BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! SAH !!! PAS KEDAH BERGOLAK !!! BN BAKAL TERAJUI SEMULA NEGERI !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 24 Feb 2013 07:30 AM PST


Keadaan rumahtangga Pas bertambah gawat di Kedah apabila perbalahan beberapa anggota exco negeri itu dengan Menteri Besar tidak lagi mampu dibendung.Usaha untuk menjatuhkan Azizan Abdul Razak yang dahulunya nampak sudah reda sedikit setelah campurtangan Pas Pusat kembali mengeruhkan landskap politik di Negeri Jelapang Padi itu.Laporan media menyatakan 11 daripada 15 pas kawasan di Kedah telah memberi kata dua kepada Menteri Besar supaya meletak jawatan dan melepaskan kedudukannya sebagai pesuruhjaya negeri bagi parti itu.Azizan yang terkenal dengan sifat bongkak dan angkuh serta sering memperlekehkan petugas media arus perdana,seperti biasa menunjukkan sikap keras kepalanya dengan enggan tunduk kepada desakan tersebut.Azizan dikatakan gagal menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar untuk memajukan negeri Kedah.Sebaliknya sepanjang pentadbirannya,boleh dikatakan tidak ada langsung pembangunan yang ketara dilaksanakan untuk kepentingan rakyat dan pembangunan ekonomi negeri. Yang sering dipaparkan di dada-dada akhbar ialah bagaimana rakusnya kerajaan negeri Pas menggondolkan bukit bukau sehingga menjejaskan kawasan tadahan hujan di Tasik Pedu.Seperti biasa apabila tidak pandai mentadbir dan menjana fikiran bernas untuk memajukan negeri, UMNO dan Barisan Nasional lah yang menjadi sasaran. Apabila tidak berjaya memacu ekonomi Kedah menyebabkan kantong negeri hampir kosong,Azizan mengugut supaya kerajaan pusat memberinya RM100 juta jika ingin selamatkan hutan rimba negeri itu. Itulah yang diperolehi oleh rakyat Kedah dalam keghairahan mereka untuk menukar kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu. 

Kini mereka sudah sedar perubahan yang mereka impikan selama ini di bawah pentadbiran PR bagaikan mengharap panas hingga ke petang,rupa-rupanya hujan di tengah hari.Harapkan kerajaan negeri baru pada 2008 akan menunaikan semua janji-janji manis yang ditabur semasa kempen pilihan raya tetapi akhirnya jadi kaki kencing rakyat rupanya.Disebabkan terlalu asyik berpolitik dan berceramah siang dan malam,inilah kualiti kerajaan negeri yang dinikmati oleh rakyat kedah di bawah Pas.Yang dipentingkan oleh pemimpin-pemimpin pas ialah mengejar kuasa serta kedudukan bagi kepentingan diri sendiri dan keluarga masing-masing.Inilah yang berlaku di Kedah apabila dua exco kanan, Phahrolrazi Nawawi dan Dr Ismail Salleh mengetuai kelompok untuk menjatuhkan Menteri Besar. Selain faktor politik yang tidak 'ngam',antara alasan utama ialah faktor ekonomi.Ini kerana Azizan hanya mengutamakan kroni-kroni terdekatnya sahaja dalam pengagihan projek-projek dengan menyisihkan kumpulan kedua-dua ahli exco itu.Sudah tentu ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong-penyokong mereka lantas secara senyap mejalankan kempen halus untuk menurunkan Azizan daripada kedudukannya. Sindrom penafian yang diamalkan oleh Pas Pusat juga bakal mengundang bencana bagi parti itu di Kedah. 

Kalau dahulunya api pergaduhan antara Azizan dan dua exconya dapat ditangani tetapi tindakan itu hanyalah bersifat sementera waktu kerana hakikatnya perbalahan mereka tidak dapat diselesaikan dengan apa cara pun.Setiausaha Agung Pas,Mustafa Ali ingin menipu ahli Pas dan rakyat Kedah dengan mengatakan tidak ada pergolakan politik yang berlaku di negeri itu.Ini sepertilah berkata bahawa tidak ada tsunami yang berlaku walhal separuh negeri sudah ranap.Cuba menutup kenyataan yang sudah terang lagi nyata tidak akan menyelesaikan masalah dalaman pas di Kedah yang sudah ke peringkat amat serius.Sudah ada desas desus Azizan mendesak kepimpinan pusat parti terutamanya Presiden Pas Abdul Hadi Awang supaya menggugurkan nama Phahrolrazi,Dr Ismail serta beberapa orang kuat mereka daripada senarai calon parti itu pada PRU13 nanti.Jika ini berlaku bukan sahaja Pas Kedah akan berpecah,kerajaan negeri pun akan terlepas ke tangan BN. Kini pun gelombang sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN sudah meningkat sehingga menggerunkan Pas Kedah.Kemungkinan besar Kedah akan ke pangkuan BN bukan sahaja kemelut yang membelenggu Pas Kedah tetapi kerana rakyat sudah cukup meluat dan marah kepada pentadbiran yang sama sekali tidak pro aktif dan membela kebajikan rakyat.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! KERAJAAN PAS KELANTAN RAMPAS HAK PEMANDU TEKSI !!! APA CERITA NI ???

Posted: 24 Feb 2013 04:00 AM PST


"Saksikan sendiri bagaimana kerajaan Pas Kelantan berusaha merampas hak pemandu teksi Jajahan Pasir Puteh, Kelantan,"kata pengendali GelombangMerah ketika mengirimkan rakaman video bertajuk "Rampas Hak Rakyat" ke laman AIDC. "Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengotakan janji ditepati dengan membantu menyelesaikan permasalahan Persatuan Pemandu Teksi tersebut,"katanya lagi.Video yang dihantar merakamkan detik-detik sukar yang dilalui oleh Persatuan Teksi Kereta Sewa Jajahan Pasir Puteh ketika berhadapan dengan cubaan anak syarikat kerajaan negeri mahu merampas tapak tanah tempat mereka mencari rezeki untuk dijual kepada pihak lain.

 "Saya akan tetap duduk di sini. Soal berpindah, tidak sama sekali. Jadilah macam mana sekalipun,kita tidak akan lari (dari tempat ini). "Kalau dia datang membawa jentolak pun,kita akan tetap letak (kereta) atas jalan raya.Kita tetap akan berkeras,"kata Mat Hassan Harun,bendahari Persatuan Pemandu Teksi,Jajahan Pasir Putih. 

LIHAT VIDEO DI BAWAH


BO LA WEIII NIK AZIZ !!! 

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! @NOHOMAR BERI SEDAS DUA KEPADA PR SELANGOR SEKIRANYA KEKAL BERKUASA !!!

Posted: 24 Feb 2013 12:30 AM PST


Selangor akan mundur dan rakyatnya akan berada dalam kerugian sekiranya pakatan pembangkang dibenarkan terus berkuasa di negeri itu,kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor,Datuk Seri Noh Omar.Beliau berkata,ia kerana keadaan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan tidak sehaluan akan menyukarkan pelaksanaan projek pembangunan dan akhirnya rakyat sendiri akan rugi.Katanya,keadaan ini jelas bila mana kerajaan negeri sekarang di bawah pakatan pembangkang lebih berminat menunjukkan kuasa mereka dan berpolitik sehingga menghalang projek pembangunan yang hendak dilaksanakan di Selangor oleh kerajaan Persekutuan. Beliau berkata, beberapa projek untuk kesejahteraan rakyat seperti cadangan pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi MARA di Serendah terbantut apabila kerajaan negeri tidak memberikan kebenaran merancang pembangunannya malah merampas tapak kampus itu milik Yayasan Kebajikan Kemiskinan.Noh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Barisan 1Malaysia di Seksyen 7 di sini yang dihadiri 3,500 orang daripada 200 badan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun bagi menyatakan sokongan mereka kepada BN. 


UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PAS PAMER BEKAS LORI SAMPAH UNTUK PRU 13 ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 23 Feb 2013 09:00 PM PST


Hari ini merupakan hari yang penuh bersejarah buat PAS dan jentera propagandanya.Selama ini, PAS cukup terkenal dengan penjelajahan dan 'pendakwahan' menggunakan jentera-jentera buruk atau lebih tepat lagi digelarkan 'tentera Hi-Ace',sekarang ini PAS semenjak berkawan dengan PKR dan DAP,sudah mampu menyaingi kecanggihan kenderaan-kenderaan kempen yang digunakan oleh parti-parti saingan dan sekutunya.PAS juga kini sudah mempunyai sebuah treler !!! Treler PAS telah dilancarkan secara rasmi di hadapan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut hari ini.Menurut ceritanya,harga treler tersebut tersangat murah dan sangat sukar diperolehi di mana-mana tempat jualan kenderaan sekalipun,kecuali kalau dibeli oleh orang PAS.Bagaimanapun berdasarkan kepada harga keseluruhan treler tersebut,ianya tidaklah semurah sebagaimana yang dikatakan oleh Mat Sabu.Sebabnya,harga 'kosong' adalah lebih kurang RM150,000 dicampur pula dengan kos pengubahsuaian dan cat berjumlah RM150,000 menjadikan harga kenderaan tersebut kepada RM300,000.Harga RM300,000 adalah harga biasa bagi sebuah treler dan tidak ada murahnya pun !!!


Treler PAS itu mampu menampung berat sebanyak 40 tan dan dilengkapi dengan wi-fi,PA system dan janakuasa elektrik yang tersendiri.Juga terdapat sebuah pentas berukuran 40 kaki x 9 kaki pada treler berkenaan.Perasmian dilakukan oleh Presiden parti,Abdul Hadi Awang jam 1:30 tengah hari tadi di hadapan Ibu Pejabat PAS,Jalan Raja Laut.Menurut Mat Sabu,treler tersebut tidak dibeli oleh PAS sebaliknya telah dihadiahkan oleh seorang HAMBA ALLAH selain dicampur dengan hasil derma ahli-ahli PAS.Itu sahajalah temberang yang mampu Mat Sabu berikan. Tak habis-habis hendak berselindung dengan derma dan keikhlasan penyokong-penyokongnya.Itu pun setelah segala derma yang dikutip oleh PAS mulai dipersoalkan,terutama sekali membabitkan Wang Derma Tabung Memali !!! Baru sekarang ini,PAS berani bercakap tentang perbelanjaan menggunakan wang derma walaupun sudah berpuluh-puluh tahun hidup mewah kaum pemimpinnya adalah kerana wang derma ahli-ahlinya yang tolol.

NAK TAHU SIAPA SEBENARNYA YANG HADIAHKAN TRELER ITU ???


UNTUK SELANJUTNYA 

HOT VIDEO !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! NORMAN TOHA MEMBELASAH PAS KAW-KAW !!!

Posted: 23 Feb 2013 06:00 PM PST


Pas didakwa menggunakan strategi 'golok mata dua' dalam menangani isu kalimah Allah,iaitu dua versi keputusan yang berbeza kepada kelompok ahli Pas dan kelompok PR yang dilihat sebagai strategi untuk menyelamatkan sokongan kedua-dua pihak ahli parti dan Pakatan.Bekas Setiausaha Perhubungan Pas Selangor,Norman Toha berkata parti itu membuat dua keputusan berhubung isu tersebut, iaitu pada 8 Januari,membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama lain,ketika bersidang bersama Pakatan,namun pada 13 Januari,ketika mesyuarat Ahli Majlis Syura parti itu, Pas membuat keputusan yang bertentangan dengan keputusan sebelumnya. 

"Kenyataan bersama Pas,bersama dengan rakan-rakan sekutu Pakatan Rakyat, PKR dan DAP pada 8 Januari, tidak ditarik semula.Saya lihat di situ ada dua keadaan.Pas,orang Pas duduk dalam kelompok orang Pas,mereka mengatakan 'TIDAK BOLEH'.Tetapi Pas bersama orang-orang PR,DAP dan PKR,mereka kata 'BOLEH'.Adakah Majlis Syura Ulama tidak menyedari keadaan seperti ini ? Saya kata ini mengelirukan orang Pas.Dan lebih mengelirukan adalah orang-orang yang bukan daripada parti Pas,"katanya dalam ceramah memperkasakan akidah anjuran Sekretariat Jom Tolak Pakatan di Seksyen 9 di Shah Alam, malam tadi. - AIDC 

LIHAT VIDEO DI BAWAH 

 

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...