BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! SEKALI LAGI DEEPAK KENCING RAKYAT MALAYSIA !!! SIAPA YANG MATI PUCUK NI ???

Posted: 15 Feb 2013 07:30 AM PST


Sekali lagi khidmat penjual karpet,Deepak Jaikishan yang sedang tertekan dengan masalah tuntutan hutang beratus juta ringgit dari institusi kewangan dimanfaatkan oleh jentera propaganda PR untuk memanaskan kembali ceritera mengenai Altantuya.Kian dekat musim pilihan raya,ada sahaja propaganda murahan dan fitnah adu domba akan bergentanyangan kerana sudah menjadi tabie pemimpin dan penyokong PR untuk mencari keuntungan politik melalui kaedah sedemikian rupa.Kali ini,PR melalui Deepak melontarkan satu lagi propaganda versi baru kononnya Razak Baginda mengalami masalah mati pucuk dengan demikian mustahil untuk teman wanitanya yang merupakan model dari Mongolia,Altantuya mengandung.Seperti mana umum ketahui,PR seboleh mungkin cuba mengaitkan kematian Altantuya dengan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib dan isterinya.Kononnya PM mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya sehingga menyebabkan wanita itu mengandung kemudian terbabit mengarahkan pembunuhan model Mongolia itu untuk menyembunyikan kes tersebut.Maksud tersirat melalui dakwaan terbaru Deepak itu jelas menghala ke arah membantu jentera propaganda PR yang masih cuba membina persepsi bahawa anak yang berada dalam kandungan Altantuya semasa wanita itu dibunuh ada kaitan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Orang lain yang sedap-sedap, tak pasal-pasal PM pula yang kena getah nangkanya. 

Walhal hakikatnya PM langsung tidak mengenali siapa Altantunya,malah Datuk Seri Najib sendiri sudah beberapa kali mengangkat sumpah di dalam masjid dengan menyebut "Wallahi, Wabillahi,Wataallahi" menafikan penglibatannya.Dalam Islam sumpah sedemikian sah di sisi syarak dan sekiranya sumpah itu adalah palsu tentunya dalam jangka waktu seawal 40 hari atau dua bulan ataupun selewat-lewatnya satu tahun laknat daripada Allah S.W.T pastinya telah menimpa PM.Dalam versi yang lain pula, isteri PM,Datin Seri Rosmah Mansor difitnah kononnya telah terlibat secara langsung melepaskan tembakan ke arah perut Altantuya sementara satu versi lagi mendakwa Datin Seri Rosmah turut berada lokasi pembunuhan di Empangan Tasik Subang,Puncak Alam untuk menyaksikan sendiri Altantuya diletupkan dengan bom C4. Sedangkan ketika kejadian berlaku,Datin Seri Rosmah berada di majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Kuala Lumpur,sama sekali bertentangan dengan fitnah yang disebarkan oleh PR dan jentera propaganda mereka.Hakikatnya,pembunuh sebenar sudah pun dikenal pasti dan kedua-dua suspek pula disahkan telah bertindak di luar batasan apabila berlaku salah faham dengan arahan Razak Baginda.Tiada kaitan dengan PM malah tiada kaitan langsung dengan Datin Seri Rosmah.Sebaliknya bekas pemimpin PKR yang juga adalah bekas peguam Anwar Ibrahim yakni Zulkifli Noordin pernah mendedahkan yang Ketua Umum PKR itu pernah meminta tertuduh iaitu Sirul dan Azilah membuat pengakuan palsu bahawa Datuk Seri Najib yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan Altantuya.

Jelas sekali kemunculan terbaru Deepak dengan versi terkini berkaitan isu Altantuya sebenarnya hanyalah garapan semula kisah sensasi itu untuk dimanipulasikan sempena PRU 13 yan kian hampir.Bezanya cubaan terbaru ini hanya menyebabkan khalayak umum semakin sangsi dengan kredibiliti Deepak yang sebelum nya sudah tercalar berikutan terdedah konspirasinya dengan beberapa pemimpin PKR untuk memfitnah PM.Lebih menambah kesangsian umum apabila Deepak dengan agak yakin bercerita mengenai kegagalan fungsi yang kononnya dialami Razak Baginda.Fakta klinikal menunjukkan jarang benar seseorang lelaki sanggup berkongsi rahsia kegagalan fungsi kemaluannya dengan orang lain.Biasanya hanya isteri,rakan seksualnya (gay ??? pelacur ??? kekasih gelap ???) dan yang pastinya doktor pakar sahaja yang mengetahui sama ada seseorang lelaki itu mati pucuk atau sebaliknya.Deepak bukannya isteri Razak Baginda,bukan juga teman wanita Razak malah bukan juga doktor pakar kepada Razak Baginda atau sebenarnya,Deepak adalah rakan seksual gay kepada Razak Baginda disebabkan itu Deepak dapat mengetahui sama ada kemaluan Razak Baginda mati pucuk atau tidak atau sebenarnya Deepak yang menghadapi masalah mati pucuk memandangkan statusnya yang terus membujang hingga kini,sedangkan Razak Baginda dan isterinya sudah sah memiliki seorang anak hasil dari perkahwinan mereka.Persoalan ini menanti jawapan dari Deepak dan kita harap jentera propaganda PR tidak sampai kepeningan untuk mencari alasan lain atau mencipta versi terbaru pula kelak.Apapun,dalam bak mencipta kisah fiksyen,fitnah adu domba dan cerita sensasi tak menjejak bumi nyata memang diakui kelebihan PR,tapi kot iya pun fikirlah logiknya juga,memanjang saja versi bercanggah satu sama lain.

RENUNG-RENUNGKAN 

EKSKLUSIF !!! LAGI CERITA TERBARU SKANDAL TANAH DI KELANTAN TERBONGKAR !!! APA CERITA NI ???

Posted: 15 Feb 2013 04:00 AM PST


Dikira dari usia pemerintahan PAS di Kelantan sejak 1959 - 1978 (19 tahun) diikuti dengan pusingan kedua bermula 1990 - 2013 (23 tahun),bermakna sudah 42 tahun negeri Serambi Mekah ini berada dalam genggaman PAS.Suka atau tidak,rakyat Kelantan perlu akui selama tempoh lebih empat dekad ini sudah sekian banyak skandal tanah melibatkan keluasan puluhan ribu ekar tanah dan hasil bumi negeri ini telah dipajak gadai dan terjual kepada orang luar.Dulu dalam tahun 1964 hingga pertengahan 1975,rakyat Kelantan pernah tercabar maruahnya apabila Kerajaan PAS Kelantan telah menyerahkan hak milik tanah seluas lebih 300,000 ekar secara pajakan kepada sebuah syarikat dari Singapura.Ramai pemimpin PAS negeri tika itu yang kaya raya hasil dari tindakan tersebut, sementara rakyat bawahan pula hanya mampu menangis tak berlagu mengenangkan maruah diri dan negeri tumpah darah bagaikan telah menjadi milik orang lain. 

Kini di abad millenium,peristiwa hampir serupa berulang kembali apabila Kerajaan PAS Kelantan dengan berselindung di sebalik projek Ladang Rakyat telah 'bermurah hati' memajakkan tanah seluas lebih 80,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat-syarikat luar. Kononnya melalui projek Ladang Rakyat ini akan membantu membasmi masalah kemiskinan di mana lebih 4,000 orang penduduk di Hulu Kelantan bakal beroleh manfaatnya.Mereka dijanjikan dengan habuan hak milik tanah dan tapak rumah, namun sampai sekarang hanya debu-debu tanah sahaja yang kelihatan.Sebaliknya yang berlaku tauke-tauke syarikat yang sudah sedia kaya semakin kaya raya,manakala ramai pemimpin PAS yang dulunya hanya memiliki rumah kayu kini bertukar menjadi rumah batu bertingkat,dari satu motokar kecil sekarang berbuah-buah kenderaan tersusun di depan rumah. Pemimpin PAS yang dulunya setia pada isteri nan satu kini memasang cawangan baru, tidak cukup dua ditambah menjadi tiga. 

Puas melabuh sauh dalam negara ada yang merantau hingga ke Kemboja untuk mendapatkan selera baru yang berkenan di mata.Di masa yang sama berbelas orang pemimpin PAS negeri menikmati laba keuntungan apabila bertuah memperoleh hak milik tanah di kawasan tersebut.Anak dan isteri pemimpin PAS tidak ketinggalan menikmatinya tapi rakyat yang menanti terus kempunan. Rakyat terus termangu-mangu menantikan janji bulan jatuh ke riba dan terus hiba hatinya lebih-lebih lagi melihatkan tanah yang dulunya diteroka kini sesuka hati dirodok dan dinikmati hasil mahsulnya oleh tauke-tauke Cina yang begitu akrab dengan pemimpin PAS negeri.Dalam tempoh beberapa ketika berlalu,juga bertempat di Hulu Kelantan lebih 10,000 ekar tanah yang kaya dengan kayu kayan balak bernilai tinggi kini pula telah menjadi milik pemimpin Cina DAP dari Perak untuk selama lebih setengah abad mendatang. Sekali lagi rakyat termangu sendirian mengenangkan apa malangnya nasib mereka sering kali di anak tirikan oleh Kerajaan PAS Kelantan.Entah sampai bila mahu bersabar, agi lama ditahan entah-entah lebih banyak tanah tergadai dan maruah negeri diinjak-injak oleh orang luar dan hasil buminya mengalir tanpa memberi manfaat pada rakyat pribumi sendiri. 

Tidak cukup apa yang berlaku di Hulu Kelantan,di pusat bandar Kota Bharu yang khabarnya gah dilabelkan sebagai bandaraya Islam contoh oleh Menteri Besar Kelantan,Nik Abdul Aziz Nik Mat,lebih 300 ekar tanah sudah sah dipajak hak miliknya kepada sebuah syarikat bukan bumiputera.Katanya mahu mengindahkan tebing sungai Kelantan melalui projek yang dikenali sebagai Lembah Sireh.Maka para petani yang dulu mendapat rezeki lumayan hasil tanaman di tebing sungai itu dipindahkan dan hanya mendapat sedikit pampasan wang ringgit antara RM100 hingga RM900 sebulan selama 3 tahun.Hasil projek itu maka berdiri megahlah sebuah pasaraya besar Tesco yang dianggap oleh MB Kelantan sebagai simbol kemajuan negeri ini,sedangkan projek utama yang sepatutnya diutamakan seperti sebuah masjid, dua buah jambatan,sebuah stadium dan gerai jualan yang mempunyai kepentingan umum hingga sekarang gagal dibina.Mujur ada Kerajaan Pusat yang prihatin menyegerakan pembinaan salah satu jambatan tersebut iaitu Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang kini sudah boleh digunakan,jika ditunggu-tunggu syarikat kepercayaan Kerajaan PAS Kelantan membinanya, tujuh keturunan pun belum tentu siap sebatang tiang konkrit pun. 

Namun di sebalik kegagalan syarikat swasta itu mematuhi perjanjian sumbangan projek sebagai galang ganti pemindahan hak milik tanah, Kerajaan PAS Kelantan terus berlembut tanpa sebarang tindakan tegas, sedangkan hampir sebahagian tanah ini telah pun dipajak pula kepada institusi kewangan bagi membolehkan syarikat tersebut beroleh pinjaman berpuluh juta ringgit. Entah apa malang nasib rakyat Kelantan, dalam kesukaran mereka mendapatkan hak milik tanah walaupun wang deposit sudah dibayar, mudah pula bagi syarikat-syarikat luar dan pemimpin-pemimpin politik yang berkepentingan dengan Kerajaan PAS Kelantan memperoleh tanah yang berekar-ekar luasnya.Sampai bila agaknya rakyat pribumi sanggup bersabar membiarkan tanah negeri dan hasil bumi terus mengalir ke tangan orang lain ??? PRU 13 yang sudah tidak berapa lama lagi adalah satu-satunya peluang besar untuk rakyat Kelantan mengubah senario yang berlaku.Jika tidak sekarang,sanggupkah kita menunggu 5 tahun lagi yang mungkin tika itu sudah terlambat apabila hampir setiap inci tanah negeri ini dipajak kepada pihak lain,barulah tika itu terdetik kesedaran untuk kita bangkit memprotes demi mempertahankan hak anak negeri ??? Tepuk kepala tanya akal yang waras !!!

DOA K.O UMNO !!!

ANDA NAK LIHAT DATUK FADZILAH KAMSAH MEMBELASAH PAS KAW-KAW ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! SELEPAS BALAK LICIN !!! KERAJAAN NEGERI KEDAH AKAN JUAL TANAH KEPADA TAUKE CINA SINGAPURA ???

Posted: 15 Feb 2013 01:00 AM PST


Tidak ada apa yang mampu dilakukan selain menggeleng-gelengkan kepala melihat bagaimana kerajaan PAS Kedah memusnahkan negerinya sendiri.Oleh itu,tidak hairan ramai yang mengesyaki bahawa PAS Kedah sememangnya tidak berniat atau tidak mengharapkan akan diberi mandate untuk mentadbir Kedah lebih dari sepenggal.Mungkin kerana itulah dalam masa 4 tahun ini,PAS Kedah telah mengaut sebanyak mungkin keuntungan dengan merebut serta mencipta apa saja peluang untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni masing-masing.Bukit-bukit gondol akibat pembalakan tidak terkawal menjadi bukti bahawa PAS tidak pernah melihat ke hadapan,tetapi sekadar memikirkan keadaan semasa iaitu dalam masa sepenggal pemerintahan sahaja.Bagi PAS,Apa yang berlaku selepas penggal ini bukan lagi masalah PAS, tetapi BN kerana apa yang penting, semua pemimpin dan kroni mereka telah pun kaya. 

Mungkin, sekurang-kurangnya itulah yang difikirkan oleh exco-exco dan pegawai-pegawai di dalam pentadbiran negeri dan syarikat milik kerajaan negeri Kedah.Tetapi, apa yang difikirkan oleh pemimpin tertinggi Kedah, iaitu Datuk Seri Azizan Razak mungkin berbeza.Kerana itu,Azizan nampaknya masih berminat untuk bertanding dan masih menunjukkan keinginan untuk menang dan terus memegang jawatannya.Beliau yang terkenal sebagai Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa nampaknya masih tidak sedar yang negerinya sedang musnah.sehingga ke hari ini,Azizan terus percaya kepada Rektor KUIN bahawa keadaan di KUIN adalah terkawal dan KUIN tidak punya masalah besar. Azizan juga percaya kepada Sanusi,Setiausaha Sulitnya,bahawa pembalakan di Kedah boleh dijustifikasi dan segala kritikan hanyalah mainan politik musuh sahaja dan Azizan juga percaya yang Phahrolrazi akan dapat memaksa Pulau Pinang membayar caj bekalan air seperti yang diumumkan dalam Bajet Kedah tempoh hari. Malah, Azizan yakin Sobri,Presiden Kulim Hi-Tech Park mampu membawa masuk pelaburan asing tambahan ke Taman Teknologi tersebut tanpa sokongan dan bantuannya,sebagai Menteri Besar. 

Begitu juga dengan Bina Darul Aman mampu melaksanakan projek dengan baik serta telus.Bagi Azizan juga,segala kerugian dari projek Papua New Guinea,Langkawi,Aquakultur dan semua projek kerajaan negeri hanyalah masalah kecil dan tidak akan menjejaskan pentadbirannya. Dengan bergantung seratus-peratus kepada laporan dari 'orang-orang yang terpilih' Azizan terus percaya kepada apa yang ingin dipercayainya sehinggakan dalam masa sepenggal ini, beliau langsung tidak pernah mengambil langkah untuk melawat atau meneliti sendiri segala permasalahan yang timbul. Biar riuh rendah orang bercakap tentang pembalakan Kedah, biar berjuta orang menunjuk perasaan, Azizan tidak teringin pun untuk melihat sendiri bukit-bukit yang gondol dan air tadahan yang tercemar. Azizan tidak tahu bahawa sekiranya beliau masih terus memegang jawatan di penggal hadapan maka ketika itu barulah beliau akan sedar bahawa Kedah sudah tidak ada apa-apa lagi untuk ditadbir.Azizan juga tidak tahu bahawa setelah segala exco, pegawai dan kroni mereka kenyang,Azizan akan dipertanggungjawabkan atas kerakusan mereka. 

Di waktu itu,mahu tidak mahu,Azizan wajib memikul tanggungjawab tersebut sebagai pemimpin tertinggi negeri kerana telah tidak mengambil tindakan untuk menghentikan segala kemusnahan, sedangkan beliau mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.Di harap rakyat Kedah mula membuka mata dan bangkit melihat apa yang berlaku di keliling mereka.Sedangkan,satu-satunya sumber kewangan yang mampu difikirkan oleh kerajaan PAS Kedah adalah melalui pembalakan.Memandangkan semua hutan termasuk Hutan Simpan Kekal juga telah gondol dikerjakan dalam masa sepenggal sahaja,maka bagaimana lagi Azizan boleh menjana pendapatan pada penggal depan ??? Balak bukannya boleh tumbuh dalam masa sebulan dua dan jika benar semua hutan itu akan diganti dengan ladang rakyat,ia juga bukan boleh menjana pendapatan dalam sekelip mata. Lebih dari itu, yakinkah kita bahawa ladang rakyat itu akan berjaya ??? Apakah wujud kertas-kerja yang berwibawa untuk memperlihatkan yang projek ladang rakyat itu benar-benar berbaloi berbanding balak yang ditebang, hutan yang dimusnahkan dan bencana yang mungkin diakibatkannya ??? Sudah sampai masanya rakyat Kedah belajar memahami pentingnya memilih parti yang berkelayakan untuk memerintah dan bukannya parti yang hanya tahu berslogan. Hari ini, kita telah melihat bukit-bukau termasuk hutan simpan kekal musnah.Esok,selepas semuanya licin,tidak mustahil kerajaan negeri akan mula menjual tanah kepada tauke-tauke Cina pula,termasuk dari Singapura,sepertimana yang berlaku di Kelantan selama ini.

ANDA NAK LIHAT ANWAR IBRAHIM REBAH DI PERAK ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT VIDEO !!! AKHIRNYA ANWAR IBRAHIM REBAH DI BUMI PERAK !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 15 Feb 2013 12:27 AM PST


tu dia !!! Anwar Ibrahim rebah di bumi Perak sebaik sahaja menjejakkan kaki.anda nak tahu di mana beliau rebah ???

JOM LIHAT VIDEO DI BAWAH


RENUNG-RENUNGKAN 

HOT VIDEO !!! DOA K.O UMNO !!! DATUK FADZILAH KAMSAH MEMBELASAH PAS KAW-KAW !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 14 Feb 2013 06:44 PM PST


tu dia !!! Datuk Fadzilah Kamsah Belasah PAS Haram kaw-kaw berkenaan doa K.O UMNO

LIHAT VIDEO DI BAWAH


RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...