BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! PAS SUPPOTERS WHO TOOK BR1M ARE WORSE THAN COW AND CHICKEN - NIK AZIZ !!!

Posted: 22 Feb 2013 03:00 PM PST


It is shocking to hear Nik Aziz speech as soon as he arrived at Kota Bharu after he performed his umrah in Mecca. Nik Aziz speech did not promote unity,instead,it sounded like insults,that he came to a point of comparing those who received BR1M with animals.Nik Aziz said,in front of his supporters at Sultan Muhammad IV Stadium compound,

" Those who offer money to people,is as same as we calling out chicken to come cloesr to us,all we do is just throw the food,if we want to call the cows,we throw in straws."

That is how insulting he is towards those who received BR1M even when most of his own supporters received it.Not just that, they even said that it is their rights,as rakyat and the money belongs to rakyat.God knows how did they find such excuse.Would any other governments in the world provide BR1M ??? No,because it is not their responsibility.It is part of nature,people need to work to earn money.No one deserve to get anything without doing anything unless they really do not have any power to work due to health reasons for example.Government's responsibility is to administrate,generate income,bring in investments,public facilities,education,preserve national sovereignty and to ensure peace.Providing 'free money' to rakyat is not part of the government's responsibility.As for rakyat, they need to work to pay for themselves, their family and taxes to the government,so that the government could keep on providing the service they need. 

Coming from concern,BN government do think of those who are in need and decided to help them, through BR1M.Government can simply use the RM3 billion,budgeted for BR1m for other things, but that might not benefit those who really need it.Obviously BR1M cannot be implemented if the government cannot afford it. If the government only depend on taxes from those who can afford to pay,obviously they will not be able to provide BR1M to those in need.Thus,being able to implement it proves how efficient Barisan Nasional is in generating income as well as managing the country's finance. Sadly,Tok Guru sees BR1M as bait or bribe to gain votes from rakyat,other than insulting those who accepted it.It is even sadder when those who actually took BR1M,are his own supporters.That is why,we would like to ask Tok Guru,if those who took BR1M are as same as cows and chicken,what about his supporters who often insult BN by in the end still took BR1M anyway,what are they ??? Think about it.

GAZE-PONDERS

UNCOVERED !!! PM @NAJIBRAZAK DOES A CHECK MATE ON OPPOSITION BY SIGNING TRANSPARENCY PLEDGE !!!

Posted: 22 Feb 2013 11:00 AM PST


A DARING ACT BY A BRAVE LEADER…that is how anyone can describe PM Datuk Seri Najib when he signed the Transparency International Election Integrity Pledge on Wednesday.Will the act put a check mate or just a check as in a chess game against the opposition pact and anti-establishment NGO particularly S. Ambiga and her Bersih group ??? Whether or not is another matter but Datuk Seri Najib  act, as chairman of the ruling Barisan Nasional (BN) coalition and Prime Minister,is an act of not just brave and daring but in truth a sincere and honest act to see the coming general election is free of corruption and vote buying and whatever allegations thrown at him and BN.Besides that,Datuk Seri Najib even will get all BN representatives in the coming general election to sign the pledge meaning he wants all his people to be as clean as he is and as credible as him. Transparency International is an international anti-corruption NGO that promotes transparency and accountability for elections around the world which is trusted. And Datuk Seri Najib,by getting BN representatives to sign the pledge,is the first Prime Minister and country in the world to take such move that shows a crystal clear election. 

Having done that,Datuk Seri Najib  kills all the doubts and allegations that he and BN practice 'political corruptions' which resulted in the opposition won four states,a surprise result,muahaha.when Anwar Ibrahim want to do that ??? The pledge commit BN,among other things,not to be involved in votes rigging,vote buying, moving voters to sensitive or 'red areas' and passing dead persons as voters.Now that Datuk Seri Najib open and brave enough to sign the pledge,let us see whether the leaders of opposition pact would do the same,after all they are the ones plus of course the NGOs supporting them who cry foul.Datuk Seri Najib  and the BN have been sincere and honest all along as reflected in their actions and statements but winning the hearts and minds of the people we are talking about human beings here is not an easy task.Normal humans believe in nice beautiful stories and leaders of the opposition pact particularly Anwar Ibrahim and Nik Aziz Nik Mat are very,very good in doing this,telling make believe stories that catch the highest sound frequency of humans.They have been at this game for so long that it now become a tedious job for Datuk Seri Najib and other BN leaders to undo and put back on track the minds and hearts of those who had been deviated mentally.Whether it is by a stroke of luck,those mesmerized and 'hypnotised' have suddenly awaken when the opposition pact themselves failed to deliver their promises and the make-believed stories disintegrate as the truth emerges one-by-one.Thinking Malaysians are now abandoning the opposition pact which they supported in 2008 general election and they now see the sincerity in Datuk Seri Najib  moves and future vision.The trend has got the opposition pact worried and leaders of the pact,who are at logger-heads with each other on practically every issues are now in a hot spot, like worms in a hot hole,grasping at anything to get out.

GAZE-PONDERS

EKSLUSIF !!! SAH !!! PR DI AMBANG PERPECAHAN MENJELANG PRU 13 !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 22 Feb 2013 07:30 AM PST


Retak menanti belah,itulah sorotan paling tepat untuk menggambarkan keadaan dan kemelut politik yang sedang membelit parti-parti dalam ikatan PR sekarang.Walaupun sering kali bercakap besar ia akan menuju ke Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke 13 kelak,PR tidak boleh lari dari persepsi bahawa sejak mutakhir ini PKR,Dap dan Pas sebenarya menjurus ke ambang kehancuran.sebelum itu saya ceritakan sedikit berkenaan putrajaya.dulu PR berkata putrajaya akan dilelong,sekarang nak sangat putrajaya dan menjilat balik ludah yang di buang.kenapa nak sangat menuju putrajaya yer ??? saya sambung balik,Konflik dan percanggahan ideologi antara ketiga-tiga parti boleh dibendung selagi wujud satu persamaan objektif perjuangan iaitu untuk menumbangkan Barisan Nasional.Namun semakin dekat tarikh PRU13 akan diumum rakyat semakin jelas melihat betapa kerjasama politik dalam PR hanyalah satu drama dan wayang untuk menutup perpecahan yang bertambah melebar. 

Bermula dengan konflik mengenai isu negara Islam antara Pas dan seteru politik lamanya,Dap,perkelahian dua parti itu kini sudah melebar kepada isu kalimah ALLAH dan siapa calon Perdana Menteri yang disokong.PKR di bawah Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum serta dilihat sebagai 'simen' kepada Pas dan Dap dalam PR tidak mampu membendung lagi gejala tuduh menuduh antara kedua parti.Apapun Anwar sentiasa menyebelahi Dap kerana parti itu menyokong anwar untuk menjadi Perdana Menteri sementara Pas mahukan presidennya,Abdul Hadi Awang.Di Sabah keadaan lagi berkecamuk apabila PR mennyahkan Parti Maju Sabah pimpinan Yong Teck Lee sebagai rakan dialog dalam rundingan pengagihan kerusi.Berdasarkan senario ini pertandingan pelbagai penjuru di kesemua kerusi parlimen dan negeri tidak dapat dielakkan lagi. Situasi sebegini adalah amat memberangsang dari segi kelebihan politik kepada BN yang dijangka dapat mengekalkan Sabah sebagai benteng kuatnya. 

Terkini,PKR juga terjerat pula dalam konflik ang tidak disangka-sangka dengan sekutu kuatnta Dap di negeri Johor.PR meletakkan harapan tinggi di Johor yang mereka jangka akan menjadi satu lagi korban pada PRU13 kelak.PKR,Dap dan Pas berebut untuk meletakkan calon masing-masing kerana memikirkan Johor akan tumbang kepada mereka.Pergaduhan mengenai kerusi parlimen Gelang Patah antara PKR dan Dap semakin serius apabila kedua-dua parti mengeluarkan hujah mengapa calon mereka patut bertanding di kawasan itu.Ini menyebabkan Setiausaha Agung Dap,Lim Guan Eng mengeluarkan amaran keras supaya menghentikan perbalahan terbuka.Beliau sedar perbalahan seperti sama sekali tidak akan menguntungkan PR malah akan mendedahkan kelemahan perpaduan antara ketiga-tiga parti.Tidak ganjil Dap akan terjerumus dalam perkelahian merebut kerusdi kerana parti itu sememangnya tamak, angkuh dan tamak kerana berasakan dirinya sudah cukup kuat untuk menarik pengundi Cina pada pilihan raya ini.Konflik dalaman PR di Johor juga bertambah arah apabila Pengerusi Pengerusi DAP negeri Johor,Dr Boo Cheng Hau mendakwa Pengerusi PKR Johor,Chua Jui Meng menjadi dalang ke atas beberapa serangan hebat terhadap parti. 

Pengerusi Kebangsaan Dap,Karpal Singh pula menambah garam ke luka apabila dilihat menyokong tuduhan Dr Boo terhadap rakan dalam PR dan mahukan satu siasatan dijalankan.Apa yang berlaku kepada PR kini adalah manifestasi sifat-sifat semulajadi yang tertanam dalam diri pemimpin-pemimpin PKR,Pas dan Dap.Mereka saling curiga mencurigai antara satu sama lain seperti insiden Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang,Mansor Othman yang menggelar bosnya sebagai tokong,angkuh,bongkak serta gilakan kuasa.Ketiga-tiga parti juga mempunyai sifat tamak yang keterlaluan dan tidak mampu mengikat kerjasama politik yang sejati seperti BN.Setiap parti berfikir merekalah parti yang terkuat dalam gagasan longgar PR dan hasilnya pergaduhan pengagihan kerusi berlaku untuk membolot kerusi terbanyak bagi parti masing-masing.Hakikatnya dengan kemelut yang tidak ada penyelesaiannya dalam masa terdekat,impian PR untuk menawan Putrajaya nampaknya hanya akan tinggal khayalan dan fantasi semata-mata.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! KERAJAAN NEGERI KEDAH SEMAKIN GAWAT !!! PAS PULAK SIBUK MEREBUT JAWATAN MB ??? APA CERITA NI ???

Posted: 22 Feb 2013 04:00 AM PST


Melihat dari keterdesakan Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Azizan Razak sehingga mengugut kerajaan pusat agar memberikannya RM100 juta supaya menghentikan pembalakan tidak terkawal,saya dapat mengagak bahawa Kedah,pada hakikatnya telah hancur.Sejak PAS menerajui Kedah,satu-satunya hasil yang mampu difikirkan oleh kepimpinan negeri tersebut adalah melalui balak yang meningkat secara drastik dari tahun ke setahun.Kini,hutan sudah hampir gondol dan balak juga sudah hampir pupus.Satu lagi punca pergantungan PAS dari segi kewangan ialah Kulim Hi-Tech Park,iaitu taman teknologi tinggi bertaraf dunia yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional dan berjaya membawa masuk sehingga RM24 billion pelaburan langsung asing sehingga tahun 2007.Sejumlah RM10 billion lagi pelaburan langsung asing yang masuk pada tahun 2008 – 2011 iaitu setelah PAS mengambil alih Kedah, adalah lanjutan hasil usaha menarik pelaburan yang dilakukan oleh pengurusan terdahulu di bawah kerajaaan BN dan pada 2012,pelaburan langsung asing yang masuk ke Kedah hanyalah RM373.3 juta iaitu jatuh ke tangga ke 11 dari tangga ke 5 pada 2007 berbanding negeri lain.Secara dasarnya, hanya dua projek inilah yang menjadi punca pendapatan PAS Kedah. 

Bagi tahun ini,Kedah telah mensasarkan hasil sebanyak RM640 juta,termasuk dengan angan-angan menjual air mentah kepada Pulau Pinang.Namun,memandangkan negeri itu sudah buntu dalam mencari punca pendapatan,maka pastinya mustahil bagi Kedah untuk mencapai jumlah hasil seperti yang disasarkan.Lebih-lebih lagi,apabila di masa yang sama,hutang negeri semakin meningkat sehingga 50% di bawah pemerintahan PAS.Setakat Disember 2011 sahaja,hutang awam Kedah berjumlah RM2.6 billion,hutang kampus induk KUIN ialah RM330 juta.Nampaknya,jika dicongak secara umum,nampaknya,pendapatan dari pelaburan langsung asing hanya mampu membayar hutang KUIN sahaja.Walaupun keadaan sudah terlalu genting atau nazak,kepimpinan PAS Kedah nampaknya masih di dalam keadaan 'penafian'.Malah Azizan tidak segan silu mempertahankan pembalakan haramnya sebagai persediaan untuk ladang rakyat.Alasannya,beliau tahu apa yang dilakukannya kerana beliau adalah anak petani.Mengambil hujah Azizan sendiri,maka sahlah bahawa Azizan hanya layak menjadi petani, bukan Menteri Besar. Dan sahlah juga bahawa Datuk Seri Najib sebagai anak Perdana Menteri tentulah lebih lagi layak sebagai Perdana Menteri.Lebih malang bagi Kedah kerana bukan sahaja Menteri Besarnya tidak tahu apa-apa tetapi para pegawai kerajaan dan juga ahli politik parti memerintah juga sama saja. Exco Kedah,si Phahrolrazi yang pernah mencabar Azizan secara terbuka,sekali lagi mengulangi sikap biadapnya dengan mencaci Azizan di media. 

Beliau menggelar Azizan dengan panggilan-panggilan yang hina termasuk 'tiga silinder' atau lembab.Semua rakyat Kedah tahu kisah Phahrolrazi gila kuasa dan bencikan Azizan sehingga tidak tertahan-tahan lagi.Malah,menurut mereka,jangankan Phahrolrazi,isterinya lebih lagi kaduknya sehingga mengalahkan Toh Puan Seri,isteri Azizan sendiri.Tidak cukup dengan kegilaan Phahrolrazi,si Mahfudz tak lulus SRP juga turut berusaha merebut jawatan Menteri Besar.Walaupun ceramahnya begitu hambar termasuk di tempatnya sendiri,namun Mahfudz yang syok sendiri ini,membayangkan hadirin yang ramai sekali gus merasa yakin sendiri.Maka ketiga-tiga pemimpin PAS ini pun sibuklah mengatur strategi,merancang taktik untuk menggapai mimpi menerajui negeri.Dalam kesibukan itu,tiada seorang pun dari mereka,ataupun parti PAS atau mana-mana pemimpin PR yang menunjukkan prihatin terhadap kedudukan kewangan Kedah yang begitu kronik.Semuanya mengambil sikap seolah-olah soal pendapatan dan hutang negeri merupakan masalah kecil,yang akan selesai sendiri.Hakikatnya,jalan-jalan di Kedah tidak diselenggara.Pusat-pusat pelancongan kotor dan usang dengan kualiti perkhidmatan yang jauh terlalu amat rendah kerana dikendalikan oleh mereka yang tidak berpengalaman.

Kebersihan restoran, tandas awam,landskap dan sebagainya diabaikan sepenuhnya oleh kerajaan negeri.Anak-anak syarikat kerajaan negeri pula terus menjana kerugian akibat ketidaktelusan dan ketidakcekapan para pegawainya.Kontraktor-kontraktor berlesen dan berpengalaman gigit jari.Hanya peniaga pusat hiburan karaoke sahaja yang senyum sehingga menampakkan gigi.Pendek kata,Kedah kini bagaikan sebuah negeri tanpa kerajaan.Mana-mana pegawai kerajaan atau ahli politik PAS yang cukup licik boleh saja menggunakan nama Menteri Besar dan mengaut sebanyak mana wang yang diinginkan.Sedarkah rakyat Kedah bahawa kerajaan Pakatan Rakyat langsung tidak pedulikan nasib mereka mahupun negeri itu ??? Sedarkah rakyat Kedah bahawa yang benar-benar bimbang,prihatin dan risaukan nasib mereka adalah kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! ANCAMAN PUAK PR TERHADAP @PSY_OPPA #GANGNAM MEMALUKAN NEGARA !!! APA CERITA NI ???

Posted: 22 Feb 2013 01:00 AM PST


Kesediaan superstar dari Korea,Psy yang popular dengan lagu tarian kuda Oppa Gangnam Style untuk turut sama memeriahkan sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang tempohari rupanya meninggalkan sedikit tompok hitam dalam sejarah hidup penyanyi itu.Mana tidaknya apabila keselamatannya diancam gara-gara kegilaan segelintir pihak yang tidak dapat menerima hakikat penyanyi popular Korea itu tetap bertegas untuk memenuhi undangan mengadakan persembahan di majlis rumah terbuka sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh BN.Beberapa hari sebelum Psy mengadakan persembahan di hadapan lebih 80,000 orang hadirin di majlis itu,keterujaan penyanyi itu untuk buat julung kalinya menemui peminatnya di Malaysia sedikit terencat apabila kehadirannya tidak hanya dipertikaikan oleh PR malah dijadikan isu politik untuk memburukkan Kerajaan Malaysia.Para pemimpin PR berusaha sedaya upaya mensabotajnya dengan melancarkan propaganda kononnya penganjuran majlis tersebut adalah satu pembaziran wang rakyat dan wang pembayar cukai walau hakikatnya tidak pun begitu.Bila kebenaran diketahui umum kos penganjuran dan perbelanjaan membawa Psy ke Malaysia ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta,PR melalui dukungan penyokong mereka menukar taktik dengan menghujani pula akaun sosial Facebook Psy dengan komen-komen yang mendesak artis itu membatalkan persembahannya di Malaysia. 

Tidak cukup dengan gesaan-gesaan itu,sesetengah penyokong PR menghamburkan kata-kata kurang manis terhadap penyanyi itu sementara yang lain pula sengaja memburukkan negara tercinta ini dengan pelbagai tuduhan berbau politik.nampak jelas ketidakmatangan fikiran dan sikap penyokong PR dalam isu ini, agak memalukan dan tak sedikit tercalar imej negara ini di mata dunia.Malang betul tanah tumpah darah tercinta ini mempunyai segelintir rakyat yang buruk budi pekerti seperti itu.Tidak berpuas hati dengan kegagalan demi kegagalan mensabotaj majlis itulah barangkali membawa kepada tindakan gila penyokong PR membuat ugutan yang mengancam keselamatan Psy.Ugutan itu mungkin serius atau sekadar acahan biasa, tapi bagi pihak polis semua itu bukannya satu perkiraan kerana itu langkah berjaga-jaga tetap diambil.Psy mungkin sedikit kecewa kepulangannya ke negara sendiri pada keesokan diniharinya terpaksa diatur secara sulit tatkala orang ramai sedang nyenyak tidur,ia tentunya pahit tapi demi keselamatannya beliau, itu boleh dikira satu langkah bijak bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.Pun begitu,apa yang terjadi pada Psy bukanlah satu perkara pelik bila diimbas kembali beberapa peristiwa lama yang ada hubung kait dengan PR. 

Di awal tahun 2009 dulu sewaktu negeri Perak sedang kalut ribut dengan krisis politik,seramai tujuh orang wakil rakyat dari sebuah parti dalam PR pernah menerima ugutan bunuh dari samseng upahan selepas timbulnya ura-ura kesemua mereka itu mahu keluar dari parti dan menjadi ADUN Bebas yang mesra BN.Sebahagian daripada mereka turut menerima surat ugutan berisi peluru hidup sebagai gambaran talian hayat wakil-wakil rakyat itu bila-bila masa sahaja boleh melayang begitu sahaja jika meneruskan hasrat untuk menjadi ADUN Bebas.Berikutan ancaman itu,hanya seorang sahaja dari kumpulan tersebut yang berani mengambil risiko keluar dari parti untuk turut serta bersama dua orang lagi ADUN parti lain dari PR,yang kemudian diikuti dengan kejatuhan secara rasmi pemerintahan PR di Perak.Selang beberapa ketika kemudian,selepas keadaan sedikit reda barulah salah seorang lagi dari kumpulan wakil rakyat itu mengikut jejak langkah sama menjadi ADUN Bebas mesra BN.Sementara bakinya terpaksa terus kekal bersama PR walaupun kepercayaan mereka semakin luntur terhadap gabungan parti yang tidak berdaftar itu.Secebis kisah mengenai krisis politik di Perak itu sudah cukup membuktikan ketidakmatangan politik agak dekat dengan PR dan bukan sesuatu yang mengejutkan bila mana kini tiba pula giliran Psy diancam keselamatan nyawanya.Tindakan kurang waras penyokong PR itu diakui sedikit sebanyak memalukan negara kita sebagai tuan rumah dan tentunya menjejaskan nama baik negara ini pada mata dunia.Suka atau tidak realiti ini terpaksa kita hadapi selagi pembawaan politik sempit terus menjadi pegangan PR.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! SEMUA DRAMA PR TERBONGKAR !!!

Posted: 21 Feb 2013 10:00 PM PST


PR masih belum dapat mencari titik penyelesaian dalam isu 'Kalimah Allah'.Media juga berselang seli menyiarkan kenyataan antara ahli-ahli Majlis Syura dengan Karpal Singh yang tidak habis-habis menempelak dan menghentam sesama sendiri.Majlis Syura menganggap isu tersebut selesai dengan membuat keputusan bahawa 'Kalimah Allah' tidak boleh digunakan di dalam Injil Kristian dan bahawa keputusan itu tertakluk kepada ahli-ahli PAS sahaja.Tetapi,Karpal menafikan ianya selesai,selagi Majlis Syura tidak menyatakan secara jelas untuk membenarkan Kalimah Allah digunakan di dalam Injil serta menerima hakikat bahawa Majlis Syura tidak ada hak bersuara di dalam PR,melainkan di dalam PAS sahaja.Menganalisis perkembangan ini secara terperinci,kita akan mendapati bahawa isu ini sebenarnya telah lama selesai bagi PR.Ini kerana Majlis Syura sendiri telah menegaskan bahawa keputusan majlis tersebut hanyalah tertakluk kepada ahli-ahli PAS sedangkan hakikatnya, tidak mungkin ada ahli PAS yang terlibat menterjemah atau mencetak Injil dalam bahasa Melayu untuk membolehkan mereka menggunakan Kalimah Allah di dalamnya.Di masa yang sama,Majlis Syura sebenarnya tidak menghalang dan tiada hak untuk menghalang mana-mana ahli DAP atau sesiapa sahaja yang bukan ahli PAS untuk berbuat demikian sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh.Ertinya,kedua-dua pihak telah pun menemui titik persetujuan iaitu "Kalimah Allah boleh digunakan di dalam Injil,kecuali oleh ahli-ahli PAS". 

Justeru,perbalahan antara Majlis Syura dan Karpal Singh di media hanyalah lakonan dengan skrip yang penuh dengan ayat tersirat.Seperti juga isu Hudud,Isu Kalimah Allah ini juga adalah satu lagi Telenovela yang tiada penghujung bagi PR,walaupun secara dasarnya ia telah pun tamat dengan PAS akur kepada kehendak DAP.Bukan kita tidak tahu bahawa DAP perlu menunjukkan pada kaum bukan Melayu betapa mereka kuat,tegas dan mampu mengawal PAS dari membawa unsur-unsur Islam ke dalam pentadbiran PR.Isu kalimah ini,bukan sahaja menjadi 'tanda aras' kepatuhan PAS kepada DAP, tetapi juga merupakan strategi serampang dua mata di mana ia turut memberi kelebihan kepada puak Kristian untuk memurtadkan umat Islam.Sedangkan PAS pula perlu menunjukkan pada umat Islam yang parti itu kekal tegas mempertahankan Islam dari dinodai oleh mana-mana pihak memandangkan imej 'Islam' parti itu sudah rosak teruk kerana kalah dengan UMNO dalam isu Amanat Hadi,kalah dengan DAP dalam isu Negara Islam, hudud,judi,arak,rumah urut,pusat hiburan dan juga salon serta tidak mampu menempelak PKR dalam isu pluralisme,liberalisme mahupun isu menyokong negara Israel. 

Telenovela Kalimah Allah ini,adalah talian hayat terakhir PAS untuk memperlihatkan yang parti itu masih se-'Islam' dulu.Justeru,ia perlu terus ditayang untuk tontonan umum sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya.Skripnya juga akan berterusan di mana Karpal dan Majlis Syura saling berbalah dan bercakaran.Hakikatnya,jika benar perbalahan ini bukan hanya sebuah Telenovela, maka sudah tentulah PAS telah meninggalkan PR.Bayangkan,sedangkan Nasharuddin Mat Isa juga sanggup PAS 'ceraikan',tetapi PAS tidak sanggup meninggalkan kerjasama yang membawa risiko kepada akidah umat Islam dan pencemaran kepada kesucian 'Kalimah Allah'.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PENYOKONG PAS TERIMA BR1M LEBIH HINA DARI LEMBU DAN AYAM - NIK AZIZ !!! WAJIB BACA !!!!

Posted: 21 Feb 2013 06:00 PM PST


Seekor Lembu Sedang Menerima Bantuan Kerajaan - Menurut Fatwa Terkini Nik Aziz



Mengucap panjang bila saya mendengar ucapan Nik Aziz setibanya di Kota Bharu setelah menunaikan umrah di Mekah.Ucapan Nik Aziz bukannya mengajak kepada perpaduan atau ke arah perdamaian tetapi berunsur celaan,sehingga tergamak menyamakan penerima BR1M dengan haiwan.Kata Nik Aziz di hadapan penyokong yang menyambutnya pulang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV

"Orang yang menawarkan wang kepada orang,sama seperti kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat,kita tabur hampas kelapa,tabur padi.Kalau nak panggil lembu kita bubuh jerami.Tapi kalau nak beri Islam,kita nak panggil ayam cakap nak ceramah,mana ayam datang,nak panggil lembu mana datang,jadi kalau kita beri barang kepda orang,beri RM10,RM50 orang akan ambil." 

Hina sekali pandangan Tok Guru terhadap rakyat yang menerima BR1M sedangkan ramai dari penyokong-penyokong Tok Guru sendiri turut menerimanya dengan bangga.Tidak cukup dengan itu,mereka mendabik dada pula kononnya itu hak mereka,sebagai rakyat dan duit yang diterima itu adalah duit rakyat.Entah dari mana datangnya alasan bahawa duit itu adalah hak mereka.Apakah semua kerajaan di dunia ini memberi BR1M ??? Tentulah tidak,kerana bukan tanggungjawab mana-mana kerajaan untuk berbuat demikian.Sudah menjadi hukum alam dan sudah termaktub dalam ajaran Islam,bahawa manusia perlu bekerja untuk mendapatkan wang. Tiada siapa yang layak menerima apa-apa tanpa berusaha melainkan mereka sememangnya tidak punya kemampuan untuk berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu seperti kesihatan,kecacatan dan sebagainya.Tugas kerajaan adalah untuk mentadbir,menjana pendapatan,membawa pelaburan,mewujudkan peluang pekerjaan,menyediakan kemudahan awam,memastikan rakyat mendapat pendidikan,memelihara kedaulatan negara serta memastikan keamanan. 

Menyediakan wang tunai 'percuma' kepada rakyat bukanlah tugas kerajaan.Tugas setiap seorang dari rakyat pula adalah untuk bekerja bagi menyara diri dan keluarga serta membayar cukai kepada kerajaan supaya kerajaan dapat terus menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat.Sudah menjadi lumrah dunia,ada rakyat yang berpelajaran tinggi dan ada yang tidak.ada yang miskin dan ada yang kaya.Ada yang dulu susah,tetapi sekarang senang setelah kerajaan membawa masuk pelaburan dan mereka dapat bekerja di kilang-kilang.Ada yang dulu hidup atas peruntukan rakyat termiskin,kini tinggal di rumah dua teres dua tingkat setelah anak-anak mereka menjadi orang berjaya berkat pembelajaran percuma di peringkat rendah dan menengah dan kemudiannya mendapat biasiswa pula untuk ke universiti.Adajuga yang dulu senang tetapi sekarang susah dan menganggur akibat membazirkan masa dan wang ibu bapa ketika di universiti kerana sibuk berdemonstrasi.Oleh itu,ada rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan dan ramai lagi yang tidak.Kerana itu,kerajaan BN yang prihatin,telah mengambil kira keadaan hidup rakyat yang berbagai ini dan memutuskan untuk membantu mereka yang memerlukan, melalui BR1M. 

Kerajaan boleh saja menggunakan peruntukan BR1M sejumlah RM3 billion itu untuk tujuan lain,tetapi dikhuatiri ia tidak akan dapat dirasai secara langsung oleh golongan yang benar-benar memerlukan.Hanya dengan pemberian tunai sahaja yang dapat memastikan ia mencapai objektif secara tepat kerana dengan wang tunai,rakyat boleh memutuskan sendiri cara untuk membelanjakannya.Sudah tentu sekali BR1M tidak akan dapat diberikan jika kerajaan tidak mampu.Jika kerajaan sekadar bergantung kepada cukai yang dikutip dari segolongan rakyat yang layak membayar cukai sahaja,tentulah kerajaan tidak akan mampu memberi BR1M kepada golongan yang tidak layak membayar cukai itu.Justeru,kemampuan kerajaan memberi BR1M kepada rakyat dengan sendirinya membuktikan kecekapan pentadbiran Barisan Nasional dalam menjana pendapatan serta mengurus kewangan negara.Malangnya,Tok Guru melihat BR1M sebagai umpan atau rasuah untuk memancing undi serta menghina pula rakyat yang menerimanya.Lebih malang lagi kerana antara yang menerima BR1M itu adalah penyokong-penyokong Tok Guru sendiri.Kerana itu,saya ingin bertanya Tok Guru,jika penerima BR1M adalah umpama lembu dan ayam,maka penyokong Tok Guru yang saban hari mengutuk BN tetapi tetap menadah tangan melahap BR1M,umpama apa pula ???? Fikirkanlah sendiri,binatang apa yang lebih hina dari lembu dan ayam….

BLOGGER PRO KERAJAAN CEMBURU DENGAN BLOGGER PR ???

NAK TAHU KENAPA ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RRENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...