Kedah Ke KL - MctHeory |
- TUDIAA!! Video Jambu Final Maharaja Lawak Mega, Memang Best Siot!
- TUDIAA!! Azizan Razak Kecut TELOQ Nak Mengadap Guan Eng? #TukarKedah
- PANASS!! Cerita Panas Pasal Mukhriz Di Kedah!!
- PANASS!! Hati-Hati Virus Ini Kembali Menular Di Dalam Negara Kita Sekarang!!
- EKSKLUSIF!! #Listen Salinan Laporan Polis SW1M Keatas SAMM Kerana Menceroboh!!
- EKSKLUSIF!! Video Panas Sharifah Zohra Jabeen, #Listen Let Her Speak!
TUDIAA!! Video Jambu Final Maharaja Lawak Mega, Memang Best Siot! Posted: 21 Jan 2013 07:18 AM PST Lawak jambu memang best, kadang lawak mereka hanya bersahaja tapi mencuit hati. Kalau tension, tengok lawak depa ni, hilang rasanya tensionnya. he he.. | ||||
TUDIAA!! Azizan Razak Kecut TELOQ Nak Mengadap Guan Eng? #TukarKedah Posted: 21 Jan 2013 04:37 AM PST Belanjawan Kedah 2013 yang dibentangkan baru-baru ini, menunjukkan anggaran hasil sebanyak RM640.55 juta manakala perbelanjaan pula dianggar berjumlah RM656.5 juta. Ini menjadikan anggaran defisit fizikal negeri berjumlah RM15.95 juta. Bagaimanapun, anggaran ini dibuat secara 'mimpi' iaitu mungkin dicongak-congak sendiri oleh kepimpinan negeri tanpa mengambilkira faktor realiti. Jumlah defisit tersebut mengambilkira anggaran hasil dari jualan air mentah kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) berjumlah RM33.8 juta dan juga kepada kerajaan negeri Pulau Pinang berjumlah RM20 juta. Seperti yang dikatakan, semua ini hanyalah 'mimpi' Dato' Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah semata-mata. Kita menyatakan ia sebuah mimpi kerana sehingga bajet tersebut dibentangkan, Azizan hanya syok sendiri tersenyum-senyum mengenangkan hasil yang bakal diperolehi tanpa mengambil langkah untuk merealisasikannya. Mungkin Azizan tidak tahu bahawa bajet negeri bukannya untuk syok sendiri, tetapi untuk kesejahteraan rakyat. Apabila kita bermain dengan angka maka ia perlu ada logiknya kerana angka matematik atau ekonomi bukannya perkara seni yang boleh dibentangkan berdasarkan imaginasi. Kiraannya perlu tepat dan bersandarkan fakta yang nyata. Sekiranya ia diletakkan sebagai anggaran, maka anggaran juga perlu dibuat berdasarkan logik. Justeru, di manakah logik bajet yang dibentangkan Azizan jika tiada sepatah perbincangan, tiada satu pun pertemuan atau sehelai pun surat yang boleh dijadikan sandaran bagi anggaran hasil yang dibentangkan? Amatlah menghairankan apabila selepas bajet tersebut dibentangkan serta dikritik hebat, kerajaan negeri Kedah masih tidak mengambil langkah untuk berbincang dengan kerajaan negeri Pulau Pinang berkenaan hasrat untuk mengenakan bayaran kepada air yang dibekalkan kepada negeri tersebut. Sebaliknya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, atau gelaran terhormatnya, Tokong, hanya mengetahui akan hasrat Kedah ini melalui pembentangan bajet tersebut. Tentu sekali, Tokong Lim amat terkejut dan marah. Dan sudah tentu sekali beliau tidak bersetuju kerana ia melibatkan kerugian di pihaknya. Amalan manusia biasa dalam berurusan jual beli, haruslah melalui proses pertemuan atau perbincangan dan mungkin juga tawar menawar. Jika kedua-dua pihak bersetuju, barulah urusan tersebut boleh diteruskan dan barulah proses anggaran jumlah kewangan yang bakal terlibat boleh dibuat. Apabila semua pihak berpuas hati, wang dan barangan pun bertukar tangan, barulah ia dianggap selesai. Selagi tidak selesai, ia masih dirujuk sebagai anggaran. Namun, satu pun dari proses di atas tidak berlaku dalam isu penjualan air ini, melainkan dalam mimpi Azizan. Tindakan kerajaan negeri Kedah ini seolah-olah tidak beradab, tidak beretika dan tidak professional. Nampak benar yang Azizan dan pegawai-pegawainya kekok serta tidak tahu di mana kedudukan mereka. Azizan bukannya pegawai bawahan dan exco-exco negeri bukannya pekerja kilang atau kerani kerajaan. Azizan wajib mengadakan pertemuan dengan kepimpinan negeri Pulau Pinang apatah lagi apabila kepimpinan negeri tersebut telah menempelak Azizan secara terbuka kerana isu ini. Apakah Azizan takut dengan Tokong Lim? Ini tidak mustahil kerana sudah termaklum bahawa PAS amat takut kepada Tokong-tokong DAP serta rela memperhambakan diri kepada mereka asalkan Tokong tidak menyepak PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Jika kita lihat Azizan begitu garang dengan wartawan dan orang-orang UMNO, kenapa Azizan tidak mampu membawa sikap yang sama dalam bekerja? Di manakah keberanian Azizan yang kita lihat di dalam televisyen itu? Justeru benarlah desas-desus yang didengar mengenai Azizan yang mempunyai masalah 'inferiority complex'. Buktinya, setelah empat tahun memerintah, Azizan langsung tidak pernah mengambil masa untuk membuat perjumpaan dengan para pelabur asing di negeri tersebut. Jika di bawah BN, Menteri Besar Kedah mengunjungi pelabur beberapa kali setahun bagi mendengar sendiri masalah mereka, tetapi kini pelabur hanya berpeluang bertemu dengan wakil MB sahaja, atas alasan MB sekarang bukan lagi Pengerusi kepada Kulim Technology Park Corporation, syarikat pemaju projek tersebut. Nampaknya, Azizan tidak tahu skop dan kapasitinya sebagai seorang MB, jauh sekali memahami nilai signifikan satu-satu pelaburan langsung asing kepada sebuah negeri. Ramai yang berkata bahawa Azizan enggan berjumpa pelabur asing kerana takut kelemahan beliau mengenai ekonomi dan pentadbiran negeri terserlah. Begitu juga kesnya dengan Tokong Lim, di mana Azizan bimbang beliau tidak mampu menangani proses tawar-menawar yang bakal berlangsung dan Tokong akan melihat sendiri bahawa Azizan tidaklah sehebat mana. Sebenarnya, masalah 'inferiority complex' wujud dengan segar di dalam PAS. Masalah itulah yang menjadi akar kepada sifat mengalah PAS tatkala bersemuka dengan DAP. PAS tidak mampu berhujah dengan baik, dan dengan yakin, kerana tidak punya pergaulan, pengetahuan dan pengalaman yang luas, selain sifat rendah diri semulajadi yang ada di dalam diri orang Melayu. Kerana itu, PAS hanya berani dengan UMNO, iaitu yang satu bangsa dengannya. PAS berdengki dengan UMNO kerana walaupun sebangsa tetapi UMNO tampak lebih yakin dan bergaya serta tidak kekok untuk bersaing. Bukan seperti PAS yang hanya mampu bermegah soal agama, itupun separuh masak saja. Justeru, secara tidak langsung rakyat di bawah kerajaan pimpinan PAS juga terpaksa menurut jejak MB mereka melutut kepada Tokong. Jika di Kelantan mereka melutut pada Tokong Ngeh dan Nga, di Kedah terpaksa berhadapan dengan Tokong segala Tokong iaitu Lim Guan Eng. Bak kata seorang bekas pemimpin DAP, seseorang tidak tentu lagi akan selamat dengan menyembah begitu banyak tokong tetapi tidak menyembah Tokong yang satu ini. Jika beginilah keadannya, nampaknya jika PR menjadi kerajaan, kita tidak mungkin akan berpeluang menyaksikan pemerintahan Ulama, tetapi pemerintahan Tokong! | ||||
PANASS!! Cerita Panas Pasal Mukhriz Di Kedah!! Posted: 21 Jan 2013 01:35 AM PST Hari ini adalah sambutan keputeraan ke 85 DYMM Sultan Tuanku Abdul Halim yang juga Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Di Satu majlis pengurniaan darjah-darjah kebesaran dan bintang-bintang telah diadakan pagi tadi di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Tuanku telah mengurniakan Dato Mukhriz Tun Dato Mahathir pingat Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim (DHMS) yang membawa gealaran 'Dato' Paduka'. Ahli Parlimen Jerlun ini yang merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah merupakan pembesar kedua yang menerima anugerah darjah kebesaran DHMS selepas Panglima Tentera Udara Malaysia Jen Tan Sri Dato' Rodzali Daud TUDM merupakan seorang lagi penerima. Anugerah ini satu penghargaan kepada sumbangan dan peranan yang dimainkan Mukhriz sebagai anak negeri Kedah. Mungkinkah ianya juga membawa satu petanda dari pihak istana yang mahu melihat satu perubahan kepada negeri Kedah. Penganugerahan adalah hak sepenuh Tuanku Sultan dan bukan hak sesiapa untuk persoal keputusan Tuanku dalam menganugerah pingat kebesaran negeri. Hanya tertanya pada diri kami, kenapa pula kepimpinan negeri Kedah yang ada tidak dianugerah pingat tertinggi Kedah ini? the Unspinners, | ||||
PANASS!! Hati-Hati Virus Ini Kembali Menular Di Dalam Negara Kita Sekarang!! Posted: 20 Jan 2013 10:18 PM PST Hari ni Mc nak ingatkan kembali kisah lama yang menjadi tragedi dan barah kepada negara kita. Sejarah tak pernah melupakan kita, namun kita selalu melupakan sejarah. Kita terlalu asyik bercerita dengan parti parti yang mendominasikan pentas politik kita hari ini, tidakkah kita lupa kepada parti sosialis malaysia (PSM). Psm merupakan sebuah parti politik berideologikan sosialisme di malaysia. Psm merupakan parti serpihan parti rakyat malaysia (PRM) lantaran parti itu yang menggugurkan 'sosialis' dari nama asalnya parti sosialis rakyat malaysia (PSRM). Psm ini ditubuhkan pada tahun 1998, tetapi pendaftaran parti ini selalu ditolak dengan alasan "mengancam keselamatan negara". Namun demikian, parti ini masih menghantar calon bertanding dalam pilihan raya umum dengan tiket parti pembangkang lain. Akhirnya pada 10 september 2008, parti ini berjaya didaftar dan wakil rakyat parti ini bermula mewakili parti ini di dewan undangan. Sebelum itu kedua-dua orang wakil rakyat yang sedia ada mewakili parti keadilan rakyat (PKR) selepas menang dengan tiket Pkr. Disebabkan parti ini tidak dapat didaftarkan, oleh itu calon-calon yang dihantar terpaksa bertanding dengan tiket parti lain. Dalam pilihan raya umum malaysia 1999, mereka menggunakan tiket parti tindakan demokratik (DAP). Tetapi menjelang pilihan raya umum malaysia 2004, Dap enggan membantu Psm dengan tuduhan "tidak pernah bertegur sapa", oleh itu calon-calon Psm beralih mendapat bantuan daripada parti Keadilan Nasional (Keadilan). Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menggantikan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) setelah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) terus membenarkan calon-calon Psm bertanding dengan tiket Pkr. Namun terdapat seorang calon Psm yang bertanding sebagai seorang calon bebas menggunakan lambang kunci, iaitu calon untuk kawasan dewan undangan negeri Jelapang di negeri Perak. Di kawasan ini sudah terdapat seorang calon parti pembangkang, iaitu Hee Yit Foong dari Dap. S.Arutchelvan juga bertanding bagi dun Semenyih di Selangor. Akhirnya, Psm mempunyai dua orang calon yang menang di bawah tiket Pkr, iaitu Michael Jeyakumar dari kawasan parlimen Sungai Siput negeri Perak, dan pengerusi parti Dr. Mohd Nasir Hashim dari kawasan dun Kota Damansara. Barisan sosialis atau socialist front (SF) atau nama penuhnya barisan sosialis rakyat malaya (Malayan People's Socialist Front) dibentuk pada 26 ogos 1958, terdiri daripada parti rakyat malaya (PRM) dan parti buruh malaya (LPM) pada mulanya dan disertai kemudiannya parti perhimpunan kebangsaan atau national convention party (PPK) bagi membentuk satu pakatan politik yang telah bergiat cergas dan mendominasi beberapa pihak berkuasa kerajaan tempatan di semenanjung malaysia pada era 1950-an dan 1960-an. Dalam pilihan raya umum tanah melayu 1959 yang pertama, SF telah memenangi 8 kerusi di peringkat kebangsaan menjadikannya parti yang ketiga besar di parlimen Malaysia selepas perikatan dan parti islam se-malaya (PAS). Semasa rancangan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman untuk mengembangkan tanah melayu menjadi satu persekutuan yang lebih besar iaitu Malaysia pada 1961, ia telah mengamitkan kerjasama di antara pelbagai parti pembangkang di parlimen. Maka SF telah berkerjasama dengan parti negara, parti progresif penduduk (PPP), parti demokratik bersatu atau united democratic party (UDP) dan parti islam pan-malaysia (PMIP), untuk membantah rancangan yang dilihat sebagai agenda tersendiri perikatan. Sementara itu, SF juga memperkuatkan penguasaannya di peringkat kerajaan tempatan seperti di Pulau Pinang, di mana SF telah menguasai 14 dari 15 kerusi bagi kerajaan tempatan Georgetown selepas pilihan raya majlis bandaran pada 1961. Pada 1965, SF telah menguasai majlis bandaran di Pulau Pinang dan Melaka serta juga majlis tempatan di Seremban dan Serdang. Faktor-faktor kemiskinan, gaji upah yang kecil dan kesihatan serta perkhidmatan bekalan elektrik dan air menjadi tapak sosialisme berkembang ketika itu. Aktivis kesatuan sekerja, N.Patkunam, seorang ahli pengasas dan ahli jawatankuasa pusat parti buruh malaya telah memenangi kerusi majlis tempatan Sungai Pinang pada pilihan raya 1958 dan 1961 dan seterusnya dilantik timbalan datuk bandar pada 1960. Sebagai seorang guru yang muda, beliau telah menjual tanah pusaka ibu bapanya di Greenlane dan menyerahkan hasil jualannya kepada partinya demi untuk memperjuangan menwujudkan satu masyarakat sosialis yang dapat menbenteras kemiskinan dan mendokong pembahagian kekayaan negara secara adil dan saksama. Sf telah bertambah kukuh apabila bekas menteri pertanian (1955-63), Abdul Aziz Ishak, membawa parti barunya parti perhimpunan kebangsaan atau national convention party (PPK) untuk menyertai gabungan barisan sosialis (SF) apabila beliau disingkirkan daripada umno, kerana tekanan hasil pengaruh SF yang berkembang, kerajaan persekutuan perikatan telah berusaha menjatuhkannya melalui propaganda mengaitkan sosialisma dengan komunisma dan mendakwanya anti-agama. Pengaruh puak berhaluan kiri SF yang bertambah semakin kuat telah menyebabkan tindakan keras dari kerajaan perikatan pimpinan UMNO. Pada 1963, sejurus selepas peristiwa konfrontasi indonesia-malaysia pada 1963, kerajaan telah mengambil tindakan ke atas beberapa ahli politik dan aktivis pembangkang. SF dilihat sebagai pro-indonesia dan semua pemimpin barisan sosialis telah diberkas. Antara mereka yang ditahan dan ditangkap ialah Ahmad Boestamam (presiden PRM), Ishak Haji Muhammad (presiden PBM), Abdul Aziz Ishak (presiden PPK) serta Datuk Kampo Radjo (kemudian menjadi presiden PRM), Tan Kai Hee, Tan Hock Hin, Dr.Rajakumar, Hasnul Hadi, Tajuddin Kahar dan ratusan yang lain. Rapat umum dan demonstrasi besar-besaran telah diadakan pada 13 februari 1965 di Kuala Lumpur sempena ulang tahun kedua penahanan Ahmad Boestamam dan lain-lain untuk menentang penangkapan beramai-ramai aktivis dan pemimpin SF di bawah akta keselamatan dalam negeri (ISA) dan tuduhan penglibatan kegiatan "subversif". Akibatnya pada pilihan raya umum malaysia 1964, SF hanya dapat memenangi 2 kerusi. Pembatalan pilihan raya kerajaan tempatan 1965 selepas pengisytiharan darurat pada 1964 akibat konfrontasi terus memberi kesan dan melemahkan pengaruh SF. Dalam pilihan raya umum malaysia 1969, barisan sosialis (SF) yang sebelum ini bertanding dan berjaya dalam pilihan raya umum tanah melayu 1959 dan pilihan raya umum malaysia 1964 telah roboh berikutan pertikaian antara parti rakyat malaya (PRM) dan parti buruh malaya (LPM) mengenai isu-isu bahasa dan lain-lain meninggalkan Prm bertanding 6 kerusi di atas dirinya sendiri. Barisan sosialis akhirnya terus semakin lemah dan terkubur kerana mendapat tekanan kuat dari pihak kerajaan pemerintah akibat berlakunya tragedi rusuhan kaum peristiwa mei 13 pada 1969. Sumber utama Mc ambil dari wikipedia dan membuat sedikit edit padanya. Untuk pengetahuan semua, Psm tidak pernah mati. Malah cita-cita mereka untuk menjajah Malaysia dan menyebarkan fahaman sosialis masih lagi tersimpan dan membara. Cerita mengenai Bawani adalah satu contoh terbaik bagaimana Psm meletakan proksinya di Universiti yang mahu mereka buat kacau. Bawani adalah satu rekrut untuk meracun mahasiswa IPT supaya mengikut rentak sosialis. Malah Mc juga percaya, bukan hanya ada seorang rekrut seperti Bawani di Malaysia, boleh dikatakan setiap IPTA mereka sudah meletakan proksi untuk menyebarkan fahaman sosialis secara senyap-senyap. Apakah kita mahu sejarah berulang kembali? Apakah kita tak takut fahaman sosialis kembali menular? Rakyat Malaysia do something, TOLAK SOSIALIS!! McTheory: Selamatkan Malaysia dari anasir jahat yang merugikan masa depan generasi kita | ||||
EKSKLUSIF!! #Listen Salinan Laporan Polis SW1M Keatas SAMM Kerana Menceroboh!! Posted: 20 Jan 2013 07:33 PM PST
Pada yang rabun dan tak boleh nak baca, Mc dah tolong taip kat bawah ni. Pada yang kata Mc bohong dan menipu, kepala otak korang, ni laporan apa ni? Report ditaip oleh pengadu Pada 18/01/2013 lebih kurang ja 1430 hrs saya dimaklumkan oleh pegawai yang berada di pejabat Pertubuhan Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) Beralamat di --------- Sri Gombak 68100 Batu Caves. 3 orang lelaki melayu bersama 1 orang wanita yang tidak dikenali telah memasuki ke pejabat SW1M. Setelah memasuki pejabat, mereka mendakwa mereka darpada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memasuki pejabat kami untuk menyerahkan surat kepada presiden SW1M, walaupun pegawai kami telah maklumkan bahawa presiden SW1M tidak ada dan tidak boleh memasuki pejabat. Namun 3 orang lelaki melayu dan wanita melayu tersebut tetap berlegar didalam pejabat dan mengambil gambar dengan mengunakan ipad. Perbuatan dan kelakuan 3 lelaki melayu dan wanita melayu tersebut membuatkan pegawai saya kurang selesa dan rasa terganggu. Pegawai saya telah menghalang 3 lelaki melayu dan wanita melayu mengambil gambar, tetapi mereka mendapati 3 lelaki melayu dan wanita tersebut tetap mengambil gambar secara senyap. 3 lelaki melayu dan wanita melayu tersebut turut meminta pegawai saya diambil gambar untuk di emailkan kepada Malaysiakini, dan menyebabkan mereka berasa takut gambar mereka dimanipulasikan di internet. Ekoran daripada perkara ini pada jam lebih kurang 1852. Saya telah dihubungi oleh pihak Malaysiakini (0322843367) meminta pengesahan tentang email yang mereka terima dari saya dan minta pengesahan sama ada saya yang menghantar email tersebut. Saya telah memaklumkan kepada mereka yang saya tidak pernah menghantar email kepada malaysiakini dan saya syaki perkara ini dilakukan oleh mereka yang tersebut diatas, iaitu mengatakan mereka dari Solidariti Anak Muda Malaysia. Tujuan saya membuat laporan polis adalah kerana mahu pihak terbabit bertanggung jawab keatas apa-apa tohmahan terhadap Presiden SW1M dan pegawai SW1M. Saya juga mahu merujuk perkara ini kepada pihak SKMM untuk tindakan selanjutnya. Sekian laporan saya. Walaupun tidak dibenarkan masuk, namun pihak SAMM tetap ceroboh masuk dan buat sesukahati. Ini satu tindakan biadap dan kurang ajar. Malah yang masuk pejabat tu semuanya geng mahasewel. Salah seorangnya kalau tak salah Mc ialah Khalid Ismath si penganut syiah tegar dan pejuang demo diantara pelajar di Malaysia. Bagi pendapat Mc, puak ni sudah besar kepala, mereka ingat mereka boleh lakukan apa saja sesukahati mereka. Mereka nak angkat si Bawani mangkuk tu sama seperti Adam Adli dulu. Mengagungkan budak biadap untuk halalkan segala perbuatan. Menjadikan pejenayah sebagai hero, itulah yang mereka lakukan sekarang. Tolong la rakyat Malaysia menjadi lebih terbuka dan cerdik dengan melihat semua ini sebagai perancangan halus untuk menghalalkan cara. Forum menolak keganasan dan demotrasi telah disabotaj oleh kaki demotrasi malah diangkat pula sebagai HERO. pehh.. memang kenyataan yang amat sedih. Pada semua mahasiswa, jangan malukan diri anda dan status anda sebagai mahasiswa. Matang la sikit, jangan kebudak-budakan. Dengan menyanjung Bawani sebagai HERO disebabkan sebuah video yang anda sendiri tidak faham. Itu bukan cara anda, kaji dulu, banyakkan bertanya, kemudian baru buat keputusan. Paling penting, selidik siapa sebenarnya Bawani, dan apa motif Bawani buat di UUM! Bawani hanya menunggu peluang untuk huru-harakan keadaan. Bawani adalah Ambiga pada masa hadapan, pejuang demotrasi ganas dan pemimpin LGBT. Itu yang kamu semua mahukan? Fikirlah sendiri. McTheory: Pijak kereta polis dan maki polis, itu dipanggil HERO? puiii!! | ||||
EKSKLUSIF!! Video Panas Sharifah Zohra Jabeen, #Listen Let Her Speak! Posted: 20 Jan 2013 05:07 PM PST KUALA LUMPUR: Nama Sharifah Zohra Jabeen tiba-tiba meletup di internet selepas video yang mendapat jolokan 'LISTEN!' menjadi viral di ruangan siber. Terdapat pelbagai reaksi umum tentang kenyataan Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) itu kepada pelajar UUM dan juga aktivis muda Parti Sosialis Malaysia (PSM), KS. Bawani. Setelah lebih seminggu menyepikan diri selepas video tersebut berlegar di ruang siber, kini Sharifah Zohra tampil menjelaskan secara lebih terperinci kepada MediaPjO mengenai situasi di Forum Suara Mahasiswa di UUM tempoh hari. Kat bawah ni video Kenyataan Media dari Sharifah, Bawah ni pula temubual santai dari MediaPJO bersama Sharifah bagi menjelaskan apa yang sepatutnya dijelaskan Laporan polis pencerobohan pejabat SW1M akan menyusul selepas ini. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment