House PK

House PK


CILI KASI TARUK! SILAP KIRA UNDI, DAP NAK LETAK MUKA KAT MANA?

Posted: 07 Jan 2013 12:00 AM PST

Sana sini heboh memperkatakan tentang insiden silap kira undi yang sangat-sangat memalukan DAP di mana parti itu dijangka hilang kredibiliti dan intergriti yang selama ini dilaungkan kepada rakyat di negara ini.

Pada Kongres Kebangsaan DAP yang berlangsung di Pulau Pinang pada bulan lalu, nama anak beranak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng begitu hebat menguasai carta pemilihan dan Presidennya Karpal Singh hanya terhegeh-hegeh mengekori di belakang "Dinasti Lim" itu.

Tiada seorang pun wakil dari bangsa Melayu dan kaum India pula hanya mempunyai dua orang wakil saja dari jumlah keseluruhan Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat (CEC) yang seramai 20 orang kesemuanya.

Tiba-tiba DAP membuat sidang akhbar mengatakan bahawa terdapat kesilapan teknikal yang membabitkan pengiraan undi dari seramai 1,800 perwakilan parti itu yang hadir memilih kepimpinan CEC tersebut.

Silap kira? Nak kira undi dari 1,800 pengundi pun DAP tak mampu lakukan? Nampak sangat teruknya pengurusan DAP! Di mana kredibiliti sebuah parti yang kononnya hebat berintergriti?

Selama ini DAP sanggup menyalak di jalanraya bersama "ratu LGBT", Ambiga Sreevenasan, untuk mengutuk Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia atas tuduhan tidak cekap, menyebelahi kerajaan BN, tidak adil, tidak telus dan kotor.

Berkali-kali DAP menyerang SPR apabila bersama-sama menganjurkan Bershit 1.0, Bershit 2.0 dan Bershit 3.0. Malah DAP sanggup pula "mengkeldaikan" para penyokong PAS untuk menjadi "benteng hidup" berhadapan dengan anggota PDRM.

Kalau kena pukul, puak-puak PAS dulu yang kena "balun", bukan DAP!

Baca seterusnya di Perak Today...

GEMPAR BERAPI! ADA YB PAS KANTOI CURI SELUAR DALAM NEELOFA?

Posted: 06 Jan 2013 10:00 PM PST

DASYAT GILE LE! AIR TAKDE, SALAH SYABAS DAN KERAJAAN PUSAT TAPI BUKAN PAKATAN LAHANAT KAN?

Posted: 06 Jan 2013 06:00 PM PST

Bagi yang tidak ada otak, masalah bekalan air yang meruncing dan terjejas teruk di Selangor, akan dihempap ke kepala Kerajaan Pusat dan syarikat konsesi air, SYABAS. Malah bagi yang tidak berakal pula, menggunakan masalah yang menyusahkan rakyat Selangor sebagai modal, kononnya itulah balasannya apabila keinginan Pakatan Rakyat untuk mengambilalih konsesi air di Selangor, tidak disokong dan ditentang.

Hakikatnya, para pecacai Pakatan Rakyat sudah kehabisan modal kerana ketamakan dan keserakahan Pakatan Rakyatlah yang menjadi punca kepada masalah bekalan air yang sedang meruncing di seluruh Lembah Kelang sekarang ini.

Bagaimana hendak disalahkan SYABAS memandangkan Kerajaan Negeri Selangor yang berada dalam genggaman Pakatan Rakyat yang menerima pinjaman daripada Kerajaan Pusat yang nilainya beratus juta ringgit untuk sistem pengepaman tambahan pada Mac 2011 tetapi sehingga sekarang, tidak melaksanakannya. Bahkan jangankan sistem sokongan tersebut, pelan dan rekabentuknya pun masih belum ada?

Bagaimana hendak disalahkan SYABAS sekiranya, Pakatan Rakyat enggan membina loji rawatan air yang lebih berkeupayaan untuk memenuhi permintaan domestik yang semakin meningkat saban hari, walhal SYABAS tidak boleh berbuat apa-apa seandainya Kerajaan Negeri Selangor dari awal lagi sudah memberi pelbagai alasan untuk tidak membinanya, sekalipun kos pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat?

Bukankah Kerajaan Negeri Selangor yang beria-ia menyalahkan kononnya, projek loji rawatan air yang lebih berkeupayaan memenuhi permintaan, sebagai projek mengkayakan kroni UMNO sedangkan menurut para pemimpin Pakatan Rakyat, air mentah sudah lebih daripada mencukupi di Selangor.

Dan walaupun diberitahu bahawa tidak ada seorang manusia pun di Selangor yang mahu menggunakan air mentah, para pemimpin Pakatan Rakyat, dan pecacai mereka, tetap menyatakan, loji rawatan air yang lebih berkeupayaan tidak diperlukan, sebaliknya yang diperlukan adalah menggantikan SYABAS dengan kroni Pakatan Rakyat.

Anda bayangkanlah…

Sebiji periuk digunakan untuk menanak sekepul beras. Bagaimanapun, otak pecacai Pakatan Rakyat, menyalahkan periuk nasi kerana beras sekepul yang ditanak tidak menjadi empat kepul. Pecacai Pakatan Rakyat tidak menyalahkan tangan yang memasukkan beras ke dalam periuk tersebut.

Itulah yang dimaksudkan oleh Xavier Jeyakumar, salah seorang Exco Selangor yang mengulas tentang masalah bekalan air yang meruncing. Katanya, yang perlu disalahkan adalah SYABAS dan bukan Kerajaan Negeri Selangor.

Bodoh sangatlah bagi sesiapa sahaja yang percaya dengan apa yang dikatakan oleh Xavier Jeyakumar. Kalau Kerajaan Negeri Selangor enggan membenarkan pembesaran loji rawatan dengan meluluskan tanah gunaan atau menggunakan pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Pusat untuk tujuan tersebut tetapi bagi perkara yang berkaitan rapat dengan publisiti Pakatan Rakyat di Selangor, bagaimana masalah tersebut boleh diselesaikan?

Masalah air ini sudah cukup untuk membuktikan bagaimana Pakatan Rakyat Selangor yang diketuai oleh Khalid Ibrahim, hanya memikirkan keuntungan untuk parti mereka, berbanding kesejahteraan rakyat. Pakatan Rakyat tidak akan peduli walaupun terdapat rakyat Selangor yang mati kehausan selagi mereka tidak dapat membolot projek air yang merupakan industri yang amat menguntungkan.

Bukankah kerana kemaruk dengan keuntungan besar itu jugalah Pakatan Rakyat Selangor dan Khalid Ibrahim enggan membenarkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat II diteruskan?

Dan bukankah kerana kemaruk dengan untung besar jugalah, Pakatan Rakyat mencari jalan menyalahkan SYABAS walaupun di dalam SYABAS ada 30% kepentingan Kerajaan Negeri… semata-mata untuk membolehkan syarikat kroni Pakatan Rakyat menguasai industri air di Selangor, sepertimana yang mereka lakukan dalam kes pembersihan dan sampah.

Bukankah sampai sekarang, masalah sampah di Selangor masih belum selesai dan sistem yang kononnya lebih canggih dan cekap berbanding Alam Flora Sdn. Bhd. yang diadaptasi oleh Khalid Ibrahim, tidak lebih daripada satu retorik semata-mata?

Sumber: Selangor Daily

PANAS BERAPI! PAS SANGGUP HINA MUFTI DAN JAKIM DEMI KUASA POLITIK!

Posted: 06 Jan 2013 04:00 PM PST

Sangat mendukacitakan apabila PAS bersikap kebudak-budakan apabila begitu celupar bertindak biadap terhadap institusi Mufti dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan tuduhan yang begitu hina.

Dalam kenyataan terbaru yang dikeluarkan PAS melalui pemimpin mulut "hebiaq"nya, Idris Ahmad, PAS menuduh para Sahibussamahah Mufti dan ulama yang bernaung di bawah JAKIM sebagai "tukang bodek" UMNO.

Idris yang sudah tidak laku di dalam PAS menganggap bahawa tindakan para Mufti dan JAKIM yang mendesak supaya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya itu sebagai satu tindakan untuk menyelamatkan UMNO menjelang PRU ke-13.

Persoalannya, siapa Idris untuk menghina para ulama muktabar dan Mufti-Mufti yang bernaung di bawah DYMM Yang DiPertuan Agong serta para DYMM Sultan-Sultan?

Saya yakin, sekiranya diletakkan Idris di tengah-tengah dewan yang dikelilingi para Mufti dan ulama JAKIM, nescaya dia akan terkulat-kulat, terkebil-kebil dan mungkin terkencing di dalam seluar berhadapan dengan kemantapan hujah mereka yang beraqli dan naqli.

Bukanlah saya mahu menghina kreadibiliti Idris dan PAS, tapi melihat kepada sikap bongkak dan angkuh mereka yang menghina para ulama yang mempertahankan perpaduan serta aqidah ummah, saya dapat melihat kehinaan paling jijik pada diri ahli-ahli politik tersebut.

Sebagaimana maklum, sebelum mana-mana pihak dari kalangan Mufti atau JAKIM mengeluarkan kenyataan atau fatwa mereka, sudah tentu mereka sudah berijtihad dan mengkaji setiap perkataan yang terbit dari lidah mereka.

Read more...

WAHAI ANWAR! KENAPA PENAFIAN DEEPAK NI KAU TAK BAGITAU RAKYAT? TAKUT KA?

Posted: 06 Jan 2013 04:11 AM PST



Semua pihak sudah sedia maklum perihal sikap pengecut dan berselindung di sebalik insan lain di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Daripada Ketua Umumnya hinggalah di kalangan 'Anak-anak Ikan' Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seterusnya di peringkat bawahan, hampir kesemuanya hanya pandai melontarkan fitnah, membuat kekecohan dan kemudiannya menyorok di sebalik nama kononnya menuntut keadilan.

Macam-macam kes yang melibatkan situasi begini telah berlaku dan terbaru, isu yang mengaitkan Peniaga Karpet, Deepak Jaikishan yang kini telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak atau lebih tepat pemimpin PKR.

Bermulanya kekecohan mengenai Deepak, macam-macam kontroversi, spekulasi dan kenyataan timbul sehinggakan rakyat tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah.

Apa yang lebih teruk, dek kerana sudah terbiasa dengan sindrom fitnah memfitnah antara satu sama lain, maka dalam segala isu ada sahaja idea pihak pembangkang untuk mengaitkan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kontroversi yang tercetus.

Sampaikan perlancaran buku yang berjudul 'Black Rose' yang entah siapa penerbitnya juga telah dijadikan medium politik PKR untuk meneruskan agenda fitnah terhadap Najib dan Rosmah.

Difahamkan buku berkenaan yang dilancarkan beberapa hari lalu kononnya menceritakan perihal Najib dan Rosmah mengenai kontroversi pembunuhan Altantuya.

Bukankah isu berkaitan kes Altantuya itu sudah basi, tetapi hairan, mengapa ia ditimbulkan semula oleh puak-puak jahil PKR ini.

Mungkin kerana terdesak dengan pilihanraya umum yang semakin hampir, maka segala isu-isu lama mereka korek-korek semula dan cuba memutar belitkan supaya rakyat terus terkeliru.

Bercakap mengenai perlancaran buku 'Black Rose', dua hari lepas MalaysiaKini telah melaporkan berita yang menyatakan Deepak melancarkan buku dalam bentuk ceritera.

Read more....
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...