tun faisal dot com |
- Calon Bukan Islam Pas : bukti krisis keyakinan dalam PR #PenipuRakyat
- [Video] @AnwarIbrahim badut no1 pojaan hati Pas #BadutPolitik
- Alamak, Rakyat Lembah Pantai tak kenal Nurul Izzah? #MPmalas
- Kematian Sugumar : PR sekali lagi panggil Polis anjing, pembunuh?
Calon Bukan Islam Pas : bukti krisis keyakinan dalam PR #PenipuRakyat Posted: 26 Jan 2013 08:30 PM PST Pas sudah tidak percaya kepada DAP dan PKR, atau window dressing Pas? Nak letak calon ni bertanding di kawasan mana ya? Berapa kerusi Pas bertanding? Calon ni kena buat bai'ah sesat talaq 3 juga ke? Mungkin krisis identiti, mungkin juga bukti krisis keyakinan yang melanda PR, sesama sendiri pun tak percaya, mungkin juga hanya kemunafiqan demi dapat undi. Apapun rakyat melihat campuran Pas + Pkr + Dap = timebomb.... Calon Bukan Islam Untuk Sebuah Parti Islam... Ironik Oppa PAS-Style!! Krisis identiti PAS semakin meruncing... untuk mengelak kerisauan mereka bila konar baring berkaitan isu kalimah 'ALLAH', juga prejudis bukan Islam berkaitan saloon rambut unisex & sambutan tahun baru di Kedah PAS cuba menembus tembok konvensi dengan keputusan yang sungguh ironik -Calon BUKAN ISLAM untuk sebuah PARTI ISLAM! -Maya deJendela | ||
[Video] @AnwarIbrahim badut no1 pojaan hati Pas #BadutPolitik Posted: 26 Jan 2013 04:30 PM PST Macam badut pun ada Anwar ni sekarang.... kuasa boleh buat manusia jadi gila.. Alang-alang nak jadi badut, meh tengok video di bawah untuk menghayati krisis keyakinan dalam PR dan ke'badut'an Anwar ... heh, heh, heh... jangan ketawa Nak lihat perbezaan ketara Anwar dan Najib? Klik link di bawah | ||
Alamak, Rakyat Lembah Pantai tak kenal Nurul Izzah? #MPmalas Posted: 26 Jan 2013 02:30 AM PST Thursday, January 17, 2013Nurul Izzah malu besar bila orang Lembah Pantai tanya "Awak ni siapa ye?"Aduss! BeritaLembahPantai ada cerita panasssss tentang Nurul Izzah. Pada 16 Januari 2013 iaitu Rabu lepas, ada kematian di Blok 18 Taman Bukit Angkasa, Lembah Pantai. Seorang wanita berumur 93 tahun meninggal dunia, dan jenazahnya diuruskan di Surau An-Nur Blok 18 iaitu bawah je dari rumah Arwah. Maka penduduk tempatan terutama saudara-mara si mati pun ramailah yang datang, yang mengurus jenazah ada, yang menziarah pun ada. Maka oleh sebab kita pun tahu pilihanraya dah dekat, tiba-tiba datanglah juga Nurul Izzah. Dipercayai dia dimaklumkan tentang kematian ini dan dibawa ke Surau An-Nur oleh Yati, ibu tunggal Blok 19 yang memang kuat PKR. Kedatangannya tidak disambut, jadi orang pun tak perasan dia datang. Yang nak jadi ceritanya, dan ini disaksikan sendiri oleh isteri salah seorang wartawan Berita Lembah Pantai, serta beberapa muslimat kariah Surau An-Nur, ialah begini:- Ketika bersalam-salam, ada seorang saudara simati ni (dipercayai perempuan ni kerja tukang masak di UM) pun bertanya pada Nurul Izzah, "Awak ni siapa?" Berubah muka Nurul Izzah. Sebelum sempat dia menjawab, akak ni bertanya lagi, "awak ni sedare arwah ke, x pernah nampak pun?!" Maka tersengih-sengihlah Nurul Izzah. Orang-orang perempuan yang lain pun berpandang-pandang sesama sendiri, tersenyum sinis masing-masing. Malu besar Nurul Izzah. Berubah mukanya. Apa taknya, disebabkan memang dia ini tak pernah turun padang, tak pernah nampak muka sejak menang di kawasan ini, sampai ada orang Lembah Pantai tak kenal pun Nurul Izzah! Alahai Nurul. Nampak gayanya betul lah anda ni Wakil Rakyat Pilihanraya. Tak turun padang! Hanya nampak muka di Lembah Pantai bila dah dekat Pilihanraya. Malu betul!
anda mungkin meminati juga siri #MPmalas #PenipuRakyat di bawah; Nurul Izzah http://brojinggo.blogspot.com/2013/01/nurul-izzah-dimalukan-depan-khalayak.html Khalid Samad http://keris7lok.blogspot.com/2012/07/bukti-khalidsamad-mpmalas-taman.html Khalid Ibrahim http://riziqin.blogspot.com/2012/11/khalidibrahim-tak-dapat-dikesan-asyik.html Teresa Kok http://tunfaisal.blogspot.com/2012/11/teresakok-perlu-letak-jawatan-sebab.html?utm_source=feedburner&utm_medium=email&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FHdoBt+%28tun+faisal+dot+com%29 Nik Aziz http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/07/savekelantan-kedaifan-penduduk-dun.html Azmin Ali http://tunfaisal.blogspot.com/2012/02/ukay-bistari-ahli-parlimen-pr-azmin-ali.html | ||
Kematian Sugumar : PR sekali lagi panggil Polis anjing, pembunuh? Posted: 25 Jan 2013 10:00 PM PST `Trial by media' adalah trend pembangkang. Sebelum apa-apa peguam `cari makan' dah buat macam-macam tuduhan. Tweet budak-budak PR yang di RT oleh peguam `cari makan' PR semalam menuduh polis dengan macam-macam dakwaan. Kita tunggu berapa banyak demonstrasi jalanan yang hendak mereka buat sebelum kes ini di bawa ke muka pengadilan ataupun Suruhanjaya di Raja. Kematian Sugumar : 'Rahmat' Besar Buat PKR Untuk Salahkan Kerajaan @HishammuddinH2O @PDRMsiaPoster di atas adalah antara sentimen perkauman yang diarak semasa kes kematian A.Kugan suspek kes curi kenderaan yang mati semasa dalam tahanan polis sekitar tahun 2009. Pada waktu itu pembangkang melalui PKR melalui N.Surendran dan Lathefa Koyya melemparkan pelbagai tuduhan kononnya PDRM zalimi orang India, PDRM dahaga darah orang India dan kerajaan tutup mata kezaliman ke atas Kugan. Tujuannya untuk membangkitkan sentimen kebencian rakyat terutama kaum India kepada PDRM sekaligus pihak yang akan dipersalahkan secara total adalah kerajaan. Akhir setelah siasatan dilakukan mendapati anggota yang terlibat mencederakan A.Kugan adalah anggota berbangsa India sendiri iaitu V.Navindran yang dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun kerana didapati bersalah mencederakan Kugan. Sama adil atau tidak hukuman yang dijatuhkan ke atas pelaku, ianya adalah ketentuan mahkamah setelah meneliti hujah dan bukti yang dikemukakan. Semalam pembangkang menerusi peguam cabuk mereka N.Surendran dan Latheefa Kooya kembali menjalankan peranan untuk menyerang agensi penguatkuasa kerajaan seperti PDRM dalam kes kematian Sugumar. Seperti biasa Malaysiakini lidah rasmi pembangkang yang dibiayai oleh Soros adalah media utama yang melaporkan perkara ini. Walaupun siasatan dan kenyataan rasmi PDRM belum dikeluarkn, Lathefa Koya awal-awal lagi menjadi hakim dengan mendesak anggota yang terlibat didakwa. Pendek kata belum tahu hujung pangkal Lathefa Koyaa 100% mempersalahkan anggota-anggota yang terlibat. YB Manikavasagam yang sebelum ini menipu kononnya 500,000 orang India tiada IC turut tidak melepaskan peluang untuk memperlihatkan kepada masyarakat bahawa PDRM yang berada di bawah kerajaan BN menzalimi si mati. Skrip yang digunakan adalah "tangan si mati masih bergari" ketika dia mengikuti keluarga Sugumar membuat pengecaman. Ini semua tindakan awal untuk mencipta persepsi bahawa PDRM bertindak zalim ke atas rakyat selepas itu mereka akan meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail bertanggungjawab dalam kes ini. Sebaik sahaja selesai mengheret Ketua Polis Negara di atas kematian Sugumaran, percayalah pembangkang akan mengheret DS Hishammuddin Tun Hussein selaku menteri bertanggungjawab. Dan akhir sekali, pihak yang harus bertanggungjawab di atas segala kesalahan ini adalah kerajaan BN dan mereka akan mendesak serta merayu supaya rakyat memberi mereka mandat untuk menjadi kerajaan dalam PRU akan datang. Skrip dan modus operandi mereka tetap sama, segala tindakan yang dilakukan semuanya berkepentingan politik. Malangnya masih ada rakyat yang percaya segala tindakan yang dilakukan pembangkang. Jadi PDRM dan menteri terbabit bersedialah dari sekarang, kematian Sugumar merupakan satu 'rahmat' buat pembangkang memandangkan mereka sudah kehabisan isu untuk memburuk-burukkan kerajaan. Kenyataan rasmi PDRM berhubung kematian Sugumar : Jangan hairan jika PDRM akan dicop sebagai anjing, walaupun mereka baru sahaja memuji PDRM ketika Himpunan Pakatan Rakyat 112 tempoh hari. Hahaha... |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment