| Tinjauan mesra bersama warga Kota Bharu di Pasar Siti Khadijah. Saya dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kota Bharu untuk lawatan sehari di Kelantan Ahad lalu. Ketibaan saya dan isteri di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada jam 11.25 malam disambut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin serta pemimpin UMNO bahagian dan ketua parti komponen Barisan Nasional di negeri ini. Saya menghadiri majlis agihan bantuan awal persekolahan kepada pelajar di Sekolah Kebangsaan Sri Wakaf Bharu di Tumpat pada jam 7.45 pagi itu. Saya kemudiannya menghadiri program tinjauan mesra bersama warga Kota Bharu di Pasar Siti Khadijah pada jam 8.55 pagi. Saya menghadiri program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Tunjung. Saya, yang juga Presiden UMNO, mengakhiri lawatan ini dengan menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan di hotel Renaissance sebelum berlepas pulang pada jam 4.15 petang. | | | Saya melawat ke Little India untuk meraikan Ponggal bersama dengan rakyat. | Sebelum ini, saya membuat perutusan saya sempena Pesta Ponggal 2013. Anda boleh baca di sini. | | | Perkembangan Terkini Saya hadir ke Majlis Penyampaian Ikrar Taat Setia & Penyampaian Bantuan Kepada 150 NGO Ekonomi Melayu. | Anda juga boleh mengunjungi galeri gambar-gambar saya di blog saya. | | | | Untuk mengikuti segala pekembangan terkini mengenai isu semasa negara, ikuti saya di Facebook dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Kongsikan maklumat ini kepada ahli keluarga serta sahabat handai anda dan ajak mereka untuk melanggan maklumat terkini menerusi laman web saya. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi. Najib Razak | | |
|
-------------------------------------------------------------------------------
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment