Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Anwar Ibrahim Bab Berjoget Memang Terbaik!!

Posted: 23 Jan 2013 07:17 AM PST


Ini taghechei sudah naik stim tengok Anwar berjoget, sampai naik atas pentas berjoget sekali dengan Anwar.. heheh..


Perghh.. Anwar bab berjoget memang takde orang boleh lawan der.. memang terbaik gilaa.. hilang segala penyakit sakit belakang, tulang belakang bengkok, kencing berdiri, kentut berdarah, batang bengkok dan sebagainya. he he.. Syabas.. inilah bakal PM yang kita mahukan!! Tahniah.. syabas bete, inspektor shahab bombay polis station!

hahahaha.. mereng dengan Mc sekali..


McTheory:
Najib berjuang di GAZA, Anwar berJOGET di Malaysia!! heheh..

PANASS!! Tahniah Pas Kerana Memajukan Pusat Komuniti KUIN!! #TukarKedah

Posted: 23 Jan 2013 04:38 AM PST




KUIN melangkah kehadapan sekali lagi apabila berjaya membuka Pusat Komuniti Pas dalam kampusnya di Mergong. Blog Medan Tempur Kedah ada cerita baik punya pasal KUIN ni.

Pada asasnya Pusat Khidmat Komuniti KUIN  ditubuhkan adalah untuk mengadakan program dan aktiviti setempat bersama penduduk dan rakyat di Kedah.

Sebelum ini Pusat Khidmat Komuniti berjaya menaikkan nama KUIN didalam setiap program dan aktiviti kemasyarakatan..Banyak program pengajian ala ala pondok diadakan.

Sehinggalah bertukarnya pengarah baru..Pengarah baru Pusat Komuniti KUIN ini adalah Ust Ghani Samsudin..Beliau merupakan orang berpengaruh dalam Pas pust dan pernah menjadi calon di Dun Sg Burong Selangor.

Pusat Khidmat Komuniti KUIN sekarang ini lebih banyak tertumpu kearah mempromosi Pas dari menaikkan nama KUIN sendiri..Kalau dilihat pada screen shot yang aku ambil dari FB Pusat Komuniti KUIN hampir kesemuanya posting tentang parti Pas.

inilah dia pengarah baru Pusat Khidmat Komuniti KUIN Ust  Ghani



Ini membuktikan lagi bahawa Azizan dan Jamil hanya mementingkan kroni sehingga sanggup memberi jawatan apa saja dalam KUIN, hakikatnya mereka ini lebih banyak buat kerja parti dari KUIN..

Sebenarnya banyak cerita menarik aku dapat tau pasal Pusat Khidmat Komuniti KUIN.. Kalau dedah confirm Azizan kena serangan jantung..Tapi buat masa ni, Aku kongsikan dulu macamana Pas gunakan Pusat Komuniti KUIN untuk kepentingan parti..

Patut la Azizan sayang sangat kat Jamil tu, rupanya Jamil tu dok kempen Pas dalam KUIN. Nampak sangat Jamil ni budak pesuruh Azizan.

Sampai lingkup KUIN Jamil kerjakan, tapi Azizan tetap sayang, rupanya sebab macam ni la..


McTheory:
Untuk Selamatkan KUIN kita perlu tukar kerajaan negeri Kedah

TUDIAA!! Kisah YB Pas Bawa Lari Bini Orang?!!

Posted: 23 Jan 2013 01:17 AM PST


Malang bagi seorang penyokong tegar PAS di Terengganu apabila dia menceritakan bahawa dia telah di khianati oleh YB Adun Ladang, malahan menjadi mangsa dengan keadaan yang teramat sedih & menderita apabila isterinya telah dirampas oleh YB PAS tersebut.

Apa berlaku kepada penyokong tegar PAS ini apabila isterinya telah ditawarkan untuk bekerja kepada YB PAS Adun Ladang ini bagi menjaga isteri adun tersebut yang sedang Sakit ketika itu kerana komplikasi penyakit darah tinggi pada September 2011.

Selama 6 bulan isteri kepada penyokong tegar PAS ini berulang alik ke rumah YB PAS adun Ladang tersebut bagi menjaga isteri YB, tetapi apa yang menghairankan penyokong tegar PAS ini apabila isterinya sanggup ke rumah YB tersebut walaupun pada waktu malam dengan alasan YB panggil untuk melihat isteri YB yang memerlukan khidmatnya.

Apa yang lebih sedih & kejam apabila dia diberitahu YB PAS adun tersebut pernah dilihat berada di rumahnya bersama isterinya ketika dia tiada di rumah & dikatakan mempunyai hubungan sulit.

Nasib yang lebih malang bagi pengikut tegar ini apabila isteri YB PAS adun ladang tersebut meninggal dunia, tetapi isterinya masih lagi berulang alik ke rumah YB PAS adun ladang beracap kali tanpa memberitahu suaminya, menyebabkan penyokong tegar PAS ini bergaduh dengan isterinya.

Selanjutnya baca d SINI

TUDIAA!! Harimau Sarkas Pas, SOUND Karpal Singh!! hahaha..

Posted: 22 Jan 2013 10:17 PM PST


Kelakar betul Mc dengan Ketua Pemuda Pas ni. Dia punya kenyataan memang flip flop tahan dewa. Kejap tentang, kejap sokong, kejap bagi, kejap tak bagi. Kejap garang, kejap ok. ha ha ha.. memang macam sarkas la si Tantawi ni.

Membaca kenyataan terbaru Nasrudin Hassan yang keras membidas Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung tuntutannya supaya PAS mengkaji semula keputusan Majlis Syura dalam isu kalimah Allah s.w.t tentunya ada yang terfikir betapa jantannya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu.

"Saya bersama Pemuda Pas tetap dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang diputuskan sebulat suara. Karpal Singh usah campur," tegas Nasrudin.

Sebelum ni Nasrudin sokong untuk benarkan kalimah Allah diberikan kepada kristian. Kali ni apa dia punya mimpin, dia tak bagi la pulak. 

Dengan penegasan itu bermakna Dewan Pemuda PAS sebulat suara setekad hati untuk menjunjung keputusan rasmi Majlis Syura Ulama PAS yang bemesyuarat pada 13 Januari 2013 untuk menghalang penggunaan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Sepintas lalu dibaca berkemungkinan ramai penyokong PAS yang melihat dunia dari bawah tempurung akan meremang bulu roma bersemangat meluap-luap dalam jiwa. Mungkin ada yang terdetik dalam fikiran menyanjung keberanian Ketua Dewan Pemuda PAS itu menyanggah teguran 'lembut' dari Karpal Singh.

Itu satu kebiasaan dalam PAS dan sudah menjadi tabie penyokongnya mudah lupa perkara lama kerana jarang sangat dikalangan orang PAS yang berfikir guna akal sendiri sebaliknya lebih kerap menerima buta tuli saja segala yang keluar dari mulut pemimpin mereka.

Tapi bila ia dibaca oleh khalayak yang luas pemikirannya boleh jadi tersembur muntah keluar segala isi perut. Mana tidaknya kalau dah kenyataan oleh Nasrudin pada 21 Januari 2013 itu jelas bercanggah benar dengan pendiriannya yang dinyatakan dua minggu lalu.

Dalam kenyataan pada 10 Januari 2013 itu, Nasrudin secara terbuka menyokong ketetapan rasmi PAS yang dipersetujui melalui Presidennya, Abdul Hadi Awang untuk membenarkan orang Kristian mencetak kalimah Allah s.w.t ke dalam kitab Bible.

"Rasanya tidak perlu saya mengulas perkara itu kerana Presiden sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi. Kenyataan itu sudah menjadi pendirian parti dan kami Pemuda Pas menyokong pendirian tersebut," itu kata Nasrudin dua minggu lepas.

Maksudnya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu beriktikad sepenuh hatinya dengan keputusan Hadi Awang untuk membenarkan kesucian kalimah Allah s.w.t dinodai oleh pendakyah Kristian sebagaimana dituntut oleh DAP.

Disebabkan keputusan yang dipersetujui oleh Presiden PAS itu dan disokong pula oleh nasrudin selaku Ketua Dewan Pemuda PAS, maka berbondong-bondonglah pengikut parti itu mengelurkan hujah untuk menyokong ketetapan yang diambil.

Semuanya dilakukan kerana Presiden, Mursyidul Am dan Ketua Dewan Pemuda PAS seia sekata yang orang Kristian boleh guna kalimah Allah hatta sekalipun untuk dicetak dalam Bible versi Bahasa Melayu yang tujuan tersiratnya untuk memesongkan akidah umat Islam.

Persoalan sekarang kenapa kini Nasrudin berubah? Apa jenis jantannya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ini kalau dah sikap dan pendiriannya berubah-ubah dan tidak tetap?

Jika Nasrudin boleh berubah pendirian hanya kerana atas dasar wala' dan taat buta tuli pada keputusan pemimpin dan parti sedangkan sudah terbukti parti yang didukungnya memanjang saja flip flop, tak mustahil selepas ini PAS sekali lagi menukar pendirian dalam isu kalimah Allah, Nasrudin juga akan u-turn sama.

Lagi penting untuk dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS paling lemah kepimpinannya dalam sejarah parti itu ialah, sejauh mana beliau sanggup membuktikan kejantanannya dalam mendaulatkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS supaya ia menjadi dasar rasmi PR?

Sekarang PR bergerak hasil gabungan bersama DAP, PKR dan PAS, mana mungkin PAS kekal dengan pendirian baru yang bercanggah dengan ketetapan rasmi PR?

Seandainya PAS terus kekal bersama PR itu maksudnya PAS telah redha dengan dasar rasmi PR dalam isu kalimah Allah, jika demikian tiada gunanya kejantanan jadi-jadian yang dipersembahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, betul tak?

PANASS!! Siapa Sebenarnya Tuan Punya Hantu Kacau #Lynas!

Posted: 22 Jan 2013 07:18 PM PST

Tan Bun Teet

Bila anda sering mengikuti isu Lynas, tentu anda dengar satu NGO, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) yang sentiasa membayangi gerak langkah Lynas. NGO yang mengaku bebas dan tidak berpihak ini kononnya ditubuhkan secara bebas dan tidak bertuan.

Benarkah mereka tidak bertuan dan bebas? Mari kita rungkaikan satu persatu.

Kalau benar mereka ini bebas, sudah tentu mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang kuat. Mungkin mereka mendapat sumber kewangan dari kutipan derma. Tapi betul ke hanya dari derma?

Mc agak sangsi dengan NGO ini bila mereka sanggup ke Australia semata-mata nak berdemo, raih simpati, cari sokongan dan buat bantahan untuk menghuru-harakan Mesyuarat Agung Lynas.

Bukan seorang dua yang pergi, tetapi 19 orang ahli SMSL ke Australia. Ramai tuu.. malah 19 orang tu sanggup menunggu 3 hari mesyuarat berlangsung semata-mata untuk buat kacau di Australia.



Apa yang Mc nak persoalkan di sini ialah, dari mana SMSL dapat modal untuk ke Australia? Bukankah mereka NGO tidak berteraskan keuntungan dan kononnya tidak bertuan.

Cuba kita congak, harga tiket untuk seorang ke Austaralia paling murah pun dua ribu ringgit. Itu paling murah, kalau biasa ada dekat tiga, empat ribu juga harganya.

Lepas tu, yang pergi bukannya seorang, tetapi 19 orang. Kat mana si Tan Bun Teet ni cari duit untuk tampung semua tu? Sebagai bekas guru, banyak mana sangat duit Bun Teet ni.

Dua ribu ringgit kali 19 orang, berapa puluh ribu dihabiskan hanya untuk tiket kapal terbang sahaja. Itu belum termasuk tempat tinggal dan makan untuk 19 orang. Campur semua rasanya lebih dari 60 atau 70 ribu ringgit tuu..

70 ribu ringgit dihabiskan hanya semata-mata pergi untuk buat kacau di Australia? Biar betul Bun Teet ni, takkan duit kutip derma boleh sampai 70 ribu ringgit dan untuk dibazirkan semata-mata saja?

Tak susah untuk kita meneka siapa dalang dibelakang SMSL, kerana mereka hanya muncul ketika program Pakatan Haram. Sepatutnya mereka yang kononnya cintakan alam sekitar ni muncul bila ada program yang berkaitan dengan alam sekitar, namun tidak, mereka hanya mengambil berat tentang Lynas semata-mata, tanpa pedulikan yang lain.

Contohnya bantahan pembalakan mengila di Kedah dan Kelantan, sehingga menjejaskan sumber air, alam sekitar, habitat haiwan dan tempat rekreasi. Sudah jelas ianya menjejaskan alam sekitar, tidak pula mereka bantah. Bukan kata berdemo, bersuara pun tidak.

Lynas pula, walaupun disahkan selamat oleh agensi peringkat dunia dan antarabangsa, mereka masih lagi membantah. Malah belum terbukti pun Lynas ni teruk dan berbahaya, namun mereka bantah seolah-olah Lynas sudah banyak korbankan nyawa rakyat Malaysia.

Kerajaan juga turut memberi jaminan Lynas sedang dipantau ketat dan tidak akan teragak-agak bertindakan segera sekiranya Lynas melanggar peraturan. Ini menunjukkan betapa tegas kerajaan Malaysia memastikan Lynas selamat dan tidak memudaratkan.

Jadi disini kita nampak bahawa, SMSL ini hanya berkiblatkan kepada Pakatan haram. Mereka mempunyai agenda tersendiri, dan bukan hanya mahu projek Lynas dihentikan, tetapi mereka mahu racun rakyat Malaysia supaya menukar kerajaan.

Benci Lynas hanyalah satu brand yang mereka jual untuk mendapat sokongan. Tetapi pada hakikat sebenarnya, rancangan Pakatan Haram yang membiayai mereka ini hanyalah untuk tagih sokongan dan simpati kononnya kerajaan sekarang jahat bina kilang Lynas yang bahaya tanpa pedulikan rakyat sekeliling.

Simpati begini yang boleh mewujudkan rasa benci pada kerajaan. Bila dah benci, sudah tentu rakyat tidak lagi mengundi kerajaan yang sedia ada.

Inilah permainan mereka yang sebenar, jadi dengan hujah yang Mc berikan tu, kita dah nampak siapa sebenarnya di belakang SMSL ini.

Akhirnya kita dapat tahu siapa tuan hantu Lynas yang selama ini membuat kacau disana sini. Bila kita dah kenal tuan, sudah tentu kita tahu apa yang mahu hantu tu lakukan.

Mereka bukan nak berhentikan Lynas, tetapi mereka mahu tukar kerajaan. Itulah sebab mereka dibayar oleh Pakatan haram.


McTheory:
Jadi perlukan kita layan puak SMSL yang jadi hantu ni?

PANASS!! Apa Ustaz Nasha Buat Bersama PM Najib Razak di Palestine?

Posted: 22 Jan 2013 04:36 PM PST


Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berdoa dihadapan bangkai kereta Almarhum Ahmed Al-Jaabari yang terbunuh akibat dibom oleh Israel.

Semalam Mc sudah melaporankan kehadiran DS Najib Tun Razak disambut meriah oleh Palestine. Untuk rujukan klik SINI.

Namun apa yang lebih memeranjatkan ialah kehadiran bersama bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa disana, bersama DS Najib, dan Menteri Luar Dato' Seri Anifah Aman, Menteri di JPM Jamil Khir Baharom

Dalam masa yang sama, kehadiran Nashiruddin Mat Isa bersama Najib Razak sudah pasti mendatangkan resah kepimpinan parti PAS seperti ketika Najib Razak di Mekah sebelum ini.

Menurut Perdana Menteri Palestin, Najib Razak merupakan pemimpin utama pertama daripada luar Timur Tengah yang melawat negara itu.



Sebagai rakyat Malaysia, Mc berasa bangga dengan keberanian yang ditonjolkan oleh DS Najib Razak dan isterinya. Tindakan yang cukup berani dan hebat!

McTheory:
Tunggu geng jihad tak kena tempat berani pi tak Palestine ni..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...