Kedah Ke KL - MctHeory |
- HANGAT!! Ustaz Nasharudin Mat Isa Di PECAT PAS?!!
- PANASS!! Anwar Ibrahim SETUJU Bukan ISLAM Di larang Guna #KalimahAllah?
- TUDIAA!! Porsche Ustaz Hashim Telah Di Curi??
- EKSKLUSIF!! Pengakuan Orang Kampung Di Tipu YB PAS Kedah!! #TukarKedah #SlmtknGngInas
- EKSKLUSIF! Sambungan Pendedahan Apabila Pejabat Adun PAS Kupang Jual Tanah Pada Penduduk Kampung! #TukarKedah #SlmtknGngInas
- EKSKLUSIF! Pendedahan Apabila Pejabat Adun PAS Kupang Jual Tanah Pada Penduduk Kampung! #TukarKedah #SlmtknGngInas
HANGAT!! Ustaz Nasharudin Mat Isa Di PECAT PAS?!! Posted: 27 Jan 2013 06:46 AM PST Akhirnya Ustaz Nasha di pecat dari keahlian dari Majlis Syura. Malah beliau sekarang menjadi ahli biasa Pas. Seperti dijangka, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akhirnya dipecat daripada keahlian Majlis Syura – badan tertinggi parti PAS atas alasan melanggar peraturan berjamaah. Tindakan terhadap ahli parlimen Bachok itu diputuskan dalam mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Untuk rekod, dalam mesyuarat itu juga majlis tersebut membuat keputusan mengenai kalimah Allah setelah isu itu menjadi polimek hangat. Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang mengesahkan pemecatan Ustaz Nasha berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura. Selain dikatakan tidak hadir mesyuarat, Nik Zawawi enggan mengulas sebab-sebab lain sehingga mendorong Majlis Syura mengambil tindakan tersebut. Katanya, surat pemecatan sudah diserahkan kepada Nasharudin selepas mesyuarat berkenaan. Nasharudin mencetuskan polemik dalam PAS berhubung beberapa kritikannya terhadap keputusan parti itu yang kerap tunduk terhadap desakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang terutama DAP. Antaranya tentangan Nasharudin terhadap kenyataan Pengerusi DAP,Karpal Singh yang disifatkannya bukan sahaja anti hudud tapi anti Islam. - Agendadaily Beliau juga menggesa PAS mengkaji semula hubungan parti itu dalam pembangkang. Ekoran itu, Karpal mengatakan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Nasharudin. Ketika isu tersebut masih panas, Majlis Syura pada mesyuaratnya 9 September 2012 dijangka mengambil tindakan terhadap Nasharudin. Bagaimanapun,selepas mesyuarat berakhir, Presiden PAS, Datuk SeriAbdul Hadi Awang berkata, perkara mengambil tindakan terhadap Nasharudin tidak dibincangkan. Apapun, Nasharudin sudah dianggap 'habuk dalam mata' oleh sesetengah pemimpin PAS yang pro kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka kerap mengaitkan ahli parlimen Bachok itu dengan usaha membincangkan kerjasama kearah perpaduan antara PAS dan UMNO. Manakala, Nik Aziz pula dilihat mempunyai masalah peribadi dengan Nasharudin malah krisis mereka meruncing ketika pilihanraya kecilManik Urai apabila penyokong dan pengundi PAS mahu ustaz Nasha hadir berkempen tetapi dikatakan mendapat tentangan PAS Kelantan. Ketika dilihat seakan disisihkan PAS, Nasharudin menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin dan ulama tersohor di Mekkah, sempena persidangan luar biasa OIC tahun lalu. Ketika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke majlis perkahwinan anak Nasharudin, timbul desas desus beliau akan menyertai UMNO tetapi Nasharudin menegaskan tidak sesekali akan meninggalkan PAS. | ||||||
PANASS!! Anwar Ibrahim SETUJU Bukan ISLAM Di larang Guna #KalimahAllah? Posted: 27 Jan 2013 04:37 AM PST Makin lama makin berbelit-belit la puak Pakatan ni. Ada setuju, ada tidak, ada tolak, ada pertimbangkan. Mana satu yang betul ni? Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH bagi bukan Islam di negara ini. Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah disalah ertikan pihak media sehingga menimbulkan salah faham. Menurutnya, PR tidak mengeluarkan kenyataan persetujuan, sebaliknya memperakui perkara itu berdasarkan hasil perbincangan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Saya tidak kata tidak bersetuju. Ada media yang memutarbelitkan kenyataan. PR hanya berpandu kepada kenyataan Presiden Pas yang dibentangkan dalam mesyuarat Majlis PR. "Kenyataan Majlis Syura merujuk kepada memberikan laluan berkenaan penggunaan kalimah ALLAH dengan beberapa syarat tidak dibentangkan di dalam mesyuarat Majlis PR," katanya dalam satu sidang media di pejabat PKR. Katanya, PR hanya mengikut dan membuat keputusan untuk memperakui kenyataan Abdul Hadi. "Saya ulang, saya hanya baca dan meneliti kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas dan kita (PR) memperakui dan sokong kenyataan tersebut," katanya. Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, Majlis Syura Pas sudah membuat ketetapan, kalimah ALLAH hanya boleh digunakan masyarakat Islam sahaja dan akan menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Kerajaan Pusat yang ditunjangi Umno jika Pakatan Rakyat (PR) bertegas membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH di negara ini. Pada 8 Januari lalu, Majlis Pimpinan PR mencapai persetujuan bahawa penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan. Isu kalimah Allah pun Pakatan tak dapat 'sepakat' dan selesaikan. Macam mana nak selesaikan perkara lain? Agaknya kalau Pakatan memerintah negara, kacau bilau la jadinya. Malaysia Utara buat lain, Selatan lain, timur lain, barat lain. Semuanya tak sama, kacau bilau Malaysia, lingkuplah ekonomi. Maklumlah, semua nak jadi kepala, sapa nak dengar cakap Anwar tu.. McTheory: Pas pertahankan ISLAM? Kena gejut sikit dah berselerak lari! | ||||||
TUDIAA!! Porsche Ustaz Hashim Telah Di Curi?? Posted: 27 Jan 2013 01:18 AM PST Tak kena curi pun, cm Mc nak sambung cerita saja, pasal Ustaz naik Porsche tak habis lagi. Tapi Mc rasa Ustaz Hashim dah kantoi! Mana boleh AP yang diberikan pada wakil rakyat diberikan pada orang lain? sumber Mc ambil kat SINI! Kan aku dah cakap.... Ustaz Hashim Jasin mesti jawab punya isu Porsche Cayman kaler hitam tu... Dan jawapan dia tu memang masuk akal laaa.. Memang Porsche tu bukan dia yang beli. Porsche tu anak dia punya. Anak dia beli guna AP dia sebagai ADUN dengan harga lebih kurang RM100,000 jer... Memang Ustaz Hashim Jasin tak pernah bawak kereta tu pun. Anak dia je yang bawak kereta tu sampai kena saman banyak kali... maklum la.. anak Ustaz Hashim yang nama Faiz tu memang kaya... tauke sarang burung tak salah aku... Tapiiii..... Salah ke anak dia beli kereta Porsche? Orang lain beli takpa pun. Orang tak bising pun. Jadi kenapa nak bising pasal anak dia pakai kereta mewah tu? Cuma kereta tu didaftarkan atas nama Ustaz Hashim saja sebab beli pakai AP dia. Jadi, apa-apa yang berlaku kat Porsche tu maka Ustaz Hashim la yang tanggung, kan? Dan Ustaz Hashim tak boleh nafikan la Porsche tu dia punya sebab geran kereta tu atas nama dia. Lawan kat mahkamah mana sekali pun, dah confirm dia kalah punya... Dalam ertiakata lain, PORSCHE CAYMAN TU TETAP USTAZ HASHIM JASIN PUNYA WALAUPUN ANAK DIA YANG BAYAR... heh! Tu pun kalau anak dia bayar la. Sama la dengan Ahmad beli motor untuk anak dia pegi sekolah. Ahmad daftar atas geran namanya sendiri. Tapi motor tu anak dia yang bawak...heh! Kalau ada salah, ada saman, spin macamana pun, motor tu tetap Ahmad punya. Kalau anak Ahmad bawak kes ke mahkamah mana pun gerenti kalah! McTheory: Bagus Ustaz ni, siap mengaku masuk harakah lagi.. ha ha ha | ||||||
EKSKLUSIF!! Pengakuan Orang Kampung Di Tipu YB PAS Kedah!! #TukarKedah #SlmtknGngInas Posted: 26 Jan 2013 10:17 PM PST
Kisah orang kampung ditipu Pas Kedah bersambung lagi, kali ni Mc berikan video temubual orang kampung dan menceritakan bagaimana mereka ditipu oleh mangkuk-mangkuk Pas Kupang yang mengutip duit permohonan tanah tanpa pengetahuan pejabat tanah dan menipu orang kampung dalam jumlah yang besar. Untuk baca siri sebelum ini boleh klik kat SINI dan SINI. Dengarlah rintihan seorang penduduk kampung yang ditipu oleh YB Pas Kupang. Disebabkan desakan penduduk yang mahu perkara ini diselesaikan, UMB, UMNO Kedah, Pemuda UMNO dan UMNO Baling mengambil inisiatif membuat forum bersama penduduk untuk mencari jalan penyelesaian. Untuk mengatasi masalah ini.
Setelah dinasihat oleh Tun Ammar, Adun Bayu Dato Che Azmi membuat keputusan akan mengambil tindakan yang sepatutnya mengikut lunas undang-undang. Video boleh tengok dibawah, Insyallah video sesi dialog bersama penduduk ini akan Mc upload secepat yang mungkin. Juga video bersama Tun Ammar, mengenai tindakan undang-undang yang boleh penduduk kampung buat terhadap Pas Kupang dan Kerajaan negeri. Ishh.. bersambung lagi, mungkin Mc siri dialog ini akan Mc sambung esok. Sebab hari ni kalau dok boh cerita ni saja pun, cemuih juga. Apa yang penting, rakyat Kedah kenal siapa Pas yang sebenar. Cerita disebalik parti Islam yang mereka agong-agongkan, sebenarnya penuh dengan penipuan dan pembohongan. Kalau rakyat susah pun mereka sanggup tipu, cuba bayangkan apa lagi yang sanggup mereka buat untuk kuasa dan wang! McTheory: Masa untuk berubah, TOLAK Pas Kedah!! | ||||||
Posted: 26 Jan 2013 07:19 PM PST Kita bersambung lagi kisah permohonan tanah di pejabat Pas Kupang. Sambungan dari pendedahan pukul 8.30 pagi tadi. Kisah permohonan tanah tu, kisah dah lama, hampir dua tahun lepas. Kita tengok apa jadi lepas dua tahun? Penduduk kampung Iboi ditipu!! Mana boleh Pejabat Adun Pas Kupang boleh gantikan kerja pejabat tanah. Ada penduduk kampung yang telah membuat semakan di Pejabat Tanah Daerah Baling, memang tidak ada langsung permohonan dan semua bayaran yang mereka buat entah pergi ke mana. Sudah la orang kampung ini bukan dari kalangan orang yang berada. Hanya hidup mencari makan dengan kerja-kerja kampung. Dah la susah, lagi mereka ditipu. Ditipu pulak oleh YB Pas yang mereka pilih dan percaya. Tengok gambar dibawah, berapa ramai agaknya yang kena tipu. Uihh.. ramai juga yang kena tipu, atas rayuan penduduk kampung yang kena tipu. UMNO Kedah dan UMNO Baling telah bekerjasama dengan UMB Kedah untuk membuat dialog bersama peguam (penasihat undang-undang UMB). Dialog bersama peguam untuk memastikan bahawa benarkah mereka ditipu, apa tindakan yang mereka boleh buat selepas ini, dan jalan penyelesaian kepada segala permasalahan ini. Memang kesian Mc tengok semalam, ramai orang kampung meluahkan perasaan. Malah ada penduduk kampung yang menangis disebabkan penipuan yang dilakukan oleh Adun Pas Kupang. Bayangkanlah, hasrat mereka untuk memiliki tanah dikecewakan begitu saja. Ada yang habis berpuluh ribu ringgit tuntuk membayar permohonan tanah, tetapi setelah lebih dua tahun menunggu, mereka kecewa. Malah apabila disemak, permohonan di pejabat tanah tidak pernah dibuat. Apakah itu bukan penipuan? Gambar diatas adalah resit pembayaran yang dikeluarkan oleh pejabat Adun Kupang, banyak kan? Peguam bersama Ketua Pemuda UMNO Baling dan Adun Bayu membuat semakan keatas resit yang dikumpul. Setelah semakan dibuat, memang jelas resit pembayaran dibuat oleh Jawatankuasa Gunung Inas, yang beralamat di Pejabat YB DUN Kupang. Sememangnya ada kesalahan undang-undang yang dilakukan disini. Mana boleh Pejabat DUN mengutip bayaran permohonan tanah yang sepatutnya dikeluarkan oleh pejabat tanah. Malah resit yang dikeluarkan, bukan resit rasmi dan permohonan yang mereka lakukan dua tahun lepas, tidak pernah didaftar langsung di pejabat tanah. Ini membuktikan bahawa Pas menipu penduduk kampung, rakyat Baling dan rakyat Kedah. Pembaca boleh tengok video Adun Bayu yang mempunyai pendapat tersendiri. Ternyata, Adun Bayu YB Dato' Che Azmi mahu melihat semua ini diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Kalau mereka tidak dapat selesaikannya. Biar beliau dan Kerajaan Negeri Kedah yang baru selesaikan semua ini. Episod penipuan ini tidak hanya selesai disini, Mc akan update isu ini hari demi hari. Kita dedahkan apa yang Pas buat di Kedah. Sudah la tidak menolong rakyat, Pas menipu dan curi duit rakyat pulak tu. Apakah semua ini boleh dimaafkan? McTheory: Video rayuan dan kemarahan penduduk akan dikeluarkan nanti. | ||||||
Posted: 26 Jan 2013 04:38 PM PST Semalam Mc kata nak buat pendedahan pasal dialog diantara penduduk. Tapi Mc percaya, ramai diantara pembaca blog yang tidak tahu apa masalah sebenar yang dihadapi oleh penduduk kampung Iboi di Baling. Mc nak ulang balik isu ni dari mula, ceritanya macam ni, penduduk kampung Iboi telah lama mengusahakan tanah di kaki Gunung Inas. Mc diberitahu, mereka mengusahakan tanah di kaki Gunung tersebut dengan menanam pokok getah dan berkebun. Kiranya sudah menjadi sumber pendapatan mereka. Mereka pada mulanya tak tahu, tanah itu rezab, tanah rezab. Biasa la orang kampung, mana pernah peduli pasal tanah rezab atau tanah hak kerajaan. Tiba-tiba kerajaan negeri Pas, datang ambil balak dikawasan berkenaan. Malah ada diantara tanah orang kampung yang telah diceroboh dan menjejaskan mata percarian mereka. Situasi tersebut telah mendatangkan kemarahan kepada penduduk kampung Iboi. Untuk mengambil hati penduduk yang marah dengan perbuatan kerajaan negeri. Kerajaan negeri merancang untuk menawarkan tanah pembalakan dan geran pada yang telah mempunyai tanah di kawasan berkenaan. Tetapi benarkah kerajaan negeri Kedah yang nak tawarkan tanah bergeran kepada penduduk Kampung Iboi? Ini yang menjadi persoalan. Diatas adalah alamat pejabat YB Johari Abdullah, Adun Kupang, Adun Pas Kedah. Tengok alamatnya betul-betul, kalau boleh hafal sekali. Orait.. kalau korang dah hafal alamat pejabat dia, sekarang kita lihat pula surat yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Gunung Inas, yang sememangnya didalangi oleh Pas Kupang. Perhatikan betul-betul! Pejabat Adun Pas Kupang, telah digunakan oleh Jawatankuasa Gunung Inas, untuk berfungsi lebih kurang pejabat tanah. Kiranya pejabat adun tu jadi pejabat tanah PAS lah. Siap boleh keluarkan resit untuk buat permohonan tanah. Tapi yang menjadi sangsi, resit itu pula bukan dari pejabat tanah daerah. Resit yang mereka berikan, resit buatan sendiri yang dicop oleh Jawatankuasa Gunung Inas. Jawatankuasa yang didalangi oleh Pas ini mengambil duit permohonan dari penduduk kampung, kononnya akan memfailkan permohonan kepada pejabat tanah. Urusan permohonan dan pembayaran ini dilakukan oleh orang-orang YB Johari. Siapa yang tak teruja bila boleh memohon tanah ikut suka kita. Tentulah berpusu-pusu orang kampung ke pejabat Adun untuk memohon tanah dan geran tanah. Pelik juga bila mengetahui perkara ini. Urusan pejabat tanah boleh dibuat di PEJABAT WAKIL RAKYAT PAS KUPANG. Macam ada yang tak kena saja ni? Sepatutnya, segala urusan berkenaan dengan Tanah Rezab Kerajaan di bawah urusan Pejabat Tanah Daerah Baling, maknanya disini, PAS Kupang mengambil kesempatan ke atas permohonon Tanah Rezab Kerajaan. Mc difahamkan, jumlah bayaran yang di buat pemohon tanah geran tu dah mencecah ratusan ribu ringgit. Di kampung itu saja jumlah pemohon melebihi 50 orang. belum lagi dicampur orang luar yang datang bukan sahaja dari dearah Baling, tetapi sekitar negeri Kedah. Benda ni betul ke tipu? Kita tengok lagi, Bila dah bayar, pemohon akan diberikan surat diatas. Lihat surat yang dikeluarkan PEJABAT YB PAS KUPANG, SURAT TANPA NAMA dan COP PUN TIADA. Apakah surat ini sah? Tengok lagi gambar dibawah, resit pembayaran yang dikeluarkan oleh Pejabat YB. YB Joe ni pandai, dia keluarkan khabar angin bahawa, dia akan tolong penduduk kampung dapatkan geran dengan cepat. Kononnya dia boleh, disebabkan dia ni YB Pas, kabel dengan Azizan pun kuat jadi dia akan tolong semua penduduk kampung. Tapi benarkah dia akan tolong? Atau semua ini penipuan? Tunggu pukul 11.30 nanti, episod drama seterusnya. McTheory: Nak taip lagi panjang, jadi bersambung la ya.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment