Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT! #IsuAirSgor: Blogger Pakatan Kantoikan TV3 Tipu Gangguan Air Selangor!!
- PANASS!! Gambar Bob Lokman Mereng Ceramah Seorang Diri!!
- HOT! #IsuAirSgor: Khalid Suruh Saman Kerajaan Negeri Selangor!!!
- PANASS!! Undi CEC Silap! Dap Patut Belajar Kira Dengan Budak Tadika!!
- PANASS!! Cerita Benar Bekas SB Masuk Pas Selepas Rasuah Meninggal Dunia!!
- PANASS TERKINI!! Pemuda BN Kedah Angkat Darjat Azizan Razak Beri Anugerah 'Johan Defisit Belanjawan 2013'!!
- TUDIAA!! Cikgu Bard Dapat Pengiktirafan Baru, Cikgu Paling Bangang SeMalaysia!! @Chegubard
- HANGAT DI PASARAN!! Pemuda BN Kedah Ada Hadiah Khas Untuk Menteri Besar Kedah Tersayang!! #TukarKedah
HOT! #IsuAirSgor: Blogger Pakatan Kantoikan TV3 Tipu Gangguan Air Selangor!! Posted: 07 Jan 2013 05:07 AM PST
Ada seorang blogger pro Pakatan Haram mempertikaikan laporan berita TV3 tentang gangguan air di Selangor. Kononnya TV3 menipu berita tersebut. Blog tersebut mendakwa, TV3 'mengkitar semula' berita gangguan air di Johor dan mengada-adakan cerita tentang gangguan air di Selangor dan Lembah Kelang. Apa yang menyedihkan, bukti blogger tersebut hanyalah paparan gambar lori air Syarikat Air Johor (SAJ). Hanya berdasarkan bukti tersebut, blogger itu mendakwa TV3 menipu dan Selangor sebenarnya tidak mempunyai gangguan air yang serius.
Tidakkah blogger tersebut membuat kajian memahami isu terlebih dahulu, sebelum menghentam dan mendakwa tiada gangguan air di Selangor? Sebelum ini ada akhbar dan notis pekeliling yang dikeluarkan Syabas tentang gangguan air, apakah itu dianggap satu penipuan. Samalah macam ketua Pakatan Haram ni, main redah jer.. Ketua Pakatan Haram yang juga Penasihat Ekonomi Selangor yang dibayar RM1, tak payah lah sebut nama pun orang dah tahu, boleh pulak gesa Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin segera selesaikan masalah gangguan bekalan air dan henti menyalahkan Kerajaan Selangor. Nak baca berita bangang tu boleh baca kat SINI Betul lah, blogger puak Pakatan ni mana nak reti baca akhbar lain selain dari Harakah, ketua dia pun sama bengap. Jadi kepala otak dorang pun blur dan sentiasa padat dengan fitnah. Sebab tu minda puak ni tak terbuka, benda yang betul pun dikata tipu, kalau yang tipu tu (harakah) sungguh-sungguh dia percaya. Untuk pengetahuan blogger tersebut, Syabas ada meminta bantuan daripada negeri jiran membabitkan 16 lori tangki air dari Perak, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. Lori air yang dipinjam itu untuk menampung usaha mereka mengawal kawasan gangguan air agak besar. Syabas terpaksa menggerakkan 40 lori tangki air dan menyediakan 174 tangki air statik ke kawasan terjejas, semuanya akibat kerosakan di dua rumah pam, yang menjadi punca krisis air di ibu negara baru-baru ini. Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred menjelaskan keadaan itu berlaku akibat kegagalan rumah pam air di Wangsa Maju untuk berfungsi setelah memproses air terawat secara berlebihan. Beliau memberitahu, sejak 2 Januari, SYABAS turut mendapat bantuan daripada Lembaga Air Perak (empat lori tangki), Syarikat Air Melaka Berhad (dua lori), Syarikat Air Johor (lapan lori) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (dua lori). Ini bermakna, Syabas mendapat bantuan lori air dari negeri-negeri jiran sekeliling. Bantuan lori air yang diperlukan untuk menampung kawasan gangguan air yang agak besar. 40 lori air yang dihantar Syabas membuktikan bahawa, gangguan air di Selangor dan Lembah Kelang sememangnya serius. Perkara ini bukan main-main dan laporan berita yang dikeluarkan oleh TV3 itu adalah benar dan bukan fitnah. Jadi tuduhan fitnah terhadap laporan berita TV3 adalah tidak benar dan dakwaan yang mengatakan Selangor tidak menghadapi gangguan air adalah sangat mengarut. Jadi Mc minta blogger tersebut, perlu membuat kajian terlebih dahulu, sebelum menghentam sesuatu isu. Atau blogger terbabit turun padang bagi meninjau keadaan penduduk Lembah Kelang ketika gangguan air. Kalau berani, pergilah tanya penduduk yang tengah angkut air tu. "sama ada gangguan air tu, betul atau main-main" Mc percaya, tentu blogger terbabit makan penampar, atau penendang. ha ha ha.. McTheory: Lepas tu, cakap pula Khalid Gagap kirim salam, dah tentu arwah dia lepas tu. | ||||
PANASS!! Gambar Bob Lokman Mereng Ceramah Seorang Diri!! Posted: 07 Jan 2013 04:37 AM PST Kesian pula Mc tengok Bob ni, makin terpinggir dan makin tak laku la pulak rupanya!! Makin lama makin sasau aku tengok orang tua ni. Ni lah akibatnya apabila terlalu menunjuk-nunjuk kononnya dialah yang paling Islam diantara Orang Islam yang lain. Semua orang salah dan hanya dialah yang betul. Berita ni aku dapat daripada sahabat aku. Khabarnya baru-baru ini ada majlis kenduri kahwin di kampungnya dan tuan yang punya rumah telah menjemput BoB Lokman sebagai tetamu dan seterusnya menjadi penceramah. Tetapi apa yang berlaku amat memalukan apabila yang hadir mendengar katanya hanya dalam 25 orang sahaja. Aku pelik jugak, takkan artis glamer dan manusia paling Islam diantara manusia Islam ini tidak ada peminat atau sekurang-kurangnya pendengar daripada pengikut tegar PAS. Cuba teman-teman fikirkan apa tandanya itu?.. Baca lagi di SINI. McTheory: Sapa masuk Pas memang jadi mereng ke? | ||||
HOT! #IsuAirSgor: Khalid Suruh Saman Kerajaan Negeri Selangor!!! Posted: 07 Jan 2013 04:06 AM PST Kalau permulaan tahun baru di sambut dengan berita yang kurang baik bagi penduduk Kuala Lumpur, kini Khalid telah membawa satu berita gembira kepada rakyat Selangor. Samanlah Kerajaan Negeri. Apa tunggu lagi, saman. Khalid ni sememangnyer suka nak terima saman, saman tak dapat air free, saman daripada ibu tunggal dan kini saman sebab ketiadaan air akan masuk melimpah. Nak baca artikel tu boleh klik kat SINI Mana tidak hampir setengah juta pengguna tiada bekalan air. Bermula dengan hanya kawasan Wangsa Maju, lepas tu berjangkit pula ke rumah pam Pudu Hulu. Semuanya berpunca dari kegagalan sistem pam di rumah pam berkenaan. Biasa la kalau dah acuan yang lama tidak diganti bila kawasan dan penduduk berkembang, mahu tak pam tu berhenti. Sudah cukup sudah, pam-pam tu berlagu. Takkan periuk nasi untuk beras se kilo nak kasi makan 100 orang, berapa kali nak masak kan… Lama-lama periuk tu pun give up. Sungguh kesal apabila kegagalan di rumah pam Wangsa Maju adalah yang kali kedua selepas dibaik pulih, manakala Pudu Hulu pula kerosakan yang baru berlaku. Dah acap kali cakap pam-pam ni terlebih guna pengunaan kapasiti yang berlebihan. Baru baiki dah rosak balik. Ni dah sihat tapi penggunaannya hanya setengah kapasiti. Ya lah baru lepas semput… takkan nak full stim kot.. Dengar tak!! Syabas dah cakap dari tahun 2009 lagi yang Wangsa Maju memerlukan sistem pengepaman tambahan di rumah pam Wangsa Maju. Walaupun dengan kelulusan daripada kerajaan persekutuan serta pinjaman untuk projek itu dibangunkan oleh kerajaan PKR Selangor tapi sampai sekarang masih di peringkat reka bentuk oleh juru runding yang dilantik Kerajaan Khalid. Syabas menganggarkan pada kali ini terdapat pertambahan kawasan terlibat, Mc rasa kali ini antara gangguan air yang paling teruk dan melibatkan kawasan yang besar. Kat bawah Mc senaraikan lokasi yang terlibat dengan gangguan. Di Kuala Lumpur, lokasi terlibat ialah Flat DBKL Dato' Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Gurney, Kementah, Pulapol, Wisma Tanah, Jupem, UTM, Felda, Pusat Latihan Telekom, Jalan U Thant, Jalan Ampang Hilir, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Kampung Pandan Dalam, Taman Cahaya. Turut terlibat Pandan Cahaya, Taman Dagang, Taman Shamelin, Taman Tenaga, Taman Miharja, Taman Kobena, Bandar Sri Permaisuri, Desa Pandan, Flat Sri Melaka, Taman Melur, Taman Saga, Taman Mega Jaya, Taman Teratai, Taman Muda, Taman Seraya, Taman Bukit Permai dan Kampung Cheras Baru. Kawasan Gombak pula meliputi Kampung Baru Ampang, Kampung Melayu Ampang, Taman Hillview, Bukit Jobina, Taman Dato Ahmad Razali, Taman Bukit Indah, Taman TAR, Kampung Tasek Permai, Ukay Heights, Ampang Jaya, Dataran Ukay, Pinggiran Ukay, Sri Ukay, Beverly Heights, Ampang Indah, Ampang Saujana, Ampang Water Front, Bandar Baru Ampang, Bukit Ampang Permai, Bukit Indah, Desa Lembah Permai, Desa Setapak, Jalan Ampang, Kampung Bukit Sungai Puteh, Keramat AU 1 hingga AU 5, Kampung Ampang Campuran, Kampung Indah Mulia, Kampung Kemensah dan Kampung Lembah Jaya. Kampung Pinggir Tiga Jaya, Kampung Tengah Lembah Jaya, Lembah Jaya Utara, Lembah Jaya Selatan, Sri Rampai, Taman Ampang, Taman Dagang Permai, Taman Pandan Ria, Taman Permai Jaya, Taman Permata, Taman Saujana, Ampang Tasek Tambahan, Taman Ampang Mewah, Taman Ampang Utama, Taman Bukit Ampang, Taman Cahaya Ampang, Taman Dagang Jaya, Taman Halaman, Taman Kesuma Ampang, Taman Kosas, Taman Mulia Jaya, Taman Rasmi Jaya, Taman Sri Ampang, Taman Watan, Wangsa Melawati. Mc dapat maklumat, kawasan parlimen Khalid, Bandar Tun Razak sendiri pun sedang mengalami masalah gangguan air. Apa dah jadi ni Khalid? Tak tanya Syabas ke kenapa ada gangguan? Atau Khalid takut nak tanya Syabas, sebab nanti diri sendiri akan terkena? Untuk pengetahuan pembaca, air di Kuala Lumpur dijaga oleh Syabas yang dikawal oleh Kerajaan Negeri Selangor. Jadi apa saja tindakan Syabas, ianya dipantau oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kalau Syabas tak bagus atau takdak duit, itu tandanya Kerajaan Negeri Selangor yang tak jaga Syabas elok-elok. Sumber kewangan SYABAS disekat oleh Khalid dan konco-konconya. Semua ini adalah paksaan supaya Syabas tidak dapat bekerja dengan bagus dan menjualkan diri kepada Kerajaan Negeri Selangor yang kononnya sedang berusaha untuk membuat penstrukturan air. Bila jadi gangguan air macam ni, pada siapa yang perlu kita salahkan? Khalid atau Syabas? Kerajaan Selangor pun sebahagian daripada Syabas kan!! Siapkan lah tong-tong kat depan Pejabat kerajaan Negeri Selangor senang nak masukkan saman-saman daripada hampir setengah juta pengguna.. Khalid dah kasik green light, tunggu apa lagi???? Lepas ni Khalid jual meja, buat makan-makan nak bayar saman ok, ikut jejak Tony Pua… hehehe Rakyat bayar saman sendiri… McTheory: Tentunya salah Khalid Al Gagap Harami.. | ||||
PANASS!! Undi CEC Silap! Dap Patut Belajar Kira Dengan Budak Tadika!! Posted: 07 Jan 2013 01:17 AM PST
Mc masih lagi nak bercerita mengenai cerita kelakar yang terjadi pada pengundian CEC Dap. Dap parti paling telus dalam Malaysia. Dap parti yang selalu buat laporan mengenai salahlaku SPR, akhirnya gagal menjaga pengundian dalam parti sendiri. Dap ni jugalah yang selalu komplen SPR lepaskan pengundi hantu, Dap jugalah dalang perhimpunan BERSIH yang selalu melingkupkan bandaraya KL dan merusuh hingga bakar kereta polis. Kita dah pernah tengok PKR punya pemilihan. Hebat!! Sampai baling kerusi meja. Ada satu kes tu, kertas undi lagi banyak pada pengundi. Macam mana cerita tu? he he..telus teramat! Kali ni cerita Dap buat pengundian, lawak dan skripnya tetap sama. Hinggakan Pengarah Pemilihan Dap pun kena letak jawatan. Tapi Mc percaya, ini semua lakonan, lakonan nak tarik balik undi Melayu bebal undi Dap. Kalau Dap nak buat undian semula, Mc sarankan cari pihak berkecuali jaga undi, jangan cari geng sendiri. Kalau tak, akibatnya sama saja Guan Eng pun kononnya terkejut dan risau dengan keputusan pengundian CEC. "Saya menerima berita mengenai kesilapan kiraan undi ini kira-kira dua hari selepas kongres dan atas rasa tanggungjawab, kami tetap mengumumkan kembali keputusannya walaupun parti akan mendapat kesan negatif. "Saya sendiri tidak faham bagaimana ia (pengiraan undi) boleh jadi begitu," kata beliau kepada media. Atas hasil kesilapan pengiraan undi itu sekali gus mengubah kedudukkan 20 CEC yang menang. Salah seorang calon Melayu yang bertanding, Zairil Khir Johari yang pada mulanya menerima 305 undi, tiba-tiba mendapat 803 undi hasil kiraan semula. Ia sekaligus berjaya meletakkan Zairil dalam CEC. Wu Him Ven yang pada mulanya menerima 1,202 undian sebenarnya hanya menerima 669 undi sekaligus menyebabkannya terkeluar dari barisan CEC. Lihatlah betapa teruknya Dap menjaga undi. Ini baru pengundian ahli sendiri yang tak sampai 3 ribu orang. 3 ribu orang ni, budak tadika pun boleh tolong kira. Cuba bayangkan kalau 10,000 orang yang mengundi, mau lagi huru-hara la jadinya. Tu baru kesilapan mengira, belum lagi undi yang hilang secara tiba-tiba. Nampaknya, Dap pun setaraf dengan Pkr juga bab mengundi ni. Langsung tak boleh pakai!! Apakah ini membuktikan bahawa Pakatan Haram ni telus? McTheory: Telus apa, nak jaga undi sendiri pun tak mampu, macam mana nak jaga negara? | ||||
PANASS!! Cerita Benar Bekas SB Masuk Pas Selepas Rasuah Meninggal Dunia!! Posted: 06 Jan 2013 10:17 PM PST Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar masuk PAS tempoh hari. Dia telah berceramah di Muktaar PAS dan mengaku dia bekerja sebagai polis selama 35 tahun dan 35 tahun sebagai SB. Dia meminta maaf dan konon mendedahkan SB melakukan kerja-kerja kotor dalam menjalankan tugas memantau keselamatan dalam sektor politik. Dengar lah ceramahnya baru-baru ini. Cerita ni Mc ambil dari blog TheUnspinners, mereka belum sempat nak mendedahkan kisah pegawai polis pencen ini. Rupanya bekas pegawai polis ini sudah meninggalkan dunia. Sebenarnya Abdullah Omar naik jadi pegawai hanya semasa naik jadi polis jaga balai. Kenapa dah jalan dahulu sebelum cerita bagaimana dia dapat dirinya naik pangkat? Dalam dia menuduh UMNO kaya dan bukan orang tertentu salahguna kuasa kerana kroni, kenapa dia tidak cerita macam mana hidupnya mewah? Betulkah dia menerima wang rasuah dari taukeh-taukeh Cina dan gangster supaya operasi gelap mereka tidak dikacau dan salahlaku syarikat Cina ni ditutup mata? Sayang orangnya tidak ada untuk jawab kerana kita ada detail. Dia kata ada operasi ambil orang Rohingya jadi warganegara dan undi UMNO, tapi adakah dia bukti mereka ada IC? Kenapa dia tak tanya puak-puak NGO kiri yang bersama PAS menuntut negara mabil lagi refugee asing walaupun kerajaan dah tampung orang asing dalma jutaan, sah atau tidak sah?. Kesian Allahyarham Abdullah Omar .... dia minta maaf kepada PAS kerana melakukan perbuatan dosa yang dia tidak diarah lakukan. Sayang dia mati sebelum sempat minta maaf dan bertaubat makan duit haram, tikam belakang kawan, salahguna kuasa dan tak amanah dalam menjalankan tugas. Tak berapa orang yang hantar mayat arwah ke kubur. Kita berserah saja pada tuhan yang maha adil dan muga tuhan kurangkan azab kubur bagi Allahyarham. McTheory: Tak takut dosa ke buat fitnah ni? | ||||
Posted: 06 Jan 2013 09:20 PM PST Sebentar tadi, Pemuda BN Kedah ke Wisma Darulaman, menganugerahkan sijil Khas kepada MB Kedah Azizan Razak. Sijil anugerah defisit belanjawan paling tinggi dalam Malaysia rm460juta. Kedah nombor satu paling tinggi, nombor dua Penang. Kiranya Kedah paling hebat dalam Malaysia. Ini anugerah ikhlas dari Pemuda BN pada MB Kedah kerana berjaya men'defisit'kan negeri Kedah dalam masa 5 tahun. Tahniah Azizan!! Cerita lanjut, nanti Mc update! McTheory: Hebat MB Kedah ni..Kedah dah nak bankrup dia punya kerja! | ||||
TUDIAA!! Cikgu Bard Dapat Pengiktirafan Baru, Cikgu Paling Bangang SeMalaysia!! @Chegubard Posted: 06 Jan 2013 05:37 PM PST
Tengok la apa yang dia tweet? Apakah CheguBard tengah mabuk semasa dia tweet tu? First sekali bila Mc baca tweet si Cikgu Bard ni, Mc tengah minum air. Tersembur jugalah air dalam mulut sejauh 3 meter kot. Selamatlah masa Mc tersembut tu takdak orang kat depan. Kalau tak dah tentu orang tu bermandikan air nescafe ais! Mc tau si Chegu Bard ni kurang cerdik. Sebabnya hanya orang kurang cerdik atau dalam definasi yang sebenar adalah bodoh saja menyokong Pakatan Haram ni. Kalau orang tu cerdik dan bijak pandai, dah tentu takkan sokong Pakatan Haram. Tapi Mc tak sangkalah, ketidak cerdikannya tu, sampai tahap yang agak tinggi. Hanya orang yang bodohnya tahap dewa saja mampu menaip tweet sebegitu. Membandingkan Dap dengan MCA dan MIC adalah satu perkara bodoh. MCA dah tentu parti untuk kaum cina. Memang dibuat khas untuk kaum cina, begitu juga MIC, itu parti kaum India. Kedua-dua parti ini bergabung dengan UMNO untuk jadi Barisan Nasional, pada ketika itu BN mengunakan cap Kapal Layar. Jadi apa samanya dengan Dap? Dap mengaku dia parti berbilang kaum dan ahlinya pun berbilang kaum. MCA tak pernah declare dia parti berbilang kaum. MIC pun sama, mereka hanya membela kaum mereka. Hanya UMNO yang membela melayu. Jadi untuk apa perlu melayu duduk dalam MCA dan MIC? Bangang betul la Chegu Bard simpson ni. Tolong la Chegu Bard, kalau dah bodoh tu, simpan la elok-elok, jangan tunjuk kat orang. Ni tak, berlagak pandai! Kan dah nampak sangat kebodohannya tuuu.. McTheory: Rasanya bodoh dia tu dah melimpah, sebab tu meroyan je tu.. | ||||
Posted: 06 Jan 2013 04:16 PM PST
Pada pukul 10.30 pagi nanti, Pemuda BN Kedah akan mengunjungi Wisma Darulaman bagi menghantar 'hadiah khas' kepada Menteri Besar Kedah yang amat kami cintai dan sayangi selama ini. Hadiah Khas yang rahsia ini ikhlas dari Pemuda BN Kedah untuk membuktikan bahawa Azizan Razak seorang Menteri Besar yang sangat hebat dan amat bijak mentadbir Kedah. Mc harap takkan ada sebarang sekatan dari pihak Wisma Darulaman, kerana kami hanya mahu menghargai jasa seorang Menteri Besar, sebelum beliau turun dari takhtanya kelak. Pada pembaca yang nak tau apa hadiah khas yang akan disampaikan oleh Pemuda BN Kedah pada Azizan Razak. Jangan lupa update pukul 11 pagi nanti. McTheory: Jangan suspen loo.. kami datang dengan niat baik dan sopan santun! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment