlled without even giving notices to its partners or considering the sensitivities of other races in its partners' parties.PAS,as it seems now,is 'play acting' as the party leaders are divided between those aligned to Anwar and the fundamentalists,who are trying to keep the party out of 'Anwar reach'.Given Anwar's fast declining support and erosion of influence,PAS does not want to be dragged down thus it continue with its fundamentalist approach which not only angers Anwar but more so the DAP.With distrusts and differences on practically every issues and DAP's Lim Guan Eng 'further inciting religious and racial approach',PAS seems like it no longer needs such partners.After all,the internal problem it is facing now is cause by outside influence rather than the real internal party troubles.

GAZE-PONDERS

HOT NEWS !!! GANGNAM STYLE MEMBUATKAN PUAK PR MEROYAN SAKAN !!! APA CERITA NI ???

Posted: 08 Feb 2013 07:30 AM PST


Jika ditanya siapa sahaja rakyat Malaysia generasi muda dari keturunan Cina,masing-masing meluahkan keterujaan mereka dan agak tidak sabar lagi untuk menantikan persembahan superstar Korea, Psy yang cukup popular dengan lagu "Oppa Gangnam Style".Psy dijadualkan akan tampil membuat persembahan khas sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang pada 11 Februari 2013 nanti dan dijangkakan lebih 60,000 orang terutama golongan muda akan membanjiri majlis tersebut.DAP yang menyedari kehadiran Psy kelak bakal memberi impak positif kepada saingannya MCA yang merupakan penganjur majlis tersebut,awal-awal lagi mempertikaikan kos perbelanjaan untuk membawa artis itu yang mencecah RM3 juta.Melalui pendekatan sedemikian,DAP dan PR cuba memfokuskan pandangan umum kepada pembaziran yang kononnya telah dilakukan oleh BN yang memerintah kerajaan Pusat.Diam tak diam khalayak umum didedahkan pula dengan khabar berita yang Kerajaan DAP Pulau Pinang pernah bekerjasama dengan sebuah syarikat arak untuk menjayakan sebuah konsert hiburan larut malam yang juga menelan kos RM3 juta di Batu Feringgi pada akhir tahun lepas. 

Logiknya jika persembahan konsert oleh Psy dianggap satu pembaziran walau sebenarnya memberi nilai tambah kepada industri pelancongan di Palau Mutiara itu,kenapa pula soal pembaziran dalam konsert hiburan anjuran Kerajaan Dap Pulau Pinang tidak ditimbulkan sama ??? Dalam pada itu,bila mana kebenaran diketahui umum yang segala kos perbelanjaan termasuk bayaran kepada Psy berjumlah RM2.3 juta ditanggung sepenuhnya oleh syarikat swasta dan langsung tidak melibatkan wang rakyat,DAP beralih pula kepada taktik provokasi menggalakkan penyokong PR menyertai majlis itu dengan memakai baju merah,hijau,kuning dan oren.Di masa yang sama,para penyokong PR khususnya dari DAP turut mengambil langkah lain termasuk beramai-ramai menghujani akaun sosial Facebook penyanyi Korea itu mendesak Psy membatalkan persembahannya di Malaysia dengan pelbagai alasan berunsur propaganda politik.nampak jelas ketidakmatangan penyokong PR dalam mendepani isu ini,sedar tak sedar mereka sebenarnya menggali kubur sendiri kerana membangkitkan kemarahan para peminat Psy gara-gara bertindak sedemikian.Dalam pada itu,dikalangan penyokong dan pemimpin PAS serta PKR yang berbangsa Melayu beragama Islam pula meneruskan kaedah tradisi mempertikaikan persembahan hiburan itu yang dikatakan akan melalaikan generasi muda.Faktor hiburan itu akan mendekatkan diri kepada maksiat diulang-ulang saban waktu, sedangkan ketika ramai remaja Cina,India dan Melayu tunggang terbalik mabuk sakan ketika berhibur di konsert yang dianjurkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di Batu Feringgi tempohari semuanya senyap sunyi tanpa bantahan. Dilihat pada reaksi kelam kabut dalam PR berhubung ini,jelas sekali wujud kebimbangan besar dikalangan pemimpin dan penyokong PR kalau-kalau gara-gara demam Oppa Gangnam Style akan menghakis sokongan golongan muda kepada mereka.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT VIDEO !!! MAZLAN ALIMAN DI HALAU OLEH PENEROKA FELDA SUNGAI TENGI !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 08 Feb 2013 04:00 AM PST


Kejadian yang berlaku pada 4hb january 2013 di mana warga peneroka felda sungai tengi menolak kehadiran Mazlan aliman yang mana Mazlan aliman adalah seorang penipu yang hanya berkepetingan politik untuk meraih pada warga peneroka.jom lihat video di bawah

   




BERIKUT KENYATAAN MENGELIRUKAN RAKYAT YANG DI BUAT OLEH SINAR 

 'Baju hitam' cetus provokasi di Felda Sg Tengi,halang majlis Anak 

 WARTAWAN SINAR HARIAN 5 Februari 2013 

KUALA KUBU BHARU - Tindakan provokasi sekumpulan orang 'berbaju hitam' yang membaling kerusi dan botol air ke arah hadirin pada program Jamuan Rakyat dan Penerangan di Felda Sungai Tengi dekat di sini,malam tadi mencetuskan kekecohan.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Sungai Tengi,Selamat Rakio berkata,kekecohan tercetus apabila kumpulan terbabit cuba menghalang Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman daripada meneruskan ucapan sambil mendesak beliau segera balik. 

"Kumpulan berbaju hitam itu merempuh kubu keselamatan yang bertugas untuk program itu.Mereka bertindak ganas dengan melontar beberapa kerusi dan botol kepada pengunjung sambil menjerit mahukan Mazlan Aliman berhenti berucap.Beberapa petugas juga telah dipukul," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di sini, hari ini. 

Tiga laporan polis dibuat termasuk daripada Yang Dipertua Pas Kawasan Hulu Selangor, Muhamad Idris Ahmad dan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor,Mohd Nizam Mat Rahim Selamat berkata,situasi kecoh itu berlarutan lebih kurang 30 minit dan pihak penganjur terpaksa menghentikan program itu lebih awal bagi mengelak keadaan tidak diingini. Beliau turut menyatakan kekesalannya terhadap pihak berkuasa kerana didakwa hanya memerhatikan situasi itu tanpa mengambil tindakan untuk menyuraikan keadaan sedangkan laporan polis pertama telah dibuat lebih awal kerana bimbang tercetus insiden buruk.Katanya, ketika menunggu kehadiran Mazlan, sekumpulan sukarelawan sebuah pertubuhan yang berbaju hitam dengan logo 1Malaysia telah bertindak menyekat jalan masuk ke Sungai Tengi. 

"Mereka menyekat setiap kenderaan mengugut untuk menterbalikkan kereta dan juga meminta bonet belakang kereta dibuka untuk diperiksa," katanya.Katanya, turut bersama dalam sekatan itu anggota polis dan Polis Bantuan Felda. Beliau berkata, hasrat penganjur hanyalah untuk mengadakan jamuan bersama rakyat dan penerangan,namun insiden provokasi itu telah mencetuskan keadaan tidak diingini. 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! ISU PETANI DAN NELAYAN !!! @NOHOMAR MEMBANTAI PR KAW-KAW !!!

Posted: 08 Feb 2013 01:00 AM PST


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar yakin kumpulan petani dan nelayan di dearah ini tidak akan mudah terpedaya dengan helah pakatan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).Beliau berkata tindakan pemimpin pakatan pembangkang yang menuduh kononnya BN mengugut kumpulan itu dengan menghalang mereka memberi undi kepada pembangkang adalah tidak benar.Katanya pakatan pembangkang sebenarnya buta dan isu itu ditimbulkan sebagai modal ceramah untuk mengelirukan pengundi terutamanya golongan pesawah dan petani di sini. 

 "Tuduhan itu sepatutnya tidak timbul kerana pakatan pembangkang sendiri yang tidak boleh terima kenyataan sekiranya BN berjaya menawan Selangor semula.Sebelum ini terbukti di Perak apabila pemimpin mereka sendiri yang menimbulkan huru-hara selepas BN berjaya mentadbir semula negeri itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tiram Jaya, Khamis. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Naib Presiden PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar kononnya BN menggunakan taktik menakut-nakutkan pengundi dalam siri ceramahnya di Sawah Sempadan,di sini baru-baru ini.Mengulas lanjut,Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,berkata beliau percaya dengan kesetiaan pengundi kerana mereka tahu siapa yang banyak membantu mereka."Kerajaan Persekutuan telah banyak membantu termasuk memberi peruntukan berbentuk subsidi, insentif dan input pertanian berjumlah RM2.5 bilion dalam bajet tahun ini.Petani dan nelayan boleh menilai kesungguhan kerajaan persekutuan yang banyak membantu meningkatkan hasil pendapatan mereka dan kita percaya undian mereka kepada BN tidak berubah," katanya. Bernama

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! NIK AZIZ DAN KARPAL SINGH BERLAKON UNTUK MENUTUP SEMUA KEMELUT DALAMAN !!!

Posted: 07 Feb 2013 10:00 PM PST


Ramai tertanya-tanya apa muslihat Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat sanggup menyambut harijadinya ke 82 bersama Karpal Singh.Agak ganjil dan janggal melihat seorang yang digelar ulama dilihat menyambut satu perayaan peribadi yang bersifat kebaratan malah mempunyai unsur-unsur kekufuran dan bertentangan dengan Sunnah Rasulullah S.A.W.Bukankah pada usia yang sudah dikatakan lanjut seorang agamawan seperti Nik Aziz sepatutnya menunjukkan tauladan serta akhlak yang berasaskan kepada moral Islam terutamanya kepada golongan muda dan belia ??? Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu memilih untuk memotong kek ulangtahun kelahirannya dengan seorang yang bukan Islam.Lebih molek jika Nik Aziz menganjurkan majlis keagamaan seperti doa selamat kesyukuran atau berzanji dan atas kurnia ALLAH S.W.T yang telah mengurniakannya umur yang oanjang dan tubuh badan yang sihat.Mungkin pada pandangan Nik Aziz menyambut harijadi dengan seorang kafir seperti Karpal lebih afdal daripada menghidupkan Sunnah Nabi S.A.W yang membawa agama Islam.Mengapa Nik Aziz sanggup membelakangkan tradisi Islam dalam menyambut harijadinya yang merupakan satu perkara yang sepatutnya enteng dan tidak mempunyai nilai kerohanian bagi seorang yang digelar Tok Guru oleh pengikut-pengikutnya ??? Nik Aziz sebenarnya berselindung di sebalik majlis tersebut untuk bertemu Pengerusi Kebangsaan Dap itu atas alasan mengeratkan kerjasama politik di antara Pas dan parti cauvinis Cina itu. 

Di permukaan penyokong-penyokong kedua-dua parti seolah-olah melihat wujud perpaduan erta serta kefahaman yang mendalam antara Pas dan Dap.Bagaimanapun jika diteliti dengan lebih dekat apa yang berlaku adalah hanya wayang kulit yang dimainkan oleh Nik Aziz dan Karpal.Semua yang ada mata dan telinga serta fikiran yang waras sedar bahawa terdapat perbezaan yang kronik dan serius antara mereka.Perselisihan faham antara Pas dan Dap melebar bukan sahaja setakat perbezaan ideologi tetapi landasan perjuangan yang amat berbeza.Tidak ada persamaan antara kedua-dua buah parti kecuali permusuhan dan kebencian mereka terhadap UMNO dan Barisan Nasional tetapi selain daripada itu,perkahwinan politik mereka adalah seperti gandingan ayam dan itik.Jadi agak hebat juga lakonan dua orang yang umur gabungan mereka berjumlah lebih 150 tahun atau satu setengah abad.Kerjasama Pas dan Dap pada hakikatnya adalah seperti retak menunggu belah kerana bila-bila masa sahaja lagi apabila Pilihan Raya Umum ke 13 diumumkan Perdana Menteri,imej hipokrit dan bermuka Pas dan Dap sesama sendiri akan terdedah akhirnya kepada rakyat. Isu yang bakal meranapkan ikatan Pas dan Dap malah kerjasama dengan PKR juga adalah kalimah ALLAH yang sehingga masih tidak selesai dan tidak akan selesai kerana masing-masing memperjuangkan ideologi politik yang berbeza sekali. 

Pas dengan 'Negara Islam' yang sudah di turun taraf kepada 'Negara Kebajikan' sementara Dap pula dengan agenda anti-Islam dan anti-Melayunya manakala PKR pula hentam apa sahaja termasuk liberalisme,pluralisme dan LBGT.Jadi PR yang digembar gemburkan sebagai pengganti BN sebagai kerajaan persekutuan pada realitinya hanyalah kumpulan parti carca marba yang tidak ada halatuju dan destinasi yang ingin disasarkan.Dalam bahasa Inggeris kerjasama yang tidak secocok dan tidak sepadan ini dipanggil 'marriage of convenience'.Ini kerana mereka hanya sanggup tidur sebantal walaupun mimpi lain-lain disebabkan berkongsi motif yang sama iaitu untuk berebut kuasa, jawatan dan pangkat.Selalunya mana-mana kerjasama politik yang berteraskan kepada perkahwinan jenis ini tidak akan kekal lama.Mereka diibaratkan sekumpulan perompak atau pencuri yang bergabung tenaga dan kemahiran untuk merampas harta yang banyak.Sebaik sahaja misi mereka berjaya,maka mulalah masing-masing berkomplot untuk membunuh ahli-ahli geng yang sama-sama berusaha untuk melakukan rompakan itu.Akhirnya ahli-ahli kumpulan perompak itu akan berbunuhan sesama sendiri dan hasil rompakan mereka pun dinikmati pihak lain.Apa pun lakonan yang dipamerkan oleh Nik Aziz dan Karpal ltempoh hari langsung tidak meyakinkan orang ang berakal.Hanya penyokong yang taksiub dan buta hati sahaja yang tersenyum dan riang gembira betapa eratnya kedua pemimpin itu.Tanpa diketahui Nik Aziz dan Karpal sudahpun mengeluarkan pisau yang terselit di belakang untuk menikam sekutu sendiri.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! SAH !!! PAS GAGAL MENGUBAH PENDIRIAN RASMI PR !!!

Posted: 07 Feb 2013 06:00 PM PST


Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan media pada 17 Januari 2013 berpendapat isu kalimah Allah S.W.T telah pun selesai berikutan keputusan Majlis Syura Ulama PAS empat hari sebelumnya menolak penggunaan kalimah suci itu dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.Jika Menteri Besar Kelantan itu terus beranggapan sedemikian,namun realiti semasa tidak pun memihak kepada kehendaknya itu sementelah lagi PR tetap utuh dengan pendirian rasminya yang dicapai pada 8 Januari 2013.Masih segar dalam ingatan ramai,pada tarikh tersebut PR yang turut dianggotai PAS selepas selesai mesyuarat Majlis Pimpinan gabungan itu telah sebulat suara bersetuju membenarkan kalimah suci Allah S.W.T diguna pakai dalam kitab Bible.Malah sehari selepas PR memuktamadkan pendirian mereka,Nik Aziz sendiri menyatakan sokongan terbuka sambil menyifatkan keputusan PR itu akan membuka ruang dakwah Islam kepada penganut agama lain.Paling penting,persetujuan PR itu juga adalah penegasan ulangan bagi keputusan bersama yang pernah mereka capai pada tahun 2010 yang bukan sahaja disokong oleh PAS,tetapi juga turut dukungan kuat daripada Nik Aziz.Walaupun sekarang PAS cuba menonjolkan pendirian baru parti itu dengan bersandarkan keputusan rasmi dari Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari 2013,hakikatnya ia tidak pun mengubah pendirian rasmi PR. 

Ini bermakna gesaan Pengerusi DAP,Karpal Singh yang berterusan mendesak PAS mematuhi persetujuan bersama sebelum ini mempunyai merit yang tidak boleh dipertikaikan kerana selagi PAS kekal bersama PR,selagi itulah PAS perlu patuh pada keputusan yang telah menjadi dasar rasmi PR."PR adalah sebuah organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura hanya terdiri daripada Pas.Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya," demikian kata pemimpin veteran DAP itu sekaligus menafikan kenyataan awal oleh Mursyidul Am PAS.Apa yang diperkatakan oleh Karpal itu memang benar.Soal Majlis Syura Ulama PAS telah membuat pendirian berbeza dengan PR tidak pun menjejaskan dasar PR yang secara rasminya telah menyokong penggunaan kalimah suci Allah S.W.T  oleh orang bukan Islam untuk dimasukkan dalam kitab Bible.

Disebabkan berpegang teguh pada asas itulah hingga saat ini PR kekal dengan pendirian asalnya,tidak tergugat dengan tindakan drastik PAS yang telah mengubah pendiriannya.Sekaligus membuktikan keputusan Majlis Syura Ulama PAS tidak memberi sebarang impak dalam menentukan hala tuju gabungan tersebut.Justeru itu, Nik Aziz mahupun PAS sendiri tidak layak untuk mendabik dada mengumumkan isu kalimah Allah S.W.T  Telah selesai sepenuhnya dan dalam tempoh singkat menjelang PRU 13 ini,isu kesucian kalimah Allah S.W.T yang cuba dinodai PR akan terus menghantui PAS.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...