PISAU.NET

PISAU.NET


Anwar Ibrahim gagal tandingi kebijaksanaan Mahathir!

Posted: 06 Jan 2013 07:30 AM PST


Belantan - Kononnya Anwar Ibrahim, mantan Menteri Kewangan di era UMNO, punya pengetahuan ekonomi super hebat. Malangnya amanah yang diberikan Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri di waktu itu kepada Anwar untuk merancang kewangan negara berkecai di tengah jalan.

Anwar boleh berkepak dan berkokok bahawa dia dapat menyelamatkan negara jika dipilih menjadi bakal perdana menteri bersemayam di Putrajaya kalau Allah swt dan rakyat merestuinya. Tapi Allah telah menguji taraf kemampuannya untuk mengatasi ekonomi negara pada tahun 1997-98 bilamana penyangak mata wang, George Soros, memporakperandakan ekonomi berbagai negara di Asia.

Anwar dalam kepanikannya terpaksa merayu dan meminta nasihat dari tokoh IMF, Camdessus untuk mengatasi kemelut tersebut. Dia sendiri tidak yakin para pakar ekonomi anak tempatan boleh mengatasi krisis kewangan tersebut.

Nasihat IMF bukan untuk memulihkan kembali kestabilan kewangan negara. Sebaliknya dia memberi nasihat untuk menghancurkan lagi ekonomi Malaysia mencadangkan dihapuskan subsidi kepada rakyat, menaikkan pembayaran bulanan kad kredit dari 5% menjadi 15%.

Rakyat jadi panik. Di Indonesia Suharto terpaksa akur dengan desakan IMF kerana Indonesia banyak berhutang dengan badan kewangan antarabangsa tersebut. Akhirnya Suharto digulingkan oleh rakyatnya sendiri.

Mahathir dapat membaca kilat dalam kilau mainan politik Anwar yang bersekongkong dengan IMF. Dengan tegas dan cepat Mahathir bertindak. Dengan menggunakan kepakaran ekonomi anak watan, Mahathir mengadakan kawalan ketat ringgit Malaysia.

Ringgit tidak boleh diperdagangkan di luar negara. Semua ringgit di luar negara mesti masuk kembali dalam negara dalam masa sebulan dari tarikh pengumuman kawalan ringgit. Ringgit di luar pesisir Malaysia tidak akan laku lagi selepas masa sebulan dari pengumuman kerajaan. Keuntungan dari transaksi bursa saham Kuala Lumpur tidak boleh di bawa keluar negara dalam tempoh setahun.

Ya, Mahathir dikecam hebat oleh Bank Dunia, IMF, Amerika dan negara-negara Barat lainnya. Mereka yang taksub dengan retorika Anwar mengecam Mahathir senada dengan kecaman Amerika, Britain dan Yahudi yang menguasai IMF, Bank Dunia dan beberapa kerajaan Barat lainnya.

Mahathir persetankan segala kritik terhadapnya. Dia tahu apa yang baik untuk negara dan rakyat dan berani mengambil risiko politik dan ekonomi dengan berpegang pada perjuangannya untuk membebaskan Malaysia dan rakyatnya dari menjadi boneka Amerika dan budak suruhan IMF.

Akhirnya Mahathir berjaya dengan tindakan beraninya itu. Ekonomi Malaysia kembali pulih lebih cepat dari Indonesia, Thailand, Filipina dan Korea Selatan yang menjadi mangsa Soros, billionair Yahudi yang didukung Amerika.

Seorang ahli ekonomi yang mendapat hadiah Nobel bidang ekonomi menulis dalam bukunya memuji kebijaksanaan Mahathir menangani ekonomi negara. Malah mantan Presiden Amerika, Clinton, sewaktu melawat Malaysia memuji kebijaksanaan Mahathir.

Beliau berkata kabinetnya memberi tumpuan khas membicarakan dasar polisi kewangan Mahathir tersebut kerana mereka kagum dengan keberanian Mahathir memulihkan ekonomi negara.

Inilah bukti sejarah yang rakyat Malaysia masih mengenangkan jasa-jasa besar Mahathir. Mahathir tidak bijak berpidato berapi-api seperti Anwar untuk memukau rakyat dengan segala mantra politiknya. Dia meletakkan kepentingan negara dan rakyat di atas kepentingan dirinya.

Takdirnya dia tidak mampu menyelamatkan ekonomi negara besar kemungkinan dia juga akan digulingkan oleh Anwar yang berkiblat ke Amerika seperti mana Habibie di Indonesia yang mendapat restu dari Pakcik Sam untuk menggantikan Suharto.

Sekarang Anwar berkokok lagi (Rujuk Sinar 4 Disember: Anwar ulangi janji akan turunkan harga petrol jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU13). Kononnya dia dapat mengukuhkan ekonomi negara sekiranya harga minyak diturunkan. Kalau harga minyak turun bermakna harga barang-barang lain juga ikut turun.Selanjutnya Klik Sini

Ganguan Seksual; 3 Pemimpin PKR Permatang Pauh Di Tangkap Rasuah Cuba Tutup Kes

Posted: 06 Jan 2013 02:22 AM PST

 Hari ini selepas terbaca berita Pembantu kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Koordinator Program Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh ditangkap..Pisau seperti biasa terus ke medan selera sebelah  pasar Seberang Jaya. Di situ port kawan kawan PKR melepak ramai.Senang sikit dapat info..

Sembang dan gebang..sampai 2 round teh tarik baru dapat cerita siapakah gerangan dan punca ditangkap SPRM. Ahli PKR memang tak dapat lari daripada perangai tibai bini orang dan rasuah tak ubah dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Jumaat lepas 3hb yang ditangkap adalah Bang Non Pomen.. atau nama penuh Zainal Abidin Bin Saad(Pembantu khas Ahli Parlimen Permatang Pauh kalau korang nak tau dia mantan Naib Ketua PKR Cabang Permatang Pauh yang kalah semasa pemilihan parti sebelum ini.

Kemudian Mohd Shukri pula ialah Ketua Penerangan PKR Cabang Permatang Pauh dan Naib Ketua AMK PKR Permatang Pauh. Kemudian Rezal HuzairiPanjang,budak ni adalah Pegawai Khas TKM 1 dan juga mantan Setiausaha Kerja PKR Pulau Pinang.Budak Rezal ni 2011 menerima pingat PJK..(kaki rasuah dapat PJK beb)Khabarnya Rizal Huzari adalah seorang Setiausaha Kerja terbaik PKR bagi seluruh Malaysia.. terbaik?

Apa yang menariknya melaun 3 ekor ni dihantar oleh Anwar untuk rasuah RM30ribu selesaikan kes Roslan Yahya Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah dan juga orang kuat PKR yang buat ganguan seksual terhadap bini orang yang bertugas di pejabat yang sama.

Lim Guan Eng mengetahui kes ini hingga Roslan Yahya di tukar ke Pejabat Tanah dan Galian dan dengar cerita dakwaan ganguan seksual yang dilakukan Roslan Yahya cukup serius.Menurut sumber Pisau di SUK pula agak pelik kenapa Lim Guan Eng sendiri yang begitu cepat buat pertukaran Roslan Yahya sedangkan bukan dibawah bidang kuasa beliau sebagai Ketua Menteri .

Khabarnya kepimpinan PKR arahkan agar selamatkan Roslan Yahya kerana beliau adalah penyokong kuat PKR dan Anwar Ibrahim.Tak salah Pisau Roslan Yahya ini menjadi pegawai pengurus pilihanraya SPR semasa PRK  Parlimen Permatang Pauh,Penanti dan juga Permatang Pasir.

Roslan Yahya memainkan peranan penting sebagai orang dalam SPR semasa pilihanraya di kesemua pilihanraya kecil Permatang Pauh,Permatang Pasir dan Penanti. Adalah tidak mengejutkan ketika itu semua orang tahu bahawa PKR dan haprak pakatan sendiri membawa masuk pengundi hantu ke Parlimen Permatang Pauh sepertimana yang pernah didedahkan sebelum ini semasa PRK Permatang Pasir.

Kes ini melibatkan kroni Dr Mansor yang membiayai wang rasuah tersebut,khabarnya pemilik sebuah Kuari di Kubang Semang dan juga Timbalan Pengarah Jentera Pilihanraya Negeri Pulau Pinang memerangkap Ketua PKR Cabang Bukit Gelugor. Yang menjadi persoalan adakah Dr Mansor terlibat sama memandangkan orang yang sama banyak membiayai program Dr Mansor di Nibong Tebal.



Pisau lihat isu ini seolah mahu mematikan terus karier politik Dr Mansor,sudahlah terlibat dengan rakaman cocky arrogant tokong Lim Guan Eng,Dr Mansor juga dikaitkan dengan satu rakaman video bersama seorang gadis cina..Ini yang terbaru babitkan rasuah untuk tutup kes ganguan seksual.


Inilah yang dikatakan Bersih,Cekap dan Akauntabiliti regim kerajaan negeri Pulau Pinang.

Takkan nak salah Umno lagi kot...

Pisau kata " Malik itik terlibat jugak ? :-) "

Tak Lari Tengok Gelek K-Pop Di Ceramah..

Posted: 06 Jan 2013 03:02 AM PST

Semalam berlangsung ceramah dan konsert K-Pop di Tapak Ekspo Seberang Jaya. Apa yang menariknya program ceramah agak hambar dek kerana rakyat di sekitar Permatang Pauh dah terlalu muak dengan momokkan yang meremehkan minda mereka.

Penceramah seperti biasa tak habis dengan pembohongan ..fitnah malah hasutan agar rakyat turun ke demo yang bakal berlangsung tak lama lagi hanyalah satu skrip kitar semula.

Paling menarik dalam ceramah tersebut melihat akan gelagat pak lebai dan para pengikut pakatan. Mereka tak berganjak dek kerana gelekan beberapa Ahmoi diatas pentas..


Korang tengok sendiri gelagat para penyokong pakatan..dek gelekan Ahmoi atas pentas langsung mata tak berpaling ke arah lain..Dah tak ada modal lain selain menggunakan perempuan menari diatas pentas untuk elak orang ramai beredar.. Ini bukan kebangkitan rakyat.. Ini nak membangkitkan nafsu serakah..

Apa yang menarik..dalam masa orang Umno dan umat Islam sibuk dan cemas mengenai isu nama Allah dan amanat Hadi..puak pakatan layan K-Pop.. apa ada hal...relek jer..


Pisau kata "banyak jual ubat kuat semalam.."

Ezam : Rahsia Besar Anwar Terbongkar Bila Keluar Penjara 2004

Posted: 05 Jan 2013 03:20 PM PST


AIDCNews – 05/01/13 – Senator Ezam Mohd Nor secara jujur mengakui walaupun pernah berjawatan Setiausaha Politik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun tidak mengenali siapakah sebenarnya tokoh idolanya itu kecuali daripada kekaguman daripada aspek penampilan politik yang ditonjolkannya.

"Ada orang tanya, kenapa sekarang baru awak nampak siapa Anwar. Sebelum itu awak Setiausaha Politik dia. Mengapa sebelum itu awak mempertahankan beliau. Apakah sebelum itu awak tak nampak langsung tanda-tanda Anwar ni salah ?

"Jawapan saya, memang saya tak nampak. Saya tak tahu pun. Sebab macam saya sebut tadi, saya Setiausaha Politik beliau. Sebelum itu bekerja di IKD, bersama, membantu beliau, tetapi saya hanya berkhidmat kepadanya sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri, seorang pemimpin.

"Saya tidak kenal Anwar sebagai seorang suami, seorang ketua keluarga, Anwar secara peribadi. Jadi saya macam yang lain juga rakyat Malaysia, lihat Anwar sebagai tokoh pemimpin yang tentunya hebat, sebagai pemimpin politik Anwar hebat, tetapi bezanya, yang lain lihat dari jauh, saya lihat dari dekat," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Antarapos.

Rapat Dengan Wan Azizah
Ezam berkata faktor pemenjaraan Anwar selama 7 tahun menyebabkannya sangat rapat dengan keluarga Anwar, terutamanya dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Bila tujuh tahun Anwar dalam penjara, saya jadi dekat dengan keluarga beliau, sebab Wan Azizah tidak ada pilihan pada masa itu.

"Semasa Anwar sebagai TPM, saya Setiausaha Politik beliau, saya tidak rapat dengan Wan Azizah. Sebab Wan Azizah adalah isteri Timbalan Perdana Menteri.
"Bila Anwar masuk penjara sahaja, Wan Azizah cari saya, minta tolong saya bersama-sama beliau bantu. Dan (ketika itu) Wan Azizah bukan lagi isteri TPM, dia isteri banduan masa itu.
"Dalam tempoh tujuh tahun itu, bukan sekadar saya, emak saya, isteri saya, keluarga saya bersama-sama dengan Wan Azizah dan anak-anak beliau, mengharungi hari-hari yang penuh cabaran. Sebab itu, kita menjadi satu keluarga yang cukup rapat.

"Wan Azizah panggil emak saya, bonda. Sampai macam itu punya rapat. Jadi bila kita rapat, tujuh tahun itu, barulah saya kenal keluarga Anwar Ibrahim. Tapi masa itu saya belum kenal Anwar sebab Anwar dalam penjara."

Insiden-insiden Di Rumah Anwar

Ezam betul-betul mengenali Anwar apabila bekas Timbalan Perdana Menteri keluar penjara Sungai Buloh pada 2 September 2004.
Di situ juga berlaku insiden-insiden yang mendedahkan rahsia besar Anwar yang selama ini disembunyikannya.

"Bila Anwar keluar penjara pada tahun 2004, masa itu baru saya nampak Anwar yang sebenarnya.
"Bila Anwar keluar penjara keadaan sudah berubah. Dan kedudukan saya dengan keluarga Anwar pun berubah. Saya sudah menjadi sebahagian daripada keluarga beliau.

"Saya duduk dalam rumah beliau semasa Anwar bebas. Dan bila saya duduk dalam rumah beliau, jadi sebahagian daripada keluarganya, barulah saya lihat apa sebenarnya yang berlaku.
"Saya melihat macam mana reaksi Wan Azizah terhadap 'beberapa perkara', cemburu Wan Azizah bukan hanya pada perempuan tetapi juga pada lelaki-lelaki tertentu.

"Itu semua, saya nampak sendiri. Saya nampak. Dan itu menimbulkan satu perkara yang merungsingkan saya. Saya jadi keliru, sebab selama ini, saya memang tolak langsung, tetapi bila depan mata saya..Shamsidar contohnya datang ke rumah, Wan Azizah terus berubah muka. Shamsidar hulur tangan, Wan Azizah tak nak salam.

"Benda-benda macam ni, saya tengok. Ni semua berlaku secara natural. Jadi ia menimbulkan kesangsian yang cukup kuat pada diri saya. "

Janji Peribadi Yang Misteri

Menurutnya, walaupun menyaksikan depan mata dan kepalanya 'petunjuk-petunjuk' itu, namun Ezam berkata bukti-bukti itu belum mencukupi untuk beliau meninggalkan Anwar.
"Yang betul-betul saya terpaksa membuat keputusan tinggalkan (Anwar) apabila keputusan bertulis tu lah pada tahun 2004.

"Anwar bebas 2 September 2004. Tapi keputusan penuh bertulis itu, beberapa bulan selepas itu. Keputusan bertulis itu, kalau kita baca betul-betul menunjukkan bahawa aktiviti homoseksual berlaku.

"Ketiga-ketiga hakim, termasuk dua hakim yang membebaskan Anwar, dia bebaskan tetapi dia sebut bahawa aktiviti itu berlaku. Bila saya baca, lagilah saya jadi sangsi.
"Dan saya berdepan dengan Anwar untuk dia jawab. Saya tak boleh terus menerus beri sokongan kepada beliau, apabila ada penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan yang jelas mengatakan beliau seorang homoseks. Tak kan saya nak sokong seorang gay ?.
"Dan ini bukan sahaja berasaskan satu keputusan penghakiman, tetapi yang dalam rumah tadi. Apa yang berlaku, jadi saya berdepan dengannya.

"Anwar jawab, 'Ini semua konspirasi, saya akan minta peguam saya untuk buat permohonan keluarkan setiap ayat yang mengatakan saya ni peliwat'.
"Itu dia janji pada saya. Dia janji kepada seluruh penyokong PKR di rumahnya, dia buat ceramah dalam beberapa malam, sebab dia tahu saya dah..jadi dia nak yakinkan saya, saya ingat lagi dia kata, 'Saya akan hantar peguam untuk memohon memadamkan frasa-frasa tertentu dalam keputusan bertulis itu.

"Itu 2004. Hari ini dah 2012. Awak boleh semak kat mahkamah, apakah Anwar buat ? Anwar tak buat. Dia tak buat permohonan. Dia ada hak untuk buat permohonan, dia sepatutnya buat, sebagai menjaga prinsip moral sebagai pemimpin.

"Kalau sayalah, saya tak buat benda tu, orang kata saya buat, tentu saya akan lawan sampai saya mati. Sebab ini bukan soal main-main. Ini soal moral saya.
"Anwar ada ruang untuk buat dan dia dah janji nak buat. Tapi dia tak buat. Jadi sebab itu, saya rasa, saya tidak ada local standi lagi, tiada ada asas untuk saya lagi untuk terus memberikan sokongan kepada Anwar. Jadi saya menunggu masa yang sesuai. "

Ikutilah pendedahan selengkapnya dari Ezam yang dianggap luahan dari hati ke hati dengan menonton rakaman di atas.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...