Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Pengakuan Ikhlas Graduan Mesir Insaf Bila Masuk Dap!!
- TUDIAA!! Bila Ustaz Kamal Cerita Kisah TOL Lebuhraya Hantu!!
- PANASS!! Akibat Fitnah Tindakan Rafizi Ramli Bakal Makan Diri!!
- EKSKLUSIF!! Kerajaan Negeri Kedah Jual Tanah Untuk Tipu Rakyat!! #SlmtknGngInas #TukarKedah
- PANASS!! Dr. Rosli Yaakub 'Si Badut' Cuba Berlagak HERO Tentang #FGVH!!
- PANASS!! Lagi Syarikat 'MATI' Untuk Biayai Bajet Anti #Lynas
- PANASS!! Anwar TENTANG Ustaz Nasha di Permatang Pauh?
PANASS!! Pengakuan Ikhlas Graduan Mesir Insaf Bila Masuk Dap!! Posted: 26 Jan 2013 07:16 AM PST Baru tau yang mana intan yang mana kaca. Nasib baik la belum terlambat, kalau tak apa pun tak guna. Insaf la wahai melayu yang masuk Dap. Jangan perjudikan masa depan anda, sayangkan Islam, bela Melayu, kukuhkan Tanah air. |
TUDIAA!! Bila Ustaz Kamal Cerita Kisah TOL Lebuhraya Hantu!! Posted: 26 Jan 2013 04:37 AM PST Ha ha ha.. fahamkan betul-betul apa yang Ustaz Kamal nak sampaikan tu. Memang betul cakap beliau. Derma jihad, yang minta derma naik kereta besar, yang beri derma naik la motor buruk. Bukankah itu zalim? Lagi satu yang lawak, kita bina lebuhraya dulu baru kutip tol, tapi Kelantan, kutip tol dulu baru buat lebuhraya. ha ha ha.. dah tu pun tak siap-siap lagi. Kena kencing la rakyat Kelantan!! |
PANASS!! Akibat Fitnah Tindakan Rafizi Ramli Bakal Makan Diri!! Posted: 26 Jan 2013 01:17 AM PST Berita baik untuk Rafizi Ramli, si jambu pendek Anwar telah difailkan saman oleh Zahid Hamidi akibat tuduhan dan fitnah yang tidak berasas terhadap beliau. Sebelum ini Zahid Hamidi telah mencabar Rafizi Ramli supaya membawa tuduhannya itu bersama bukti-bukti yang ada ke Mahkamah untuk di ambil tindakan mengikut undang-undang. Namun sehingga ke hari ini Rafizi Ramli masih tidak berani berbuat demikian. Setelah merasakan sudah cukup masa dan ruang diberikan kepada Rafizi Ramli untuk menyahut cabaran. Kini tiba giliran Zahid Hamidi pulak yang akan memberi tekanan kepada Rafizi Ramli untuk menjawab segala fitnahnya di mahkamah kelak. Sebenarnya Zahid Hamidi melakukan tindakan yang betul. Sepatutnya para menteri dan pemimpin UMNO/BN perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap setiap fitnah yang dibuat oleh puak Pakatan Haram ni. Rafizi ni dah melampau, kali ini tindak-tanduknya dah makan diri. Kita tengok apa jadi di mahkamah kelak. KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog. Katanya Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman Internet. |
EKSKLUSIF!! Kerajaan Negeri Kedah Jual Tanah Untuk Tipu Rakyat!! #SlmtknGngInas #TukarKedah Posted: 26 Jan 2013 12:42 AM PST Masalah Pembalakkan di Gunung Inas kini sampai ke kemuncaknya apabila Penduduk kampung di sini sepakat untuk mengambil tindakan kepada Kerajaan Negeri Kedah dan seterusnya melaporkan kepada Pihak Polis dan SPRM.. Sesi dialog hari ini atas inisiatif penduduk kampung sendiri turut disokong oleh Pemuda Umno Baling untuk mendapatkan khidmat bantuan peguam dari Biro Guaman Pemuda Umno Malaysia untuk mencari jalan penyelesaian penduduk kampung di Gunung Inas bagaimana caranya untuk mengambil tindakkan kepada pihak kerajaan negeri. Laporan dan gambar akan diupdate selepas ini!! |
PANASS!! Dr. Rosli Yaakub 'Si Badut' Cuba Berlagak HERO Tentang #FGVH!! Posted: 25 Jan 2013 10:18 PM PST Kata orang-orang tua, kalau kita kerja di luar negara tu, boleh dikira sebagai hebat. Maklumlah, rakyat Malaysia ni diimport keluar negara, pasti dia mempunyai kelebihan yang tidak ada di negara tersebut. Tapi sebenarnya tengok juga negara mana yang kita dipanggil bekerja tu. Sebab jika negara hebat yang panggil kita, sudah tentu kita bangga kerana tenaga kerja kita diperlukan oleh negara yang terhebat di dunia. Mau tak rasa bangga kalau rakyat Malaysia kerja di England, Amerika, Jerman, Perancis atau China. Dinegara-negara besar, malah berjawatan tinggi pulak tu. Namun, adakah kita boleh berbangga kalau kita kerja dengan sebuah syarikat swasta yang tidak tahu statusnya di Bangladesh? Memang la berjawatan tinggi, memegang jawatan CEO pulak tu, tetapi CEO di syarikat yang bagaimana? Di negara maju atau mundur? Jangan hanya mengaku diri hebat, sedangkan pada hakikat sebenarnya haprak! Itulah yang terjadi pada Dr. Rosli Yaakub, pakar ekonomi yang diimport khas dari Bangla. Kerjanya hanyalah untuk membuat peneroka felda tidak yakin dengan penyenaraian saham FGVH. Mc pun taktahu bagaimana Mazlan Aliman boleh jumpa orang ini. Mungkin kelayakannya asal pandai berbohong dan berlagak bagus, sudah cukup untuk menjadi pakar analisis saham puak Pakatan Haram. Sedangkan pada hakikat yang sebenar, status Dr. Rosli yang dikatakan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia pun masih lagi diragui. Malah mengikut info yang baru Mc terima, Dr. Rosli ni hanyalah timbalan ketua jabatan di Bank Negara dan bukannya Timbalan Gabenor. Kalau info itu betul, nampak sangat Dr. Rosli ni kaki kelentong. Dia punya gah kononnya dia bekas timbalan gabenor, hinggakan dia diangkat sebagai wira untuk menentang saham FGVH ni. Kononnya dia telah buat kajian dan analisis bahawa FGVH akan rugi dan peneroka akan kehilangan wang. Malah Dr. Rosli di angkat sebagai 'pakar' penganalisis saham, walaupun tiada rekod yang menunjukan dia seorang yang 'pakar' dalam pasaran saham. Dia hanya arif dalam banking fields dan finance, BUKAN investment. So dia takdak kreadibiliti untuk analisis saham FGVH. Apa yang Mc lihat Dr. Rosli cuba diangkat sebagai ikon atau hero penentang FGVH, mungkin tiada siapa yang layak untuk diperbodohkan dalam isu ini. Maka Dr. Rosli bersedia untuk memperbodohkan dirinya sendiri. Berlatar belakangkan bekerja di bank negara, maka status tersebut digunakan oleh Pakatan Haram untuk menyakinkan penduduk felda bahawa FGVH tidak relevan. Tidak relevan atas berdasarkan kajian dan analisis yang dia lakukan, sedangkan pada hakikatnya sendiri pun gagal mentafsir dan baru-baru ini saham FGVH terus naik ke tahap RM4.51, walaupun Dr. Rosli kata saham FGVH akan jatuh merudum. Disitu kita telah nampak kemampuan dan wajah sebenar Dr. Rosli, seorang finance cuba berlagak sebagai invenstment. Bila lakonan melebihi kemampuan, ia akan mendedahkan 'kemaluan'nya sendiri. Bila dibuktikan begitu, apakah kita masih lagi boleh yakin dengan orang sebegini? McTheory: Mati hidup balik pun, susah nak percaya oii.. |
PANASS!! Lagi Syarikat 'MATI' Untuk Biayai Bajet Anti #Lynas Posted: 25 Jan 2013 07:16 PM PST Mc mendapat maklumat bahawa Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) ini telah didaftarkan dibawah sebuah syarikat, iaitu SMSL Sdn. Bhd. Hebat juga la SMSL ni, hingga mampu membuka syarikat untuk mencari modal perjuangan. Akan tetapi, NGO SMSL cuba menafikan bahawa mereka mendapat dana dari parti politik ataupun dari anasir luar Negara. Malah mereka dengan bangga menyatakan mereka mendapat sokongan orang ramai melalui derma yang diterima. Ini mereka buktikan dengan aktiviti mengutip derma pada hari Khamis lalu, kononnya mereka berjaya mengutip hampir RM8,000 dalam masa beberapa jam sahaja. Kumpulan tersebut juga mengaku telah menerima dana sebanyak RM160,000 hasil derma orang ramai antara 8 Ogos 2012 hingga 22 Januari tahun ini. Drama kononnya SMSL menerima bantuan rakyat untuk teruskan perjuangan mereka menentang Lynas itu hanya topeng mereka bagi mengaburi mata rakyat Malaysia. Sedangkan pada hakikat yang sebenar, SMSL Sdn Bhd tu baru saja dtubuhkan, malah penyata kewangan syarikat pun tidak ada perubahan. Kalau benar SMSL Sdn Bhd begitu telus, kenapa tiada langsung aktiviti kewangan? Ke mana duit-duit sumbangan itu disalurkan? Bagaimana pula duit tersebut digunakan? Sebelum ini SMSL ke Australia habis puluhan ribu ringgit hanya untuk buat huru-hara sahaja. Tapi kali ini mereka akan ke Jerman pula untuk mencari sokongan dari NGO disana dan mendedahkan laporan yang dihasilkan oleh badan NGO Jerman itu. Ini kerana laporan tersebut akan dilancarkan serentak di negara Jerman dan Malaysia pada hari ini nanti. Satu lagi persoalan yang timbul disini ialah, siapa yang membiayai NGO Jerman itu untuk menghasilkan laporan tersebut? Siapa yang yang membiayai ahli SMSL untuk ke negara Jerman? Bukan murah nak ke negara Eropah. Tiket kapal terbang untuk sehala saja pun dah beribu untuk seorang. Inikan pula untuk pergi dan balik. Tambah pula kos sewa bilik hotel. Mc percaya bukan seorang yang pergi ke Jerman tu. Tentu 3 atau 4 orang. Kalau benar mereka berjaya kumpul beratus ribu ringgit dan mampu ke luar negara beberapa kali, kenapa mereka tak mampu membayar pampasan RM10,000 kepada kerajaan pusat dan Lynas? Macam mana mereka urus dana hasil kutipan derma? Jadi tidak hairan sekiranya Kelab Wartawan Belia Malaysia baru-baru ini membuat laporan polis dan mendesak Kementerian Dalam Negeri untuk menyiasat siapakah dalang sebenar di sebalik SMSL. Dakwaan Kelab Wartawan Belia Malaysia itu perlu diambil berat kerana motif SMSL menunjukkan bahawa kumpulan tersebut bukan melindungi rakyat Malaysia daripada bahaya Lynas, tetapi hanya bertujuan memburukkan dan menjatuhkan kerajaan. Tidak masuk akal satu kumpulan NGO yang ditubuhkan oleh satu syarikat mampu menjalankan aktiviti-aktiviti mega hanya dengan menggunakan duit derma. Sudah tentu pihak yang membiayai mereka ini adalah pihak yang untung bila Malaysia huru-hara dan Lynas dihentikan. Kemungkinan puak pembangkang menjadi dalang disebalik SMSL adalah 90% betul, malah puak ini berkemungkinan besar disokong oleh kuasa luar iaitu syarikat-syarikat besar dari China. Dari itu, siapa dalang sebenarnya di SMSL sudah hampir terjawab. Kerana SMSL takkan hidup tanpa bantuan dari anasir luar. Malah tujuannya itu sudah cukup membuktikan bahawa SMSL pemberontak ciptaan puak pembangkang. McTheory: Wayang SMSL hampir terbongkar!! |
PANASS!! Anwar TENTANG Ustaz Nasha di Permatang Pauh? Posted: 25 Jan 2013 04:37 PM PST Khabarnya Nasharudin Mat Isa akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh sekaligus melawan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Apakah Benar perkara itu? Di bawah ada keratan surat khabar yang mengatakan Anwar tidak akan bertanding di Permatang Pauh. Malah didalam akhbar semalam, Anwar mengatakan dia tolak jawatan untuk jadi PM. Biar betul Anwar ni, dah mabuk ka mereng? Malah yang menjadi persoalan utama, kenapa Anwar tidak mahu bertanding di Permatang Pauh? Adakah sebab Anwar tahu dia akan kalah dengan Nasharudin Mat Isa? atau Anwar sudah tahu di tidak ada lagi pengaruh yang kuat? Rasanya penduduk Permatang Pauh dah kenal siapa Anwar, kalau dia bertanding lagi kat sana, Mc berani jamin Anwar akan bungkus. Sebab tu dia cari jalan nak lari dari sarang dia tu. Malu woo kalah kat tempat sendiri. he he.. McTheory: Bila lagi nak tengok pengemar kunyit ni bungkuih! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment