PAPA GOMO

PAPA GOMO


Deepak Dakwa Rafizi Ramli PKR Gayboy Anwar

Posted: 02 Jan 2013 06:00 PM PST



Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut READ MORE.........




Rafizi Ramli Gagal lagi nampaknya berhubung isu terbaru yang beliau keluarkan semalam diblog beliau. Malah kali ini bertambah tambah malu lagi apabila Deepak Jaikishan individu yang dikaitkan semalam mengakui apa yang didedahkan oleh Rafizi Ramli adalah satu PENIPUAN dan PENDUSTAAN dan merekayasa fitnah jahat. Fitnah Jahat Rafizi KLIK DISINI


Mana Rafizi Ramli nak letak muka? Sebelum ini Rafizi Ramli yang merupakan pengarah Strategik PKR sudah acap kali gagal dalam menfitnah. Fitnah ke atas Datuk Sri Shahrizat Jalil GAGAL, Fitnah ke atas Dato Sri Nazri Aziz juga GAGAL dan terkini fitnah ke atas Datin Seri Rosmah Mansor juga GAGAL.

Gomo sudah muak dengan fitnah sebegini yang dilakukan oleh pihak pembangkang. Muak dan mual dengan rekayasa yang mereka lakukan dalam menfitnah pihak Kerajaan Barisan Nasional. Apakah rakyat tidak muak dengan rekayasa ciptaan mereka ini?


Lagi PANAS KLIK DISINI

Psssttt.... Rafizi Ramli ni Ketua Pemuda Angkatan Keadilan ke sekarang?



Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 

Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 

Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 

Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

Aliran Keluar Wang Haram : Antara Tersurat dan Tersirat

Posted: 02 Jan 2013 09:39 AM PST



Aliran keluar wang haram boleh didefinisikan sebagai wang yang diperoleh, dipindah atau digunakan melalui aktiviti seperti pengubahsuaian cukai yang diisythiharkan, pengelakkan cukai secara agresif, jenayah dan korupsi.

Aktiviti pengaliran keluar wang haram didorong dengan kewujudan 'tax heavens', iaitu polisi yang diamalkan di negara-negara (territory) dalam negara tertentu yang melindungi syarikat luar yang beroperasi dalam memberikan maklumat percukaian kepada negara asal.

Sebahagian besar dari aliran keluar wang haram berpunca dari aktiviti dagangan antarabangsa yang tidak telus. Ini berlaku apabila pengeksport menggunakan invois yang memaparkan harga yang kurang dari harga yang sebenar. Manakala di pihak pengimport pula mengisytiharkan barang pada harga yang lebih tinggi daripada nilai sebenar barangan yang diimport.

Contohnya, sebuah syarikat ingin menghantar produk yang dikeluarkan ke sebuah negara lain. Bagi pemindahan wang keluar secara haram, syarikat ini akan mengisytiharkan produk yang dieksport pada harga yang lebih rendah dari harga sebenar, contohnya nilai transaksi sebenar antara pengeksport dan pengimport (proksi) berjumlah RM500,000 namun nilai yang diisytiharkan pada kastam hanyalah RM300,000.

Oleh yang demikian, sejumlah RM 200,000 telah mengalir keluar negara secara haram. Syarikat yang sama juga boleh memindahkan wang keluar negara secara haram melalui peranan yang dimainkan oleh syarikat di negara barangan dieksport (proksi) melalui pengisytiharan nilai barangan pada harga yang lebih tinggi dari nilai sebenar dagangan, misalnya nilai dagangan berjumlah RM 500,000 namun nilai yang disytiharkan di negara eksport adalah RM700,000. Oleh yang demikian sebanyak RM 200,000 telah dialir keluar secara haram.

Aktiviti-aktiviti jenayah terancang seperti penjualan dadah dan senjata api, penyeludupan, kegiatan pelacuran dan pemerdagangan manusia juga merupakan antara faktor yang menggalakkan pengaliran keluar wang secara haram.

alt

Wang yang diperolehi dari aktiviti-aktiviti ini perlu 'dibersihkan' oleh penjenayah. Apabila aktiviti jenayah menjana keuntungan yang besar, individu atau kumpulan yang terlibat perlu mencari cara untuk mengawal dana tanpa menarik perhatian pihak berkuasa menyiasat sumber kewangan yang diperolehi.

Penjenayah melakukan 'pembersihan wang' dengan mengubah bentuk atau menggerakkan dana ke tempat di mana mereka kurang cenderung untuk menarik perhatian. Wang yang diperoleh dalam jumlah yang besar akan dibahagi-bahagikan kepada jumlah yang lebih kecil sama ada dalam bentuk tunai atau menggunakan instrumen-instrumen kewangan seperti cek, money order dan bank draft yang kemudiannya dikumpul dan dimasukkan kedalam akaun-akaun bank yang berlainan. Peringkat seterusnya, dana-dana ini akan dimasukkan kedalam akaun-akaun bank luar negara. Pada peringkat ini, aliran keluar wang haram telah berlaku.

Selain faktor manipulasi cukai dan jenayah, korupsi turut menjadi punca pengaliran keluar wang haram. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, korupsi dinyatakan sebagai amalan atau perbuatan yang salah atau tidak amanah (seperti pecah amanah, menerima rasuah dan sebagainya).

Dalam konteks aliran keluar wang haram, korupsi boleh dikaitkan dengan organisasi yang bertanggungjawab menjaga pintu keluar masuk negara dalam perdagangan antarabangsa. Proses ini berlaku apabila pegawai yang bertanggungjawab untuk meluluskan import atau eksport sesuatu barangan itu diberikan 'imbuhan' oleh syarikat yang mengimport atau mengeksport untuk menyegerakan pelepasan tanpa melalui pemeriksaan atau pemeriksaan terhadap barangan dilakukan secara minimal.

alt

Walau bagaimanapun, proses pemantauan oleh pihak berkuasa tempatan menjadi agak rumit memandangkan terdapat terlalu banyak barangan yang keluar dan masuk di pelabuhan-pelabuhan seluruh dunia setiap hari terutama di negara-negara membangun.

Barangan-barangan ini pula sukar dipastikan nilai sebenar dan hanya berpandukan dokumen-dokumen dan invois yang dibekalkan oleh pengeksport. Dari laman web Global Financial Integrity (GFI), rasuah, sogokan dan hasil rasuah menjadi punca utama pengaliran keluar wang haram dari negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara, manakala pengubahsuaian nilai dagangan menjadi faktor utama untuk negara di lain-lain rantau.

Dari laporan GFI, 'Illicit Financial Flows From Developing Countries : 2001 – 2010' kajian Dev Kar dan Sarah Freitas di mukasurat 16, carta nombor 6 menunjukkan 93.51% daripada pengaliran keluar wang haram di benua Asia berpunca dari pengubahsuaian nilai dagangan, manakala baki 6.49% lagi berpunca dari kegiatan lain seperti jenayah dan korupsi.

Laporan GFI juga menyenaraikan 10 negara teratas mengalami masalah pengaliran keluar wang haram secara serius yang menunjukkan Malaysia berada di tempat ketiga dalam senarai selepas China dan Mexico.

Laporan ini sekaligus dimainkan oleh sesetengah pihak untuk memberikan persepsi kepada rakyat Malaysia kononnya korupsi menjadi punca utama pengaliran keluar wang haram berjumlah USD 64.38 billion iaitu anggaran yang dibuat untuk tahun 2010 adalah tidak benar sama sekali.

alt

Walau bagaimanapun, 93.51% pengaliran ini secara jelas ditunjukkan dalam laporan yang dibuat of GFI adalah berpunca dari pengubahsuaian nilai dagangan terutama oleh pelabur-pelabur dari luar negara.

Pada tahun 2010, Malaysia telah memperoleh pertumbuhan FDI yang paling tinggi dikalangan negara-negara Asia iaitu sebanyak 409.7%, peningkatan yang signifikan kepada USD 7 billion berbanding USD 1.4 billion pada tahun 2009. Oleh yang demikian, peningkatan FDI secara mendadak ini mungkin boleh juga dikaitkan dengan aktiviti pengaliran keluar wang haram memandangkan sektor perdagangan luar negara didominasi oleh syarikat-syarikat multinasional yang beroperasi di negara ini.

Dari maklumat yang diperoleh dalam laman web European Trade Commission, barangan eksport utama bagi Malaysia (62.8% ; 11.6%) ialah jentera-jentera berat, alat/komponen pengangkutan, dan produk-produk kimia. Barangan yang serupa juga merupakan eksport terbesar bagi Singapura (39.4% ; 42.3%).

Bagi Indonesia (21.4% ; 15.8%), eksport utama merupakan pelbagai produk perkilangan, dan pelbagai bahan-bahan mentah. Eksport utama bagi negara Thailand (42.2% ; 19.4%), Vietnam (29% ; 41.1%) dan Filipina (62.1% ; 12.7%) merupakan jentera-jentera berat, alat atau komponen pengangkutan dan pelbagai produk perkilangan.

Maklumat eksport negara-negara yang dinyatakan ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dijadikan penanda aras memandangkan EU merupakan antara 3 negara teratas bagi kegiatan eksport. Berdasarkan maklumat diatas , boleh dikatakan faktor pengaliran keluar wang haram dalam jumlah yang besar juga berkait rapat dengan jenis barangan yang dieksport. Dari rujukan yang sama, negara China dan Mexico turut menyumbang kepada eksport terbesar ke negara EU bagi produk jentera-jentera berat dan alat/komponen pengangkutan.

Singapura, walaupun dengan volume eksport luar negara yang lebih besar berbanding Malaysia mempunyai aktiviti aliran keluar wang haram yang terkawal memandangkan peraturan dan undang-undang perdagangan di negara itu adalah lebih ketat.

Sebaliknya di Malaysia, undang-undang perdagangan antarabangsa yang diamalkan agak longgar mungkin bagi menarik minat pelabur-pelabur luar negara. Selain itu, Singapura merupakan rakan eksport utama bagi Malaysia, oleh yang demikian urus niaga yang dilakukan dengan hanya melangkaui Selat Tebrau sebenarnya memberikan kelebihan kepada negara jiran itu.

Bahan-bahan mentah diperoleh dengan mudah dari Malaysia dengan kos pengangkutan yang minimal untuk diproses di negara itu menjadi barangan siap, Dengan kedudukan pelabuhan yang strategik dan laluan kapal-kapal perdagangan , Singapura tidak perlu risau dengan pelaburan luar ke negara itu, justeru mereka mungkin 'berani' untuk menguatkuasakan undang-undang perdagangan antarabangsa yang lebih ketat kerana 'keistimewaan-keistimewaan' ini.

Sumber KLPOS


Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan 
Umat Islam Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

MELETOP - Rafizi Ramli Akui Berlian RM13 Juta Jadi Rebutan Wan Azizah & Rosmah Mansor

Posted: 01 Jan 2013 11:03 PM PST





Siapa yang benar? Siapa yang Salah?
Manipulasi? Konspirasi?

Nampaknya tidak cukup cukup agenda pembangkang dalam melemparkan fitnah keatas Datin Seri Rosmah Mansor. Jika dahulunya isu Cincin 24 juta USD kini cincin bernilai 13 juta pula yang dimainkan pihak pembankang. Cuma kali ini berlainan sedikit kerana ianya didakwa oleh Deepak Jaikisnan seorang CONMAN yang sudahpun dibeli oleh Anwar Ibrahim dalam mewujudkan rekayasa jahat menfitnah Datin Seri Rosmah Mansor.

Rafizi Ramli hari ini mengeluarkan dokumen yang kononya menyatakan dokumen pembelian cincin oleh Deepak buat Rosmah Mansor. Meh layan dokumen tersebut dibawah ni.

 1. Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com;




Dibawah dokumen tersebut tertera Datin Mansor Rosmah yang mana atas sebab dokumen yang kabur inilah Rafizi Ramli menyatakan Rosmah Mansor menerima cincin dari Deepak Jaikishnan. Malah Rafizi sendiri tidak pasti apakah Liona Wan merupakan kakitangan syarikat tersebut ataupun sebaliknya. Namun demikian apa yang benar benar dimainkan Rafizi Ramli PKR ini adalah tulisan BIRU dibawah sekali dengan ayat:

"DAKWAAN BAYARAN OLEH DEEPAK UNTUK BARANG KEMAS DATIN SERI ROSMAH MANSOR"

Itulah agenda ataupun POINT utama yang dimainkan oleh pihak pembangkang melalui Rafizi Ramli ini iaitu dengan membesarkan ayat tersebut dengan warna biru yang mana setiap pembaca yang termakan fitnah tersebut mempercayai dakwaan Rafizi Ramli.

Gomo nak memberikan satu TIPS yang berkesan buat para pembaca agar memperhatikan apa yang bakal Gomo huraikan dibawah ini dan anda boleh membuat kesimpulan mengenainya.

1. Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Wan Azizah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com;

 

 2. Invois bernombor 23117 itu dialamatkan dan dibilkan kepada Carpet Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Deepak bagi pembelian satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250);

 

 3. Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu USD115,000 kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan kiriman wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd;

 

 4. Dokumen itu juga mengandungi beberapa invoice dari Firestone Co Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian beberapa barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin berlian bernombor Lot DR2763;

 

5. Semakan dengan agensi perdagangan Hong Kong (iaitu HKTDC) menunjukkan bahawa Firestone Co. Ltd. memang benar-benar wujud dan terlibat di dalam perniagaan barang kemas mewah;

 

6. Semakan lanjut dengan Firestone Co. Ltd. yang memaparkan contoh-contoh barang kemas mewah di dalam koleksinya mengesahkan bahawa cincin berlian bernombor Lot DR2763 benar-benar wujud dan sama dengan butiran yang diberikan di dalam invois. Ini mengesahkan bahawa invois dari Firestone Co. Ltd. adalah benar dan bukan palsu;

 

7. Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5 juta (bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti yang dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone Co. Ltd. (2 kiriman wang itu bertarikh 14 April 2009);

 

8. Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14 April 2009 itu padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh Carpet Raya Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009. Ini menguatkan dakwaan Deepak bahawa pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau melalui syarikat-syarikatnya;

 

9. Malah, syarikat beliau iaitu Carpet Plus Sdn Bhd turut membayar USD116,730 (bersamaan RM414,425) kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 4 September 2009 seperti yang dibuktikan oleh slip permohonan kiriman wang. Ini mengesahkan dakwaan Deepak bahawa beliau ada membuat beberapa siri pembayaran kepada syarikat itu;

 

10. Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan Deepak ini menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia dibayar melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd; dan

 

11. Penyata hutang dari Firestone Co. Ltd. mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah yang dikaitkan dengan Datin Seri Wan Azizah dalam tahun 2009 berjumlah USD3.66 juta (bersamaan RM13 juta).  






Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan oleh Datin Seri Wan Azizah adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah lagi apabila beliau menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
2 JANUARI 2013

----------------------

Apa pendapat anda semua? Bagaimana dengan dokumen dokumen diatas yang menyatakan nama Datin Seri Wan Azizah adalah individu yang dikaitkan dengan dokumen tersebut? Apakah anda tidak mempercayainya?

Gomo suka untuk memberikan anda semua peluang dalam memikirkan kebenaran dalam isu Fitnah Rafizi ramli ini kerana kita semua tahu dengan mewujudkan satu cerita bersandarkan dokumen dokumen kosong ianya boleh menjadi satu cerita yang panas dan mendapat perhatian pembaca. Rafizi Ramli menggunakan taktik sedemikian dalam isu ini yang mana nama Datin Seri Rosmah Mansor dinyatakan dalam dokumen EDIT yang beliau lakukan dan Gomo telahpun membuat pekara yang sama iaitu menggantikan dengan nama Datin Seri Wan Azizah. Jadi anda mahu percaya cakap cakap kosong Rafizi Ramli?

Tidak percaya anda boleh lakukannya sendiri dengan mengedit sebarang dokumen yang anda mahukan didalam medium edit gambar yang anda tahu. Malah anda boleh menukar siapa yang mahu dikaitkan dengan dokumen tersebut sama ada Nurul Izzah, Elizebeth Wong, Zuraidah ataupun Rafizi Ramli sendiri.

Psssttt... Video seks Anwar Ibrahim dengan pelacur China mereka pihak pembangkang kata palsu, besi dan sebagainya. Tetapi Dokumen yang boleh dieidt sebegini menjadi kepercayaan mereka. Nasihat Gomo janganlah kita menjadi taksub sehingga mudah diperbodohkan mereka pihak pakatan Pembangkang ini.



Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...