PAPA GOMO

PAPA GOMO


Pemimpin Pembangkang Terus Memperlekehkan Kunjungan Najib Razak Ke Gaza

Posted: 24 Jan 2013 06:00 PM PST



Kunjungan DS Najib ke Palestin telah dipolemikkan oleh blogger dan media pakatan pembangkang apabila ia dijadikan isu sebagai sokongan Perdana Menteri Malaysia kepada kumpulan pengganas Palestin.

Pihak yang melabelkan Hamas sebagai pengganas ialah kerajaan Israel melalui propaganda media yang disiarkan secara berulang-ulang oleh The Jerusalem Post, lidah rasmi akhbar Israel berbahasa Inggeris.

Blogger dan media pakatan pembangkang memetik artikel dari laman Arutz Sheva 7, sebuah portal berita Israel yang menyiarkan kecaman oleh Mahmoud Abbas iaitu pemimpin Palestin boneka rejim Zionis dan Amerika Syarikat terhadap kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza dengan meyifatkan kunjungan tersebut sebagai kunjungan terhadap pemimpin pengganas di Gaza iaitu Hamas.

Mahmoud Abbas adalah seorang yang berketurunan Arab Israel dengan latar belakang politik yang meragukan kerana perkembangannya yang kelihatan seolah-olah telah dirancang oleh rejim Zionis dan dipromosikan oleh Amerika Syarikat.

Mahmoud Abbas kelihatan sebagai seorang yang mengamalkan diplomasi apabila mengekalkan jenama rundingan bersama rejim Zionis bagi memerdekakan Palestin tetapi istilah merdeka itu sendiri adalah salah kerana hakikatnya Palestin tidak pernah dijajah melainkan dirampas kebebasan dan haknya oleh rejim Zionis.


Rakyat Palestin menolak gagasan Mahmoud Abbas kerana beliau membawa bersama idealisma untuk mengekalkan Israel sebagai sebuah negara yang perlu diiktiraf oleh dunia malah rakyat Palestin dan diperakui kedaulatannya. 

Perdana Menteri Malaysia bukanlah pendukung keganasan mahupun mengiktiraf pengganas tetapi menerima demokrasi iaitu suara majoriti rakyat Palestin yang telah memilih untuk menerima Hamas sebagai peneraju masa hadapan mereka.

Tindakan Datuk Seri Najib selari dengan amalan demokrasi dan kebebasan rakyat untuk memilih pemimpin tanpa pengaruh dan tekanan dari luar sebagaimana yang diamalkan di Malaysia.

Pakatan pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim merasa tertampar dengan pertimbangan yang wajar oleh Datuk Seri Najib terhadap isu antarabangsa terutamanya yang berkaitan dengan kepentingan dan kemaslahatan umat Islam.


Kunjungan Datuk Seri Najib dengan matlamat sebagai kunjungan kemanusiaan selain daripada menyaksikan kesengsaraan dan penderitaan rakyat Palestin bagi tujuan memanjangkan usaha-usaha dan inisiatif kemanusiaan telah dipesongkan maksudnya oleh pakatan pembangkang dengan niat memburuk-burukkan personaliti beliau.

Yakini Barisan Nasional, Ragui Pakatan Pembangkang, Rakyat Malaysia Memilih Untuk Mengundi Barisan Nasional.

Sumber Kiriman Emel IPS

Psssttt... Pemimpin Pembangkang sebenarnya iktiraf Israel kerana ketua umum mereka Anwar Ibrahim Iktiraf Israel.

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.


Najib Razak Penghubung Fatah & Hamas Bagi Membentuk Kerajaan Perpaduan

Posted: 24 Jan 2013 05:37 AM PST



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu berkata lawatan beliau ke Gaza adalah lawatan kemanusiaan dan bukan mahu campur tangan dalam urusan dalaman Palestin.

Sekali gus lawatan itu mempamerkan sokongan yang cukup kuat daripada rakyat dan kerajaan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin termasuk di Gaza yang mendapat tekanan hebat daripada keganasan Israel selama lapan hari pada November tahun lepas.

Keganasan yang dilakukan oleh Israel di Gaza amat menyayat hati rakyat Malaysia dan dengan perkembangan terkini yang melibatkan rakyat Malaysia dalam menghulurkan bantuan, Najib berkata adalah amat wajar beliau melawat wilayah Palestin itu bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan mereka.

Najib berkata demikian dalam sidang akhbar di hari terakhir lawatan kerja tiga hari beliau di Mesir yang bermula Isnin lepas sebelum berangkat menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, Rabu.

Najib juga berkata lawatan semalam memberi peluang kepada beliau menyatakan sokongan kepada Fatah dan Hamas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan secepat mungkin.

Kewujudan kerajaan perpaduan antara Fatah dan Hamas penting bagi rakyat Palestin iaitu pra-syarat untuk mereka mendapatkan kejayaan yang diidam-idamkan dalam perjuangan mereka, katanya.

"Saya telah tegaskan kepada (Perdana Menteri Palestin) Ismail Haniyeh dan saya ulangi dengan (Presiden Mesir Mohamed) Morsi dalam pertemuan malam tadi supaya Mesir menjadi broker atau orang tengah," katanya.

Najib berkata Morsi telah menetapkan jadual untuk dua pihak iaitu Fatah dan Hamas untuk meneruskan rundingan sehingga dapat menubuhkan kerajaan perpaduan dalam masa terdekat dan Morsi optimis mengenai rundingan itu. Read More...

Syabas Dato Sri Najib Razak dalam usaha untuk menyatupadukan umat Islam di Palestine dari terus berbalah dek kerana perebutan kuasa. Satu usaha dan nilai murni yang ditonjolkan Perdana Menteri Malaysia yang mana merupakan satu kebanggan buat Gomo yang menjadi rakyat Malaysia.


Apa sekalipun Hamas dan fatah perlu bersatu bagi menyekat rejim Zionis terus menerus menjadi dalang kepada permusuhan sesama Islam di bumi Palestine. Mesej yang cukup jelas iaitu bersatu dalam meujudkan kerajaan Perpaduan bagi seluruh umat Islam dunia.


Di Malaysia bagaimana? UMNO? PAS? Yb Ustaz Nasaruddin Mat Isa bekas timbalan Presiden PAS yang turut sama dalam rombongan Perdana Menteri ke Gaza sebenarnya memberikan sedikit gambaran kepada kita semua. Kita tunggu sahaja bila sampai masanya nanti . Amin.....

Psssttt... yang pasti PKR parti yang memperjuangkan pemimpin Homoseksual sejak dulu hingga kini.

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

Unit Ronda Motosikal PDRM Perlu Diperluaskan

Posted: 23 Jan 2013 10:18 PM PST



"Jenayah membawa padah" dan itulah realitinya dalam hidup kita masyarakat Malaysia yang tidak akan tenteram dan aman dengan penjenayah yang tidak pernah akan lenyap merompak, mencuri dan sebagainya.

Pihak PDRM yang selama ini begitu komited dalam menjaga keamanan seringkali dipandang serong oleh sesetengah pihak dek kerana tindakan mereka dalam cubaan membanteras jenayah dari terus berleluasa. Walaupun bermacam tohaman dan kecaman yang ditimbulkan pihak pihak tertentu pihak Polis terus komited dalam menjaga keamanan demi masyarakat Malaysia.

Baru baru ini satu usaha yang amat baik dalam membanteras jenayah. Satu usaha yang sepatutnya dilaksanakan ke setiap negeri dan daerah bagi membanteras jenayah.

"Unit Ronda Bermotosikal PDRM" merupakan satu inisiatif yang dijalankan pihak Kementerian Dalam Negeri dalam usaha mencegah jenayah dari berlaku. Unit ini sememangnya berkesan kerana dengan kelibat anggota Polis bermotosikal selain dari kereta peronda Polis ianya mendatangkan ketakutan bagi penjenayah yang cuba ataupun mahu melakukan jenayah terutama ditempat tempat awam.

Mekanisma Unit rondaan Bermptosikal PDRM ini yang telah dilaksanakan secara berperingkat peringkat memberikan impak yang positif sama sekali dalam menjaga keamanan rakyat.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin Menteri Keselamatan Dalam Negeri tempoh hari memberitahu bahawa :


"Unit ini akan melakukan rondaan selama 24 jam sehari iaitu pada pada waktu siang dan malam dengan menggunakan kaedah 'buddy system' atau rondaan berdua secara tiga syif."
"Saya dimaklumkan bahawa kes jenayah di kawasan perumahan mencatatkan penurunan sejak perlaksanaan URB. Hal ini dapat dilihat dengan kejayaan anggota URB menahan beberapa orang penjenayah di empat negeri iaitu 51 orang di Selangor, 16 orang di Kuala Lumpur, 9 orang di Johor dan 4 orang di Pulau Pinang," 


Tidak ada pihak yang dapat menafikan akan inisiatif dari pihak PDRM dalam pekara ini dan Gomo selaku rakyat Malaysia yang mahukan keamanan melihat Unit Rondaan Bermotosikal PDRM ini sewajarnya dipertingkatkan dengan menambah bilangan pegawai yang berkelayakkan dalam terus mencegah jenayah yang ada.

Gomo mengharapkan agar pihak KDN dan juga PDRM dapat meneruskan "Unit Ronda Bermtosikal" ini dengan efektif disemua kawasan yang berisiko tinggi dan juga lokasi lokasi yang seringkalinya berlaku jenayah.

Lakukan apa sahaja yang terbaik demi keamanan rakyat Malaysia.

Psssttt.... PDRM demi Rakyat

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...